August Book Haul 2021


August Book Haul 2021  |  Artifak... Ye, untuk bulan ogos hanya satu buku sahaja yang aku pilih.. Mungkin terlalu sibuk, sampaikan tak sempat nak intai-intai buku yang 'best seller'... Artifak ni adalah hasil karya penulis feberet aku, Maria Kajiwa.. Lama dah ada dalam wishlist aku sebenarnya.. Cumanya, tak terbeli lagi awal dulu.. Now, aku dah memilikinya dan sedang membacanya.. Setakat ini, jalan ceritanya seperti biasa tak pernah menghampakan.. Kadang terfikir, banyak betul idea penulis ini.. Jalan cerita setiap novelnya berbeza-beza... Hebatnya penulis ini..

Kalau dulu shopping buku, biasanya aku akan beli di laman web kedai buku.. Sekarang aku lebih selesa beli melalui shopee.. Lebih mudah dan lebih murah.. Sebab tu, kadang aku terbeli banyak.. haha.. Tapi tak selalu juga la membeli buku ni.. Tengok keadaan dan  mood jugak.. 

Sinopsis Artifak


Judul Novel  :  Artifak
Penulis  :  Maria Kajiwa
Terbitan  :  Fajar Pakeer
Muka Surat  :  325 m/s

Utusan maut dari zaman silam...

Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi, tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan, tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh. - SAMI TUA

Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.

Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu..... kematian sudah berada di depan mata.

Masalahnya sekarang... kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing - KHALID


Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri, namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang sudah mati. 

Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu? Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?

Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui...

Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya. - SHIN KUE NA




QuickEdit
Lea Azleeya
3 Comments

3 comments:

  1. Memang hebat penulis novel sentiasa ada idea. kita yang menulis blog pun kadang-kadang buntu nak tulis apa. selamat membaca!

    ReplyDelete
  2. Semoga buku malaysia juga hadir di Indonesia.

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)