Malu Kulit Kusam dan Berparut? Cuba Crystal Skin Untuk Mencantikkan Dan Merawat Kulit Dari Luar Dan Dalam


Malu Kulit Kusam dan Berparut? Cuba Crystal Skin Untuk Mencantikkan Dan Merawat Kulit Dari Luar Dan Dalam |  Siapa yang tak nak cantik kan.. Kulit cerah mulus tanpa cela.. Aku sendiri mengimpikan kulit yang cantik.. Bukan kaum hawa je tau yang nak kulit cantik, malah kaum adam juga sekarang ni berlumba-lumba untuk mendapatkan kulit yang cantik.. Betul tak? Hurm malu tau bila kulit kusam dan berparut ni.. Makin parah bila berjerawat.. Adoii memang hilang terus keyakinan diri.. Aku sendiri pun penah melaluinya.. Macam-macam cara dan produk jugaklah aku cuba untuk dapatkan kulit yang diimpikan.. Terbaru, aku cuba Crystal Skin dari Rish Beauty untuk mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam.. Excited tau cuba produk ni.. Sebab dah ramai yang cuba dan berhasil.. Aku pun nak jugak!!!! Haha..


Crystal Skin Untuk Mencantikkan Dan Merawat Kulit Dari Luar Dan Dalam

Dah alang-alang aku consume Crystal Skin ni, aku nak perkenalkan jugalah pada korang produk best ni.. Kot la korang tengah mengalami masalah kulit kusam, gelap, berjerawat dan berparut ke atau masalah-masalah yang lain, boleh la cuba Crystal Skin ni sekiranya bersesuaian dengan masalah yang sedang korang alami tu.. Macam aku sendiri, aku consume produk ni sebabnya kulit aku ni jenis mudah sangat kusam dan gelap bila tak terjaga.. Bukan tu je, banyak jugak parut jerawat lama dekat muka aku ni.. That why la ambil produk ini.. Sebab katanya bagus untuk kulit dan dah ramai yang mencubanya mendapat result yang positif..


Untuk pengetahuan korang, Crystal Skin ni merupakan suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi penuh berkhasiat untuk kulit kelihatan lebih sihat dan menawan.. Produk ini juga dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam.. So, korang tak nak cantik ke? Hehe.. Tapi nak cantik, kenalah konsisten ye.. Tak bolehlah malas-malas.. 

Oh ya, Crystal Skin ni merupakan produk tempatan tau keluaran bumiputra Muslim.. Kesemua bahan yang digunakan dalam menghasilkan Crystal Skin ni adalah dari bahan-bahan gred AAA, kilang berstatus halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.. So tak perlu nak risau tentang tahap keselamatan produk ini lagi.. Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bukan itu sahaja tau, bahan-bahan yang digunakan juga terkenal dengan khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM).. Klik SINI untuk melihat surat klasifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bahan Utama Crystal Skin dan Khasiatnya


  • Tomato Kristal - Anti-oksidan terkuat, mengurangkan jeragat dan melindungi kulit dari kerosakan sinar matahari
  • Habbatus Sauda  -  Anti-radang, mengurangkan jerawat dan membunuh kuman
  • Vitamin C  -  Melindungi sel kulit dan menjaga kulit agar sihat
  • Kolagen  -  Menambahkan keanjalan kulit dan mencegah kedutan
  • Ekstrak Biji Anggur  -  Anti-oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka
  • Jus Blackcurrant  -  Anti-oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan

Manfaat Crystal Skin Yang Korang Perlu Tahu!


Setiap produk yang dikeluarkan pastinya ada manfaatnya dan kelebihannya.. Begitu jugalah dengan Crystal Skin ini.. Manfaatnya pasti membuatkan korang tersenyum.. Antara manfaatnya adalah :-
  • Merawat masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Muka jadi glowing dan merawat kulit kusam
  • Menambah kelembapan kulit

Cara Pengambilan Crystal Skin


Ok, dalam satu box ni mengandungi 15 sachet untuk penggunaan 15 hari kerana sehari hanya perlu ambil 1 sachet sahaja.. Bagaimana cara pengambilannya? Mudah saja..

Ambil 1 sachet Crystal Skin dan dibancuh dengan 150ml air.. Minum sebelum sarapan pagi untuk kesan yang lebih baik.. Oh ya, setiap kotak Crystal Skin ni mempunyai hologram sekuriti tinggi tau untuk memastikan produk ini adalah original.. So, nak beli tu sila pastikan beli yang original.. 


Bila kesan positif boleh kelihatan? Haaa ni soalan yang femes bila nak consume sesuatu produk.. Ok, sebenarnya tempoh untuk nampak kesannya adalah berbeza bagi setiap individu.. Ia bergantung kepada level hormon, cara hidup, pemakanan, senaman, kualiti tidur dan juga sama ada seseorang itu perokok atau pun tidak.. Ramai juga pelanggan Crystal Skin ni memberikan feedback pengambilan selepas sebulan tau.. Ada yang dapat result kulit semakin lembap, jerawat makin kecut, parut makin pudar dan kulit menjadi lebih cerah... Tu yang bestnya dengan produk Crystal Skin ni..

Boleh ke pesakit kronik mengambil Crystal Skin ni? Ok, secara umumnya, Crystal Skin ni memang selamat untuk setiap orang kerana ia hanya mengandungi bahan semulajadi yang selamat. Crystal Skin ini juga tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. Tetapi sekiranya korang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung, korang kenalah dapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu sebelum mengambil Crystal Skin ni.. 


Untuk mendapatkan result terbaik dengan Crystal Skin ni, aku kongsikan tips ini untuk korang amalkan.. Baca dan hadamkan ye..
  • Elakkan minuman yang berkafein, beralkohol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesanan yang lebih baik.
  • Minum 2 - 3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin
  • Untuk result yang maksimum, amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

Jom Kenal Dengan Pengasas Crystal Skin dan Kisahnya


Airiey Sayuti, Pengasas Crystal Skin mempercayai bahawa kelihatan anggun dan cantik amatlah penting agar seseorang itu lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk berhadapan dengan orang ramai malah menjalanai kehidupan seharian.

Ketika zaman remaja, Airiey pernah mengalami masalah berat badan dan beliau mempunyai tona kulit yang agak gelap dan berjerawat sehinggakan beliau merasa rendah diri, segan, hilang keyakinan diri, menjadi seorang pemalu dan pendiam serta sering dipersendakan kerana gemuk dan kulit berjerawat dan gelap..

Walaupun beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama skincare yang popular serta mengambil suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul mahupun serbuk dan juga menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam, namun beliau tetap merasa kecewa kerana resultnya lambat dan tidak memberikan kesan yang baik.. 

Setelah pelbagai situasi yang dilaluinya, mencuba pelbagai produk juga, akhirnya Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan kesan yang selamat. Maka wujudlah Crystal Skin.. Kalau nak tahu kisah Pengasas Crystal Skin ni secara lebih detail, korang boleh baca di SINI ye.. Terinspirasi sangat.. :)

Kenapa Aku Memilih Crystal Skin?


Ok, aku memilih Crystal Skin ini kerana aku terinspirasi dengan kisah Pengasasnya.. Beliau menggunakan sendiri produk ini dan ternyata ianya berkesan.. Ya, aku tahu keberkesanan sesuatu produk itu adalah berbeza bagi setiap individu.. Tapi kalau tak cuba kita tak tahu tahap keberkesanannya kan.. So, aku decide untuk cuba.. Lagi pun bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini adalah bahan semulajadi yang dijamin halal dan selamat.. So, aku  tak perlu risau..

Aku dah cuba lebih kurang seminggu.. Setakat ni alhamdulillah semuanya ok je.. Tiada kesan sampingan.. Aku suka packagingnya.. Simple but nice.. Mampu menarik minat pelanggan untuk membelinya.. Apa yang lebih buat aku jatuh cinta dengan produk ini adalah rasanya yang sedap! Hehe.. Aku bab pengambilan suplemen ni, nak kena juga ada rasa sedap tu.. Kalau tak sedap memang tak boleh nak telan.. So, Crystal Skin ni menepati citarasa aku.. 

Setakat seminggu ni, aku dapat rasa kulit aku semakin lembap.. Setiap pagi sebelum sarapan aku akan minum Crystal Skin ni dulu dan minum air putih yang mencukupi untuk aku dapatkan kesan yang maximum.. Tak sabar nak habiskan sekotak, untuk lihat kesannya.... Yang penting konsisten guys.. 

Testimoni Pengguna Crystal Skin






Dapatkan Crystal Skin Sekarang.. Ada Promo Guys!!

Jom guys, pakat dapatkan Crystal Skin ni untuk dapatkan kulit yang cantik glowing... Sekarang mereka tengah buat promo.. So, rugi sangat-sangat tak dapatkan sekarang.. 

Harga Promo Crystal Skin

1 kotak : RM 69 (Harga biasa RM89)
2 kotak : RM 132 (Harga biasa RM 178)
3 kotak : RM 187 (Harga biasa RM 267)
4 kotak : RM 230 (Harga biasa 356)

Lagi banyak beli lagi banyak diskaun.. 

Korang boleh dapatkan Crystal Skin ini di :-

👉 Lazada
👉 Shopee 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :-

👉 No. Telefon : +60-11-62000032

#rishbeauty #crystalskin #Crystalskinrishbeauty #rishbeautycosmetic #malaysia #beauty #kecantikan #skincare #kesihatan #beauty #kosmetik #perawatanwajah #cantik #makeup #perawatan #kecantikanwajah #pemutihwajah #produkkecantikan #perawatankulit #skincareroutine #cantikalami #pemutihbadan #jerawat #jejaka #wanita #viral #kecantikankulit #pemutih


QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

  1. lama dah tak amalkan makan kolagen. Thanks for sharing

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)