Some of My Book Haul in Oktober 2020


Some of My Book Haul in Oktober 2020 |  Haluuu!! Assalamualaikum semua.. Moga korang berada dalam kesihatan yang baik.. Almaklumlah, zaman virus ni kenalah jaga diri tu lebih sikit.. Jaga kebersihan.. Jaga penjarakan sosial.. Sentiasa pakai hand sanitizer.. Pakai mask bila keluar.. Kalau tak de keperluan di luar, dok dendiam dalam umah.. Itu lagi baik.. Hiks.. Lama gile tak membebel dalam 'rumah' kesayangan aku ni.. Semakin hari semakin sukar jugak aku nak luangkan masa dalam 'rumah' aku sendiri ni.. Almaklumlah umur semakin meningkat ni membuatkan badan aku tak mampu untuk bertahan sehingga ke tengah malam untuk habiskan masa di depan PC setelah seharian ditempat kerja mengadap PC.. Hehe.. 

Some of My Book Haul in Oktober 2020

Ok, bukan nak bebel pasal tu tapi nak bebel tentang buku yang aku dah beli untuk bulan Oktober 2020 ni.. Mulanya aku dah nekad tak nak beli buku lagi sebabnya aku nak habiskan baca buku yang ada yang masih belum dibaca.. Banyak lagik dowh!

Alkesahnya menjadikan jari jemari ini mencheckout buku-buku baru adalah kerana baru-baru ni hati aku rasa kosong sangat-sangat.. Tak tahulah kenapa.. Rasa nak diisi dengan sesuatu yang lebih baik.. Bila dicari-cari, aku memilih untuk beli buku Seksa Meninggalkan Solat dari Ustaz Ibnu Selamat... Bukan aku tak solat, tetapi kekadang tu, datang malas dia, aku suka melambat-lambatkan solat.. Jadi, aku nak cari motivasi diri supaya aku boleh berubah kearah kebaikan.. Insyaallah.. Korang kalau rajin, tolonglah doakan aku sekali ye.. Hehe..

Next book, aku pilih buku dari Deanna Chee iaitu Aku Mahu Pulang.. Katanya ini juga adalah buku motivasi.. Aku ada baca review dari mereka yang dah baca buku ni.. Penulis seolah-olah meluahkan isi hatinya dalam buku ni.. Aku pun tak pasti lagi isi kandungannya sebab masih belum dibaca.. Nanti dah baca insyaallah kalau aku kerajinan yang melampau, aku akan review ye.. Hehe..

Bila dah belek-belek buku dalam satu shop dalam shopee yang menjual buku-buku diatas, ternampak pulak dua buah novel dari Nami Adnan ni.. Harga murah dan review dari pembaca pun menarik.. Hati tak tertahan untuk tidak membelinya.. Beli la jugak 2 buah iaitu Misteri Video Viral dan Dybbuk Syaitan Pemusnah Israel.. Bukunya nipis aje.. Rasanya sehari boleh habis baca ni.. 

Apa-apa pun aku nak baca buku Seksa Meninggalkan Solat dahulu.. Ingin isi hati aku yang kosong ni dengan sesuatu yang dapat memotivasikan diri kearah yang lebih baik.. Moga dipermudahkan untuk aku..


QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

  1. aku mahu pulang tu macam best... dah lama tak baca buku motivasi...

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)