Top Social

Review Set Penjagaan Wajah Laraine Malaysia Skincare

Monday, March 04, 2019
Review Set Penjagaan Wajah Laraine Malaysia Skincare  |  Alahai kenape la dengan aku ni yek.. Pantang dengar tentang skincare baru yang bagus-bagus mesti nak cuba punye.. Itulah, selagi bergelar seorang wanita tak lepas dari rasa ingin cantik.. Betul tak? Yang dah cantik nak cantik lagi, apatah lagik aku yang tak berapa nak hurmmmmmm ni.. Hiks... Tengok orang cantik, aku pun nak jugak rasa camne jadik cantik.. Huhu.. Tak nak bebel panjang lebar, kali ni aku nak share dengan korang set penjagaan wajah terbaru yang aku cuba iaitu Laraine Skincare.. Kena baca sampai habis ye sebab ada giveaway menanti korang di akhir entry nanti.. Hehe..


Laraine Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan telah mengeluarkan 4 jenis produk skincare yang sangat unik.. Produk yang mereka hasilkan adalah produk yang berkualiti dan terbaik kerana mereka menggunakan bahan-bahan terpilih yang diuji dan diperiksa dengan kemajuan teknologi terkini bagi menghasilkan formulasi terbaik untuk kulit sihat dan cantik..

Laraine Skincare ini terdiri daripada dua series iaitu HA series dan juga Brightening Series.. Ada untuk muka dan ada juga untuk body.. Biasa skincare ni, hanya untuk muka aje tetapi Laraine Malaysia keluarkan sekali produk untuk body... Orite, 4 produk tersebut adalah :-

  • Brightening Lotion (Body)
  • Regeneration Brightening Cream (Face)
  • HA Moist Gel (Face)
  • HA Stem Cell Essence (Face)
Ok, jom kita kupas satu persatu...

Brightening Lotion (For Body Use)



Aku mulakan dengan Brightening Lotion ye..

Laraine Brightening Lotion ini direka khas untuk menambah kelembapan semulajadi kulit.. Ia dapat mengekalkan kelembapan pada tangan dan badan sekaligus dapat melembutkan kulit.. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mencerahkan kulit. Baunya yang menyenangkan membuatkan ia lebih istimewa..

Losyen ini didatangkan dalam bentuk tiup dengan pump yang exclusive tidak seperti losyen lain di pasaran.. Aku suka packagingnya.. Mudah digunakan.. Sepanjang aku menggunakan lotion ini, kulit benar-benar lembap dan sekiranya penggunaannya secara konsisten, kesan pencerahan kulit dapat dilihat kerana di dalamnya terkandung Titanium Dioxida, bahan semulajadi yang digunakan sebagai bahan pelindung matahari... Brightening Lotion ini perlindungan yang tinggi terhadap radiasi UVA dan UVB. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.. Bau losyen ini juga sangat menyenangkan kerana bau bungaan.. Aku suka!!


Harga : RM 189
Beli disini : Brightening Lotion


Regeneration Brightening Cream (For Face Use)


Regeneration Brightening Cream merupakan krim pencerahan wajah yang mudah diserap untuk mencerahkan kulit disamping mengekalkan kelembapan kulit.. Mengandungi Rosa Rhadodendron Ferrugineum Leaf Cell Extract berfungsi meningkatkan penghalang kulit dan membantu kulit mengatasi perubahan iklim.. Bagus tau krim ni..

Krim ini didatangkan dalam bekas yang cantik dan eksklusif.. Sekali tengok dah macam produk antarabangsa dah tau packaging dia.. Tekstur krimnya juga ringan.. Mungkin kalau dilihat nampak seperti krimnya agak likat dan berat tetapi sebenarnya ianya lebih light.. Mudah disapu dan mudah juga diserap oleh kulit..


Baunya juga menyenangkan hidung aku.. Pertama kali guna krim ni, aku dah jatuh cinta sebabnya ia sangat selesa di kulit tidak melekit.. Antara kelebihan Regeneration Brightening Cream ini adalah :-

  • Mencerah dan menyekatakan tona kulit dengan pantas
  • Menjadikan kulit lembut dan licin
  • Beransur-ansur mengurangkan kesan penggelapan, cela, bintik hitam dan discolouration kulit.
Aku juga menggunakan krim ini sebagai base makeup aku.. Krim ini sesuai untuk korang yang jenis kulit berminyak..

Harga : RM 189



HA Moist Gel (For Face Use)


Wei kenapa packaging produk Laraine ni semuanya lawa-lawa.. Firstime tengok packaging HA Moist Gel ni aku dah excited sebab sangatlah cantikkkk uolss... Tak tahu nak cakap macam mana.. Yang pastinya ia exclusive dan unik.. Suka betul aku dengan packaging jenis picit-picit macam ni.. Mudah digunakan..


Ok, untuk teksturnya pula ia didatangkan dalam bentuk watery gel dan sangat ringan apabila di apply dekat muka.. Paling best ia senang meresap dan tak melekit.. Baunya juga sangat segar dan menenangkan.. Bila dah apply dekat muka, aku rasa sangat fresh muka aku.. Memang best la gel ni.. Apa kelebihannya?

  • Memberi kelembapan kepada kulit sekaligus mengunci kelembapan
  • Memperkuatkan penghadang semulajadi kulit daripada pencemaran dan kekotoran
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Meningkatkan keupayaan kelembapan kulit
Lately muka aku selalu sangat kering.. Nasib baiklah ada HA Moist Gel ni dapatlah kulit muka aku ni bernafas sikit dalam kelembapan.. Kalau tak, perit jerk rasa akibat ketandusan.. hehe..

Harga : RM 169
Beli disini : HA Moist Gel


HA Stem Cell Essence (For Face Use)


Akhir sekali HA Stem Cell Essence.. Kali pertama bukak kotak HA Stem Cell Essence ni, aku teruja badak dengan packagingnya.. Wahh menarik gila, didatangkan dalam bentung syringe.. Tak pernah terfikir pulak aku ada skincare di packagingkan sebegini rupa.. Memang menarik dan exclusive.. Yang penting lain dari yang lain.. Nak guna pun rasa sayang oiii.. hehe..

Antara kelebihan HA Stem Cell Essence ini adalah :-

  • Mengekalkan kelembapan
  • Mempercepatkan penyerapan produk
  • Menenangkan kulit
  • Mengecilkan pori
  • Menegangkan kulit
  • Menghilangkan garis-garis halus



Yeah ini yang aku cari.. Sangat membantu dalam mengecilkan liang-liang pori muka aku ni.. Sebelum ni, kemain besau liang pori muka aku.. Nak tutup dengan makeup agak susah jugak sebenarnya.. Lepas guna HA Stem Cell Essence ni alhamdulillah ada perubahan sikit pori aku ni.. Disamping itu juga, tujuan aku guna essence ni untuk kurangkan garis halus bawah mata aku ni.. Mungkin ambil masa sikit tapi tak pe aku kena lebih konsisten untuk mencapai tujuan tersebut..

Harga : RM 169
Beli disini : HA Stem Cell Essence

Tips Penggunaan Laraine Skincare


  • Jangan guna 3 produk sekali gus pada wajah dalam satu-satu masa bagi mengelakkan kelembapan yang berlebihan
  • HA Moist Gel sesuai untuk kulit kering dan kombinasi manakala kulit berminyak boleh menggunakan Brightening Cream
  • Jika Brightening Cream mengeringkan kulit wajah, boleh campurkan dengan HA Steam Cell Essence
  • HA Stem Cell Essence berfungsi untuk meremajakan kulit
Laraine Skincare NOT Certificates



Giveaway Time!!


Sebelum kita bergiveaway, nak hebahkan kat korang semua tentang satu tawaran hebat dari Laraine Malaysia iaitu mereka juga mengeluarkan set Dibi Milano.. Dengan pembelian 5 produk dari Dibi Milano (1 set), korang berhak mendapatkan 1 Dibi Milano Mist secara PERCUMA!!.. Untuk info promosi dan kemaskini yang lebih banyak, korang boleh terjah facebook dan instagram mereka ye..

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya.. Korang boleh menikmati diskaun sebanyak 10% dari pembelian produk Laraine dengan menggunakan kod diskaun ini : LaraineMY.Lea

Cepat ye sebab kod diskaun ini sah sehingga 31 Mac 2019 sahaja.. Siapa cepat dia dapat.. hehe..

GIVEAWAY TIME!!


Orite, sampailah masa untuk kite bergiveaway.. Laraine Malaysia menyediakan hadiah 2 pcs HA Stem Cell Essence buat pembaca bertuah Blog Lea Azleeya.. Jadi, aku nak cari 2 orang pemenang untuk memenangi 1 pcs HA Stem Cell Essence setiap seorang..

Korang yang nak cuba Essence ni bolehlah join giveaway ni dengan meninggalkan komen di ruang komen di bawah ni 'kenapa korang nak sangat try HA Stem Cell Essence ni?'.. Jangan lupa tinggalkan email juga ye.. Senang nak email jika korang terpilih.. Jangan lupa juga follow blog aku ni.. Hehe..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram


Post Comment
Post a Comment