novel
Showing posts with label novel. Show all posts

Review Novel | Kacau by Ariff Adly

Wednesday, December 5, 2018

9 comments
Kacau by Ariff Adly  |  Sejak dua menjak ni rasa nak hadam cerita seram aje.. Mungkin jugak dah lama tengok novel-novel seram ni bertenggek atas rak buku aku tanpa di sentuh dan hanya perhiasan semata.. Bila mood membaca dah ada ni, memang akan ku pulun habis-habisan supaya semua novel dapat dihabiskan dan bolehlah aku memborong  novel yang baru.. Haha!! Kali ni nak review novel Kacau by Ariff Adly pulak.. Baru sat je habis baca.. Sementara mood blogging masih tersisa ni, moh aku buat review.. Ahakz..


Mula-mula tengok cover novel Kacau ni, macam tak teruja sangat nak beli dan baca.. Tapi bila baca review kat Goodreads, wahh menarik pulak review pembaca yang dah baca novel ni.. Jadinya, dengan segera tangan ini membuat order.. Ahakz..

Kacau merupakan novel karya Ariff Adly yang pertama aku baca.. Ariff Adly atau lebih selesa dipanggil Kidd merupakan pelajar lepasan KPMB dalam jurusan Higher National Diploma (HND) in Computing Software Development. Berasal dari negeri bendera merah biru iaitu Johor Darul Takzim. Seorang introvert yang selesa hidup dalam dunia sendiri.


Tajuk : Kacau
Penulis : Ariff Adly
Muka Surat : 326
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Diterbitkan : Februari 2014


Sinopsis Kacau



"Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!" teriak aku.

"Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku..."
Al terhenti. Dia memandang ke atas. "Oh my god!! Sana!"
Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.

"Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!"
Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.

Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.

"Hahahahahahahahahahahahahaha!" Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usahaku seperti tidak memberi apa-apa impak.

"Fiq, on three/ Kita rentap sama-sama!" cadang aku.

"Okay!"

"One, two... three!"


Review Kacau


Kok seram bangat novel ni.. Bisa berdiri bulu tengkok ku.. Eh tengkok ada bulu ke? Hahaha.. Serius weh, novel Kacau ni boleh buat aku tak dapat tidur malam sebab terbayang-bayang dan merasakan ada yang sedang memerhati.. Oh god!! Seram...

Mula-mula aku ingat jalan cerita Kacau ni cuma seram biasa-biasa jerk.. Yelah, tajuk pun sempoi gila, Kacau jerk pun.. Tapi bila aku meniti setiap plot yang ada dalam novel ni, boleh gugur jantung dek ketakutan yang melampau.. Hohoho...

Aku tak pastilah bagi pembaca yang lain.. Tapi bagi aku novel Kacau ni memang seram dowh.. Nak lagi baca time tengah malam.. Perghhh terbaikkkk seram dia.. Haha!!

Bahasa yang digunakan dalam novel ni jugak agak kasar sedikit.. Memang tak sesuai kalau dibaca oleh mereka dibawah umur.. Nasib baik dekat cover novel ni dah tercatat "Untuk Pembaca Matang".. Ahakz.. Jadi, korang yang dibawah umur, jangan nak mengada-ngada baca ye.. Hiks.. Tapi serius aku suka weh cara penyampaian penulis dalam novel ni.. Dialog yang ditampilkan bersahaja dan sempoi.. Bahasa remaja zaman sekarang kot.. Haha!!

Novel Kacau ini berkisahkan 7 orang sahabat yang suka mencabar diri dengan games Ghost Hunt dimana mereka akan mencari rumah atau bangunan tinggal untuk menjejak entiti.. Beberapa kali ghost hunt dilakukan tetapi malang tidak berlaku sebarang kejadian yang mereka harapkan.. Selepas percubaan demi percubaan tidak berhasil, sampailah kepada game seterusnya di building tinggal di Seremban.. Sebuah pasaraya.. Menurut cerita, pelbagai kejadian berlaku sebelum penutupan pasaran tersebut..

Kali ini, mereka membawa kelainan dengan menyeru roh dalam permainan Spirit of the coin dengan harapan mereka boleh nampak kelibat atau entiti dengan mata kepala dorang sendiri.. Itu merupakan kepuasan bagi dorang.. Uis.. Memang dorang ni gila kan.. Banyak juga aku baca novel seram yang berkaitan dengan ritual spirit of the coin ni.. Movie pun pernah aku tengok pasal bende ni.. Huh!! Seriau pulak rasa.. Huhu..

Ok, bermula dari situlah berlakunya perkara yang tak diingini.. Bila mana permainan yang dimainkan itu dilanggar syarat-syaratnya.. Satu persatu kejadian menimpa mereka bertujuh... Fiq, Jimie, Ajim, Amat, Syida, Syira dan Al..  Seorang demi seorang menjadi manga sehingga terbunuh dalam keadaan yang mengerikan.. Ada ke yang selamat?


"Seorang penuntut IPTA jurusan Kejuruteraan dan Alam Bina ditemui mati oleh rakan serumah pada jam 10.32 pagi semalam di loteng rumah sewanya. Nur Insyirah binti Abdul Razak dipercayai membunuh diri akibat tekanan pelajaran, namun siasatan lanjut ke atas badan mangsa masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian. Manakala rakan serumah mangsa diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan."


Haaa dari satu kejadian ke satu kejadian, aku memang tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya.. Selamat kah mereka? Bagaimana berakhirnya jalan hidup mereka.. Tragis ke? Pelbagai persoalan bermain difikiran aku.. Mood seram sentiasa on.. Tak pernah Off..

Diakhir cerita, barulah tahu punca sebenar kejadian yang mereka alami.. Betul-betul tak sangka.. Sebenarnya bukan dari permainan Spirit of the coin puncanya tetapi ada sebab lain.. Itu sekadar sebagai asbabnya sahaja.. Mungkin ada la sedikit sebanyak punca dari permainan itu tetapi punca sebenar adalah lebih dasyat..

Apakah puncanya yang sebenar? Ada atau tidak antara mereka yang  terselamat? haaa aku cuma boleh cakap, novel ni best.. Seram.. Ngeri.. Mendebarkan.. Memang tak rugi aku beli dimana pada awalnya aku sangat was-was nak beli novel Kacau ni takut aku kecewa dengan jalan ceritanya.. Ternyata ianya memberi satu pengalaman yang mendebarkan dan menyeramkan sepanjang aku melangkah dari satu plot ke satu plot yang lain.. Korang wajib beli dan baca weh!!


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 

Banyak novel yang aku baca aku akan beri 4 bintang.. Sebabnya setiap novel yang aku beli aku akan pastikan review dari pembaca lain gempak dan menarik baru aku beli.. Kalau review suam-suam kuku memang aku tak beli la.. Buat bazir duit aku jerk.. Haha!! 

Untuk Kacau ni aku boleh bagi 4 setengah bintang sebenarnya.. Aku suka jalan ceritanya dan penceritaannya lancar dan tanpa gangguan lain seperti typing error dan sebagainya.. 

Bagi korang yang suka novel genre seram, bolehlah baca Kacau sebabnya korang pasti akan merasakan keseramannya sepanjang membaca novel ini.. Silap hari bulan korang tak boleh tidur dek kerana rasa ada yang memerhati.. Bagi yang tak berani tu, korang fikirlah banyak kali dulu ye untuk baca novel ni.. Haha!! Nak selamat baca siang weh!! Kiki... 

Dalam novel ni ada la juga diselit kisah cinta antara mereka.. Ada jugak cinta tak kesampaian sebabnya tak sempat luah dah menemui ajal..   

Apa-apa pun, tahniah buat penulis kerana menghasilkan karya yang ohsem cenggini.. Lain kali please hasilkan lagi ye Encik Ariff Adly.. Saya nak baca lagi.. Haha!! Aku doakan penulis sentiasa dilindungi olehNya dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat menghasilkan novel yang lebih BEST lagi... Ahakz..


Read More

Review Novel | Garam by Ruwi Meita

Sunday, December 2, 2018

4 comments
Garam by Ruwi Meita  |  Sebuah lagi novel dapat aku habiskan.. Garam karya dari penulis seberang, Ruwi Meita.. Novel ni sebenarnya agak terkenal dikalangan pembaca novel fixi.. Banyak juga review yang aku baca tentang novel Garam ni terutamanya di Goodreads.. Memandangkan reviewnya sangat bagus dan menarik, aku terpanggil untuk membeli dan membacanya sendiri.. Tapi awas ye, novel ini untuk pembaca yang matang sahaja.. Mereka yang dibawah umur tidak digalakkan membaca novel ini hehe..


Garam merupakan penulisan pertama Ruwi Meita yang aku baca.. Ruwi Meita ialah seorang penulis Indonesia yang telah menghasilkan banyak novel dalam genre seram, thriller, cinta dan misteri. Antara novelnya adalah seperti Rumah Lebah (2008), Cruise Chronicle (2013), Kamera Penghisap Jiwa (2014), Misteri Patung Garam (2015) yang terbit di Malaysia sebagai Garam (Buku Fizi, 2016) dan banyak lagi..


Tajuk : Garam
Penulis : Ruwi Meita
Muka Surat : 284
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Diterbitkan : Julai 2016


Sinopsis Garam


Seorang pemain piano di Surabaya ditemui mati terduduk di hadapan pianonya dengan bibir terjahit. Biji mata dicungkil, meninggalkan lubang hitam yang amat mengerikan. Rambut palsu merah panjang menutupi kepalanya. Sementara otak dan organ-oragan tubuhnya telah dikeluarkan secara paksa.

Kulitnya pucat seputih garam. Tidak, tidak sekadar seputih garam. Tetapim seluruh tubuhnya itu benar-benar dilumuri adunan garam.

Inspektor Kiri Lamari, penyiasat kes ini terus dihantui lubang hitam mata pemain piano. Mata yang mengingatkan Kiri Lamari akan mata ibunya. Yang juga dia temui tak bernyawa puluhan tahun lalu.

Garam? Kenapa garam?


Review Garam


Sebenarnya aku beli buku ni dah lama cuma aku tiada keberanian untuk membacanya.. Now, aku beranikan diri untuk hadam buku ini.. Alhamdulillah aku dapat habiskannya dalam masa yang singkat sahaja.. 

Sangkaan aku jalan ceritanya biasa-biasa sahaja tidaklah segerun mana.. Rupanya sangkaan aku itu meleset sama sekali kerana novel ini berkisarkan kisah pembunuhan kejam.. Semasa membaca novel ni, aku dapat bayangkan bagaimana setiap kejadian itu berlaku.. Seolah-olah ianya berlaku didepan mata aku.. Paling tepat, seperti aku sedang menonton movie omputeh yang berkisahkan pembunuhan kejam.. Huiiii.. Sangat mencabar jiwa aku yang agak rapuh ini.. Wahaha!

Dari satu kisah pembunuhan ke satu kisah pembunuhan, kronologinya semua sama.. Ia dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yang menjadikan garam sebagai bahan utama dalam setiap pembunuhan yang dilakukannya.. Baginya, setiap pembunuhan kejam yang dilakukannya dengan mengawet mayat dengan menggunakan garam, sebagai penghapus dosa.. Mangsanya semuanya orang yang terkenal dan berjaya dalam kerjaya..

Setiap apa yang terjadi pasti ada penyebabnya.. Begitulah juga dengan si pembunuh ini.. Ada sisi gelap disebalik kehidupannya yang menyebabkan dia terdorong untuk melakukan perbuatan kejam itu.. Ia bermula dari aturan hidup yang dia sendiri tak impikan yang telah diaturkan oleh ibunya sendiri menyebabkan jiwanya tertekan dan terus terjerumus dalam dunia penuh kekejaman..

Seorang inspektor yang berkaliber yang digelar sebagai Si Penghidu Jejak telah berjaya membongkar segala kegiatan si pembunuh dan sekaligus berjaya menangkapnya walaupun pada awalnya nyawa sendiri dalam bahaya.. Dia berjaya menghubung kaitkan setiap petunjuk yang dia dapat sehinggalah tertangkap si penjenayah tersebut..

"Ada bunga yang kembang di waktu pagi. Ada yang kembang di malam hari.
Dan ada bunga yang mekar sepanjang hari. Tapi tak ada bunga yang tumbuh di kaki.
Bunga tumbuh di tempat yang tidak diganggu, sedangkan kaki memijak tanah.
Tahniah, anda telah membasuh kehidupan orang melalui kaki mereka
sepertimana aku membasuh dosa manusia yang kehilangan langkah.

Dari, S."

Petunjuk yang terakhir yang menyebabkan tertangkapnya Matari yang menyamar sebagai saudara kembarnya Rahardian untuk mengaburi pihak berkuasa. 

Cerita novel ni memang best.. Kalau baca review aku ni korang rasa tak puas hati, haaa wajib kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir ye.. Ternyata novel Garam ini tak mengecewakan aku.. Jalan ceritanya sangat menarik dan mendebarkan... Setiap plot disampaikan dengan teliti dan sehingga aku tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya.. Yang pasti, sangat mendebarkan hokeh!


Rating & Cadangan



Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Buat korang yang memang hantu buku Fixi dan sukakan jalan cerita yang mendebarkan dan misteri, bolehlah baca buku Garam ni.. Setiap kejadian membuatkan korang ternanti-nanti apakah sebabnya dan kesudahannya..

Novelnya tidak terlalu tebal dan yang pastinya tidak membosankan.. Dalam novel ni juga terselit kisah cinta dan kekeluargaan.. Ada konflik dalam hubungan mereka dimana ianya perlu dirungkaikan supaya hubungan cinta mereka bersatu..

Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik sekali.. Setiap plot pasti memberi debaran kepada pembaca.. Moga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih mendebarkan dimasa-masa akan datang..



Read More

Review Novel | #GHOST by Zura Rahman

Tuesday, November 27, 2018

3 comments
#GHOST by Zura Rahman  |  Fuhh tak sangka berjaya juga akhirnya menghabiskan bacaan novel #ghost dalam masa yang singkat... Bila dah mula, pasti susah nak berhenti.. hehe.. Lepas satu novel ke satu novel dapat aku habiskan.. Lagi pulak, job aku semua dah settle.. Moga ada rezeki lain yang akan masuk nanti.. Haha!! Bila dah semua settle, bolehlah aku bersenang-senang mengadap novel tanpa gangguan.. Tapinya, untuk melengkapkan Goodreads Challange aku memang dah tak sempat sebabnya dah akhir tahun ni.. Huhu.. Sedihnya la.. Apa pun, malam semalam aku berjaya menamatkan kisah #Ghost hasil karya Zura Rahman..


Ini novel kedua dari penulis Zura Rahman yang aku baca.. Novel ni aku beli bersekali dengan Undercover Wife.. Aku tertarik untuk membeli novel ni sebabnya banyak review yang best-best tentang novel ni.. Pendek kata, ramai yang berpuashati dengan jalan cerita novel ni.. Jadinya, aku pun teruja jugak la nak baca novel #Ghost ni.. Hehe.. Aku ni pantang orang cakap best, mesti nk baca jugak.. 


Tajuk : #GHOST
Penulis : Zura Rahman
Muka Surat : 614
Penerbit : KarnaDya Publishing Sdn Bhd
Tahun Diterbitkan : Disember 2017


Sinopsis #GHOST


Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya, dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST.

Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.

Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang bergelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?

Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areen tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dengan tidak, dia keliru.

"If there is no one else that you can trust, trust yourslef. But, if you can't even trust yourself, you have to trust me" - GHOST

Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr. Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?

Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.... penuh kedukaan. Dia.... diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areena

Siapa dia yang sebenarnya?


Review #GHOST


Ok, secara jujurnya aku tak sangka jalan cerita #GHOST ni seperti ini.. Diluar jangkaan aku.. Aku mati-mati ingat jalan ceritanya seram dan menakutkan memandangkan tajuknya yang sebegitu.. Haha!! Sebab itu ada pepatah mengatakan, 

"Don't judge a book by its cover"

Begitulah juga dengan novel #GHOST ni.. Janganlah menilai tajuk sahaja tetapi bacalah isinya terlebih dahulu.. Ahakz.. Seperti yang sering terjadi bila kita baca surat khabar atau apa-apa berita, kadang kita baca tajuknya sahaja sedangkan kita tak tahu apakah isi kandungan beritanya.. Dari tajuk, kita dah buat pelbagai konklusi.. Haa tak adil macam tu.. Jadi, kenalah baca isi kandungannya juga ye barulah boleh komen atau kecam mengecam.. Haha!! Keyboard warrior sangat korang!!

Serius, bila aku baca novel #GHOST ni aku teringat filem PASKAL.. Eh sama ke? Tak de la sama jalan ceritanya tetapi bila watak utamanya berada dalam skuad khas, itu yang mengingatkan aku pada filem Paskal..

Plot cerita yang ditampilkan oleh penulis agak menarik bagi aku.. Permulaan cerita dimana boleh terjadinya GHOST mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelapnya menjadikan novel ini hidup.. Walaupun pada mulanya aku tertanya-tanya, bagaimana GHOST boleh muncul di rumah Dr Daryn Areena setelah tercedera? Sebabnya tetiba sahaja dia sampai ke situ.. Akhirnya aku dapat ignore tanda tanye itu setelah beberapa babak menarik selepas itu berjaya memadam segala persoalan dalam benak aku.. Haha!!

Ceritanya banyak berkisarkan kisah di negara jiran iaitu Thailand... GHOST seorang perahsia boleh menguasai 6 bahasa asing.. Ini memudahkan dia menjadi undercover bagi skuadnya untuk mengumpul bukti kegiatan haram musuhnya dengan mudah..

Dia atau nama sebenarnya Kimi Rafael atau dikenali sebagai Rid didalam kumpulan kongsi gelap atau menggunakan codename GHOST lelaki yang digeruni oleh semua penjenayah atau kongsi gelap kerana kebolehannya dalam menumpaskan pihak lawan.. Dia seorang sharpshooter dan terlalu berani..

Dalam aku menghadam satu plot ke satu plot, sebenarnya aku tak sabar-sabar nak sampai ke penghujung sebabnya aku nak tahu siapa sebenarnya GHOST ni dan bagaimana kesudahan cerita cinta dia dengan Dr Daryn Areena yang dikahwininya secara paksa.. Aku sedikit geram dengan GHOST ni sebabnya dia terlalu perahsia, hati kering, membosankan dan banyak lagi la perangai dia yang menyakitkan hati.. Aku pulak emosi.. Haha.. Dr. Daryn Areena ni pulak aku sakit ati sebab degil mengalahkan ape entah.. Isk, geram betol.. Ehh emosi lagi.. Haha!!

Bila dua-dua punya sikap yang sebegitu membuatkan aku lebih tak sabar nak tahu apa kesudahannya..

Bila dah sampai ke penghujung cerita, yesssss aku tersenyum puas.. GHOST kembali untuk merebut cintanya kembali.. Hatinya dah lembut akhirnya.. Tapi kenapa lambat sangat GHOST oiii.. Hehe.. Endingnya sweet-sweet gitu.. Cumanya endingnya yang sweet tu terlalu pendek.. hiks.. Tapi okla, janji happy ending kan..

"I hate you..." - Dr. Daryn Areena

"No, you don't" - Kimi Rafael

"I hate you, you know..." - Dr Daryn Areena

"No, you don't... But you love me.." - Kimi Rafael

Kalau korang rasa baca review aku ni korang tak puas, itu bermakna korang kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir.. Barulah perasaan puas tu akan datang.. Serius novel #GHOST ni tak mengecewakan.. Jadi, sila beli hokeh! Haha..


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Thriller : 60%
Aksi : 30%
Cinta : 10%

Kaki-kaki novel thriller, boleh rebut peluang baca novel ni.. Gerenti korang menyukainya.. Novel ni menyajikan plot yang menarik.. Peperangan, pergaduhan, perhubungan, percintaan, kekeluargaan dan banyak lagi yang boleh korang hadam dalam pelbagai situasi..

Jalan ceritanya agak panjang dan korang pasti tak sabar-sabar nak sampai ke penghujungnya untuk tahu kesudahan ceritanya.. Dari satu persoalan ke satu persoalan lain yang akan menghuni fikiran korang.. Banyak bende yang korang perlu tahu dan nak tahu.. Ini menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan tertarik..

Tahniah sekali lagi buat Sis Zura Rahman kerana menghasilkan karya yang tak terduga jalan ceritanya.. Serius, rasa kagum kerana setiap plot berjaya diolah dengan baik sekali.. Seolah-olah penulis tahu semua dan pernah berada dalam situasi itu.. Hah gitu!!

Tak sabar nak baca next novel Sis Zura Rahman lagi.. Moga lebih baik dan terussss baik serta jadi yang terbaik.. Insyaallah...


Read More

Review Novel | Taubat Yang Tertangguh by Aizuddin Hamid

Friday, November 23, 2018

5 comments
Taubat Yang Tertangguh by Aizuddin Hamid  | Buku dari Koleksi Tarbiah Sentap memang menjadi bahan bacaan aku sejak dulu lagi.. Cara penyampaian penulis dari Team Tarbiah Sentap tak pernah mengecewakan.. Teguran yang diberikan sangat terkesan dihati.. Tak hairanlah aku seorang pengumpul dan pembaca tegar buku dari terbitan Tarbiah sentap.. Kali ni aku tertarik untuk menghadam sebuah buku hasil karya saudara Aizuddin bin Abdul Hamid iaitu Taubat Yang Tertangguh. Beliau merupakan salah seorang penulis buku, admin dan penceramah motivasi dari Tarbiah Sentap.


Saudara Aizuddin bin Abdul Hamid telah menulis 7 buah buku iaitu Aku Muslim & Britain (Telaga Biru), Kahwin Muda (Telaga Biru), Tamak Pahala (Tarbiah Sentap), Wake Up (Nur El-Hikmah - Kolaborasi penulis), Dealova (Inspirasee - Kolaborasi penulis), Lari Dari Neraka (Tarbiah Sentap) dan Izinkan Aku Mencari Tuhan (Tarbiah Sentap).. Taubat Yang Tertangguh merupakan karyanya yang terbaru..

Aku kategorikan buku ini sebagai novel kerana buku ini ada jalan ceritanya.. Jalan cerita yang sangat menarik.. Aku tergerak hati untuk membaca buku ini setelah aku membaca review salah seorang pembaca buku ini di Goodreads.. Katanya, buku ini banyak memberi pengajaran dan menginsafkan..


Tajuk : Taubat Yang Tertangguh
Penulis : Aizuddin Hamid
Muka Surat : 278
Penerbit : Sentap Press Sdn Bhd
Tarikh Diterbitkan : April 2018


Sinopsis Taubat Yang Tertangguh



"Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan mesti korang akan pandang hina aku."
- Uzair Akhyar -

"Kadang-kadang, nak tegur orang 'agama' ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan."
- Irfan Azqie -

"Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang."
- Shukri Roslan -

"Bodoh betul orang kita ni, kan? Senang betul percaya cerita pasal syurga, guna imej Islamik, cakap lemah-lembut, semua terus cair. Senang betul jadi penunggang agama. Untung pun banyak."
- Khairudin -

"Awak kena sedar, syaitan takkan hasut kita untuk terus berzina, tapi syaitan akan hasut kita untuk melakukan mukadimah zina terlebih dahulu. Syaitan akan goda melalui titik kelemahan kita iaitu perkara-perkara yang nafsu kita suka."
- Dania Najihah -


Banyak lagi persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah Taubat Yang Tertangguh ini. Suatu pengalaman yang bakal membawa pembaca menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan kebahagiaan.

Review Taubat Yang Tertangguh


Ya, benar... Buku ni memang banyak memberikan aku pengajaran.. Dari satu cerita ke satu cerita membawa mesej untuk kita kutip menjadi teladan.. Kisah Uzair Akhyar yang cukup ilmu agamanya, hanyut akhirnya dengan hasutan syaitan.. Ternyata syaitan pandai membolak balikkan hati manusia untuk melakukan kejahatan..

"Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan"
- Uzair Akhyar -

Dari seorang yang penuh ilmu agama, akhirnya terjerumus dalam ajaran sesat yang membawa dia melakukan maksiat.. Bila di kolej, dia berperwatakan baik dan alim di depan rakan-rakan bagi menutup segala aib yang telah dia lakukan.. Dari satu masalah ke satu masalah dia cipta.. Dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain dia alami..

Dia melarang ikhtilat tetapi dalam masa yang sama dia juga terjebak dalam kancah itu.. Dia menghalalkan perbuatannya dengan memberi alasan ingin membimbing pasangan ke jalan Allah.. Namun, Dania Najihah, wanita yang diingininya itu menolak cintanya kerana masih berpegang teguh dengan ajaran Islam.. Alhamdulillah..

Setelah semuanya jelas, dia kembali ke jalan Allah.. Rakan-rakannya banyak membantu membawa dia kembali ke jalan yang benar...

Itulah serba sedikit tentang buku ni.. 


Iman itu tidak boleh diwarisi.. Syaitan sentiasa bekerja dan berusaha untuk menyesatkan anak Adam.. Orang yang penuh ilmu di dada pun kadang kala terkhayal dengan hasutan syaitan.. Jadi, untuk teguhkan iman, beramallah dengan ilmu dengan seikhlas hati tanpa ada rasa riak, takbur dan ujud seperti Uzair Akhyar... 

Sekiranya kita melakukan kejahatan dan sedar akan kejahatan yang kita lakukan itu, cepat-cepatlah bertaubat.. Janganlah kita menangguhkan taubat.. Pintu taubat sentiasa terbuka buat kita PENDOSA..

Secara keseluruhannya aku sangat berpuashati dengan jalan cerita novel Taubat Yang Tertangguh ini.. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir tersusun kemas dan tidak membosankan.. Satu persatu plot cerita mempunyai mesejnya yang tersendiri.. 

Ingatlah, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. Jika Allah berkehendakkan sesuatu, pasti akan terjadi juga dengan kuasaNya.. Yang beriman tidak lagi beriman, yang pendosa tidak lagi terus berdosa.. 


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Aku suka konsep penceritaan buku ni.. Tidak hairanlah ramai yang memberi feedback yang positif tentang buku ni antaranya di Goodreads dimana kita dapat membaca review dari setiap pembaca..

Banyak lagi sebenarnya persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah Taubat Yang Tertangguh ni.. Jadi, korang kena baca sendiri dan ambil pengajaran yang ada dalam novel ni.. Dengan membaca novel ini, korang akan dibawa menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan kebahagiaan. Aku yakin, korang tidak akan berhenti membaca hingga helaian yang terakhir..

Syabas buat penulis.. Aku doakan agar penulis dapat menghasilkan lagi karya terbaik seperti ini untuk para pembaca mengutip pengajaran di dalamnya.. 

Aku sangat recommend korang baca buku ni..


Read More