LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini

Thursday, July 15, 2021

LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini  | "Eh, kenapa muka ko sekarang ni nampak kering dan kusam kelabu asap ek.." Perghh sentap jugak bila kena tanya dengan soalan macam tu.. Tapi itulah keadaannya yang aku hadapi sekarang.. Kadang-kadang kawan ni punya prihatin dekat aku, pergi tanya soalan koyak camtu.. Tapi tak dinafikan, keadaan muka aku sekarang dah tak sehelokk macam dulu-dulu.. Ada masa nampak kusam dan gelap tak berseri. Almaklumlah faktor umur kan.. 


Semakin berusia kita, semakin kuranglah kolagen dalam badan tanpa kita sedari.. Bila kolagen kulit semakin merosot, pembaharuan sel kulit semakin perlahan dan kulit mula mengalami proses penuaan. Maka, bermulalah kemunculan kedutan di sekitar mata, garis ekspresi pada dahi dan bibir, kulit kering dan kusam dan sebagainya. So, untuk menghalang proses penuaan daripada berlaku dengan pantas, aku amalkan Colla-genic With Pomegranate dari LAMEEYS ini sebagai penyelesaian kepada masalah kulit yang aku alami sekarang ini..

LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini

LAMEEYS telah melancarkan produk pertamanya bertekstur halus dalam bentuk Kolagen Peptida (Collagen Peptides) yang diiktiraf HALAL iaitu Colla-genic With Pomegranate. Ia diformulasikan dengan peptida kolagen marin yang sinonim atau cenderung menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan, bermula dari dalam. 


Siapa Kata Kolagen Dan Peptida Kolagen Itu Sama?

Korang tau tak yang kolagen dan peptida kolagen ni tak sama sebenarnya.. Di mana, kolagen merupakan blok binaan terpenting bagi kulit manusia. Protein kompleks ini membentuk hampir 80% kulit dan memberikan struktur, keanjalan, perlindungan, selain berfungsi membantu mengekalkan kelembapan dari lapisan kulit yang paling dalam.

Kolagen ni struktur molekulnya besar dan dalam bentuk memanjang. Ini menyebabkan kadar serapannya agak perlahan berbanding dengan Peptida Kolagen yang dihasilkan melalui proses hidrolisis menjadikan molekulnya lebih kecil dan lebih bersedia secara biologi untuk diserap dengan pantas ke dalam aliran darah kerana rantaian asid aminonya lebih pendek. Peptida kolagen mempunyai berat molekul yang jauh lebih rendah (<1,000 Daltons). Semakin rendah berat molekul, maka semakin tinggilah daya serapan yang dibenarkan oleh tubuh.

Tentang LAMEEYS 


LAMEEYS percaya bahawa kunci kepada kecantikan adalah dengan memastikan kesihatan tubuh dari dalam. LAMEEYS berusaha menyediakan pelbagai penyelesaian supaya setiap orang dapat menikmati atau mencapai kecantikan secara semulajadi dari dalam tanpa kesan sampingan. Justeru itu, LAMEEYS menawarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang diperakui bersih, selamat dan bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan. 

LAMEEYS juga memastikan ianya dicipta berasaskan sumber alami dan semulajadi, menepati maksudnya dalam bahasa Arab iaitu, Lembut untuk disentuh. LAMEEYS juga percaya bahawa kecantikan dari dalam adalah hak milik setiap insan, tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Untuk itu, produk yang ditawarkan pastinya mampu milik dan mudah didapati di pelbagai platform pemasaran.

Industri kecantikan kita telah mencapai piawaian yang terbukti hebat dalam menutupi kelemahan luaran wajah bermula dari concealer, bedak asas hingga pembayang mata. Ia membantu wanita untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Malangnya, menutupinya masih tidak dapat membantu wanita untuk mengatasi masalah kulit sedia ada - Pengurus Pembangunan Perniagaan LAMEEYS, Raja Marliza Safia. 

Itulah sebabnya wanita masih tercari-cari produk kecantikan yang boleh membantu mereka kelihatan bersinar dari dalam, tanpa kesan sampingan. Oleh itu, kami telah mencipta Colla-genic with Pomegranate, untuk membantu wanita tampil yakin dengan kulit mereka sendiri dengan cara yang paling semulajadi. - tambahnya lagi

 

LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate Untuk Kulit Lembap, Cerah dan Cantik Semulajadi


Korang ada mengalami masalah kulit kering dan kusam, parut jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam, tona tidak sekata, garis halus penuaan dan kedutan, tanda regangan bersalin, rambut nipis tidak bermaya serta kuku pecah dan rapuh tak? Kalau ada, jangan risau LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate adalah jalan penyelesaiannya. Ia dicipta untuk menangani lima masalah utama yang sering menjadi mimpi ngeri buat wanita.

Kulit
Membaiki kolagen kulit dan serat protien elastin untuk meningkatkan keanjalan, ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%

Penuaan
Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaan

Tanda/Kesan Regangan
Minuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit sehingga mengurangkan penampilan stretchmarks akibat bersalin

Rambut
Membantu melancarkan pertumbuhan semula sel-sel rambut dan memperbaiki penampilan dan kilauan rambut

Kuku
Membantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kuku



Apa yang menariknya lagi, setiap titisan Peptida Kolagen 6000mg Dengan Jus Delima ini terbentuk hasil daripada elemen berikut :- 

  • Teknologi termaju Korea – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil
  • <1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan
  • 6,000mg Kolagen Peptida – meningkatkan keberkesanan Kolagen
  • Tambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringan
  • Ekstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulit
  • Tanpa bahan pengawet tambahan. Bebas warna tiruan. 

Manfaat LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate


Sepertimana yang kita tahu, tubuh kita pada usia 20-an masih memiliki banyak kolagen tetapi kulit berisiko terdedah kepada beberapa faktor seperti sinaran UV matahari, pencemaran alam sekitar, gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, bebanan akademik dan pengajian serta masalah kerja dan tekanan hidup. 

Seperti yang aku katakan di awal tadi, semakin kita berusia, kehilangan kolagen kulit semakin pantas. Proses penuaan kulit pun mula serius berlaku dengan kemunculan banyak garis halus dan kedutan. Sebab itulah, kita perlukan suplement tambahan atau minuman kesihatan untuk atasi masalah ini dan pilihan aku sudah tentulah LAMEEYS Colla-genic With Pomegrante ini dengan lima manfaat untuk kecantikan kulit..

1. Menganjalkan Kulit Wajah

Bertindak menganjal dan menegangkan kulit wajah yang kendur. Kulit kusam menjadi cerah bersinar dan membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata

2. Menguatkan Struktur Kulit

Daya serapan peptida kolagen yang tinggi meningkatkan fungsi agen penghadang kulit daripada kesan kerosakan

3. Menghidupan Semula Kulit

Mengurangkan garis halus dan kesan kedutan. Membantu penjanaan semula kulit melalui agen utama anti-penuaan

4. Mengembalikan Keremajaan Kulit

Kaya dengan antioksidan dan vitamin C demi mengembalikan sumber mineral yang diperlukan oleh kulit

5. Membekalkan Kelembapan Kulit

Membekalkan kelembapan yang diperlukan dengan daya penghidratan yang tinggi agar kulit kekal lembap sekaligus memberi efek kilauan pada wajah

Siapa Yang Disyorkan Untuk Mengamalkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima
 
  • Berusia 20 tahun ke atas
  • Berhadapan komputer untuk waktu yang lama
  • Berada di persekitaran berhawa dingin
  • Gaya hidup dan diet yang tidak sihat
  • Terdedah kepada cahaya matahari
  • Lewat tidur akibat belajar atau bekerja
  • Pengambilan gula yang tinggi
  • Peminum kafein tegar
  • Kerap mengembara

Cara Pengambilan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima


LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini didatangkan dalam bentuk sachet yang sedia diminum. Setiap kotak mengandungi 15 paket yang senang dibawa dan boleh diminum pada bila-bila masa di mana sahaja. 

Untuk pengguna yang baru, disyorkan untuk mengambil 2 sachet sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Selepas itu, boleh mengamalkannya hanya 1 sachet sehari iaitu sebelum sarapan setiap hari. Jangan lupa ye, untuk minum air dengan secukupnya.


Macam aku sendiri, selalu tidur lambat dan mengadap komputer terlalu lama untuk menyiapkan tugasan di pejabat mahupun di rumah.. Kadang tu jam 3 pagi aku baru tidur untuk siapkan kerja-kerja blog aku.. Memang struggle jugak la untuk menjadi seorang blogger ni.. Dengan mengamalkan Colla-genic With Pomegranate ni banyak membantu aku untuk refresh balik badan aku untuk kembali bertenaga dan paling best, kulit dah semakin lembap.. 

Selalunya aku ambil Colla-genic ni 30 minit sebelum sarapan dan sebelum tidur aku akan pastikan aku mengambilnya sekali lagi selama 7 hari berturut-turut dengan konsisten.. Selepas 7 hari, aku hanya amalkan sekali sahaja sehari sebelum sarapan seperti yang disyorkan.. Alhamdulillah selepas seminggu mengamalkannya, nampak la perubahan pada kulit aku.. Kulit nampak lembap tak seperti sebelum ni agak kering dan kusam.. Seronok betul aku tengok perubahan ni.. Terima kasih LAMEEYS kerana mengeluarkan produk yang best ni.. 

Dapatkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Promosi Istimewa Hari Raya Haji Di Shopee dan Lazada Sekarang!


LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini boleh didapati di www.lameeys.com.my dan diijual pada harga pengenalan RM108 sekotak dan RM188 untuk 2 kotak. Harga Runcit Biasa adalah RM120 sekotak.. 

Berita baik untuk korang!.. LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini juga boleh didapati di platform e-dagang Shopee dan Lazada bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pelanggan yang menjadi pengguna setia bagi platform tersebut..
So, apa tunggu lagi tu! Jom capai misi kita untuk mendapatkan kulit wajah lembap, cerah berseri dan cantik dengan LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini. Bersempena sambutan dan kedatangan Hari Raya Haji ini, LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ada buat promo tau.. Rugi tak grab.. Harga memang berbaloi-baloi.. Dan mungkin inilah jalan penyelesaian terbaik untuk korang yang ingin mendapatkan nutrien kolagen secara efektif. Rasai penghidratan yang diperlukan oleh tubuh melalui kesannya, hanya dalam 7 hari! Yakinlah bahawa produk ini dibuat hasil penelitian dengan 100% bahan semula jadi, diperakui HALAL dan selamat dimakan. 

PROMO RAYA HAJI
Beli 2 Kotak RM188 (Harga Biasa: RM 240)
LEBIH JIMAT dengan BAUCAR RM30 Shopee atau Lazada*
Bermakna hanya RM158 untuk 2 kotak!
*Tertakluk terma & syarat

Ingat, penyelesaian kesihatan & kecantikan itu tidak mahal.. pengabaian yang menjadikannya mahal!

Untuk info lanjut, sila layari : 
👉 Facebook : Lameeys | Facebook 



1 comment:

  1. Pomegranate ni mmg bagus Untuk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman

    ReplyDelete