Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan RM500 Ribu

Sunday, April 14, 2019

Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan RM500 Ribu  |  Wahh kemain kecoh lagi di media sosial tentang perkahwinan si cantik manis, Siti Jamumall yang mendapat tajaan sehingga RM500 ribu.. Bukak sahaja facebook dan instagram mesti ada yang menampal gambar-gambar perkahwinan mereka yang cantik dan meriah.. Jadi, aku pun tak mahu ketinggalan dengan fever perkahwinan adik Siti Jamumall kita ni.. 


Siapa Siti Jamumall ni? Haaa yang tidak mengenali si cantik manis ni mesti tertanya-tanya kan siapakah gerangannya yang disebut-sebut di sana sini ini..

Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani merupakan seorang promoter barangan yang selalu membuat video live di platform media sosial, facebook yang berusia baru sahaja 19 tahun. Dek kerana kecomelan dan kepetahan beliau mempromosikan produk-produk secara live, siapa sangka beliau mendapat tajaan hampir setengah juta ringgit untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Syafiq.


Kalau korang nak tahu, pada awalnya Siti Jamumall hanya mahu mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana sahaja.. Namun, setelah beliau memuat naik satu status di facebook milik beliau tentang majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, beliau teleh dihubungi oleh pelbagai pihak termasuklah pengasas-pengasas produk, pemilik kedai dan ramai lagi yang berhasrat untuk menaja majlis perkahwinan beliau..


Hampir 100 syarikat daripada pelbagai jenis produk termasuklah mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan turut menawarkan tajaan mereka bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Siti Jamumall ini..

Disebabkan ini juga, Siti Jamumall merasa terharu dan sebak diatas kesudian ramai pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan beliau.. Beliau juga tidak menyangka majlis yang dirancang hanya secara kecil-kecilan dan biasa-biasa sahaja telah bertukar menjadi luar biasa.. Beliau bersyukur kerana diberikan rezeki sebegini atas berkat usaha beliau selama 3 tahun sebagai promoter atau host untuk Jamumall.com yang menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan juga makanan.


Majlis perkahwinan Siti Suriani dan Syafiq ini berlangsung secara gilang-gemilang dengan dihadiri oleh lebih 2000 orang jemputan yang terdiri daripada sanak-saudara, kenalan dan pihak media..

Kalau korang nak tahu lagi, penaja bagi majlis resepsi Siti Jamumall dan pasangannya ini bukanlah sebarangan penaja tau tetapi penaja yang telah mempunyai nama besar dan cukup dikenali di Malaysia seperti Wedding Dress by Dlia Jean Bridal, deco majlis dan pelamin dari Wedding by Emma serta beberapa selebriti terkenal yang telah menggunakan servis Siti Jamumall ini bagi mempromosikan produk mereka seperti Rozita Che Wan, Faizal Ismail, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan juga Lana Nordin.


Antara top sponsor yang terlibat dalam memeriahkan majlis resepsi Siti Jamumall adalah :-



1. Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by Emma
2. Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection



3. Grand Cake dari Mad About Cake
4. Vip Menu dari Rumpun Selera
5. Coffee Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources
7. Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
8. Kain Pasang Diamond dari Irahsukri


9. Scarft dari Scarft By Mehrun
10. Honeymoon Pakej dari Arwana Resort



11. Telekung dari Pretty Aini
12. Make Up Set dari Zacthira Navillionniza 


13. Printed Box dari Art Creation Printing
14. Perfume dari  Luxe Essencia Resources


Benarlah kata pepatah kan, "Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah tahu".. Apa yang boleh aku katakan Siti Suriani memang sangat bertuah orangnya.. Sungguhpun begitu, inilah berkat usahanya dan ianya membuahkan hasil.. Bukanlah ia datang bergolek sahaja tanpa usaha.. Apa-apa pun, aku doakan semoga Siti Jamumall dan pasangannya, Syafiq diberi kebahagiaan hingga jannah.. Amiin YRA..


3 comments: