beauty
Showing posts with label beauty. Show all posts

Jadi Lebih Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Gabungan Istimewa Prebiotik dan Calamine

Saturday, January 30, 2021

1 comment

Jadi Lebih Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Gabungan Istimewa Prebiotik dan Calamine |  Hi guysssss!! Kali ni kita masuk episod 'Beauty' ye.. Lama tak berceloteh kat sini.. Ni nak kenalkan kat korang ni produk terbaru dari Cosmoderm.. Mesti kaum hawa sangat suka, sebab packaging dia cun habis!! Aku sendiri pun teruja uolls!! Pinkish gitchewww!! Jom korang bersama-sama aku, jadi lebih cantik dengan Cosmoderm Perfect Balanced gabungan istimewa Prebiotik dan Calamine..

Cosmoderm Perfect Balanced

Selalunya kita dengar prebiotik ni dikaitkan dengan susu kan.. Now, skincare pun dah mengandungi prebiotik guys!! Apa prebiotik tu?

Ok, kalau korang nak tahu prebiotik ni merupakan makanan bagi bakteria baik yang selalunya ada dalam makanan yang tinggi kandungan serat.. Antara fungsi prebiotik ni adalah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan sebagainya.. Apa kaitan dengan skincare? Haaa jangan tak tahu ye, prebiotik juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wajah.. Sebab itulah, Cosmoderm memformulasikan prebiotik dalam produk mereka dimana fungsinya dalam perawatan wajah, ia membantu mengimbangi kondisi kulit wajah kita..

Cosmoderm Perfect Balanced

Itu prebiotik... Calamine pula apa fungsinya? 

Ok, calamine pula kalau korang nak tahu terdiri daripada campuran zink oksida dan ferik oksida atau zink karbonat.. Fungsinya adalah untuk mengurangkan kegatalan, keradangan cahaya matahari, gigitan serangga, ruam dan banyak lagi.. Ia juga membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan mengeringkan ruam yang  berair.. 

Nampak tak, dengan gabungan prebiotik dan calamine di dalam skincare Cosmoderm Perfect Balanced ni, menjadikan produk ini hebat lain dari yang lain...  Ok, dalam set ini terdapat empat jenis produk iaitu :-



  • Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser
  • Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion
  • Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream
  • Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25 PA++

Cosmoderm Perfect Balanced

Jom aku cerita satu persatu! Baca sampai habis tau!

Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser

Tak lengkap skincare kalau takde pencuci muka kerana pencuci muka ni adalah yang terpenting sekali dalam rutin penjagaan wajah.. Kalau muka tak bersih, mana maunya dapat kulit wajah yang sihat dan cantik kan.. So, first sekali aku nak kenalkan pada korang Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser.. 

Cosmoderm Perfect Balanced

Foaming Cleanser merupakan langkah pertama untuk kulit yang sihat dan menenangkan.. Apa yang bagusnya dengan pencuci muka ni, ia dapat bersihkan pori-pori muka secara mendalam dan membersihkan juga kulit sambil melegakan kemerahan dengan bantuan dua bahan utamanya iaitu Prebiotik dan Calamine..

Ok, untuk pencuci muka ni, prebiotiknya membantu mengimbangi mikrobioma kulit sehingga menghidrat dan meningkatkan perlindungan permukaan kulit, memastikan penghalang kulit tetap utuh dan sihat. Manakala calamine pula mengurangkan kegatalan kulit dan melegakan kemerahan

Macam mana guna?

Macam biasalah.. Seperti juga pencuci muka yang lain, just apply a small amaount and gently massage in a circular motion.. Then, rinse throughtly and pat dry.. Mudah saja.. Pastikan muka dicuci dengan bersih ye.. Kalau cuci sambil lewa, itu menyebabkan muka korang bermasalah.. Owh ya, Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Harganya pula adalah RM29.90 sahaja..

Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Cosmoderm Perfect Balanced

Ok, selepas pencuci muka kena ada toner.. Penting tau toner ni.. Kalau korang cuci muka tak bersih, toner dapat menyelamatkan kulit korang kerana fungsinya juga untuk menanggalkan sisa kotoran dan juga dapat melembapkan kulit muka.. 

Toning Lotion ini diformulasikan dengan 20,000ppm calamine dan prebiotik untuk menenangkan dan melegakan kemerahan sambil membangkitkan keupayaan penyerapan kulit, sehingga meningkatkan kelembapan kulit.. Fungsi Prebiotik dalam toning lotion ini adalah ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula  membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..

Cara gunanya macam toner lain juga.. Sebelum guna pastikan korang shake dulu ye.. Kalau tak shake nanti korang tak dapat gunakannya secara maximum.. Dah shake, bolehlah tuangkan toner ni ke tapak tangan dan terus apply dekat muka dengan cara pat gently on your face.. Hah gitchewww!! Sekali sekala speaking kan.. Hiks.. Untuk harganya pula adalah hanya RM45.90 sebotol..

Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Cosmoderm Perfect Balanced

Wow sangat uolls!! Apa yang wow? Ok kalau korang nak tau WOW pada nama produk ini adalah Water-in Oil-in Water (WOW)... Hehe...

Soothing WOW Cream ni merupakan krim ringan yang diformulasikan dengan calamine pekat dan prebiotik 30,000ppm yang menenangkan dan calm skin sambil memperbaiki penghalang. Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia membantu mengembalikan kelembapan kulit serta meringankan cela pada permukaan kulit. Fungsi Prebiotik dalam Shoothing WOW Cream ni juga sama seperti fungsinya dalam Toning Lotion iaitu ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula  membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..

Cara guna cream ini, korang boleh sapukan secara merata ke seluruh muka dan leher. Sesuai digunakan pada waktu siang dan juga malam. Dengan Shoothing WOW Cream ni, pastikan korang urut krim ni pada kulit dengan lembut untuk memastikan nutrien diserap sepenuhnya ke dalam kulit, menjadikan kulit lebih sihat.. Harga Shooting WOW Cream ini adalah RM 65.00..


Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Cosmoderm Perfect Balanced

Produk yang keempat pula adalah Sun Milk SPF25PA++.. Penting tau sunblock untuk kulit muka.. Kulit muka kita ni perlukan perlindungan.. Kalau tak dilindungi, akan muncul pelbagai masalah nanti seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.. So, sila lindungi kulit muka dengan sunblock ya.. 

Sun Milk SPF25PA++ dari Cosmoderm ni bagus tau..ia dapat melindungi kulit daripada UVA dan UVB... Selain itu, dapat meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada tekanan persekitaran. Juga membantu untuk menghilangkan selaran matahari dan kulit kering.. Fungsi Prebiotik dalam Sun Milk ini adalah ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula  membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..

Cara guna, just ambil jumlah yang mencukupi dan sapukan ke seluruh wajah.. Harganya adalah RM65.00 sahaja!.. 

Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Perfect Balance

Cosmoderm Perfect Balanced

Untuk pengetahuan korang, Cosmoderm Perfect Balanced skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Apa yang bagusnya produk ni selain mengandungi prebiotik dan calamine adalah ianya tidak mengandungi Paraben, Fragrance dan Artificial Colorant.. Ia diuji secara dermatologi.. So, memang selamat digunakan..

Ok, untuk rutin penjagaan wajah bersama Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang boleh pakai pada waktu siang dan juga malam.. Jom aku ajarkan step penggunaanya..

Siang
  • Foaming Cleanser
  • Toning Lotion
  • Sun Milk SPF25PA++
Malam
  • Foaming Cleanser
  • Toning Lotion
  • Soothing WOW Cream
Peringatan untuk korang.. Untuk Toning Lotion, sila guna tapak tangan sahaja ye jangan guna kapas muka.. Kenapa? Ok, sebabnya Toning Lotion ni mengandungi Calamine so, kalau korang guna kapas muka, calamine tu akan diserap dengan cepat oleh kapas muka tersebut.. Jadi, kulit muka korang tak dapat apa-apa khasiatnya.. Kapas muka dah serap dulu.. Hehe..

Jom la layan video unboxing ni dulu ye..



Dekat mana nak dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced ni?

Cosmoderm Perfect Balanced


Tengok packaging saja pun dah rasa teruja nak guna.. Tu belum tau manfaat yang ada bagi setiap satu produk Cosmoderm Perfect Balanced ni lagi kan.. So, korang dah tahu kan manfaatnya.. Atau ada yang tak baca sampai habis ni? Nak kene ni.. Haaaaa.. Haha!!

Ok, untuk yang berminat nak cuba produk Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang boleh dapatkan set skincare ini di semua cawangan Watsons yang berdekatan dengan korang... So, lepas ni pakat serbu Watsons ye.. Haip, SOP jangan dilupakan.. Jangan kerana terlalu excited nak dapatkan produk ni, korang lupa lak SOP.. Haha!! Ataupun kalau nak lagi selamat, dimusim PKP ni korang boleh je beli secara online di Shopee 👉 https://shopee.com.my/cosmoderm



Read More

Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan

Tuesday, January 12, 2021

5 comments

Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan  |  Hi guys! Lama tak berkumandang disini.. Kali ni nak bercerita tentang masalah kulit wajah dan rambut gugur.. Ada tak dikalangan korang yang sekarang ni tengah mengalami masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan sebagainya ataupun menghadapi masalah rambut gugur? Aku percaya ianya akan menjadi sebuah mimpi ngeri bagi yang mengalaminya.. Betul tak? Tak kiralah lelaki mahupun wanita terutamanya yang mementingkan penampilan.. Sudah pastinya keyakinan diri juga akan hilang dek kerana kekurangan tersebut.. Kebiasaannya, masalah seperti ini berpunca daripada beberapa faktor seperti usia, keturunan, tekanan, kehamilan, cahaya matahari, hormon dan sebagainya..

Orang kata, bila bermasalah kulit wajah ni boleh ditutup dengan makeup dan bila bermasalah rambut gugur pula bagi wanita boleh dilitup dengan hijab.. Memang betul tu.. Tetapi realitinya tetap sama.. Masalah tetap ada.. Kerisauan tetap terasa dan keyakinan diri juga akan merosot nilainya.. Disebabkan masalah inilah, Nature Lab Malaysia telah mengeluarkan dua produk khas untuk penjagaan rambut dan kulit wajah iaitu URBAN dan CLARA...

Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan


CLARA Rawat Kulit Wajah Bermasalah Dengan Berkesan

CLARA merupakan sejenis toner pelbagai guna (multi-functional essence toner) berstatus Halal yang diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi dimana ianya 100% bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti parabens, synyhetic dyes, synthetic fragrances dan phthalates serta tiada bahan pewarna tambahan.. Bukan wanita sahaja boleh menggunakan produk CLARA ni ye, tetapi lelaki juga boleh mencubanya.. Apa yang menarik lagi, kanak-kanak seawal usia 1 tahun pun boleh menggunakannya.. Menarik bukan? 

Antara fungsi CLARA yang korang wajib tahu adalah :-

  • Membantu meremajakan kulit
  • Melembapkan kulit kering dan kusam
  • Melembut dan melicinkan kulit
  • Menghilangkan jerawat dan jeragat
  • Menghilangkan masalah kulit berminyak
  • memulihkan tona kulit yang tak sekata dan pori terbuka
  • Mencerahkan kulit dan anti penuaan
  • Menghilangkan panau dan kesan parut
  • Menghilangkan ruam-ruam lampin bayi
  • Merawat keputihan pada vagina wanita
  • Menghilangkan bau/lendir pada faraj wanita
  • Hand sanitizer yang membunuh kuman 99.99%

CLARA Rawat Kulit Wajah Bermasalah Dengan Berkesan

Jika dilihat pada fungsi keseluruhannya, ternyata CLARA adalah toner pelbagai guna.. Bukan sahaja untuk merawat masalah kulit malah boleh juga digunakan untuk merawat masalah lain seperti merawat keputihan atau lendir, ruam lampin dan boleh juga dijadikan hand sanitizer.. Mengagumkan! So, tak perlu beli banyak-banyak produk.. Cukup hanya CLARA sahaja dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.. Jimat duit uolls!! Lagi pun produk CLARA ni sangat mudah digunakan.. 

CLARA Rawat Kulit Wajah Bermasalah Dengan Berkesan

Antara bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan produk CLARA ini adalah Aqua, Parfum, Sodium Chloride, Gydralized Elastin, Mentha Piperita (Peppermint) Oil dan Aquilaria Malaccensis Stem Extract.. Kesemua bahan-bahan ini merupakan bahan semulajadi bebas dari bahan kimia merbahaya... 

Macam aku sendiri pun, kalau cari produk muka ni harus lihat terlebih dahulu tahap keselamatan produk tersebut.. Perkara pertama yang aku akan lihat adalah bahan-bahan utamanya sama ada selamat digunakan ataupun tidak.. Bukan apa, kalau tersalah beli mahu buruk padah jadinya.. Sayang muka oiii!! Haha.. Aku yakin produk CLARA ini selamat digunakan.. Cuma nak tahu serasi ataupun tidak je dengan kulit muka kita kerana kesannya pada setiap individu adalah berbeza.. So, nak tahu serasi ke tidak, kenalah cuba dahulu..

Cara Menggunakan CLARA Multi Functional Essence Toner

  • Cuci wajah/kulit sebelum menggunakan CLARA Serum Toner
  • Semburkan CLARA 2-3 kali pada kapas/tisu muka yang bersih
  • Apply pada wajah/kulit dengan gerakan ke atas, tengah ke tepi
  • Selepas itu, semburkan CLARA pada wajah/kulit dan tap-tap agar toner meresap ke dalam kulit dengan sempurna

Rawat Masalah Rambut Gugur dan Uban dengan URBAN

Rawat Masalah Rambut Gugur dan Uban dengan URBAN

Produk kedua keluaran Nature Lab adalah URBAN.. Wahh nama pun dah URBAN, pasti boleh merawat uban juga ni kan? Ya, memang benar.. Produk URBAN ni bukan sahaja boleh merawat rambut gugur malah boleh juga merawat masalah uban dan beberapa lagi masalah rambut yang lain... Nak tahu, kena baca sampai habis ye.. hehe..

URBAN Hair Growth Serum ini dihasilkan dengan teknologi terkini untuk merawat masalah rambut gugur dan menyuburkan rambut.. Ianya diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat tanpa bahan kimia merbahaya seperti Aqua, Parfum, Lavandula Angustifolia Oil, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Pelargonium Graveolens (Geranium) Oil, Plukenetia Volubilis Seed Oil dan Aquilaria Malaccensis Stem Extract..

Rawat Masalah Rambut Gugur dan Uban dengan URBAN

Antara fungsi URBAN adalah :-

  • Merawat rambut hingga ke akar
  • Menghalus dan meluruskan struktur rambut
  • Merawat rambut kusut dan bercabang
  • Menyubur dan melebatkan rambut
  • Menghalang rambut daripada berbuah
  • Menghalang rambut dari keguguran dan putus
  • Merawat masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur
  • Mengawal dan mencegah pertumbuhan uban
  • Mengilatkan rambut dan menguatkan rambut

Dengan hanya menggunakan URBAN dari Nature Lab ini pelbagai masalah rambut dapat diselesaikan.. Tak perlu lagi buang duit untuk mendapatkan rawatan rambut yang sememangnya menelan belanja yang mahal.. Guna sahaja URBAN dengan harga yang mampu milik.. Lagi pun ia selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi.. So, bagi yang mempunyai masalah rambut, bolehlah cuba URBAN ni.. Tetapi harus diingat ye, setiap hasilnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri.. Kesannya adalah berbeza bagi setiap individu..

Cara Menggunakan URBAN Hair Growth Serum

  • Syampu rambut dengan bersih
  • Bilas dan lap rambut separa kering
  • Semburkan URBAN pada rambut/kepala
  • Ratakan dan sapu pada rambut
  • Urut dengan lembut kepala untuk merangsang peredaran darah
  • Biarkan sehingga kering (tak perlu bilas)

Produk Nature Lab CLARA dan URBAN Berdaftar Dengan KKM

Produk Nature Lab CLARA dan URBAN Berdaftar Dengan KKM

Kalau korang  nak tahu, semua produk Nature Lab telah berdaftar dengan KKM dan Halal.. Pemprosesannya dibuat di kilang berstatus IMP (Islamic Manufacturing Practice).. Produk mereka ini selamat digunakan kerana dihasilkan dari bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan KKM serta telah melalui lab tasted.. Bila dah tahu berdaftar dengan KKM dan telah diuji di makmal barulah senang hati nak guna kan?.. Yelah dengan lambakan produk dipasaran sekarang ni, kita harus pandai memilih.. Pilih yang betul-betul selamat digunakan.. Jangan main beli aje tau.. Bahaya!

Ok untuk semakan, korang boleh ke laman web www.npra.gov.my dengan memasukkan nombor pendaftaran seperti berikut :-

  • CLARA : NOT201102354K
  • URBAN : NOT201102355K

Testimoni Pengguna Produk CLARA dan URBAN

Ramai yang dah mencuba produk dari Nature Lab ini dan berpuashati dengan hasilnya.. Ada diantaranya yang menampakkan kesan seawal 8 hari penggunaan.. Jom kita lihat testimoni daripada pengguna CLARA dan URBAN..

Testimoni Pengguna Produk CLARA

Testimoni Pengguna Produk CLARA

Testimoni Pengguna Produk CLARA

Testimoni Pengguna Produk URBAN

Testimoni Pengguna Produk URBAN


Jom Dapatkan Produk Nature Lab Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur!

Ok, bagi korang yang ada masalah kulit wajah dan rambut gugur, aku sangat recommend korang cuba produk dari Nature Lab ini iaitu CLARA dan URBAN.. Ramai dah cuba tau dan ternyata berkesan.. So, korang apa tunggu lagi, jom dapatkan produk Nature Lab ini untuk atasi masalah kulit wajah dan rambut gugur yang korang alami supaya penampilan diri sentiasa terserlah dan kekal berkeyakinan tinggi..

Produk Nature Lab Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur

Harga Produk

  • Clara : RM 75.00 (50ML)
  • URBAN : RM55.00 (30ML)
Untuk sebarang pembelian, boleh dibuat melalui Whatsapp di seperti dibawah :-


Untuk info lanjut tentang produk CLARA dan URBAN, korang boleh layari :-

➤ Website : https://naturelab.my/
➤ Hotline Care : +6011 6363 6060




Read More

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Sunday, November 8, 2020

1 comment

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil  |  Kalau masalah jerawat melanda, maka bertambahlah masalah dalam diri.. Jerawat ni sebenarnya musuh wanita.. Atau ada yang suka bila muka dia berjerawat.. Agak pelik disitu ye.. Haha.. Bagi aku sendiri, kalau ada jerawat kat muka ni walau sebijik jerk, dah rasa tak best.. Sebab aku pernah lalui saat-saat derita jerawat penuh satu muka yang mana pelbagai produk dan cara dah aku cuba tetapi malangnya masih tak helok jugak.. 

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Now aku dah tak perlu bimbang lagi sebab dah banyak produk yang bagus ada di pasaran bagi mengatasi masalah jerawat ni.. Cuma tinggal nak cuba dan tengok serasi ke tak serasi je dah.. Tapi aku nasihatkan, kalau nak cari produk yang bagus baik beli dari farmasi atau drugstore yang diluluskan oleh KKM contohnya produk Cosmoderm.. Katanya produk ni bagus untuk kulit yang berjerawat.. Sekarang ni Cosmoderm ada keluarkan produk terbaru tau iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil untuk kulit bebas jerawat..

Cosmoderm Tea Tree Oil Skin and Body Care

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Kalau korang nak tahu, Cosmoderm ni adalah produk yang diformulasi dan dihasilkan di Malaysia.. Produk penjagaan kulit dan badan yang berkualiti ini bebas paraben dan sulfat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.. Apa yang menarik dengan produk ni adalah ia menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Mintak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.. Wahh manjakani pun digunakan jugak uolls.. 

Rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni berkesan merawat jerawat, bau badan, sunburn dan pada sama yang sama dapat melembutkan kulit.. Ia dirumus khas untuk korang yang kulit berminyak dan berjerawat..

Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 3 Hari!

Setiap orang pun akan ada rutin penjagaan wajah bukan? Atau ada yang tak hiraukan tentang penjagaan wajah.. Jangan begitu, sebab ini penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.. Kalau tak perlukan kulit yang cantik pun pasti nakkan kulit yang sihat kan.. Jangan tak tahu ye, kulit cantik bermula dengan kulit yang sihat.. So, perlu ada rutin penjagaan wajah yang betul..

Ok, untuk korang yang mempunyai masalah jerawat, aku syorkan korang cuba Cosmoderm Tea Tree Oil ni.. Tapi penggunaanya kenalah konsisten ye.. Beberapa produk Cosmoderm diperlukan untuk kulit bebas jerawat.. Jom aku tunjukkan produk-produk dan step by step penggunaannya..

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil


Langkah 1 - Tea Tree Oil Facial Cleanser
Dapat menghilangkan minyak, membuka liang pori dan mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat..

Langkah 2 - Tea Tree Oil Purifying Mask
Dah cuci muka, pakai mask dan biarkan selama sekurang-kurangnya 15 - 20 minit ia dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat dan liang pori..

Langkah 3 - Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Membantu merawat jerawat, membuang bakteria dan minyak berlebihan. Kegunaannya untuk menyegarkan kulit apabila terdapat minyak yang berlebihan pada kulit..

Langkah 4 - Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Dirumuskan dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead.. Gel ni dipakai hanya pada jerawat selepas menggunakan toner.. Untuk Anti-Blemish Gel ni ada 2 jenis tau iaitu :-

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

  • Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat
Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

  • Tea Tree Oil Blemish X-Press - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Tidak sesuai untuk kulit sensitif
Itu rutin penjagaan wajah untuk kulit berjerawat yang paling simple sekali.. Kalau ikutkan set skincare Cosmoderm Tea Tree Oil ni banyak lagi.. Antaranya :-

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

  • Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (RM19.90) - 2 in 1 primer dan moisturizer untuk kulit berminyak dan kombinasi.. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.
  • Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90) - Gel water based serum dengan esktrak buah untuk mengawal lebihan minyak. Juga membantu mengecilkan pori-pori untuk mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead..
  • Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90) - Dapat memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan. Ia juga memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah mandian yang ringan, tidak menjengkelkan dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.
  • Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90) - Ia adalah ubat semulajadi yang cepat untuk hilangkan bau badan, jerawat badan dan sunburn. Ia memberikan kelegaan dengan rasa sejuk pada kerengsaan dan ketidakselesaan kulit. Lotion ini juga dapat membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Ia berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan bed bugs. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia..

Bukan saja boleh rawat jerawat kat muka ye tetapi pakej sekali kat badan pun boleh.. So, apa lagi yang korang nak.? Dah lengap set ni untuk diri kita.. Bagi yang mempunyai masalah jerawat bolehlah cuba produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni ye.. Korang boleh dapatkan semua produk ini di Watsons, Guardian, Aeon Wllness dan farmasi yang berhampiran korang.. Nak beli secara online pun boleh.. Korang boleh beli terus dari laman web Cosmoderm di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store iaitu di www.shopee.com.my/cosmoderm.


Read More

JoyMix Hello-Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Berkesan Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot

Saturday, August 22, 2020

1 comment
JoyMix Hello-Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Berkesan Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot  |  Hi ollss!! Assalamualaikum.. Ada tak yang tengah mengalami sakit sendi dan otot? Haa kalau ada, ni aku nak kenalkan pada korang 2 produk terbaik dari Joymix ni yang boleh bantu korang mengurangkan rasa sakit sendi dan otot iaitu JoyMix Hello-Bong dan Pure Collagen Powder.. Eh, produk collagen boleh kurangkan sakit sendi dan otot? Macam mana tu? Biasa untuk kulit dan kecantikan je.. Haaa itu yang bagusnya tentang produk JoyMix ni.. Jom aku cerita..


JoyMix Hello-Bong

Apa itu Hello-Bong? Haaa nama pun dah unik kan.. Hello-Bong.. Apa tu? Ok, Hello Bong ni adalah makanan tambahan yang diformulasikan daripada Jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit..


Ok, kalau korang nak tahu Halla-Bong ni merupakan sejenis oren tanpa biji yang istimewa ditanam di Pulau Jeju, Korea. Oren ni mengandungi jumlah Vitamin C yang tinggi dan memiliki rasa manis yang semulajadi. JoyMix Hello-Bong ini menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan..

Kebaikan JoyMix Hello Bong


Dihasilkan daripada bahan yang berkhasiat menjadikan JoyMix Hello-Bong ini banyak manfaatnya.. Antara kebaikan JoyMix Hello-Bong ini adalah :-
  • Mengurangkan panas badan
  • Menghilangkan nafas berbau
  • Membantu meningkatkan imuniti
  • Mengelakkan penyakit akibat radikal bebas
  • Membantu badan pulih dengan segera daripada penyakit
  • Mengurangkan keradangan sendi
  • Melindungi hati
  • Membantu mengelakkan penyakit kronik

Siapa yang memerlukan JoyMix Hello-Bong?


  • Pesakit Arthritis kerana JoyMix Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis
  • Individu aktif atau atlet yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan akan mendapat manfaat daripada memakan JoyMix Hello-Bong
  • Orang dewasa muda yang mengalami mabuk atau rasa mual yang berterusan
  • Orang yang mementingkan kesihatan yang ingin meningkatkan imuniti dan kekal sihat boleh mengambil JoyMix Hello-Bong

Cara pengambilan JoyMix Hello-Bong


Untuk pengambilan JoyMix Hello-Bong ni mudah je.. Tak perlu nak bancuh.. Terus je makan macam tu je.. Ok, aku ajarkan ye cara makan Hello-Bong ni..
  • Koyakkan satu sachet JoyMix Hello-Bong
  • Tuangkan ke dalam mulut dan kemam sehingga serbuk cair
  • Telan dan minum air jika diperlukan
  • Boleh diambil selepas sarapan pagi

Banyakkan manfaat Hello-Bong ni.. Biasanya kalau aku dengar pasal produk vitamin c ni, yang terlintas di fikiran aku ni adalah untuk kecantikan kulit semata.. Tapi untuk produk Hello-Bong ni ia lebih kepada produk untuk kesihatan dan paling best ia berkesan mengurangkan rasa sakit sendi dan otot..


Aku baru consume produk Hello-Bong ni.. Tujuan aku kalau boleh nak dapatkan semua manfaatnya tetapi aku faham tentang konsep dimana ia mengikut keserasian tubuh badan kita.. Andai dapat satu atau dua manfaat pun dah rasa best sangat dah.. Haha..  Owh ya, rasa dia pun pada aku sedap dan mudah diterima oleh tekak aku.. Rasanya yang masam manis oren membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus consume produk ini.. Lagi pun, sangat mudah untuk ambil Hello-Bong ni, cuma perlu koyakkan sachet dan terus masukkan ke dalam mulut.. Tak perlu dah nak bancuh-bancuh.. aku lebih suka cara pengambilan yang macam ni.. Nampak sangat pemalas kan.. Haha..!!

Kalau nak kesan yang lebih bagus, boleh consume bersekali dengan JoyMix Pure Collagen Powder..

JoyMix Pure Collagen Powder


Kolagen boleh mengurangkan sakit sendi dan otot? Ofkos, sebabnya kolagen membantu membina semula tulang rawan pada sendi.. Kolagen adalah nutrien terpenting untuk sendi. Sebab tu JoyMix Pure Collagen Powder ni bagus untuk kurangkan sakit sendi dan otot.. Ok, jom aku cerita lebih lagi ye.. Korang mesti tahu ni.. 

Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. Ia membantu menyatukan seluruh badan dan dapat ditemui dalam kulit, tulang dan tisu penghubung.. Tapi jangan tak tahu ye, pengeluaran kolagen biasanya mulai menurun setelah usia 40 tahun.. Sebab itulah kita memerlukan makanan tambahan untuk terus kekalkan keutuhan tubuh badan kita.. Kolagen juga memberikan kekuatan dan keanjalan kulit serta bertanggungjawab dalam penggantian sel-sel kulit mati.. Faktor yang boleh mengurangkan pengeluaran kolagen termasuklah terdedah dengan sinaran matahari, merokok dan pengambilan gula yang tinggi.. Untuk kekalkan kolagen dalam badan, kita perlukan JoyMix Pure Collagen Powder ini.. Hehe..

Kelebihan JoyMix Pure Collagen Powder


JoyMix Pure Collagen Powder ni dihasilkan daripada Marin Kolagen dimana berat molekul kecilnya adalah 500 - 1500 Dalton yang mudah menyerap ke dalam kulit. Mesti korang risaukan tentang baunya... Yelah dah diperbuat daripada marin kolagen, mesti akan ada bau hanyirnye.. Betul tak? Jangan risau sebabnya supplement ni tak berbau hanyir kerana diperbuat dairpada sisik ikan. So, memang tiada bau yang mencurigakan.. Ia juga boleh dicampur ke dalam minuman lain.. Bukan itu saje, malah Pure Collagen Powder dari JoyMix ni tiada pencemaran bakteria dan selamat diambil.. Gabungan logam berat juga sangatlah rendah..

Nak tau tak fungsi JoyMix Pure Collagen Powder ni? Salah satunya dah aku kasitau kat atas tadi kan iaitu untuk mengurangkan sakit sendi dan otot.. Ada banyak lagi fungsi dan manfaat Pure Collagen Powder Joymix ni sebenarnya.. Jom check..!


Fungsi JoyMix Pure Collagen Powder
  • Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan kulit
  • Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan kuku
  • Menguatkan sendi dan tulang
  • Tiada sebarang pencemaran bakteria
  • Melicin dan memberikan keserian pada wajah
Untuk kuku dan rambut pun bagus uolls.. Kebetulan la rambut aku ni memang mengalami keguguran yang teruk dan kuku pun tak berapa nak cantik.. So, dengan mengambil JoyMix Pure Collagen Powder ni bolehlah membantu sekali masalah keguguran rambut dan kuku aku ni.. Yang penting kenalah konsisten ye.. Kalau malas, tak payah beranganlah nak cantik.. hehe..

Cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder

           
Aku suka cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder ni.. Bukan ape, aku ni jenis susah sikit kalau ambil supplement yang rasanya tak kene dengan tekak aku ni.. Dengan JoyMix Pure Collagen  Powder ni aku dah tak perlu risau sebabnya aku boleh campur ke dalam minuman kegemaran aku.. 

Ok, cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder ni sangat mudah.. Hanya perlu tambahkan 1 scoop JoyMix Pure Collagen Powder ke dalam minuman kegemaran korang seperti kopi, teh, milo atau jus buah-buahan.. Kacau hingga larut, bolehlah dinikmati.. Oh ya, scoop dah disediakan tau di dalam botol.. So, tak perlu risau dah dengan sukatan yang betul.. hehe.. Kuantiti pengambilan adalah satu scoop untuk sehari..

Kalau korang rasa lebih suka untuk campurkan dengan air kosong puan tak de masalah.. Boleh je.. Cuma rasanya sedikit kurang enak.. So, lebih baik minum bersama minuman kegemaran kita.. Paling best, kalau minum dengan air buah.. Kalau tak dapat air buah pun, air sunquick pun nice.. Nak lagi best, tambah ais.. Perghhh memang nak bergelas-gelas la jawabnya.. Haha..



Untuk pengambilan kedua-dua produk ini iaitu Hello-Bong dan juga Pure Collagen Powder ni, macam aku sendiri aku akan ambil 1 scoop Pure Collagen Powder bersama air milo semasa sarapan pagi dan selepas sarapan aku akan ambil 1 sachet Hello-Bong pula.. Mudah je kan..

Dapatkan JoyMix Hello Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Untuk Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot


Kalau korang ada masalah sakit sendi dan otot boleh la cuba 2 produk daripada JoyMix ni iaitu Hello Bong dan juga Pure Collagen Powder ni.. Bukan untuk masalah sakit sendi dan otot je tau tetapi untuk kecantikan jugak.. Dua produk yang mempunyai banyak manfaatnya.. Sambil kurangkan kesakitan, dapat juga manfaat kecantikan.. Kan bagus camtu.. Hehe.. Lagi pun produk JoyMix ini adalah produk yang HALAL..

Oklah, untuk info lanjut tentang produk JoyMix ni bolehlah layari :-

JoyMix Hello-Bong

Harga
RM 77.00

JoyMix Pure Collagen Powder

Harga 
RM 98.00 (1 botol)
RM 150.00 (2 botol)


Read More