Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap | Holaaaaa!.. Hehe setelah berehat beberapa hari berblogging dek kerana dok tukar template blog yang agak mencabar fizikal dan mental.. Nyaris-nyaris demam sebab tak tidur.. Hhaha.. Orite, kali ni nak share dengan korang resepi sambal tumis udang yang sangat mudah nak dibuat dan rasa dia ohsem sedap... Kot la korang dah tak ada idea nak masak ape kan.. Cam aku sekarang ni pun, dah kehabisan idea nak masak ape.. Sampai masa nak masak, mesti termenung dulu fikir nak masak apa hari ini.. Huhu..
Orite , tak nak kecoh sangat.. Moh, cuba resepi sambal tumis udang simple dan sedap ni.. Mudah sangat!
Resepi Sambal Tumis Udang
Bahan-bahan :-
- 1/2 kg udang (gunting separuh kepala) - Nak buang kulit semua pun tak pe.. Ikut suka..
- 1 sudu kecil pes asam jawa adabi - aku campur dengan sedikit air jadi jus.. hehe
- 1 sudu kecil garam halus
- 4 sudu besar gula
- 1 biji bawang besar - dihiris bulat
Bahan Kisar
- 100gm cili kering - aku guna cili boh je.. 3 sudu besar aku isi sebab nak sambal banyak sikit..
- Belacan sebesar duit 50 sen
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
Cara-cara :-
- Kalau guna cili kering, sila kisar cili dengan belacan ye.. Pastu barulah kisar bawang merah dan bawang putih.. Cam aku guna cili boh, so belacan tu aku campak je masa menumis.. hehe
- Masukkan minyak masak dalam kuali dan panaskan.. Guna minyak yang banyak untuk menumis supaya bahan tumisan tu dapat garing dengan sempurna dan sambal tahan lama..
- Setelah minyak panas, masukkan bawang kisar tadi. Tumis hingga garing..
- Kemudian masukkan cili kisar/ciliboh dan belacan.. Masak hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
- Setelah itu masukkan air asam jawa.. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa..
- Lepas dah merenih, masukkan pula udang dan bawang besar yang dihiris bulat tadi.... Masak seketika dan bolehlah tutup api..
Selamat mencuba..!