Ramadhan 3 - Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu


Ramadhan 3 - Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu  |  Dah masuk hari ketiga kita puasa.. Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai hari ketiga.. Tak lama, raya.. Hehe.. Ok, bukan itu yang aku nak bebelkan tetapi menu berbuka aku hari ini.. Hehe.. Hari-hari cite sal menu berbuka kan.. Kali ni tekak ni rasa nak makan Singgang Ikan Aya versi Terengganu.. Dah alang-alang baru beli Ikan Aya, boleh la buat singgang.. Dah lama tak makan singgang.. Makan pulak dengan Sambal Belacan Ketagih.. Perghhh memang bertambah nasik oii.. Tapi kali ni aku share resepi Singgang Ikan Aya dula la ye.. Next, aku share resepi Sambal Belacan Ketagih pulak ye.. hehe..

Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu


Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu

Bahan-Bahan :-
  • 3 potong Ikan Aya
  • 1 inci lengkuas – dihiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
  • 2 ulas bawang merah – dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 2 keping asam gelugor
  • 3-4 biji cili padi – diketuk (boleh tambah jika suka pedas)
  • 4 batang bendi
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya

Cara-cara :- 
  • Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Apabila air mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris nipis dan serbuk kunyit.
  • Kacaukan dan masukkan pula Ikan Aya, asam gelugor, cili padi dan bendi.
  • Last sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati dan boleh tutup api.

Selamat mencuba!


QuickEdit
Lea Azleeya
8 Comments

8 comments:

  1. tq share resepi nanti boleh try ni :)

    ReplyDelete
  2. Haaa...baru terfikir nak masak singgang! hehe
    Bolehlah buat esok lusa..

    salam ramadan btw

    ReplyDelete
  3. aku paling tak reti masak singgang..sokmo fail

    ReplyDelete
  4. sis JM pernah try masak ikan Aya style terengganu ni...hirup kuah jek lebih hahha..sedap masam2 pedas..ehh terliur plak

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa makan dengan nasi panas ni kak! hehe
    Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. dah lama tak masak singgang.. boleh guna resepi Lea nie.. nampak mudah..

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)