info
Showing posts with label info. Show all posts

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017

Tuesday, June 13, 2017

11 comments
Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017  |  Hi korang! Dah siap ke persiapan rasaya korang? Baju raya dah beli? Haaa kalau belum beli tu dan berhajat nak beli secara online, korang kene beli cepat-cepat.. Nanti tak pasal-pasal baju raya tak sempat sampai sebabnya Pos Laju dah buat pengumuman tarikh akhir pengeposan Pos Laju sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.. 

pos malaysia, poslaju, tarikh akhir pengeposan pos laju,
Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017

Korang dah tahu ke bila tarikh akhirnya? Sebagai seller, aku rasa kebanyakannya dah ambil maklum tentang perkara ni kan... Kalau korang sebagai pembeli, mungkin ada yang belum tahu kot.. Kalau ada yang masih belum tahu, moh le kite pakat tengok bila tarikh akhir untuk pengeposan barang.. Jom baca memo dari Pos Laju malaysia ni..



Tarikh akhir untuk pengeposan adalah pada 21 Jun 2017 (Rabu) ye.. Kalau ada yang nak beli barang untuk raya secara online, boleh lah buat segera sebelum 21hb ni... Kalau tak jawabnya korang pakai ajelah baju raya tahun lepas.. hehe.. Ngeeeee...!!




Read More

Bonus Raya 2017 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara

Friday, June 2, 2017

11 comments
Bonus Raya 2017 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara  |  Alhamdulillah.. Siaran Media berkenaan Bonus Raya bagi tahun 2017 iaitu Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017 telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia hari ini... Hampir 1.6 juta penjawat awam akan menerima bonus raya iaitu sebanyak RM 500 manakala Pesara pula sebanyak RM 250 bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.. 

bonus raya 2017
Siaran Media Bonus Raya 2017

Semoga dengan adanya bonus raya ni dapatlah mengurangi bebanan kita untuk sambut Aidilfitri nanti.. Untuk mendapatkan Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 boleh klik kat SINI ye..


Baca juga :



Read More

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah

Wednesday, May 31, 2017

10 comments
Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah  |  Bila sebut jodoh pertemuan ni, mungkin ada dikalangan kita yang merasakan yang dirinya dipertemukan dengan orang yang salah.. Lebih tepat, bukan seseorang yang mereka impikan... Manusia mana ada yang perfect ye dak?? Semua tak sempurna.. Pasti ada kekurangannya.. Cumanya, bila dah merasakan diri dipertemukan dengan orang yang salah tak kiralah x-kekasih ke, x-wife ke, x-husband ke atau apa saje xxx pasti akan membawa gundah sepanjang kehidupan mereka.. Rasa tak bahagia.. Rasa tak selesa dengan pasangan.. Mungkin ada juga yang timbul perasaan benci.. Betul tak?? Sesungguhnya ada sebabnya ALLAH SWT tu pertemukan kita dengan pasangan kita.... DIA lebih mengetahui segala-galanya.. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita..

sumber foto : rusydee artz

Yang kita suka itu belum tentu ianya baik buat kita.. Sebaliknya yang kita tak suka itu tak semestinya ianya buruk buat kita.. Sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih Maha Mengetahui..

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah?

  • Memang ALLAH sengaha menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk megalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Read More

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah

2 comments
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah  |  Awal Ramadhan lagi entry ni bertapa dalam draft... 5 Ramadhan barulah berkesempatan untuk publish.. huhu.. Korang camne terawih?? Penuh ke setakat ni?? Bagi aku sendiri agak sukar ke masjid untuk melaksanakan solat Terawih.. Anak masih kecil.. Sukar dikawal.. Kang tak pasal-pasal atas belakang orang dia naik.. Haha!! So, lebih sesuailah bagi aku untuk melaksanakannya di rumah sahaja... Bagi ibu-ibu yang tak berkesempatan untuk ke masjid melaksanakan solat terawih, bolehlah ikut Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah seperti yang aku upkan kat bawah ni ye.. :)

PANDUAN RINGKAS SOLAT TERAWIH DI RUMAH

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah








Sumber : http://alturl.com/j4gxo

Semoga dengan perkongsian ni, dapatlah menjadi panduan buat korang semua yang tak berkesempatan ke masjid untuk menunaikan solat Terawih.. Dan semoga ibadah puasa kita kali ni diberkati olehNYA..





Read More