Top Social

Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Friday, March 22, 2019
Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature  |  Aku ni sejenis yang suka mencuba produk yang dikatakan bagus.. Asal ada jerk yang cakap produk itu bagus, produk ini bagus, mula la aku rasa teruja nak cuba.. Yelah mungkin bagus untuk orang lain tetapi tidak bagi aku.. Jadi, nak tak nak aku kena jugak cuba sendiri untuk tahu tahap kesesuaiannya dengan kulit aku.. Nasib baiklah kulit muka aku ni jenis yang tak bermasalah.. Jadi, boleh la try macam-macam produk.. Setakat ni Alhamdulillah.. Harapnya selamanyalah tak de masalah ye.. Hehe..

Ok, kali ni aku mencuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature ni iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.. Wahh kemain aku  tengok kengkawan aku cakap cleanser ni bagus.. Jadi, aku tak tunggu lama terus jerk nak cuba juga.. Haha!! Sesuai ke idokkkk?? Haa nak tau cerita aku, kenelah baca sampai habis ye..


Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Eceli muka aku ni tak de la masalah sangat.. Kadang-kadang je jerawat akan tumbuh bilamana aku tak cuci muka dengan betul hanya sambil lewa.. Kulit muka aku ni pula jenis kulit kombinasi.. Di bahagian T-zone dan dagu sangat oily manakala di bahagian pipi agak kering.. Jadinya, perlu sesuaikan dengan pencuci yang boleh cover kulit berminyak dan juga kering..

Aku pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana produk dari Hansaegee Nature ni diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi dimana ia adalah 100% original made in Korea.. Aku kalau nak pilih sesuatu produk tu memang aku akan ambil tahu dulu tentang kandungan produk.. Bila dinyatakan diperbuat daripada bahan semulajadi, barulah rasa senang hati nak cuba sebabnya kalau dah diperbuat daripada bahan semulajadi ofkoslah ianya memberi kesan baik kepada kulit muka dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Betul tak?


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Sepertimana yang korang sendiri tahu, Aloe Vera ni memang banyak manfaatnya pada kulit terutamanya dalam fungsi penyembuhan seperti menghilangkan jerawat, menghalus dan mencerahkan kulit, melembapkan kulit, mengecilkan liang pori, melegakan kesan sunburn dan juga memudarkan parut jerawat..

Sebut saja Tea Tree Oil, dah tau fungsinya untuk apa kan.. Tea Tree Oil ni dah sinonim sangat dengan manfaatnya dalam mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat.. Ia juga dapat protect skin kita, meninggalkan kesan yang lembut dan lembap pada kulit dan menjadikan kulit kembali segar.. Jadi, tak hairanlah aku teruja sangat untuk cuba Cleanser ni kerana ia dapat mencegah jerawat, wajah lebih lembut dan lembap dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature.

Antara kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah :-
  • Memberi kelembapan kepada kulit
  • Mengawal sebum/minyak
  • Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori
  • Merawat masalah jerawat
  • Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit

Packaging Dan Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni didatangkan dalam botol berpam yang mudah digunakan.. Sangat praktikal bagi aku.. Tak perlu nak bersusah payah nak picit botol bagai, hanya pam sahaja.. Memudahkan kerja.. Bagi aku, dengan packaging yang sebegini, kualiti cleanser itu sendiri lebih terjaga.

Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pula bukanlah sejenis cecair atau gel tetapi ia berbentuk foam dimana bila dipam akan keluar 'soft bubble' yang wangi.. Aku suka baunya yang sangat menyenangkan.. Nak cuci muka pun rasa selesa dengan bau yang segar seperti bau cleanser ni..

Cara Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser


  • Basahkan muka dan tangan
  • Pam soft bubble dalam kuantiti yang mencukupi
  • Urut muka perlahan-lahan dengan bubble tersebut secara gerakan membulat
  • Bilas dengan air bersih

Layan video ni dulu ya!



Apa Kata Lea Azleeya Tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser?


Firstime guna cleanser ni aku dah rasa seronok sebabnya muka aku jadi lembap dan lembut.. Sesetengah pencuci muka yang pernah aku guna sebelum ni, ada yang meninggalkan kesan kekeringan, rasa tegang pada muka yang agak tidak selesa dan ada juga yang menjadikan kulit lebih berminyak dan melekit.. Itu tandanya tidak sesuai dengan kulit muka aku tetapi tidak bagi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana selepas guna kulit muka aku rasa selesa. Paling penting, kulit sentiasa lembap dan lembut.. Aku suka!!

Muka aku pada asalnya memang tiada masalah.. Jerawat pun jarang-jarang ada.. Dengan menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, makin bertambah terlindunglah kulit muka aku dari anasir-anasir jerawat.. Kecuali aku diserang penyakit malas.. Malas mencuci muka dengan sempurna, haruslah jerawat akan tumbuh juga.. Yang tu salah aku sendiri bukan salah pencuci muka tidak berkesan.. hehe..


Bagi korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat tu, aku sangat recommend korang try pencuci muka ni.. Serius memang best.. Pencuci muka ni sangat sesuai dengan kulit muka aku dan mungkin juga ia sesuai dengan korang... Apa-apa pun kenalah cuba dulu baru tau tahap kesesuaiannya.. Betul tak.. Sebab kulit manusia ni kan tak sama.. Yang pastinya, produk ini tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat digunakan.

Oh ya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga sesuai untuk kulit kering, kulit bermintak, kulit sensitif/berjerawat, banyak kulit mati dan yang mempunyai blackhead dan whitehead.

Harga : RM65 (150ml)
Beli disini : https://hansaegee.com/shop/aloe-ac-clean-bubble-cleanser.html





Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website
Facebook

Instagram
Youtube

Contact No.
017-695 6079

15 comments on "Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature"
  1. product base aloe vera memang okay. lembut je..
    kalo tengah sunburn memang cari product aloe..

    ReplyDelete
  2. nampok best je lea. lembut kat kulit muka

    ReplyDelete
  3. Bgus aloevera.. Sesuai untuk kulit kita.. Ramai paaki ni.. Kita pakai produk dia yang aqua dan cc cream

    ReplyDelete
  4. aloe ni memang banyak benefit dia thats why muka jadi lembut & fresh lepas apply.

    ReplyDelete
  5. I read many good review about this product and will check it out too.

    ReplyDelete
  6. alaaa teringinnya nak try cleanser dgn CC cream dia...hahahaha...sukanya tgk kulit akak!

    ReplyDelete
  7. Geram tengok bubble tu rasa nak picit-picit.. ramai bagi feedback ok.. terasa nak try jugak ..huhu

    ReplyDelete
  8. Kita dah cuba juga Aloe Ac clean Bubble Cleanser.
    Bagi kita ianya membantu dalam mengawal kulit muka yang berminyak la.
    Sebulan lebih kita pakai, sekarang kulit dah kembali normal dah.

    ReplyDelete
  9. Tengah pakai cleanser ni juga. Memang best. Macam Mimi memang pakai mekap so guna cleanser ni memang hilang semua mekap dan rasa fresh dan bersih bila cuci
    Memang puas hati Yang lagi best bila konsisten pakai jerawat yang ada pun kecut

    ReplyDelete
  10. bagus bagi pengguna yang ingin menjaga wajah kan

    ReplyDelete
  11. Ada aloe and tea tree..kombinasi yang ohsem..

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik.. Nanti boleh try kin duk tengah cari pencuci muka gak

    ReplyDelete