Penantian Anda Sudah Berakhir! Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 pada 3 November 2022

Tuesday, November 1, 2022

Penantian Anda Sudah Berakhir! Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 pada 3 November 2022  |  Rakyat Malaysia akan mendapat kemajuan telefon pintar terkini dan banyak lagi melalui pelancaran  Siri HUAWEI MATE50, dan banyak lagi! Hi Guys, berita baik untuk korang!!  TIDAK LAMA LAGI! HUAWEI Consumer Business Group (CBG)  Malaysia, peneraju infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar  akan melancarkan barisan produk yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Siri Mate50 pada 3 November  2022 - membolehkan rakyat Malaysia merasai rekaan elegan dan teknologi inovatif yang ditawarkan  HUAWEI.  


Memperkenalkan King of Flagship, HUAWEI Mate50 PRO, yang akan menggunakan sistem operasi  EMUI terkini daripada HUAWEI. Peranti flagship ini dilengkapi teknologi kamera mudah alih  berprestasi yang lebih baik daripada pendahulunya untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman  mengagumkan sambil mengekalkan reka bentuk space ring klasik dengan sentuhan halus corak Clous  de Paris. 

TUNGGU JAP! ADA BANYAK LAGI NI! 

Selain daripada Siri Mate50, HUAWEI juga akan memperkenalkan Siri nova 10, Watch GT 3 SE dan Siri  Matepad! HUAWEI berhasrat untuk memenuhi setiap keperluan rakyat Malaysia untuk gaya hidup  yang lancar dan produktif dengan menggabungkan yang terbaik antara fesyen dan praktikal. Siri nova  10, Siri Watch GT 3 SE dan Siri MatePad membuat penampilan julung kalinya pada hari yang sama  dan akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak lagi dengan peneman digital yang unggul  ini. 

Sebagai tambahan kepada barisan produk baharu, HUAWEI juga akan memperkenalkan EMUI 13  baharu untuk Siri Mate50. Wajah baharu Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) direka untuk  mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar serta melengkapkan pengalaman menggunakan  peranti flagship menyeluruh ini - membolehkan HUAWEI melompat jauh ke arah kepenggunaan  terutamanya untuk Huawei AppGallery. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada  pengguna, 'Sophia', pembantu AppGallery juga akan tersedia untuk menyelesaikan sebarang  kebimbangan mengenai isu berkaitan aplikasi HMS dengan berkesan. 

Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang berita atau promosi menarik seperti Pra-pesanan  Eksklusif RM1 mereka, layari Laman Web Rasmi HUAWEI untuk membuat pra-pesanan sekarang dan  berpeluang memenangi hadiah hebat daripada jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai sehingga  RM15,000! 

Selain itu, jangan ketinggalan pelancaran Siri HUAWEI Mate50 dan Produk HUAWEI lain yang menarik  pada 3 November 2022, melalui Laman Facebook Rasmi HUAWEI atau klik di sini untuk turut serta  pada hari pelancaran nanti!



No comments

Post a Comment