food
Showing posts with label food. Show all posts

Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap

Sunday, January 15, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap  |  Hi korang.. Hari ni aku nak share satu tempat makan yang selalu aku pergi untuk makan western food dan korang juga wajib cuba tau... Aku ni memang penggemar Western Food.. Tapi western food ala-ala melayu la.. Kalau western food ala-ala barat tu tak tertelan dek tekak ni.. Pernah lah satu ketika dulu aku try western food di kuantan juga yang ala-ala kebaratan sikit.. ehh bukan sikit tapi banyak tau.. Huhu Tempat makan tu agak terkenal di Kuantan dan harganya boleh tahan.. Hehe.. Yang penting halal.. Bajet nak try sesuatu yang berbeza dari biasa, lastnya tak tertelan dek tekak aku ni.. Lepas pada tu, aku dah tak berminat untuk cuba western food terlalu barat sangat dan lebih gemar western food yang dah dikacuk dengan kemelayuannya.. Ahakz..


Fryerzone Western Food Kuantan

Maps ke Fryerzone, Kuantan

Siap dengan Maps sekali aku kasi tu.. Nilah tempat yang aku nak share dengan korang tu... Fryerzone namanya.. Kalau yang dah pernah pergi mesti dah familiar dengan nama ni kan.. Bagi aku western food dekat Fryerzone ni menepati citarasa aku.. Rasanya dah banyak kowt tempat dekat kuantan ni aku cuba western food, tapi tekak aku tetap sukakan Fryerzone.. Kena dengan selera bak kata orang... 

Time gaji baru-baru ni terasa nak makan western food.. Dah bila sebut aje western food, otak terus teringat Fryerzone.. Jadinya, hari gaji tu kami sekali lagi decide untuk makan malam di Fryerzone.. Time-time gajilah nak makan besar pown kan.. Hehe..


Menu Yang Dipilih

Black Pepper Steak

Menu pilihan aku kali ni, Black Pepper Steak.. Masa nak order tu, aku tengok dalam list menu, ehh tak de pulak black pepper steak ni.. Selera nak makan itu aje.. Dah gik mana ni?? Aku pon try le tanye adik yang amek order tu, ada tak Black Pepper Steak... Dia cakap ada.. Ohh!! Rupanya dia tarok nama lain dalam list menu tu.. Manelah mak tahu nakkkk!! Hehe.. Sebelum ni aku dah try Chicken Chop.. Sodap.. Kali ni nak try yang lain pulak kan.. Ternyata lagi sodappp!! Ahakz..

Soup Cendawan

Yang ni aku jugak yang order.. Aku memang suka soup cendawan ni.. Kalau pergi domino's atau pizza hut, memang tak sah kalau tak licin aku bedal soup cendawan.. Kat Fryerzone ni pown tak kurang sedapnya Soup Cendawannya.. Sampai aku berlawan dengan Qhaliff menghabiskannya.. Kemahinn lagik Qhaliff, dia pown suka soup cendawan ni.. Len kali kena order 2 mangkuk sebab 1 mangkuk tak cukup untuk kami 2 orang.. Haha.. Tamak kan...


Ini menu pilihan encik suami pulak.. Haiss aku lupa apa ke nama menu ni.. Tapi menu utamanya ayam la.. Hehe.. Anggap jerk la ini Chicken Chop ye.. Haha.. Lupa wehhh!! Yang speselnya menu ni ada mee.. Sedap pulak tu mee nya.. Aku bedal separuh mee tu.. Tensen encik suami dengan aku.. Kikiki.. Harga pown aku lupa ye sebab cerita ni dah lama time hari gaji ritu.. Tapi harga di Fryerzone ni tak mahal tau.. Harga berpatutan bagi aku dan berbaloi dengan keenakan yang ada pada setiap hidangan.. Cewahh..


Menu-Menu Lain

Di Fryerzone ada pelbagai menu lagi sebenarnya.. Aku lupa nak snap gambar menu.. Kalau tak korang boleh tengok list menu dengan harganya sekali.. Mungkin nextime aku akan up lagi.. Biasalah kalau dah ada anak ni, tak cukup tangan nak buat semua bende kan.. Yang sempat aku snap, papan board kat meja aje..

 Mango Cheese Cake


Nutella Cheese Cake

Cheese Cake pown ada uolls.. Kalau korang peminat cheese cake, korang boleh la cuba kalau ke Fryerzone nanti.. Aku memang tak suka cheese cake ni.. So, memang tak kan cuba la.. So, toksah  lah tanye aku ye sedap ke idok sebab aku tak makan.. Hahaha!!

Ehhh, tak de pulak gambar aku n family tengah santap ye.. Hehe tak pe la, kitorang ni pemalu.. Ceehhhhh!! Len kali mungkin.. Insyaallah..


Detail Fryerzone

Okey lah, kalau korang nak try makanan di Fryerzone, korang bolehlah rujuk maps yang aku kasi kat atas nun... Kat bawah ni aku kasi sekali lagi detail tentang Fryerzone.. Ada alamat, no. hp dan waktu operasi sekali.. Senang korang nak plan kan.. Tak de la nanti korang pergi tetiba tutup pulak.. Untuk info lebih lanjut korang boleh terjah fb Fryerzone ye.. Kengkadang dorang tutup kedai hari yang  tak sepatutnya tutup, dorang akan maklum dalam facebook.. Jadinya, korang terjah dulu facebook dorang untuk dapatkan maklumat ye.. 



Facebook




Read More

Nasi Lemak Zaman Kuantan

Tuesday, December 20, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt


Nasi Lemak Zaman Kuantan  |  Lama dah tak makan nasi lemak zaman... Baru ni sampai opiz, tengok dah ada sebongkah nasi lemak atas meja.. Ada orang belanja rupanya.. Alhamdulillah.. Rakan opiz yang belanja untuk unit pentadbiran... Rezeki di pagi hari.. Moga beliau dimurahkan rezeki.. 

Mulanya tak perasan pown nasi lemak zaman.. Bila dah habis makan, member cakap nasi lemak zaman.. Oh... Rupanya.. Dulu selalu jugak makan kat restoran zaman tu.. Sekarang je tak punya masa nak menyinggah... 

Nasi lemaknya simple aje tapi sedap..


Read More

Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Meatball Mat Bulat!!

Wednesday, October 26, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt...

Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Meatball Mat Bulat!!  |  Throwback cerita semalam... Nak dijadikan cerita, semalam time balik kerja kitorang suami isteri berpakat tak nak makan petang tu... Kami plan malamnya nak pergi jenjalan dekat bandar Kuantan untuk cari makan.. Nak dijadikan cerita lagik, encik somi ternampak la post di FB yang agak ter-viral hehe tentang kesedapan Nasi Ala Kak Wok di Taman Kerang berhampiran masjid negeri.. Kitorang apa lagi terus kesana mencari-cari kereta yang menjual Nasi Ala Kak Wok itewww!!

Dekat situ ramai yang berniaga dengan hanya membuka bonet kereta.. Carbooth kata omputeh.. Ahakz.. Time tu hujan pulak.. Cari punya cari tak jumpa la pulak.. Aduii cam ada perasan frust la sikit time tu.. Encik somi selongkar balik FB tuan nasik tu.. Rupanya dorang tak datang lagi sebab hujan.. Katanya pukul 9 baru dorang buka 'kedai'... hehe.. Makanya, kami melilau dulu la kawasan tu.. Dah kenapa tetiba nampak pulak sesuatu yang menarik... Meatball Mat Bulat!!! Tak pernah cuba lagi... Encik somi nak try.. Nampak cam sodap katanye!!

Kios Meatball Mat Bulat at Taman Kerang, Kuantan

Aku tengok kat Menu Meatball Mat Bulat ni terdapat 3 set yang berbeza mengikut jumlah meatball itu sendiri... 

Set 1
5 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 5.90

Set 2
7 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 9.90

Set 3
10 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 11.90

Kami pilih set 3 untuk 3 orang makan.. Aku, Encik Somi dan Si Kecik tu.. Ahakz.. Sebenarnya kami tak pernah tahu pown tentang kewujudan Meatball Mat Bulat ni.. Yelah kami bukanlah peneroka makanan kan.. Pernah ternampak kios Meatball Mat Bulat ni di Jaya Gading tapi tak la pulak kami tahu tentang kefemesan meatballnya itewww!! Hehe.. Sehinggalah semalam kami mencubanya buat kali pertama dan barulah kami tahu yang Meatball Mat Bulat ni sebenarnya dah viral rupanya... Ketinggalan kapal terbang betul kami ni.. Haiss..

Dah siap beli Meatball Mat Bulat tu, kami mencari pulak kakak yang jual Nasi Ala Kak Wok tu... Alhamdulillah dorang dah bukak 'gerai' dorang.. hiks.. Secara Drive Thru kami mengoder Nasi Ala Kak Wok.. Encik somi tak nak sebab dia simpan perut untuk makan meatball nanti.. So, aku order untuk aku jerk la.. 


Siap beli semua, kami pown balik la kerumah untuk mengisi perut yang sedang lapar... Misi tercapai malam tu.. Alhamdulillah... Rasa tak sabar-sabar dah nak sampai umah kerana perut dah minta untuk diisi.. Jom tengok hasil tangkapan kami semalam..

Set 3 pilihan kami bertiga

Nasi Ala Kak Wok

Sampai umah, aku pekena nasi ala kak wok dan encik somi dan qhaliff pekene meatball.. Aku tengok encik somi dengan berseleranya dia makan Meatball Mat Bulat.. Sedap katanya.. Aku macam tak berapa nak percaya dia punya sembang tu.. Tapi untuk kepastian, aku suruh juga la dia simpan untuk aku sikit.. Pada mulanya dia nak simpan 5 ketoi untuk aku, tapi aku larang sebab banyak sangat pulak rasanya.. Dah la makan nasi dah seround, pastu nak makan pulak meatball 5 ketoi.. Mane nak sumbat tuuuuu.. So, aku suruh dia simpan 3 ketul aje.. Yang lain dia kongsi dengan anak.. Hehe..

Kemain berselera agik sikecik tu makan meatball.. Selalunya takde la selera sangat dia makan.. Kali ni lain sikit selera dia.. Aku agak sebab dia lapar mulanya... Sampailah turn aku pulak try Meatball Mat Bulat tu lepas aku makan nasi.. Pergghh patutlah si Qhaliff berselera sangat, rupanya sedap meatball ni... (Nasi tu aku kongsi jugak dengan en somi sebenarnya sebab dia pown nak try jugak Nasi Ala Kak Wok tu.. Haha.. Kira kongsi-kongsi la..)

Firstime meatball masuk mulut dan aku rasa dia punya sos, pergghhhh memang melatop arr!! SEDAP SANGAT WEHHH!!! Kalah meatball ikea... Perghhhh membuka selera aku dan kene dengan selera aku... Ehhh cam tak cukup jerk 3 ketul ni.. Haha.. Memang tak cukup la.. Rasa tak puas makan.. Terus cakap dekat encik somi, esok kene ripit order ni.. kihkih.. Serius babe, sedap sangat.. Takat hari ni yang pernah aku makan meatball, Meatball Mat Bulat ni la paling best aku rasa.. Paling utama TAK MUAK!! Sos dia terbaikkk!! Pendek kata memang selera aku la... 

Cawangan Meatball Mat Bulat ni yang aku tau yang utama di Indera Mahkota 6.. Selain tu ada juga di Jaya Gading.. Dekat tempat lain aku tak pasti sebab tak survey lagik.. Haha.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Meatball Mat Bulat ni korang boleh usha dekat facebook dorang ye..

Facebook Meatball Mat Bulat

Gerai Meatball Mat Bulat at Indera Mahkota 6

Sebelah tu ada orang jual Air Mangga

Nampak tak gambar dekat atas ni.. Haaaa ini bermakna aku dah ripit order ye untuk malam ini.. Haha.. Dalam pukul 8.30 tadi kami pergi mencari gerai ni untuk meripit order meatball yang sodap tu.. Huru hara sekejap mencari gerai ni tak berjumpa.. Tetapi akhirnya jumpa jugak lepas pusing sana pusing sini.. Ahakz.. Kali ni kami order 2 set.. 1 set yang 5 ketul dan 1 set lagi yang 10 ketul.. Gile arrr kan penangan Meatball Mat Bulat ni.. Encik somi dah cuak dan siap tanye, boleh habis ke ni?? Aku cakap mesti habis punya.. Sedap tuuu!! Haha..


Tu diaa.. Banyak gile kowt... Siap dapat extra 2 ketul agik sebab mesh potato + roti ada satu aje.. Kire dia ganti balik la kan.. Hehe.. Kali ni untuk aku dan anak 10 ketol dan encik somi 7 ketul.. Licin kami makan ohh!! Anak makan 2 ketul, aku bedal 8 ketul.. 

Kalau korang tinggal di kuantan dan terasa nak makan meatball dan tak tahu dekat mana sedap, haaa aku suggest korang try Meatball Mat Bulat ni.. Gerenti puas hati dan berbaloi-baloi.. Aku gerenti lagik korang akan ripit order.. Huhi.. Kat mana nak cari gerai ni?? 



Klik Maps SINI



PENANGAN MEATBALL MAT BULAT



Kawan aku pown terjebak sama.. Haha!!


Read More

Mengidam Roti Arab Suria Perdana

Thursday, October 13, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Mengidam Roti Arab Suria Perdana  |  Malam ni selera agak pelik sikit.. Tekak rasa nak makan Roti Arab Suria Perdana.. Dah beberapa hari sebenarnya hajat tekak aku ni tertangguh.. Hari ni baru tertunai.. Hehe.. Perut tak de la lapar mana, cuma tekak aje mengada-ngada.. Dah macam orang mengandung mengidam aje.. Huhu..

Kalau sebut Roti Arab, automatik otak ingat Suria Perdana.. Aku suka Roti Arab dia.. Best.. Kari dia pown best.. Kari ayam empuk lembut gituu... Tadi aku order 2 keping roti arab... Satu untuk aku dan satu lagi untuk Qhaliff.. En somi?? Hehe Dia tak nak makan sebab udah makan nasik dekat rumah.. Haha.. Rugi ohh.. Tapi tak rugi mane gak sebab yang anak punye habis dia bedal.. Huh..!!

Selain Roti Arab, nasi dagang dan nasi kukus pown sedap tau kat situ... Tetapi menu paling femes di Suria Perdana sebenarnya adalah Nasi Kukus.. Aku tak makan nasi kukus hari ni, so tak dapat lah aku nak up gambar Nasi Kukus Suria Perdana yang sodap itewww!! Hehe

Restoran Suria Perdana Kuantan

Inilah restoran yang aku maksudkan tu.. Ianya terletak berdekatan dengan Shell Bukit Rangin, Kuantan, Jalan Bypass.... Kalau korang kebetulan lalu dekat situ boleh la singgah dan cuba makanan dekat situ.. Meh aku kasi alamat.. hehe

Restoran Suria Perdana
Lorong IM 16/1, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang


Sementara menunggu makanan sampai, layan dulu kerenah si kecik ni.. Kejap berdiri kejap duduk.. Adoiiii tak senang duduk sekali dia.. Seb baik time makan tadi en. somi yang pegang dia.. Dapatlah aku santap Roti Arab dengan selesa.. Haha.. 


Read More

Bakar Ikan Dengan Perencah Ikan Bakar Tengku Tie

Monday, October 10, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Bakar Ikan Dengan Perencah Ikan Bakar Tengku Tie  |  Perencah ni aku dapat hasil dari menang bergiveaway... [SINI] Sekian lama kowt dah dapat tapi baru hari ni berkesempatan untuk mencubanya... Firstime cuba ni, bila buka aje penutup botol, dah terbau aroma yang sangat menyelerakan.. Tu belum lagik makan tu.. Baru baunya aje.. Haaa... Kebetulan ikan ada 2 ekor lagi dalam peti dan tak tahu nak masak ape.. Terpandang la perencah ni yang dah sekian lama bertapa dalam peti tu.. Kesian dia kowt.. Terus aje plan nak masak ikan bakar guna perencah ni.. Tak berapa nak bakar sangat la sebab dok panggang dalam pemanggang ajaib.. Haha..


Cara penyediaannya sangatlah mudah ye kengkawan.. Semudah minum air masak.. hehe.. Nampak tak kat gambar tu cara-cara memasak..?? Kalau tak nampak, tak pe aku taip dekat sini.. hekkk!!

CARA-CARA MEMASAK

STEP 1
Bersihkan ikan/ayam/daging/makanan laut

STEP 2
Lumurkan ikan/ayam/daging/makanan laut dengan perencah

STEP 3
Letakkan di dalam dauh pisang atau kerajang aluminium..

STEP 4
Bakar dengan api sederhana

STEP 5
Sida untuk dihidang

Aik kenapa dekat botol ada 3 step aje, yang ko beri 5 step lak?? Haha.. Sebab aku dah pecahkan step 3 tu menjadi lebih terang dan jelas supaya korang lagi terer bila memasak nanti.. Haha..


Tu dia, aku guna ikan kembong aje.. Daun pisang dan perencah.. Wah mudah gile kowt.. Masak sambil pejam mata jerk ni.. Haha..


Ehhh sopan lak aku bungkus ikan.. Tapi nampak ekor la.. Haha.. Nak buat macam mana kain singkat... Sotskirt lah katakan.. Hiks.. Alah janji berbungkus ye dak.. Dah lumur perencah kasi bungkus sama dia yeee... Guna api perlahan je tau.. Kang kejong pulak ikan tu... 


Dah siap pown ikan bakar perencah tengku tie ni.. Boleh la ngap.. Tadi aku pekena ikan bakar ni dengan nasi berlaukkan daging goreng dan sayur campur.. Perghhh bertambah siott.. Memang terbaikk la perencah ikan bakar tengku tie ni.. Terbuka selera 360 darjah tau... Dah la baunye sangat menyelerakan... Tak rugi menang GA.. Haha..

Mesti korang nak cuba jugak kan.. Haaa tak yah nak malu-malu nak cakap... Nak cuba kannn.. Kalau nak cuba korang boleh la berhubung dengan Kak Atie di facebook atau blog beliau seperti dibawah ni...



Read More

Pekena Durian Sampai Pengsan

Thursday, August 11, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Pekena Durian Sampai Pengsan  |  Mownink korang..!! Throwback cerita semalam.. Petang semalam encik somi request nak makan dorian... Hadoii dah banyak hari kowt dia bersungut nak makan durian.... Nasib baik lelaki, kalau pompuan dah cam orang mengidam gayanye... Haha..!! Nak dijadikan cerita, petang semalam kitorang pergi la makan durian... Kitorang cari kedai jual durian yang boleh makan terus dekat situ.. Sebabnya aku tak suka bawak durian dalam kereta.. Bau dia habattt kowt.. Tak tahan bau wo0o0oo.. Aku bab bau durian memang tak boleh.. Tapi makan boleh.. haha. Pelik kan.. Pelik tapi benar kata orang..


Kebiasaannya kalau nak mencari buah-buahan mesti aku akan pergi gerai buah tepi-tepi jalan dekat Jalan Hj. Ahmad, Kuantan.. Semalam pergi, tengok-tengok semua gerai tepi jalan tu dah takde.. Suspen sekejap.. Dah kat situ gerai dah lesap, nasib baik ada kedai jual durian seberang jalan tu...Berlambak durian.. Cam pesta durian jerk gayanya.. hehe..

GlobalMax... Nama kedai yang Gah, se-Gah durian yang dok ada bertimbun depan kedainya.. Ramai jugak orang yang p beli dan makan durian dekat situ... Macam-macam jenis durian ada.. Harga pown tak de la mahal mana nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain...

Musang King - RM 20 sekilo
D101 - RM 18 sekilo
D24 - RM 15 sekilo
Durian Kampung - RM 8 sekilo

Musang King

Semalam aku amek sebijik untuk setiap jenis durian... Nak rasa semua jenis durian semalam.. Haha.. Barulah ohsem ye dak?? Rabak jugak poket aku semalam.. Tapi tak pe la bukan selalukan.... Nampak tak gambar kat atas ni.. Durian Musang King.. Korang tahu tak kitorang kecewa dengan durian ni.. Nak tahu kenapa?? huhu.. Sebab hanya 2 ulas tersebut sahaja di dalam sebiji durian.. Hayyooo... Tak puas makan ohh.. Sebijik Rm17 hanya untuk 2 ulas sahaja.. Huwaaaaa.. Nangis tepi bucu meja...

D101

D101 memang ohsem rasa dia.. Best sangat.. Seb bek ulas dia banyak jugak.. Haha.... Harga Rm18 sekilo.. Sangat berbaloi dengan isi yang banyak dan sedap.. Len kali kalau repeat, nak makan yang ni aje la.... Yang lain tolak tepi... hehe..

D101

Nampak isi dia.. Menyelerakan.. Sedap.. Ohsemnesss... D24 pown best jugak tau.. Manis.. Lemak.. Tapi aku tak snap pic sebab tangan dah kotor kan... Dok pegang si kecik tu lagik.. Tak cukup tangan nak snap pic.. hehe.. 

Eh-eh.. Kenapa mak senyum senget nakkkk??

Muka teruja tunggu durian sampai ke meja.. Tak sabo nak makan.. Budak kecik tu pown kemain agik yee.... Durian kampung pown kitorang beli jugak.. Tapi kitorang makan last sekali.. Bila mulakan dengan yang sedap dulu, maka jadi tak sedap pulak durian kampungnya... Hadoiyaii.. Sampai tak habis makan.. Sebenarnya, dah kenyang pown ya jugak... hehe.. Dah terpaksa buat balik yang tak habis tu.. Terpaksa lah tahan hidung bau durian dalam kereta.. Nak muntah mak nak bau durian dalam kereta.. Ya ampunnnn...!! Nak tinggal kat situ aje, sayang.. sebab banyak lagik kowt... Tataw la camne nak kasi hilang bau tu...

Macam-macam aksi si Qhaliff ni.. hehe

Dah kenyang, kami pown berangkat pulang dengan kesenakan perut yang melampau sebab tak makan nasik petang.. haha.. Nak makan durian sampai lupa nasik... Kalau ada rezeki lebih bolehlah repeat pekena durian lagik pas ni.. Korang yang dok kuantan leh la p usha kedai ni kat Jalan Hj. Ahmad.. Banyak gile durian weh kat sana... Leh meroyan sekejap.. Haha..!!

Banyak durian + ramai orang

Disediakan kerusi + meja untuk kite santap durian disitu



Read More

Santai Di Kempadang Food Court, Kuantan

Wednesday, May 11, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Semalam, lepas balik kerja encik suami ajak makan dekat luar... Kebetulan semalam rasa letih sangat.. So, terus setuju aje la.. Nak masak pown malas dah kalau badan rasa letih.. Pada awalnya kitorang tataw nak makan dekat mana.. Tak decide pown nak makan dekat mana.. Last-last aku buat keputusan nak makan dekat food court tempat member aku berniaga.. Sebenarnya, dah banyak kali plan nak pergi makan dekat sana... Tapi asek tak menjadi aje selepas percubaan pertama kali makan kat sana tempoh hari... Lepas tu, bila plan asek tak jadi aje.. Anak tdo laa.. Dah lewat laa.. Macam-macam hal pulak yang ada...

Ni gambar siang member aku amek..

Antara gerai-gerai di bahagian luar food court

Tu dia.. signboard pown amek ye.. Depan food court ni.. 

Kempadang Food Court ni bukak malam.. Waktu pagi hanya gerai Nasi Kerabu Kemira sahaja yang buka... Nasi Kerabu Kemira ni femes tau di kuantan.. Banyak jugak cawangannya dah di buka... Ingat lagi dulu, tuan kedai tak sampai lagi dekat kedai tapi dah ada yang mula menunggu dan beratur... Dasyat penangan nasi Kerabu Kemira ni...


Ni suasana belah malam pulak..

 Bahagian tengah food court


Kempadang Food Court ni sebenarnya baru aje lagi beroperasi... Dekorasi kedai cantik.. Suasana lebih santai... Makanan yang disediakan pown dalam perlbagai versi.. Ada masakan panas... Burger... Mee Kari.. Char kue teow... Nasik Lomak buah bidara.. haha.. Dan macam-macam lagi la.. Cukup lengkap dah rasanya menu kat situ.. Jomm tengok gerai-gerai yang ada..

Ehhh tengah nak snap pic gerai jumpe lak makhluk Allah ni... comel..!!

 Ohsem Bite - Ni kedai member Aku...

 Nampakk... Member aku si Yatt ni dok mengayat anak aku soh order banyak sikit.. Haha..


 Abang-abang bege.. Gerai FC Burger... Haruslah dorang jual bege ye dak.. hehe.. Tak pernah rasa lagi takat ni.. coming soon mungkin..


 Ni kedai western food.. Tapi semalam tak bukak.. Banyak lagi menu lain dia jual.. Boleh rujuk banner tu ye.. hehe.. Belum cuba jugak yang ni.. 


 Ni gerai Char Kue Teow.. Semalam dah cuba.. Not bad... 

 Ni pulak gerai Mee Kari ye.. Belom cuba lagi...

Gerai Nasi Lomak.. Dah cuba ni.. En. Somi yang order... Not Bad jugak..

Member aku cakap, brader-brader ni malu-malu kumbang ijo nak posing amek gambo... haha.. Tapi tabik spring jugak la kat dorang sebab sportingkan... Ada lagi sebenarnya gerai yang tak sempat nak snap gambar ... Gerai masakan panas.. Termiss lak satu gerai yek.. Tak pe la..

Makanan yang aku dah cuba dekat Food Court ni ofkos la makanan dari gerai member aku sendiri kan... Sandwich.... Fuhhh sedap ohh... !! Bertingkat-tingkat... Semalam aku cuba Char Kue Teow akak sebelah gerai kawan aku... Sedap jugak masakan dia.. En suami order masakan panas, Nasi Goreng Thai.. Wah kemain agik ye.. Jaoo benooo asal usul menu tersebut... Haha... Yang firstime aku pergi tu, aku order Sandwich dekat member aku.. Pastu dia belanja aku Kacang Foul... Meraikan tetamu katanya.. kikiki.. En. Somi lak order Nasi Lemak Ayam Berempah... Sedap-sedap rupanya masakan dorang ni.. Tapi atas mulut masing-masing jugak kan yang merasa.. Bagi aku masakan dekat food court tu setakat ni tak mengecewakan aku... Bagi korang tataw la kan.. Hehe.. Jom belanja pica menu lak..

 Char Kue Teow..

Nasi Goreng Thai


Oke, nak up menu dekat gerai member aku lak.. haha.. Yang spesel dekat gerai Ohsem Bite ni adalah Big Bite Ohsem... Setakat ni aku tak berkesempatan lagi merasanya kerana ada aje masalah bila time aku datang.. Haha.... Bila aku tak datang ada je menu ni disediakan.. Frust betul.. hiks... Selain tu, sandwich 3 layer pown ada dengan pelbagai variasi... Tuna, ayam, spesel.. Kacang Foul pown ada ye.. Haaa korang tau tak rasa kacang foul  ni camne.. Kalau nak tau kene cuba sendirik k.. Sedap ohh bagi penggemar kacang... Aku yang kurang minat kacang ni pown boleh rasa sedap... French Toast pown ada.. Tapi aku tak cuba lagik.. Tataw la rasa macam mana... Jommm belanja pica lagik...

Antara Menu yang ada di Ohsem Bite

 Sandwich 3 layer..

Ni la Big Bite Ohsem.. Tak pernah cuba so tak de gambar time makan... 
Ni pown curi dari IG si Yatt.. Haha..

Kacang Foul Ohsem

Dekat sini boleh bersantai-santai sambil makan... Suasana agak relax... Siap ada aksesori tambahan lagik dekat food court ni.. Buaian cinta... Haha..

 Buaian Chenta

Yatt bersama Qhaliff

Oke la.. habis dah aku punye cerita buat kali ni... Sebelum mengakhiri entry ni nak lanje pica aku n the geng dulu... Santai-santai sambil makan... 

Ni gambar firstime pegi sana..

 Ni pica semalam... Ehhh... Tudung sama laa.. Haha...


Ohh lupa nak up gambar maps.. Tapi maps ni dari kawasan tempat tinggal aku la.. Dari Taman Tas Kuantan..


Kempadang Food Court
Jalan Tanjung Lumpur
Kempadang, Sungai Soi
Kuantan, Pahang

Boleh la lepas ni korang cuba makanan kat food court ni pulak... hiks,... Selamat Jalan-Jalan Cari Makan untuk korang.... Peace...!!

Sekian... 



Read More