novel
Showing posts with label novel. Show all posts

Novel Siti Rosmizah Lagi Menjadi Pilihan

Friday, November 4, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt

Novel Siti Rosmizah Lagi Menjadi Pilihan  |  Oke, semalam aku dah review novel Andai Itu Takdirnya 2... Itu menandakan aku dah habis baca novel tersebut dan akan memilih novel atau buku ilmiah lain pula untuk menjadi bahan bacaan aku.. Novel apakah menjadi pilihan aku kali ni?? Jom tengok sesama..


Novel ni lah yang akan menjadi bahan bacaan aku seterusnya.. Rindu Awak Separuh Nyawa juga hasil karya Siti Rosmizah.. Kenapa aku pilih novel ni?? Haa sebabnya penulisnya adalah penulis kegemaran aku.. Haha.. Aku yakin novel ni pown best kerana setiap penulisan Siti Rosmizah tak ada lagi yang mengecewakan aku setakat ini..

Jom belek sinopsis novel ni dulu sebelum baca...


Nampak tak?? Boleh baca tak?? Kalau tak boleh sila besarkan mata anda.. kalau tak nampak lagi, korang kene besarkan gambar ni la.. Haha.. 

Novel ni lagi tebal dari novel Andai Itu Takdirnya 2 tau.. Ketebalannya adalah 1225 m/s... Oh My!! Bilalah agaknya aku akan habis baca novel ni?? Jangan makan tahun sudah.. haha... Macam biasa, kalau aku dah habis baca novel ni nanti, aku akan buat review tentang novel ni ye..

Kalau korang nak tahu tentang apdet bahan bacaan aku dan nak tahu aku tengah baca buku apa sekarang.. Korang boleh tengah dekat Footer Bar aku ni..


Dekat kolum BEING READ tu aku akan update bahan bacaan aku... Kalau dah bertukar buku tu bermakna aku dah habislah baca buku sebelumnya.. Hehe.. Kengkadang ada jugak aku tak sempat nak buat review buku yang aku dah habis baca.. Mungkin masa tu aku terlalu bizi dan terlupa terus untuk buat review.. Ahakz.. 

Untuk novel ni tataw lah bila akan bertukar kepada yang lain.. Novel ni tebal sangat ohh!! Kene bagi masa yang panjang dekat aku untuk menelaahnya.. Haha..

Oke lah.. sampai sini dulu.. Dah habis baca nanti baru aku review k.. Bubeyy!!


Read More

Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2

Thursday, November 3, 2016

14 comments
Assalamualaikum wbt..


Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2  |  Alhamdulillah.... Selesai jugak akhirnya aku menghabiskan novel Andai Itu Takdirnya 2 ini.. Setelah sekian lama aku berusaha untuk habiskan pembacaannya.. Hehe.. Ketebalan novel ni boleh tahan jugak iaitu 921 muka surat.. Tebal gile kowt.. Kalau dulu novel setebal ni aku boleh baca cuma dalam masa 2 @ 3 hari, tetapi sekarang aku tak punya masa yang terluang untuk mengadap novel 24 jam.. Dengan kekangan tugas hakiki di pejabat, tugas sebagai isteri, tugas sebagai ummi dan tugas sebagai blogger.. Huhu.. Gile ko, bila masa aku ada masa untuk menelaah novel-novel ni.. Pulak tu novel tebal camni.. 

Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya, aku tetap bertabah kerana aku tahu kalau novel karya Siti Rosmizah mesti best punye dan tak mengecewakan jalan ceritanya.. 


Sebelum ni aku dah pernah baca novel Andai Itu Takdirnya dan kesannya pada aku adalah aku membaca sambil menitiskan air mata... Gile sedih..!! Jalan cerita yang digarab dalam novel ni bagi novel pertama dahulu sangat terkesan dan sangatlah sedih.. Sebab itu lah aku bertabah hati dengan membeli novel ni untuk aku hadam kisah disebalik novel kedua ni...

Untuk novel Andai Itu Takdirnya 2 ni, ceritanya lagi sedih daripada yang pertama dulu.. Sampai teresak-esak aku menangis.. Bila fikir balik, ehh novel je kowt.. Haha.. Rasa nak sepak-sepak diri sendiri.. Hehe!!

Tapi serius weh, novel ni sangatlah sedih.. Jalan ceritanya sangatlah hidup.. Seolah-olah aku yang berada di tempat Aleya itewww!! Ahakz.. Meh la aku cite sikit kat korang jalan cerita novel ni.. Tapi sikit-sikit aje la ye.. Panjang kowt kalau cite semua.. Huhi..


Sambungan daripada novel yang lepas, Syed Aizril dan Aleya telah kembali hidup bahagia bersama anak-anak setelah pelbagai ujian dan badai mereka lalui.. Setelah 8 tahun mereka melayari bahtera berumah tangga dengan indah dan manisnya, mereka sekali lagi di uji dengan dugaan yang berat untuk mereka galas...

Syed Aizril telah melabur jutaan ringgit dalam saham emas yang didalangi oleh Faizal iaitu musuhnya sendiri.. Faizal adalah bekas kakitangan syarikat miliknya dulu dimana dia telah dipenjarakan kerana pecah amanah.. Sejak itu, faizal menyimpan dendam terhadap Syed Aizril dan Aleya dan berjanji akan memusnahkan hidup mereka..

Bermulalah dugaan dalam hubungan Syed Aizril dan Aleya.. Perniagaan Syed Aizril jatuh kerana wang syarikat telah habis digunakan untuk melabur.. Sehinggalah perkara ini sampai ke pengetahuan papanya... Papanya terlalu marah dan menyebabkan ego Syed Aizril tercabar lalu dia keluar daripada rumah itu untuk membuktikan yang dia boleh berdikari dan membayar balik hutang syarikat tersebut tanpa bantuan papanya..

Ego gile ko yek Syed Aizril.. Menyampah betul aku.. Eh! emosi lak aku.. haha..

Dengan menjual semua aset yang dia ada, dia dapat membayar sedikit hutang tersebut.. Mereka sekeluarga berpindah ke rumah flat untuk meneruskan hidup dengan duit yang ada.. Kereta semua dijual kecuali kereta Aleya agar senang untuk kemana-mana.. 

Bermula dari situlah kehidupan mereka susah... Syed Aizril berubah sikap menjadi pemarah kerana masalah bertimpa-timpa yang datang.. Tambahan pula dia tidak pernah hidup susah sebelum ini..


Aduh panjangnya cerita ni.. Aku pendekkan ye..

Dipendekkan cerita, Syed Aizril menerima tawaran makciknya, Datin Syarifah Rosnah untuk membayar semua hutangnya dan kembali hidup senang seperti dulu.. Sebenarnya Datin Rosnah ada agenda tersendiri dengan tawaran tersebut.. Datin Rosnah ni berdendam dengan Aleya kerana kematian anaknya... Dia nak buat Aleya ni hidup merana dan bercerai berai dengan Syed Aizril.. Adalah sorang lagi perempuan gedik ni nama dia Syarifah Azreen, anak saudara Syarifah Rosnah telah diarahkannya untuk menggoda Syed Aizril... Syarifah Azreen ni pown memang ada hati dengan Syed Aizril ni dan berusaha untuk memiliki cintanya..

Dengan dugaan yang melanda hidupnya tu, membuatkan Syed Aizril mula menerima Syarifah Azreen dan melupakan janji-janjinya terhadap isterinya.. Bila dah rapat dan plan nak kawen, bermacam-macam kata hinaan dan cacian terhadap Aleya dilemparkan.. Iskk memang sakit hati lah kata-kata dia.. Rasa nak sepak jerk Syed Aizril ni.. Gile meroyan betul... Haha.. Emosi lagi!!

Masa tu Aleya mengandung anak mereka yang ke-4.. Dia jijik tengok Aleya dan tak nak bertanggungjawab atas kandungan Aleya tu serta disuruhnya Aleya gugurkan kandungan.. Isk bodohnyaa!! Dia cakap dia tak sayang anak tu.. Di tak nak anak tu.. Padahal anak dari zuriat dia jugak.. 

Yang paling tragis, Syed Aizril ni dera anak dia yang kembar tu si danny dan Awin duduk luar rumah time hujan turun dengan lebat.. Dahlah si Danny tu ada sakit asma/lelah.. Masa tu dia ngan Aleya dah tinggal berasingan dah.. Dia yang menjaga anak-anak.. Oleh kerana sikat bodoh dia tu semata-mata kerana pompuan murah si Azreen tu, anak dia Danny meninggal dunia kerana lelah akibat kesejukan yang melampau..

Ada lagi sedih, sebelum peristiwa kematian danny tu, Aleya datang nak tengok anak-anak dia kerana dah teralu lama tak jumpakan sebab si Aizril tak kasi jumpa hasutan dari Azreen dan si rosnah tu.. Aleya hanya diberi jumpa di pintu pagar sahaja dan diharamkan memasuki kawasan rumah tersebut.. Aleya bawak bekal untuk menguapkan anak-anaknya makan... Tapi dihalang oleh Aizril.. Merayu-rayu Aleya mintak belas ehsan untuk suapkan anak dia makan.. Time ni la aku sedih gile baca.. Sampai teresak-esak aku nangis wehh.. Gile ahh!!

Adehh aku dah letihlaa menaip review ni.. Haha.. Cukup ar takat ni.. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya yang lagik menyedihkan ni, korang beli ar ekk novel ni.. Korang mesti nangis punye ar..!! Percayalah cakap aku.. Kalau korang tak nangis baca novel ni, itu bermakna hati korang ada masalah tu.. Korang memang takde perasaan.. Haha!!


Aku titipkan Tinta Penulis untuk korang.. Hehe.. Oke lah sampai sini aje ye review aku.. Nak tahu kene beli sendiri.. Aku yakin korang takkan kecewa.. Ahazk... Adiosss..!!

Read More

Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan

Saturday, October 15, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan  |  Lama dah rasanya aku tak update pasal buku... Baru-baru ni aku ke kedai buku Popular teman member aku.. Dia nak beli novel.. Pada awalnya sekadar teman sahaja.. Last-last aku terjebak sama membeli buku.. Aduiii.. Aku dan buku tak dapat dipisahkan.. Hajat hati nak berpencen dah beli buku sebab dekat rumah banyak lagi buku yang belum dihabiskan pembacaannya.. Ni dah tambah lagi.. Dah tanam dalam hati "stop beli buku dulu.. Baca habis dulu yang mana ada baru beli lagik lepas tu"... Hurmmm ketabahan kecundang juga akhirnya.. Jom la tengok apa hasil tuaian aku di Kedai Buku Popular tu..

Move On karya Reyna Ibrahim

MOVE ON

Buku pilihan aku.. Aku tak pasti kenapa aku beli buku ni.. Time aku pegang buku ni dan belek isi dalam, aku terus rasa nak beli dan baca.. Ada sesuatu yang menarik di dalamnya.. Kisah benar.. Tentang sebuah penceraian dan bagaimana penulis bangun kembali dari kegagalan.. MENARIK!! Rasa ingin tahu bagaimana penulis Move On dari kegagalan yang dia alami, membuak-buak.. Jadi aku batalkan nekad aku yang tak nak beli buku kepada nak beli buku MOVE ON ini... Haha..

Cover belakang Move On

Isi Kandungan Move On

Sebetulnya aku belum habis baca buku ni.. Aku tengah menelaah buku ni.. Setakat apa yang aku baca memang menarik dan penulisan penulis pown sangat baik.. Mungkin sebab penulis adalah seorang guru... Hiks.. Banyak pengajaran yang penulis kongsikan dalam buku ini.. Buku ni sangat sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berada dalam kegagalan hidup dan ingin bangkit kembali dari kegagalan tersebut..... 

Kata-kata semangat


Sajak penuh makna


Biodata penulis..

Dalam buku ni bukanlah sekadar penceritaan kisah hidup semata-mata.. Terdapat juga kata-kata semangat diselitkan sebagai panduan pembaca dan juga sajak yang penuh makna tersirat.. Muka surat last sekali, kita diperkenalkan dengan penulis buku ini.. Reyna Ibrahim... Tak rugi aku beli buku ni.. Best dan rasa bersemangat bila baca buku ni.. Serius beb..!!


SEMUSIM DI BARZAKH

Buku kedua menjadi pilihan aku adalah Semusim di Barzakh.. Tajuk yang agak mengerikan.. Tapi itulah yang kita sebagai makhluk ALLAH akan lalui bila tiba masanya nanti.. Apakah isi kandungannya?? Meh tengok..


Banyak juga isi kandungannya.. 21.. Aku tak dapat nak komen apa-apa tentang buku ni sebab aku belum start baca lagi.. Nanti dah habis baca insyaallah aku akan buat satu lagi entry tentang buku ini...

Cover belakang berserta sinopsis

Kenapa aku beli buku ni?? Hurmm aku memang suka beli buku berkaitan hari akhirat.. Tentang alam barzakh... Tentang Syurga.. Tentang Neraka... Tak tahu la kenapa.. Mungkin aku nak tahu bagaimana keadaan disana.. Walaupown dalam buku hanya gambaran tetapi ianya tetap memberi kesan keinsafan pada aku.. Jom kenali penulisnye pula.. 

Biodata Hadi Fayyadh

Firstime aku beli buku karya Hadi Fayyadh ni... Tak tahu la penulisan penulis ni menarik atau tidak.. Sebab aku belum lagi baca buku ni.. Harapnya buku ni dapat beri keinsafan jugak pada aku yang tak berapa nak insaf ni.. Adehhhh!!

Ok la.. itu aje nak kasi tau korang.. Hehe.. Babai...


Read More

Bila Lagi Ku Punya Masa

Thursday, August 18, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Bila Lagi Ku Punya Masa  |  Selamat malam korang?? Malam ni aku nk membebel kosong aje.. Rasa macam terbantut idea jerk malam ni.. Otak tak bekerja keras malam ni.. Dok relax sambil goyang-goyang dalam cengkerang kepala ni.. Haha..

Sebenarnya aku dok fikir-fikir bila aku boleh menghabiskan bacaan novel aku yang dok ada kat footer blog aku tu... ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 karya penulis yang aku kagumi siti Rosmizah.. Rasanya lama dah kowt aku dok up gambar novel ni di bahagian BEING READ blog aku ni.. Tapi sampai sekarang tak jugak habis aku baca... huhu..



Sesungguhnya aku tak punya masa yang lengang untuk aku duduk santai sambil baca novel.. Bila time aku relax, time tu adalah time untuk aku rehatkan diri, minda dan segalanya.. Ahakz.. Buku bersusun-susun lagik yang belum aku baca... Tapi bukan novel la yek.. hehe... Aku teringin nak tahu kesudahan cerita ni, tapi itulah novel ni punya ketebalan yang agak ohsemnesss iaitu 920 m.s... huhu.. Korang nak tahu tak aku baru baca muka surat berapa?? Haha.. Baru muka surat 49 weehhhhh!!! Adoiiiiilaaaa..


Kalau dulu aku boleh habiskan satu novel dalam masa 2 hari sahaja.. Tapi tu memang stok tak tidur la.. Haha.. Bila dah start baca novel memang susah nak berhenti dolu-dolu.. Kalau baca sikit-sikit mula la tak senang duduk, dok fikir apa seterusnya yang akan terjadi... Sebab tu dulu, aku akan habiskan jugak sebuah novel tu dengan segera.. Supaya aku tak terfikir-fikir jalan cerita yang seterusnya.. mengganggu hidup ko tahuuuu!! Haha.. Alah, kaki-kaki novel mesti faham punyelah situasi aku ni.. 

Aku harap dapat le aku habiskan novel ni secepat mungkin.. Nak jugak buat review tentang novel siri 2 ni kan... Yang pertama dulu, jalan cerita memang best la.. Siap menangis agik baca siottt... Adoiiii.. Kene bantai gelak dengan geng serumah.. Hampeh betol laa... Mulanya aku gelakkan dia sebab dia nangis baca novel.. Aku ajet-ajet berhati kental, tak kan nangis.. Sekali bila time aku baca, nangis teresak-esak ohhh!! Kuang ajo0oo betol novel tu.. Haha..!! Dah kecoh satu opiz, aku baca novel nangis teresak-esak... Isk.. Lemau betol laaa.. hoho..

Read More