Cuci Makeup Lebih Mudah Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water

Wednesday, July 10, 2019

Cuci Makeup Lebih Mudah Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water  |  Kalau korang yang suka makeup tu wajib baca entry ni sebabnya aku nak kenalkan pada korang makeup remover yang boleh tanggalkan makeup dengan mudah tanpa sebarang rasa pedih atau kesan sampingan.. Haaa sape yang tak kenal dengan jenama Safi kan.. Rasanya rata-rata rakyat Malaysia dah familiar dengan jenama ni.. Safi adalah jenama skincare yang dipercayai sejak dulu lagi sebabnya produknya selamat digunakan tanpa bahan kimia.. Aku sendiri masih setia dengan produk Safi tau dari zaman sekolah lagi... Now, korang boleh cuci makeup lebih mudah dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water iaitu produk terbaru keluaran Safi Malaysia..


Cuci Makeup Lebih Mudah Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water

Aku memang seorang yang gemar bermakeup walaupun tak setebal sesetengah orang.. Sungguhpun begitu, keperluan untuk menggunakan makeup remover tu masih diperlukan bagi memastikan muka aku betul-betul bersih supaya aku tak menghadapi sebarang masalah kulit muka..


Bukan semua makeup remover bagus tau.. Aku pernah guna makeup remover yang memedihkan mata, mengeringkan kulit dan juga masih meninggalkan kesan solekan.. Jadi, bila dah jumpa makeup remover yang betul-betul bagus seperti Sadi Micellar Natural Cleansing Water ni, memang aku akan terus setia dengannya.. Kerja-kerja mencuci makeup jadi lebih mudah dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni.. Serius best gile..!! Ok, jom aku cerita sikit tentang produk ni..

Safi Micellar Natural Cleansing Water


Safi Micellar Natural Cleansing Water merupakan rangkaian makeup remover mesra kulit yang diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi untuk pembersihan yang lembut dan berkesan dalam hanya satu sapuan sahaja... Apa yang lebih menarik tentang produk ini adalah ia sesuai digunakan di sekitar kawasan mata untuk menghilangkan makeup pada mata  kerana kawasan tersebut lebih nipis, sensitif dan boleh mengakibatkan kedutan jika menggunakan makeup remover yang tidak sesuai.. Apatah lagi kalau kita kerja di bandaraya seperti Shah Alam & KL yang banyak kawasan industri ni kan.

Safi Micellar Natural Cleansing Water ini didatangkan dalam bentuk cecair jernih. Apa yang istimewanya dengan produk ini, ia membersihkan kotoran dengan berkesan tanpa perlu dibilas disamping mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat secara semulajadi... Korang jangan bimbang ye untuk menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni sebabnya ia telah diuji secara dermatologi dan bebas daripada SLES/SLS, mineral oils, alcohol, paraben, propylen dan glycol.. Paling penting ianya dijamin HALAL yang telah disahkan oleh JAKIM...


Safi Micellar Natural Cleansing Water ini terdapat tiga variasi dengan 100% bahan aktif semulajadi untuk memenuhi keperluan kulit korang iaitu :-
  • Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
  • Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
  • Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose ni sesuai untuk kulit normal dan kombinasi macam kulit aku ni.. hehe.. Fungsi utamanya adalah untuk membersih dan mengecilkan liang pori wajah.. Dirumuskan dengan bahan aktif semulajadi 100% dari bunga Rose untuk menanggalkan makeup dan kekotoran dengan satu sapuan sahaja sementara meminimumkan liang-liang pori untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan berkilat.. Ia juga dapat menyegarkan kulit sekaligus bercahaya..

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem ni pula sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.. Fungsi utamanya ofkoslah untuk membersihkan dan mengawal jerawat... Dirumus dengan bahan aktif semulajadi 100% dari Neem (Melia Azadirachta) yang membantu menanggalkan makeup dan kekotoran dengan mudah serta mengawal pertumbuhan jerawat untuk menjadikan kulit lebih bersih dan bebas dari cela.. Muka akan menjadi lebih segar dan berseri-seri..

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber


Haaa yang ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Fungsi utamanya adalah untuk membersih dan melembapkan kulit muka.. Korang yang tak sure kulit jenis ape, boleh la pilih yang ini.. Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber ini dirumuskan dengan 100% bahan aktif semulajadi dari timun.. Ia mampu menanggalkan makeup dan kotoran dengan hanya satu sapuan sahaja tanpa rasa pedih sebaliknya meninggalkan rasa terhidrat, lembut dan sihat.. 


Cara guna Safi Micellar Natural Cleansing Water
  • Titiskan pada kapas muka
  • Lap solekan hingga bersih
  • Tidak perlu dibilas

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Safi Micellar Natural Cleansing Water?

Pilihan aku ofkos la Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose sebabnya sesuai untuk kulit muka aku yang jenis kombinasi.. Walaupun camtu, aku masih lagi boleh menggunakan dari jenis Neem dan juga Cucumber.. Serius dengan menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water untuk remove makeup sangat berkesan.. Makeup totally tanggal dengan mudah dan bersih.. Paling best, lepas guna muka jadi segar jerk dan tak perlu nak bilas bagai.. Serius weh aku suka sangat!!


Satu lagi yang aku kagum dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni, ia tidak berminyak seperti sesetengah makeup remover yang pernah aku guna sebelum ni.. Yang ini lepas guna dah tak perlu bilas seolah-olah pakai toner tau.. Muka pun tak kering dan akan rasa lembap jerk.. Ia juga mudah dibawa kemana-mana memandangkan botolnya tak besar mana..

Kalau korang tengah mencari makeup remover yang terbaik dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit, korang bolehlah cuba Safi Micellar Natural Cleansing Water ni ye.. Harga pun tak mahal mana.. Dijual pada harga yang mampu milik iaitu hanya RM17.25 untuk 200ml.. 

Rangkaian produk ini boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia.. Untuk dapatkan info lanjut tentang produk, korang boleh layari :-

🔁 Website : www.safi.com.my  
🔀 Facebook : www.facebook.com/SAFIMalaysia  



18 comments:

  1. Best, tak pedih mata hat ni..

    ReplyDelete
  2. Atul pun guna safi Micellar tapi warna biru, dah guna lama dah. best gunanya 👍🏻

    ReplyDelete
  3. i am also using micellar water but Nivea brand

    ReplyDelete
  4. murah jugak kan...nanti nak try la beli satu..

    ReplyDelete
  5. Menarik produk baru Safi ini..

    ReplyDelete
  6. Botol besar harga pun murah. Boleh beli nanti..

    ReplyDelete
  7. iols mmg pakai safi remover..oo ni keluaran terbaru dr safi eh..safi remover duk ada nak habis pun..mmg best pakai..sekali lap habis tanggal makeup..nti nak try yg ni plak

    ReplyDelete
  8. bole masuk list ni nak cuba

    ReplyDelete
  9. pakai juga ke? cik en pun sama.. best kan?

    ReplyDelete
  10. I like to use micellar water to cleanse my makeup & face, its more gentle on the skin.

    ReplyDelete
  11. Yeahh.. Dh cuba pakai safi utk oily dan acne.. Memg bersih makeup

    ReplyDelete
  12. Menarik pencuci make-up safi nak cuba juga nanti..terima kasih diatas perkongsian ini

    ReplyDelete
  13. menarik review ni. boleh cuba micellar water yg ni plak :-)

    ReplyDelete
  14. Kita pun dah try produk makeup remover dari safi ni juga. 😍

    ReplyDelete
  15. produk yang baik daripada safi

    ReplyDelete
  16. ramai kat best ni .memang kena cubalah nampaknya.Kalau tak cuba kita tak tau best ke tak produk ni

    ReplyDelete
  17. Pernah guna yang rose dan suka guna..wangi dan tanggal make up

    ReplyDelete
  18. suka dengar safi remove mekapup ni

    ReplyDelete