story
Showing posts with label story. Show all posts

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta

Thursday, January 18, 2018

17 comments
Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta  |  Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!! 

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta, pageview, total pageviews, blog lea azleeya

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi.. 


Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang.. 

Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..

Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..

Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..

TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni.. 

Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat


Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..

Senang Ke Jadi Blogger Ni?



Best la ko jadi blogger... Dapat barang free.. 

Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job... 

Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..

Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah.. 

Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..


Read More

Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com

Sunday, January 14, 2018

14 comments
Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com  |  Alhamdulillah, permulaan tahun 2018 menjadi pembukaan tahun yang sangat bertuah bagi aku.. Banyak rezeki yang datang kepada aku.. TQ ALLAH... Salah satunya tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com.. Syukur yang tak terhingga.. Terima kasih kepada blogger femes Hasrul Hassan kerana sudi pilih Blog Lea Azleeya sebagai blog pilihan bagi tahun ini.. 


Bagi warga keluarga blogger malaysia, rasanya semua dah kenal kot Blogger Hasrul Hassan ni kan.. Femes dengan tips SEO dan Adsense.. Banyak maklumat tentang SEO dan terutamanya tentang Adsense boleh didapati di blog beliau.. Kalau korang yang masih terkapai-kapai mencari maklumat dan panduan adsense, bolehlah ke blog beliau untuk menyelongkar tips yang ada.. hehe..



Hah, kalau korang nak blogging tips juga korang boleh terjah blog beliau.. Banyak perkongsian tentang blogging tips di sana.. Memang tak rugi kalau korang singgah di blog beliau.. Korang akan membaca pelbagai ilmu dari sana untuk lebih maju dalam dunia blogging... Bagi yang bukan blogger pula, korang boleh lihat tempat-tempat menarik yang pernah blogger Hasrul Hassan lawati.. Nanti bolehlah korang plan untuk bercuti bersama keluarga.. Tak gitu.. Hiks

Oklah, untuk list 100 blog pilihan 2018 aku  tersenarai di tangga yang ke-50.. Wahh cun-cun dok tengah-tengah tu.. Haha!! Ramai blogger yang aku kenal dan ada dikalangannya merupakan blogger yang agak rapat dengan aku.. Semoga dengan penghargaan ini, dapatlah aku dan kengkawan yang lain lebih bersemangat untuk blogging lepas ni.. 

Kalau korang nak tengok sama ada korang tersenarai ataupun tidak, boleh klik di SINI..


Read More

Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya

Monday, November 13, 2017

19 comments
Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya  |  Pelik tapi benar.. Ehh dah kenapa pulak starting ayat aku cenggitu yek.. Yela, mane taknya jarang-jarang aku bercerita pasal iklan di blog aku ni.. Kali ni nak berkongsi kegembiraan aku pasal iklan adsense telah muncul di Blog Lea Azleeya dengan tiba-tiba.. Haaa nampak tak ayat tu.. Jelas terpancar kegembiraannya.. Haha!!

Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya, iklan, adsense, google adsense, iklan di blog

Aku pun tak pasti sejak bila iklan ni mula muncul di blog aku.. Tapi yang pastinya aku dah lama mohon iklan adsense ni bermula dari aku menggunakan domain lagi.. Sebelum aku guna domain, memang iklan adsense aku dah diluluskan.. Tetapi bila tukar kepada domain setahun yang lepas, aku terpaksa memohonnya semula.. Tetapi nak nampak kembali kemunculannya di blog aku ni, yang amatttttt lamanya..

Bayangkanlah aku dah renew domain lama dah.. Itu bermakna aku dah pakai domain lebih kurang setahun lebih nak dekat 2 tahun dah.. Barulah iklan adsense muncul diblog aku ni.. Mana tak gumbiranya kan.. Tengok kengkawan lain dok up status pasal lulus adsense, aku meleleh air hidung membacanya.. Haha!! Drama sangat aku!! Tapi sekarang aku bersyukur sebab iklan adsense sudi jugak akhirnya muncul di blog aku ni.. Cuma di sidebar belum muncul lagik.. Tunggu kelulusan lagi la kot.. Hiks..


Buat masa ni aku cuma letak di bawah header dulu.. Nak letak dalam entry, aku malas lagi nak main dengan coding.. Tunggu la dulu bila ada masa free yang panjang.. Sekarang masa terlalu cemburukan aku merelaxkan diri.. Ada saje bende yang nak kene buat.. Tak sabar juga sebenarnya nak tambahkan lagi ruang untuk iklan adsense aku ni... Moga ada rezeki aku dan anak-anak.. Insyaallah.. Amin YRA..


Bila iklan dari google adsense ni keluar di blog, terasa lengkap dah blog aku.. Seolah-olah perkara wajib jerk kan ada adsense di blog.. Haha.. Korang macam mana pulak? Ada rasa macam aku jugak ke.. Aku baru lagik nak belajar tentang iklan di blog  ni.. Mungkin korang dah terlebih expert dari aku ni yang baru nak up bak kata orang-orang sekarang ni..




Read More

Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi

Monday, October 9, 2017

27 comments
Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi  |  OMG!! Mood untuk update kisah pengalaman aku bersalin anak kedua ni tetiba aje datang... Bila dah mood datang, harus cepat-cepat taip apa yang patut... Kang mood dah lari bertempiaran, susah pulak nak kejar.. hehehe... Pengalaman bersalin anak kedua ni agak berbeza dari yang pertama... Boleh dikatakan, lebih dasyat dari yang pertama.. Orang cakap, lahirkan anak pertamalah yang maha dasyat.. Tapi tidak bagi aku kerana lahirkan anak kedua ni lagik tragis.. Nak tahu cite selanjutnya, kenelah baca sampai habis ye..


Anak pertama dulu aku bersalin belah petang hampir-hampir masuk waktu maghrib... Anak kedua ni aku bersalin belah pagi sebelum subuh... Berbezakan.. Haha..  Waktu bersalin pun aku amek port kan.. Biasa la sebelum kita cerita, kasilah hakak berdrama sikit.. hehe..

10 September 2017
12.00 Tengahari

Tanda dah keluar time ni.. Macam anak pertama jugak, keluar darah... Orang cakap, kalau keluar tanda darah ni sakit dia memang dasyat.. Ternyatalah ianya benar.. Tapi time ni sakit biasa-biasa jerk.. Baru lagik kan.. Boleh relax-relax lagi.. Boleh pergi jalan rumah kawan lagi time ni makan-makan.. Lepas balik dari makan tu, rehat sekejap dan buat persediaan dan check apa yang patut dan sempat lagilah kemas rumah.. hehe.. Qhaliff pun encik suami hantar siap-siap rumah pengasuh petang tu jugak.. In case apa-apa senang nanti... Hati tu rasa dah nak pergi serah diri, risau jugak kan kalau tetiba sakit teruk.. Tapi tenangkan diri lagi tunggu lepas solat isyak baru pergi serah diri..

9.00 Malam

Semua kelengkapan dan keperluan aku dan baby dah ready dalam kereta... Tibalah masa untuk aku serah diri... Dalam perjalanan terfikir untuk pergi makan dulu... Nanti nak bersalin tak de tenaga pulak kalau tak makan... Ada yang pesan, sebelum ke hospital baik makan dulu supaya time nak bersalin kita ada tenaga.. Oleh nasihat itu, aku pergilah makan dulu.. Time ni sakit dah agak terasa dan semakin kerap tapi masih aku boleh tahan lagi... Dah sampai bandar kuantan, mula cari tempat makan.. Buntu pulak nak makan dekat mana.. Selera tak berapa nak ada sebenarnye sebab itu tak tahu nak makan dekat mana... Kebetulan lalu pulak depan McD time tu terus terasa nak makan mekdi tetiba.. Haha.. Selera apakah itu?? OMG!! Terus decide untuk makan mekdi aje.. Drive Thru je la senang sikit.. Tak kuasa mak nak masuk mekdi, makan dalam tu.. Makan aje dalam kereta..

11.00 Malam

Lepas makan, terus aje pergi hospital untuk serah diri.. Hospital depan Mekdi tu je haaa.. Time ni sakitnye lebih kerap dan dah agak terasa sangat.. Tapi tetap under control lagi.. Selawat dan doa Nabi Yunus tak lekang di bibir aku.. Moga dipermudahkan segalanya.. Sampai saje hospital di bahagian Low Risk, terus daftarkan diri dan aku dibawa kedalam bilik rawatan untuk doktor buat pemeriksaan... Terasa agak malang diri ini untuk kali kedua kerana doktor lelaki yang check aku... Tuhan saja tahu betapa aku rasa tak selesa.. Tapi aku tiada pilihan... Ini bukan hospital swasta untuk aku request doktor perempuan... Lebih malang bila doktor tersebut adalah doktor baru a.ka pelatih...

Macam biasa lah, bila dah masuk ke dalam bilik pemeriksaan tu, segala wayar akan dilekatkan kat perut aku untuk dapatkan bacaan denyutan jantung baby dan juga tengok kekerapan contraction.. Lepas tu, bukaan jalan diperiksa.. Aduii malu bukan kepalang bila doktor lelaki yang check.. Baru 1cm katanye.. Aku agak frust sebab sakitnye kemain lagi tapi baru 1cm.. Biar betul.. Pelbagai soalan ditanyanya.. Tentang anak terdahulu, tentang masalah kesihatan dan bagai-bagai lagi.. Kemudian aku diminta pindah ke katil lain untuk scan.. Kali ni doktor wanita yang scan.. Doktor terlatih.. Alhamdulillah.. Dan lepas scan, sekali lagi doktor check jalan.. Kali ni katanya 3cm.. Lalu doktor lelaki tadi ditegurnya kerana salah buat bacaan jalan.. Berhuhu lagi aku kerana aku dibuat seperti bahan uji kaji.. Disuruhnye doktor lelaki tadi, check balik dan belajar semula baca jalan.. Ya Allah, tuhan  sahaja tahu betapa hati aku sakit ketika ini.. Ditambah sakit contraction lagi.. Boleh pulak dia buat aku bahan pembelajaran dia..

Lepas selesai segala prosedur di bilik pemeriksaan tersebut, aku dibawa ke wad bersalin sementara menunggu waktu untuk melahirkan.. Ada 2 orang lagi sedang menunggu masa.. Ada juga yang baru masuk terus ke labour room, mungkin dah sampai masa.. Sepanjang aku tunggu waktu aku, beberapa orang juga telah selamat melahirkan.. Aku dan 2 orang lagi di wad bersalin masih menanti giliran masing-masing... Yang katil sebelah aku, nampak selesa berbaring dan tidur.. Yang seorang lagi, dok berjalan kehulu kehilir, mungkin untuk memudahkan bersalin kot.. Aku lihat dorang relax jerk.. Tak rasa sakit ke dorang ni?... Aku ni bagai nak mati menahan sakit yang tak terperi.. Tapi time ni masih boleh bertahan walaupun dah sakit sangat dan masih boleh pergi toilet beberapa kali... Hehe.. Boleh jugak dok layan wasap and messenger..

11 September 2017
2.00 Pagi

Jam 2.00 pagi, dah mula rasa sakit sangat.. Sampaikan hanya boleh bertahan dengan duduk di birai katil.. Kalau baring, rasa sakitnya lagi maha dasyat.. Jadi, aku hanya mampu duduk di birai katil sahaja sambil menahan sakit.. Dah puas menahan dan rasa tak sedap hati, aku minta nurse checkkan jalan lagi sebab dah rasa lain macam.. Masuklah aku dalam labour room dengan harapan agar inilah penamatnya dan aku boleh melahirkan dengan selamat.. Doktor yang sama check aku.. Doktor pelatih lelaki tersebut menyatakan jalan masih 3CM!! Hoh!! Terpinga-pinga aku.. Betul ke?? Dari jam 11 malam hingga sekarang masih menten 3CM.. Tapi apa boleh aku buat kalau itu dah katanya.. Maka, aku kembali ke katil aku semula.. Nurse maklum pada aku akan datang melawat setiap pesakit selepas 2 jam kemudian.. Aku sabarkan hati menunggu nurse datang melawat nanti.. Time ni dok wasap dengan encik suami.. Katanya dah mengantuk sangat and nak tidur sekejap dalam kereta sambil tinggal pesan supaya call dia kalau dah dekat nak bersalin.. Huhu..

3.00 pagi

Sakit makin mencucuk-cucuk.. Lepas baring aku duduk.. Puas duduk aku baring.. Masa ni sakit makin menyiksakan.. Allahuakbar... Tak dapat nak gambarkan macam mana.. Nak pergi toilet dah tak mampu... Tak mampu nak berjalan lagi.. Tapi masih sabar menanti sehingga jam 4 pagi mengharapkan nurse datang check.. Masa ni aku mengharapkan masa berjalan dengan pantas.. Tak larat dah nak duduk dalam keadaan yang ngeriiii macam ni..

4.00 Pagi

Tenaga makin berkurangan akibat menahan sakit.. Sakit dah tahap maksima... Darah pun makin banyak keluar sampai habis katil kena darah.. OMG!! Apakah.. Bersalin sebelum ni, tak pernah berdarah macam ni sekali.. Kain aku tak payah cakap la.. Darah di merata-rata.. Tapi tak de la macam tumpah darah tu kan.. Cuma darah agak banyak keluar tak seperti aku bersalin yang dulu.. Aku makin takut.. Sakit dah tak tertanggung lagi.. Tunggu nurse datang check tapi tak juga datang... Akhirnya, aku gagahkan diri berjalan ke bilik rawatan sambil berpaut pada dinding.. Sampai saje depan pintu bilik rawatan, aku terus panggil nurse dengan suara tak berapa nak keluar dah sebab sakit sangat.. Huhu.. Nurse suruh aku bertenang dan duduk atas kerusi dulu sementara dia kemas katil bersalin yang baru selesai digunakan oleh pesakit lain.. Lepas tu terus saja aku disuruh naik ke atas katil bersalin untuk check jalan... Kali ni check jalan sangatlah sakit sebab aku memang dah sakit kan.. Doktor yang sama juga check aku.. Katanya dah 7 ke 8cm kalau tak silap aku.. Aku dengar tak dengar dah time tu.. Rasa dah berada kat dunia lain dah.. Haha.. Gile betul la.. Hehe..

Air ketuban dipecahkan... Nurse cakap, baby dah berak dalam perut dan terus disuruhnya aku untuk teran risau baby tertelan najis.. Aku tak rasa nak teran lagi sebenarnya time tu tapi aku gagahkan jugak diri untuk paksa teran.. Tapi kenapa tak boleh.. Aku rasa pundi kencing aku penuh dan dalam masa yang sama nurse pun terus ambil tiub untuk buang air kencing aku.. oh, nurse ni macam tahu-tahu aje kan.. Terima kasih.. Lepas tu barulah aku ada rasa nak meneran.. Pada awalnnya nurse sahaja yang uruskan aku.. Lepas tengok aku tak berjaya dalam usaha meneran, doktor wanita datang membantu.. 2 orang lagi doktor baru, lelaki sebagai pemerhati.. Semua nurse yang ada memberi semangat kat aku dan bantu sedaya mampu.. Seksanya rasa... Sakit bukan kepalang.. Berlainan sekali melahirkan anak pertama dulu.. Kali ni lagi dasyat sakitnya nak bersalin.. Sedaya mungkin aku meneran.. Kata doktor, kepala dah keluar sikit, sampai tang dahi tu tak lepas.. Bila dah segala usaha dilakukan dan aku juga tak berjaya untuk bersalin secara normal, doktor buat keputusan untuk gunting.. Allahuakbar.. Sakitnya.. Rasa sangat masa dia gunting...

Lepas dah gunting, aku disuruh teran sekuathati.. Risau baby lemas... Dan aku usahakan sampai berjaya.. Alhamdulillah tepat jam 4.50 Pagi, anak kedua aku selamat dilahirkan... Bersyukur sangat aku bila dah terlepas dari azab yang maha dasyat.. Azab di atas muka bumi yang hanya secebis.. Di akhirat kelak, tak tahu lah macam mana.. Allahuakbar..

5.00 pagi

Proses untuk mengeluarkan uri dan darah-darah beku dilakukan... Rasa sakit masih mencengkam dek kerana kesan gunting dan kesan bersalin... Selesai urusan tersebut, tibalah masa untuk proses menjahit yang aku sendiri rasa seriau kerana tugas ini diberikan kepada doktor lelaki pelatih tadi.. Aku rasa tak yakin tapi aku redha aje lah.. Aku dibius.. Permulaan, tiada rasa apa-apa.. Berjalan dengan baik.. Cuma aku jadi semakin risau bila doktor menjahit dengan agak lambat.. Terlalu lambat.. Dalam hati, nanti dah habis ubat bius tu mahu aku menjerit nanti time jahit bahagian kulit.. Rupanya rasa tak yakin aku tu bersebab.. Ternyata doktor tersebut tak berjaya nak selesaikan tugasnya dengan baik.. Dia tak pandai jahit hokeh!!! Arggghhh rasa nak marah pun ada.. Nurse pula ambil alih sambil nurse tu membebel kat doktor tu sebab tak maklum dekat doktor wanita tadi yang dia tak pandai jahit.. OMG!! Aku jadi mangsa keadaan lagi..

Nurse tu pun tak tahu nak sambung jahit macam mana lagi sebab katanya jahitan doktor tadi sangat tak cantik.. Dia usahakan juga.. Seperti yang aku jangkakan, time nak menjahit kulit luar, ubat bius dah hilang.. Sakit bukan kepalang.. Aku dijahit hidup-hidup.. Menjerit aku time jahit tu.. Sakit sangat wehhh!! Tapi apa boleh buat, terpaksa bertahan jugak.. Masa bersalin anak pertama dulu, time jahit tak sakit langsung sebab nurse yang jahit tu sangat pantas dan pandai.. Selesai urusan jahit menjahit, nurse mintak maaf sebab jahitan tak cantik akibat sambung kerja orang lain.. Aku pasrah..

Selesai semua, baru aku call encik suami.. Dia pun terkejut sebab semuanya dah selesai.. Tak sempat nak call dia, dah sakit sangatkan tak ingat apa dah.. Makanya, kali ni aku bersalin tanpa ditemani encik suami.. Dia ambil tugas dia untuk azankan anak.. Lepas tu teman aku rehat sekejap dalam labour room sebelum aku ditempatkan ke wad.. Selepas ditempatkan di wad, aku dikhabarkan akan ditahan sehari semalam untuk pemantauan baby kerana baby suspek tertelan najis.. Mari berhuhu.. Alhamdulillah baby ok.. Berak dan kencingnya semua ok dan teratur.. Hari selasa aku dah dibenarkan keluar wad.. Yeyyy boleh balik dahh!! Haha..

Alhamdulillah kali ni pun semua nurse memberi layanan yang baik pada aku.. Terima kasih pada semua nurse dan doktor HTAA yang dah berusaha untuk bantu aku melahirkan anak yang kedua ni sehabis baik dan merawat aku sepanjang aku di hospital dengan layanan terbaik.... Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. Hiks.. 😉

Ok, la.. Tu aje la pengalaman ngeri yang aku nak cerita.. Hehe..Panjang melebooo dah tu.. Aku titipkan pengalaman ni sebagai kenangan aku dikemudian hari.. Yang anak pertama dulu tak sempat pulak aku nak buat entry.. Tak pe la, cukuplah pengalaman ngeri kali ni aku abadikan dalam blog aku ni.. Juga untuk kengerian korang yang akan mengalaminya.. Haha.. Jom aku belanja sikit gambar baby boy aku, Muhammad Aqiff Rizqi..


11 September 2017 (Isnin)
4.50 Pagi
HTAA

Time ni dah balik umah mak dah..

Kepala dah botak kene cukur dek tukang urut.. 
Tak elok katanya simpan lama-lama rambut baby yang dalam perut..


OMG!! Dia senyum... 


Ni gambar terbaru.. Belum sebulan lagi usiaku..


Read More