Top Social

BioCho Herbal Pomade Dirumus Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut Sihat

Wednesday, July 03, 2019
BIOCHO Herbal Pomade Dirumus Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut Sihat  |  Bukan wanita aje tau nak tampil bergaya, tetapi kaum adam juga tak kurang cerewatnya dalam bab penampilan ni.. Tak perlu nak cari contoh jauh-jauh, contoh dekat pun ada ni.. Macam suami aku sendiri, bab penjagaan diri memang cukup dia jaga.. Dari perfumenya sehinggalah penjagaan rambut.. Walaupun tak pakali produk yang mahal-mahal tetapi mesti nak kene ada jugak.. Janji sesuai.. Betul tak?

Untuk penjagaan rambut, produk yang wajib ada dalam list suami aku, adalah pomade.. Fuhh pantang ada pomade baru, mesti beli dan cuba.. Terbaru, dia cuba pula BioCho Herbal Pomade.. Haaa pomade ni lain sikit tau sebabnya pomade ni adalah pomade semulajadi yang dirumus tanpa bahan kimia yang boleh menyihatkan rambut kita.. Kebetulan pula, suami aku ni menghadapi masalah rambut gugur.. Tu yang dia excited nak cuba BioCho Pomade ni..

BioCho Herbal Pomade Dirumus Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut Sihat


Haa korang-korang yang suka sangat pakai pomade tu, jangan tak tahu ye, pomade ni ada banyak jenis tau.. Kat pasaran sekarang  ni terdapat 4 jenis pomade dimana setiap jenis berbeza kandungannya.. Ada yang diformulasikan daripada minyak, air dan juga lilin.. Jadi, untuk buat pilihan, kenalah pilih yang betul-betul sesuai dengan kita dan tujuan pemakaian kita sebabnya tak semua pomade ni elok dan sesuai dek kerana isi kandungannya.. Kadang boleh efek untuk jangka masa panjang.. So, jom ambil tahu jenis-jenis pomade ini sebelum beli.. hehe

1.  Pomade Jenis Gel

Ok, pomade jenis gel ni biasanya diperbuat daripada bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates,  polymers, alkohol, carbomers dan sebagainya.. Ia merupakan gel yang keras.. Walaupun ia mudah dibasuh dan dapat memberikan gaya yang diingini tetapi ia tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri seperti :-
  • Penggunaan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kekeringan rambut yang melampau dan rambut pecah
  • Ia juga boleh menyebabkan dermatitis kulit kepala dalam beberapa sebab dan boleh mengakibatkan keguguran rambut.
  • Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif dan boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur, gatal-gatal dan lain-lain.

2.  Pomade Ortodoks Berasaskan Air

Pomade dari jenis ini pula merupakan kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah dicuci dan digayakan. Sungguhpun begitu, ia juga mempunyai kelemahan seperti :-
  • Boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepada menjadi kering
  • Boleh menyingkirkan minyak semulajadi rambut
  • Menyebabkan kegatalan dan kelemumur

3.  Pomade Berasaskan Unorthodox Berasaskan Air

Pomade ini pula adalah pomade campuran lilin dan minyak yang dicampurkan dengan air menggunakan emulsi sintetik.. Ia juga memberi keupayaan gaya yang diingini dan mudah untuk dicuci.. Walaupun ia mampu melembap dan melindungi rambut tetapi ia masih mengandungi bahan kima berbahaya yang boleh menyebabkan :-
  • Kerosakan rambut yang teruk
  • Memberi kesan buruk kepada kulit kepala
  • Jangka hayat simpanan lebih pendek

4.  Pomade Berasaskan Minyak

Pomade berasaskan minyak kebiasaannya dihasilkan daripada beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral. Tidak seperti pomade yang lain, ia tidak mengandungi bahan kimia dan  bagus untuk rambut.. Tetapi pomade jenis ini masih ada kelemahannya iaitu sangat sukar dicuci dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat..

Ok, keempat-empat jenis pomade ni korang dah tau kelebihan dan kelemahan kan.. Bila saje ada kelemahan, maka itu bukanlah pilihan yang tepat bagi korang.. Malah ia tidak sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang.. Apatah lagi kalau suami kita jenis kerja di luar, contohnya bidang oil and gas, ataupun macam kontraktor buat rumah kan.


Sungguhpun begitu, korang tak payah la nak risau sangat ye, sebabnya korang masih mempunyai pilihan lain dimana terdapat pomade bagus untuk rambut dan kulit kepala korang iaitu BioCho Herbal Pomade dirumus tanpa bahan kimia untuk rambut sihat keluaran RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semulajadi. Kalau korang nak tahu lagi, pengasasnya juga adalah seorang yang berkelayakan dalam bidang kimia dari UMP.. Produk yang mereka hasilkan sememangnya selamat digunakan.. Boleh digunakan tanpa was-was.. hehe..

BioCho Herbal Pomade


BioCho Herbal Pomade adalah pomade tanpa bahan kimia berasaskan minyak yang dihasilkan daripada beeswax dan tanpa bahan pengawet untuk menjaga kebaikan dan kesihatan kulit kepala dan juga rambut. Paling penting ia sangat mudah dibersihkan.. Antara bahan utama BioCho Herbal Pomade ini adalah :-

Minyak Argan


Sering dipanggil 'liquid gold', minyak argan sangat kaya dengan nutrien yang bermanfaat termasuklah asid lemak dan vitamin E.. Antara manfaat minyak argan adalah ia boleh menyihatkan, melembutkan  dan menyinarkan rambut. Selain itu, ia juga menjadikan rambut lebih terurus dan sihat.. Asid Lemak yang terdapat di dalam minyak argan ini pula membantu mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan. Bukan itu sahaja, malah ia berfungsi sebagai perapi rambut untuk membantu mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang..

Minyak Rosemary


Kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur-unsur kimia seperticarnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid. Antara kelebihan minyal rosemary ini adalah ia menggalakkan pertumbuhan rambut kerana berfungsi sebagai anti-dihydrotestosterone semulajadi (DHT) dan bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut.

Minyak Zaitun Extra Virgin


Minyak zaitun memang sinonim dalam penjagaan rambut.. Antara manfaat minyak zaitun adalah ia dapat mengurangkan masalah rambut bercabang, kering dan juga kerinting. Selain itu, ia dapat menguatkan akar rambut sehingga ke hujungnya, memberi kelembapan dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut dan berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut..

Minyak Kelapa Dara

Bukan sahaja minyak zaitun bagus untuk rambut, malah minyak kelapa dara juga mempunyai manfaat yang tersendiri kepada rambut.. Antaranya ialah ia dapat melebatkan rambut, melindungi rambut, menyihatkan rambut, bertindak sebagai ejen anti-kelemumur, menyihatkan kulit kepala dan menyokong pertumbuhan rambut..

Kenapa Perlu Memilih Untuk Menggunakan BioCho Herbal Pomade Ini?


Rasanya inilah satu-satunya pomade Malaysia yang memberi keyakinan kepada suami aku dimana BioCho Herbal Pomade ini banyak memberi manfaat dalam pemakaiannya.. Memandangkan suami aku mempunyai masalah rambut gugur, kini dia perlu memilih yang terbaik antara yang terbaik... Dan BioCho Herbal Pomade menjadi pilihan dia.. Kenapa perlu memilih untuk menggunakan BioCho Herbal Pomade ni? Haaa jom ambil tahu..

  • Aku sendiri yakin dengan pomade untuk kulit sensitif ini kerana ia dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya seperti paraben, pewangi sintetik dan sebagainya.
  • Kata suami aku, pomade ini mudah diapply ke rambut dan mudah menggayakan rambut seperti yang diingini..
  • Selain itu, teksturnya tidak melekit dan mudah dicuci 
  • Pomade ini juga memberi manfaat kepada rambut untuk menjadikan rambut lebih sihat dan lembut..
  • Paling penting, BioCho Herbal Pomade ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, kelemumur, kegatalan kulit kepala dan juga rambut gugur macam suami aku.. hehe.. 

Cara Guna BioCho Herbal Pomade


Bagaimana Untuk Mendapatkan BioCho Herbal Pomade Ini?

Masih menimbang tara ke tu? Rasanya dah tak perlu nak timbang tara sebabnya bagi aku BioCho Herbal Pomade ini adalah pomade yang paling bagus sekali untuk kesihatan rambut kita.. Dalam kita bergaya, kita juga boleh menjaga rambut kita kerana BioCho Herbal Pomade ini dirumus tanpa bahan kimia untuk rambut sihat...

Yang mana ingin mendapatkan pomade ini, korang boleh dapatkannya dengan harga yang berbaloi-baloi iaitu hanya RM45 (RM49 SS) sahaja untuk 50gm.. Boleh tahan sehingga 3 atau 4 bulan tau mengikut kekerapan penggunaan.. Jimat gila kot!! Jangan tak tahu ye, wanita pun boleh pakai tau..


Untuk mendapatkannya atau nak menjadi pengedar produk ni, korang boleh terus whatsapp di http://www.wasap.my/60164907155/pomade atau beli secara online di shopee SINI..


Untuk info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook



17 comments on "BioCho Herbal Pomade Dirumus Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut Sihat"
  1. best pakai pomade ni.. rasa berangin je kepala. pastu rambut gugur pun dah kurang..

    ReplyDelete
  2. Terbaik siapa nak cuba boleh dapatkan Pomade ni.

    ReplyDelete
  3. This looks like a great pomade-with hair loving ingredients too

    ReplyDelete
  4. Bagus bila guna bahan organik ni. Tak ragu2 bila nak pakai.

    ReplyDelete
  5. kandungan dia tu mmg bagus.. ada minyak roselle tu.

    ReplyDelete
  6. Nanti nak tunjuk ni kat suami..Dia cerewet sikit bab rambut nih walaupun dah beruban..hahah

    ReplyDelete
  7. kulit kepala pun boleh kea ye.. slalu xleh.. bgus produk ini

    ReplyDelete
  8. Bagus guna bahan organik nie, nanti boleh lah tunjuk kat anak teruna Kak Sue..

    ReplyDelete
  9. Wanita pon boleh pakai ke.. Kalau boleh nak guna juga

    ReplyDelete
  10. Paling best selain natural pomade ni mudah cuci...memang tak renyah

    ReplyDelete
  11. Laki mmg smart kalau minyak rambut.. Terelok sikit rambut.. Wah perempuan pun boleh guna ye

    ReplyDelete
  12. Suami kita tak pakai pomade. Jenis suka pakai minyak rambut. Tak tahu pulak yang pomade ni tak la semua nya bagus untuk kepala ye. Thank you sis share info ni.
    Erm.. Ppuan pun boleh guna ye.
    Kita tengah alami masalah rambut gugur yang teruk. Tapi risau nak pakai produk apa. Kot la berani nak try pomade ni kan. Hehe

    ReplyDelete
  13. Pomade ni buat rambut lelaki nampak kemas bergaya kan.. berbeza sangat dengan yang tak pakai pomade.. tapi kena pilih yang kandungan organik.. baru rasa selamat nak guna

    ReplyDelete
  14. Bagus product ni, i also read many good review about it. Nanti i buy one for my brother to try.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya kalau tanpa bahan kimia.. boleh cadangkan dekat encik suami ni..

    ReplyDelete
  16. macam menarik ni.. abe ekin guna minyak rambut jer

    ReplyDelete
  17. Cool stuff you have got and you keep update all of us. jual bahan kimia laundry

    ReplyDelete