Pencarian Bilik Sewa dan Roommate di Hidup.my

Friday, August 19, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Pencarian Bilik Sewa dan Roommate di Hidup.my  |  Selamat tengahari korang.... Ada yang mencari bilik sewa atau roommate tak?? Haaa kalau ada, meh aku kenalkan korang dengan satu website ni yang memudahkan untuk kite cari bilik sewa or roommate... Memang mudah weh.. Serata tempat boleh dicari.. 

Ni dia aku kenalkan, Hidup.my.. Kat sini korang boleh cari dengan mudah bilik-bilik sewa yang dok ada dekat area-area korang.. Mane tau kowt-kowt korang bertukar tempat kerja ke dan nak carik bilik sewa kan di tempat baru... Haaa ni la websitenya yang akan tolong korang carikkan bilik sewa dengan mudah.. Tak payah nak susah-susah korang p ronda satu taman perumahan ke satu taman perumahan mencari bilik sewa.. hehe.. Sekarangkan dunia klik-klik aje.. Dihujung jari bak kata orang-orang zaman kini... Ahakz..

Untuk pengetahuan korang jugak, bukan takat bilik sewa aje yang boleh dicari kat website ni.. Korang boleh jugak carik kawan serumah a.k.a kawan sebilik korang... Hebat betol kan.. Dah kalau rasa takut dok sorang-sorang leh la carik rakan sebilik ye dak?? hehe

Kat Hidup.my ni korang boleh mencari bilik dengan harga mampu milik.. Ikut kemampuan yang kita ada... Atau korang nak yang jenis studio mewah?? Pown adaaaa... Boleh pilih mane yang korang rasa korang mampu... hehe.. Gileee mudah..!! 

Haaaa ni satu lagik kemudahan yang aku nak kasitau korang.. Kat Hidup.my jugak korang boleh iklankan bilik untuk disewa dengan percuma.. Iklan secara percuma yee.. Tidak dikenakan bayaran.. Sekali agik aku ulang.. IKLAN SECARA PERCUMA..!!! Haha..

Step-step pengiklanan

Untuk iklankan bilik untuk disewa di Hidup.my, korang kene ikut step seperti diatas.. Mudah aje..  Petik jari dah siap.. hehe.. Lepas ni mudahlah untuk kita carik bilik sewa kan.. Mujur ada Hidup.my.. Ahakz..


Read More

Amalan Sunat, Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat

1 comment
Assalamualaikum wbt

Amalan Sunat, Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat  |  Salam Jumaat buat semua... Hari Jumaat adalah penghulu bagi segala hari... Jom amek tahu amalan-amalan sunat hari jumaat, sesambil tu bolehlah kite amalkan yee dan juga apakah keutamaan dan keistimewaan Hari Jumaat yang perlu kita tahu..... 




Read More

Bila Lagi Ku Punya Masa

Thursday, August 18, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Bila Lagi Ku Punya Masa  |  Selamat malam korang?? Malam ni aku nk membebel kosong aje.. Rasa macam terbantut idea jerk malam ni.. Otak tak bekerja keras malam ni.. Dok relax sambil goyang-goyang dalam cengkerang kepala ni.. Haha..

Sebenarnya aku dok fikir-fikir bila aku boleh menghabiskan bacaan novel aku yang dok ada kat footer blog aku tu... ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 karya penulis yang aku kagumi siti Rosmizah.. Rasanya lama dah kowt aku dok up gambar novel ni di bahagian BEING READ blog aku ni.. Tapi sampai sekarang tak jugak habis aku baca... huhu..



Sesungguhnya aku tak punya masa yang lengang untuk aku duduk santai sambil baca novel.. Bila time aku relax, time tu adalah time untuk aku rehatkan diri, minda dan segalanya.. Ahakz.. Buku bersusun-susun lagik yang belum aku baca... Tapi bukan novel la yek.. hehe... Aku teringin nak tahu kesudahan cerita ni, tapi itulah novel ni punya ketebalan yang agak ohsemnesss iaitu 920 m.s... huhu.. Korang nak tahu tak aku baru baca muka surat berapa?? Haha.. Baru muka surat 49 weehhhhh!!! Adoiiiiilaaaa..


Kalau dulu aku boleh habiskan satu novel dalam masa 2 hari sahaja.. Tapi tu memang stok tak tidur la.. Haha.. Bila dah start baca novel memang susah nak berhenti dolu-dolu.. Kalau baca sikit-sikit mula la tak senang duduk, dok fikir apa seterusnya yang akan terjadi... Sebab tu dulu, aku akan habiskan jugak sebuah novel tu dengan segera.. Supaya aku tak terfikir-fikir jalan cerita yang seterusnya.. mengganggu hidup ko tahuuuu!! Haha.. Alah, kaki-kaki novel mesti faham punyelah situasi aku ni.. 

Aku harap dapat le aku habiskan novel ni secepat mungkin.. Nak jugak buat review tentang novel siri 2 ni kan... Yang pertama dulu, jalan cerita memang best la.. Siap menangis agik baca siottt... Adoiiii.. Kene bantai gelak dengan geng serumah.. Hampeh betol laa... Mulanya aku gelakkan dia sebab dia nangis baca novel.. Aku ajet-ajet berhati kental, tak kan nangis.. Sekali bila time aku baca, nangis teresak-esak ohhh!! Kuang ajo0oo betol novel tu.. Haha..!! Dah kecoh satu opiz, aku baca novel nangis teresak-esak... Isk.. Lemau betol laaa.. hoho..

Read More

Qhaliff Diserang Sakit Perut!!

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Qhaliff Diserang Sakit Perut!!  |  Firstime dalam sejarah hidup Qhaliff, dia diserang sakit perut... Cirit birit.. OMG..!! Semalam masa amek Qhaliff kat umah pengasuh, badan dia agak panas dan dia tak aktif seperti selalu.. Tak bermaya aje dia.. Pengasuh cakap kemungkinan dia nak demam sebab badan agak panas.. Pengasuh juga maklumkan pada aku yang Qhaliff dah 'membuang' 2 kali dah.. 

Mulanya aku tak syak la dia sakit perut.. Mungkin betul dia nak demam memandangkan badan dia agak panas... Masa otw balik rumah tu, sekali lagi Qhaliff 'eyak'... Aku dah rasa tak sedap ati... Aku cakap dekat en. somi, mungkin Qhaliff sakit perut.. Tapi en. somi menidakkan dakwaan aku tu.. huhu.. Dah sampai rumah, terus aku basuh 'eyak' dia.. Meraung dia, rupanya dah melecet bahagian peha dia... Adoii kesiannya...


Dah elok salin pampers, tak lama lepas tu dia 'eyak' lagik.. Memang kompom la dia sakit perut.. Aku dah mula risau dah... Tapi dia takde la menangis ke.. Merengek ke.. Dia ok-ok aje.. Dah sekali lagik aku kene salin pampers untuk dia... Dah pada tu, aku tengok dia cam tak larat, aku tidurkan dia selepas dia mengusu.. 

Dalam pukul 2 pagi dia sedar tido dan menangis.. Mungkin sakit perut kowt... Aku tengok, dia 'eyak' lagik.. Mungkin jugak dia tak selesa tido dalam keadaan camtu.. Puaslah aku pujuk dia... Bila dia dah stabil emosi dan fizikal baru aku basuh 'eyak' dia... hehe.. Ayat tamo kalah sokmo aku ni...!! haha..


Lastnya, aku teringat Minyak Herba Asma Mujarab ni.. Minyak ni boleh digunakan untuk sakit perut jugak... Terus aje aku applykan minyak ni kat perut Qhaliff... Lepas tu, tidurkan dia.. Alhamdulillah, sampai pagi dia tido dengan lena... Bangun bagi, dia tak 'eyak' agik.. Alhamdulillah...

Read More