Smart Watch Untuk Wanita - Kieslect Lady Calling Watch Lora

Saturday, September 9, 2023

Smart Watch Untuk Wanita - Kieslect Lady Calling Watch Lora  |  Tidak dinafikan smart watch semakin mendapat tempat pada masa kini.. Tidak kira di kalangan lelaki mahupun wanita.. Keluarannya juga semakin hari semakin menarik dan praktikal dari segi fungsi dan reka bentuk jam itu sendiri. Kalau dulu smart watch ni lebih dikenali dalam kalangan lelaki tetapi kini tidak lagi kerana reka bentuk untuk wanita juga telah banyak dikeluarkan.. Aku sendiri agak teruja dengan design terkini smart watch di pasaran sekarang terutamanya smart watch yang direka khas untuk wanita.


Salah satu smart watch untuk wanita yang kini menjadi kegilaan aku dan ramai wanita diluar sana adalah Kieslect Lady Calling Watch Lora. Aku suka design smart watch Kieslect ni. Smart tapi cantik. Ia bukan sekadar jam tapi sebuah jam pintar didatangkan dengan pelbagai fungsi. Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca sampai habis ya..

Apa itu Smart Watch?

Ok, sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, jom ambil tahu apa itu smart watch atau dalam bahasanya jam pintar.. 


Smart watch merupakan jam tangan digital yang bukan hanya sekadar untuk melihat masa tetapi ianya mempunyai pelbagai fungsi seperti pengiraan langkah, pemantauan denyutan jantung dan tekanan darah, boleh dengar muzik, akses panggilan telefon dan mesej serta pelbagai lagi.. Begitulah juga dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni direka dengan pelbagai fungsi yang dapat membantu si pemakai dalam urusan seharian.

Tentang Kieslect



Bila tengok kecanggihan smart watch yang dikeluarkan oleh Kieslect ni, mesti ramai nak tahu latar belakang jenama ini kan.. Ok, kalau korang nak tahu Kieslect ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2017 dimana mereka telah membekalkan smart watch kepada lebih 5000 retail outlets di lebih 60 negara dan mempunyai 600 orang pekerja di seluruh dunia..

Bila dilihat kepada retail outletsnya yang banyak tu, ternyata Kieslect ni merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan teguh serta sebuah jenama yang dipercayai.. Tidak hairanlah mereka dapat mengeluarkan smart watch yang sangat hebat seperti Kieslect Lady Calling Watch Lora ini.. 


Apa yang menarik lagi, kesemua produk Kieslect ini diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA dan ini sekaligus membuktikan bahawa produk mereka mematuhi kualiti standard. Bukan setakat itu sahaja, malah Kieslect juga telah memenangi beberapa siri international design award termasuklah Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.

Kieslect Lady Calling Watch Lora Smart Watch Khas Untuk Wanita


Dalam dunia serba moden yang serba pantas ini, kita memerlukan produk yang mudah dibawa dan bergaya. So, pemilihan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini sangat tepat untuk masyarakat moden pada masa kini.. Mudah dibawa, pelbagai guna dan tampil lebih bergaya.

Tertarik dengan reka bentuk yang cantik dari Kieslect, aku tak mampu untuk berkata tidak untuk memiliki smart watch khas untuk wanita Kieslect ini, Kieslect Lady Calling Watch Lora.

Didatangkan dalam 3 warna pastel yang cantik iaitu pink, gold dan purple menjadikan aku lebih teruja untuk memilikinya. Aku yakin peminat smart watch pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini.. Warna pilihan aku seharusnyalah warna purple, warna favourite aku!


Apa yang menariknya lagi, Kieslect Lady Calling Watch Lora ni 'double strap' tau.. Strapnya mempunyai 2 warna di mana boleh ditukar mengikut citarasa dan kesesuaian. Bukan itu sahaja, malah Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga stable BT 5.2 calling tau iaitu ianya mempunyai sambungan bluetooth yang sangat stabil membolehkan kita menjawab panggilan telefon tanpa sebarang masalah sepertinya menggunakan telefon yang sebenar.


Salah satu daya tarikan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni pada aku, ianya 3D fullview colorful display.. Menjadikan smart watch ini lebih digilai oleh para wanita.. 

Fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora


Serius antara smart watch yang aku ada, inilah satu-satunya smart watch yang terpaling banyak fungsi.. Memang berbaloi-baloi sangat beli smart watch ni.. Jom kita tengok fungsi yang ada..

1.  Sport Mode
  • Korang boleh try 70 mode sukan seperti running, cycling, skipping, badminton dan banyak lagi...
2.  Status
  • Dekat status ni korang boleh check jumlah langkah, jarak dan kalori yang direkodkan
3.  SOS
  • Ni bukan sos cili tau.. Haha.. Untuk bahagian ni, korang boleh wujudkan nombor SOS untuk saat-saat kecemasan.
4.  Phone
  • Bahagian ni berfungsi seperti smart phone.. Boleh buat penggilan terus melalui smart watch ini.. Ia juga merekod sejarah panggilan dan boleh tambah contact..
5.  Breath Rate
  • Boleh mengukur bacaan terkini pernafasan kita..
6.  Sleep
  • Kalau korang ada masalah tidur, korang boleh try mode ni.. Ia dapat merekod tempoh korang tidur termasuklah jumlah tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak lena..
7.  Music Control
  • Bagi penggemar muzik mesti jatuh cinta dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni.. Boleh mendengar muzik terus dari jam ini dengan hanya on bluetooth di smart phone.
8.  Heart Rate Monitoring
  • Nak tahu kadar denyutan jantung pun boleh.. Pakai mode ini.. Kadar denyutan jantung direkod dan dipapar selama 24 jam sepanjang hari dan dipantau secara automatik setiap 10 minit..
9.  Alarm
  • Boleh juga set alarm dekat smart watch ini.. 8 waktu boleh diset dalam satu masa.. Jam akan bergetar semasa alarm berbunyi.
10. Weather
  • Keadaan cuaca semasa juga dipaparkan pada jam
11. Breath
  • Tetapkan cara dan masa pernafasan dan ikut arahan latihan untuk melengkapkan latihan pernafasan.
12.  Voice Assistant
  • Kieslect Lady Calling Watch Lora juga dilengkapi dengan voice assistant.. 


Banyak lagi tau fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora ni sebenarnya seperti games, watch face, timer, drinking reminder, camera control. password protection flash light dan banyak lagi la.. Nak test emosi pun boleh tau.. hehe..

Kenapa Kieslect Lady Calling Watch Lora ini Jadi Pilihan Aku?


Aku bab jam tangan ni agak cerewet sikit.. Kalau dulu hanya pakai jam yang cuma boleh lihat masa sahaja tetapi sekarang aku lebih cenderung kepada smart watch.. Termasuk Kieslect Lady Calling Watch Lora ni aku dah ada 3 buah smart watch dan bagi aku Kieslect Lady Calling Watch Lora adalah smart watch terbaik yang pernah aku ada..


Apa yang aku suka lagi tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora ni selain fungsi-fungsi yang ada, aku suka juga strapnya.. Pertama kali aku pakai jam di mana strapnya jenis quick release magnetic strap.. Sangat mudah dipakai.. Pergelangan tangan pun selesa dan tak sakit.. Oh ya, jam ni didatangkan juga dengan strap cantik yang lebih feminin..


Bagi aku Kieslect Lady Calling Watch Lora ni adalah fashion smart watch.. Boleh menjadi pelengkap kepada gaya kita.. Namun begitu jam ini boleh digayakan dalam pelbagai keadaan.. Itu yang paling aku suka.. Tak perlu banyak-banyak jam, cukup hanya Kieslect Lady Calling Watch Lora sahaja boleh digayakan dalam banyak keadaan dan dress up.. Satu lagi watch face boleh tukar-tukar dan boleh juga letak gambar peribadi kita.. Itu yang bestnye Kieslect Lady Calling Watch Lora ni..


Dari segi lain, jam ini sangat membantu aku dalam menjalani hidup secara sihat.. Dengan fungsi yang ada, aku boleh tahu tahap kesihatan aku sedikit sebanyak.. Mode sport banyak bantu aku bersenam dengan teratur.. Selain itu, aku tertarik dengan mode sleep.. Teringin untuk tahu tahap kualiti tidur aku.. Cumanya, belum ada masa lagi untuk aku mencuba mode ini dek kerana kesibukan kehipan seharian aku.. Iyalah, bila dah terlalu penat, letak kepala je terus lelap.. Hehe..


Selain itu, fungsi phone dan sms juga membuat aku teruja.. Mana taknya, tak perlu nak angkat telefon dah ke telinga, cukup hanya dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni pun dah boleh jawab panggilan dan membaca sms.. Music Player pun best juga kerana soundnya high quality..

Owh ya, ini first jam yang watch face nya besar yang aku pernah pakai.. Pada mulanya, aku risau juga takut tak sesuai dengan tangan kurus kering aku ni.. Hehe.. Tapi bila pakai, just nice.. Aku suka!! Nampak smart dan elegent gitu.. Warna pun cantik.. Feberet color aku..

Eh ada lagi tau yang bestnye tentang smartwatch ni.. Baterinya kalau penggunaan yang heavy boleh tahan 1 hingga 2 hari dan kebiasaannya boleh tahan sehingga 3 ke 5 hari.. lama tu.. Tapi harus diingat ye, jam tangan ini adalah IP68, ia tidak boleh dipakai untuk berenang, mandi atau surfing.. hehe


Kalau korang sejenis yang sukakan jam yang lebih simple tapi tetap nampak hebat bila dipakai, korang boleh try Kieslect Calling Watch KS dan Kieslect Calling Watch Kr Pro yang juga keluaran daripada Kieslect.. 

Bagi korang yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin memiliki smart watch pelbagai fungsi, Kieslect la pilihan tepat korang.. Untuk model KS menawarkan 100 mod sukan manakala model Lora pula menawarkan 70 mod sukan.. Jam tangan ni bukan sahaja untuk sukan tau tapi ia juga boleh digunakan sebagai calling watch, dengan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil dan sambungan yang lebih kuat daripada jam tangan jenama lain.

Pembesar suara dan microfon jam tangan ni pun kualiti bunyinya sangat baik dengan natural sound yang jelas.. Bukan tu je, nak receive dan reject call pun mudah even nak buat call juga mudah.. So, bagi aku untuk memiliki smart watch pada harga yang mampu milik dengan fungsi yang pelbagai, inilah pilihan tepat korang.. 

Kieslect Lady Calling Watch Lora Warranty 1 Tahun


Setiap barang yang kita beli, sudah pastinya kita mengharapkan ada warranty sebagai jaminan kerosakan barang yang kita beli tu.. Betul tak? Bagi smart watch Kieslect ini korang jangan risau, mereka menawarkan 2 tahun warranty bagi setiap pembelian smart watch mereka.. Jaminan dengan gantian tau.. 

Sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh 1 tahun pembelian, korang boleh menukar barang yang rosak itu dengan barang yang baru tetapi tidak termasuk aksesori tau serta kerosakan yang sengaja di buat.. Hehe..

Dapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora Dengan Harga Lebih Berbaloi-Baloi!


Ok, berita baik buat korang pembaca blog aku.. Dapatkan Kieslect Calling Smart Watch ini dengan harga yang lebih berbaloi-baloi.. Bagaimana caranya? Haaa korang boleh guna kod voucher di bawah ini untuk mendapatkan diskaun..

Kieslect Lady Calling Watch Lora
Kod Voucher RM 5  👉  KIESLORA

Kieslect Calling Watch Ks
Kod Voucher RM 10  👉  KIESKS



Sebarang pembelian boleh dibuat melalui platform Shopee





Info lanjut, korang boleh terjah 👇

Facebook

Instagram

No comments

Post a Comment