Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Mendekati Masyarakat Tempatan di Karnival Kewangan Terengganu

Wednesday, April 10, 2019

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Mendekati Masyarakat Tempatan di Karnival Kewangan Terengganu  | Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April 2019 di Tabung Haji Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.


Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat. Memang meriah suasana di hotel ini semasa event yang mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai ini di adakan.


Satu siri jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk mempromosikan Karnival ini di dewan hotel ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi  di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang.




Pada 4 April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.  Semasa lawatan Y.A.B Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakaf oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung.

Di samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi.


Karnival Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000 pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai  lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah berjaya disempurnakan.


Para pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House.




Karnival Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Malaysia.



13 comments:

  1. It's good to know about these things and be financially wise

    ReplyDelete
  2. Memang sangat meriah tgk karnival ni.. Yang berpeluang pergi pastinya mcm2 pengetahuan mereka peroleh.

    ReplyDelete
  3. wahhh, ramai yang peroleh manfaat bila aktiviti macam ni diadakan. Seeloknya dia buat lagi kat negeri lain jugak, hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus wujudkan karnival pasal kewangan ni. Boleh bagi ilmu tentang hal kewangan yang kita semua tak tahu kan..

    ReplyDelete
  5. wahhh ramai yang berkunjung! bagus adakan karnival macam ni. harapnya akan dibuat juga di kawasan-kawasan lain.

    ReplyDelete
  6. Bagus diadakan Karnival Kewangan macam ni sebab ia membuatkan masyarakat celik kewangan berlandaskan syariah

    ReplyDelete
  7. lain daripada yg lain eh karnival macam ni...selalu lebih kepada hiburan je ini sekali dgn input...terbaik!

    ReplyDelete
  8. Bagus ada karnival ni, jarang org buat

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi pergi ke karnival bank2 negara.. Tp kalau ada bgus gk kan.. Mcm2 info leh dpt kt sana

    ReplyDelete
  10. This kind of event is good to reach out to more than not able to go to KL to check information about banking.

    ReplyDelete
  11. seronok ! serius, kena repeat bila ada lagi program macam ni

    ReplyDelete
  12. Nakk pergi karnival macam ni.. Tapi tadelah pulak buat berdekatan dengan tempat kita..

    ReplyDelete