Review Novel | Terukir Cinta By Anna Lee | Eceli, novel Terukir Cinta by Anna Lee ni dah lama sebenarnya aku habis baca.. 20 hb Julai start baca dan selesai baca pada 23 Julai 2017... Hari ni baru ada masa sikit nak update reviewnya.. Selepas bergelumang dengan novel seram, sekali sekala kena selit jugak dengan novel cinta baru ada kelainan dalam bahan bacaan kita.. Tak gitu? Tak de la asek dok keseraman ajerk sepanjang masa.. Haha!!
Terukir Cinta By Anna Lee |
Ini adalah karya Anna Lee yang pertama aku baca.. Selepas baca novel ni aku dah jatuh cinta dengan jalan cerita dan cara penulisannya.. Terus aje pasang niat nak kumpul koleksi novel dari penulis ini.. Aku suka cerita yang digarabkan dalam novel Terukir Cinta ni.. Agak 'sweet' jalan ceritanya.. Mengundangkan rasa fefiling romantik saat membacanya.. Romantik yang tak terlalu leleh.. Romantik yang sweet-sweet ragged gitu.. Hahaha.. Boleh tak cenggitu?? Hiks.. Macam-macam lah aku ni kan.. Mungkin ada yang tak gemar akan jalan cerita yang sebegini, tapi bagi aku, jalan ceritanya tak terlalu berat dan jalan cerita yang slumber perjalanannya.. Memang seronok menghayatinye..
Baca sinopsis kat bawah ni ye!!
Orite, seperti biasa kalau aku buat review novel mesti melalui akaun goodreads aku.. Mudah sikitkan.. Tak payah la aku nak taip banyak kali.. Padahal bendanya sama jerk.. So, jom baca review aku tentang novel ni di goodreads aku.. Aku tampal dekat sini yek... Baca tau..!! Haha..
REVIEW AKU DI GOODREADS
My rating: 4 of 5 stars
Terasa sangat sweet baca novel ni.. Seolah-olah aku yang pegang watak utama novel ni.. hahhaa.. Aku suka novel ni.. Jalan ceritanye menarik dan sempoi.. Tak terlalu berat tapi terlalu sweet.. Boleh kencing manis kalau baca byk kali.. Ekekee..
Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuatkan hati aku berbunga-bunga semasa membacanye.. Ada jugak part yang boleh membangkitkan kemarahan.. Ada part yang boleh buat aku sedih.. ada part yang buat aku tersenyum sendiri dan paling best part yang membuatkan aku terkene kencing manis.. hahaha terlalu sweett wehh!! kikiki..
Tak rugi beli n baca novel karya Anna Lee ni.. Terbaik dari ladang..
View all my reviews
Kenali penulis - Anna Lee