Tempah Tiket Langkawi SkyCab Murah Anda Sekarang Di Tripcarte.asia

Sunday, December 23, 2018

Tempah Tiket Langkawi SkyCab Murah Anda Sekarang Di Tripcarte.asia  |  Cuti sekolah dah bermula ni.. Korang dah plan nak kemana dengan anak-anak? Time ni la nak spend lebih masa dengan family kan? Apa kata kita pakat terjah bumi bersejarah iaitu Pulau Langkawi.. Sambil bercuti boleh la anak-anak belajar tentang sejarah Langkawi.. Lagi pun di Langkawi terdapat lebih 40 tempat menarik untuk dilawati.. Jadi, Langkawi adalah pilihan tepat untuk korang bawa anak-anak bercuti..


Jika bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman menaiki SkyCab atau lebih dikenali sebagai Cable Car yang merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Langkawi selain dianggap yang terbaik di Malaysia setakat ini selepas Genting Highland. Untuk mencari lokasi Langkawi SkyCab ini tidak la sesusah mana kerana ia terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkasi iaitu di Oriental Village.. Jadi, korang pusing la kot mana pun, mesti akan jumpa jugak sebabnya Pulau Langkawi tidak la sebesar mana pun.. Hiks..


Untuk harga tiket Langkawi SkyCab tidaklah semahal mana ia sangat berpatutan jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal korang akan kecapi nanti.. Kalau dapat tiket yang lagi murah lagi best kan? Nak lagi bila bercuti secara berkumpulan atau family yang ramai.. Jangan risau, korang boleh dapatkan tiket yang lebih murah dengan menempah tiket Langkawi SkyCab anda sekarang di Tripcarte.asia..


Tempah Tiket Langkawi SkyCab Murah Di Tripcarte.asia


Dunia sekarang semuanya di hujung jari.. Jadi, korang dah tak perlu nak beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk membeli tiket kerana kini ada cara lain yang lebih mudah dan menjimatkan iaitu dengan membeli secara online menerusi laman web tripcarte.asia.. Tambahan pula, dengan menggunakan platform tripcarte.asia korang boleh berjimat kerana terdapat pelbagai tawaran diskaun dan promo yang ditawarkan untuk korang..

Di Tripcarte korang juga dapat menikmati pilihan pakej kombo dimana harganya lebih murah.. Bagaimana cara nak beli tiket di Tripcarte.asia? Haaa jom aku tunjukkan caranya..


Cara Menempah Tiket Langkawi SkyCab Di Tripcarte.asia

Di Tripcarte terdapat 9 destinasi popular yang korang boleh pilih seperti Langkawi, Kuala Lumpur, Singapura, Melaka, Penang, Johor, Perak, Pahang dan Port Dickson.. Untuk menempah tiket Langkawi SkyCab, ofkoslah korang kene pilih Langkawi sebagai destinasinya kan.. Hehe.. Ok, untuk Langkawi destination korang akan menikmati lebih kurang 57 jenis tiket aktiviti seperti SkyCab, Underwater World, Island Hopping dan banyak lagi..


Untuk SkyCab, korang boleh pilih 4 pakej kombo yang sangat berbaloi.. Pakej yang paling hot adalah 4 in 1 SkyCab Combo.. Jadi, apa tunggu lagi jom kita book sekarang..



Step 1 : Pilih tiket yang hendak dibeli


Apa yang menarik dengan pakej 4 in 1 SkyCab Combo ini adalah ia termasuk sekali dengan access to Cable Car with standard gondola, 3D Art Gallery, SkyRex dan SkyDome... Jadi, pakej ini sangat berbaloi-baloi dan mungkin sebab ini juga ia menjadi pilihan para pengunjung.. Lagi menarik, kalau korang buat tempahan sekarang, korang akan dapat diskaun sebanyak 50% untuk tiket kanak-kanak.. Jangan risau ye, kanak-kanak dibawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran.. 



Step 2 : Buat pilihan anda

  1. Person type sama ada Adult atau Child ( 2 - 12 years old )
  2. Ticket Type sama ada International atau Malaysian - With MyKad
  3. Masukkan bilangan orang
Tiket untuk seorang dewasa yang memegang status warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad adalah RM38 manakala kanak-kanak RM30 sahaja.. Bagi pengunjung luar (international) pula, harga tiket SkyCab untuk dewasa adalah RM53 dan kanak-kanak RM40 sahaja.. 

Ok, setelah semua detail telah dipilih, korang bolehlah klik 'Add to order' untuk step seterusnya..





Step 3 : View Cart

Sebelum membuat pembayaran, kenalah view cart dulu untuk pastikan order yang dibuat betul.. Di section 'Cart' ini, korang boleh dapati pelbagai voucher diskaun yang ditawarkan dan korang boleh gunakan code diskaun yang disediakan sekiranya jumlah pembelian mencapai jumlah yang ditetapkan bagi setiap voucher.. 

  1. Ok, seperti yang aku katakan diawal tadi, now ada diskaun untuk tiket kanak-kanak.. Jadi, secara automatiknya ia ditolak terus dalam cart ini.. Tetapi sekiranya korang nak guna promo code yang ditawarkan, secara automatik juga diskaun untuk tiket kanak-kanak tadi tidak diberikan.. Kiranya, salah satu jerk la korang boleh pilih.. Hehe..
  2. Untuk memasukkan promo code, korang boleh masukkan di ruangan 'coupon code' dan klik 'update cart'..
  3. Sebelum proses pembayaran, sila pastikan semua detail order betul dan tepat. Seterusnya bolehlah klik 'Proceed to checkout'..


Step 4 : Penuhi 'Billing Details'



Step 5 : Place Order

Setelah korang mengisi ruangan 'billing details' dengan maklumat yang lengkap, seterusnya korang dah boleh membuat pembayaran.. Korang boleh pilih 3 cara pembayaran iaitu iPay88 - online banking atau credit & debit card, Online banking (Malaysian Banks) atau Direct Bank Transfer.. Dah pilih cara pembayaran, bolehlah 'Place order' dan buat pembayaran..

Step 6 : Buat Pembayaran

Setelah pembayaran telah dibuat, korang akan terima QR Code melalui emel korang.. 


Bagaimana Untuk Mendapatkan Tiket SkyCab Yang Telah Ditempah?


Untuk redeem tiket pula, korang boleh ikut step dibawah ini :-
  • Ini adalah tiket FlexPlus, jadi tiada reservation diperlukan ye..
  • Lawati attraction korang pada bila-bila masa kerana ia berkonsepkan 'open date ticket'.
  • Untuk redeem, korang hanya perlu tunjukkan QR Code sahaja di online ticket counter.

Mudah kan.. Tak perlu nak buang masa beratur panjang-panjang untuk membeli tiket.. Dengan membeli secara online, ia sangat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit... Lagi best tak perlu nak pint detail, hanya perlu tunjukkan Code QR dah boleh terus naik SkyCab.. Simple dan sangat mudah..

Satu lagi keistimewaannya dengan membeli tiket menggunakan platform tripcarte asia ini ialah, korang juga tidak perlu risau jika tiba-tiba cuaca tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti, pembelian tiket menerusi platform tripcarte.asia ini menjanjikan refund dengan cara yang sangat mudah iaitu korang hanya perlu mengisi borang refund di laman tripcare.asia sahaja dan wang akan dikembalikan.


contoh borang refund



Tempah Tiket Langkawi SkyCab Anda Sekarang Di Tripcarte.Asia


Untuk pengetahuan korang, perkhidmatan kereta kabel ini akan dihentikan untuk satu hari bagi setiap bulan untuk penyelenggaraan berjadual.. Jadi, sila rancang lawatan korang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan.. Nak  tahu jadual lengkap dan tarikh penyelenggaraan, korang boleh semak Kalender Rasmi SkyCab..

Kemana tujuan korang cuti sekolah ini? Masih tercari-cari tempat menarik? Tak perlu nak fikir lagi.. Jom pakat bercuti di Pulau Langkawi untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Langkawi SkyCab ini disamping mencipta kenangan terindah dengan menikmati pemandangan indah Pulau Langkawi.. Jadi, tempah tiket Langkawi SkyCab anda sekarang di Tripcarte.asia untuk diskaun hebat dan berbaloi-baloi..


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Email
info@tripcarte.asia

Contact No
1700 828 095

Alamat
Tripcarte Sdn Bhd
3-09, Scott Garden,
Jalan Kelang Lama,
58000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
8.00 am - 10.00pm
Isnin - Ahad


8 comments:

  1. bila nk plan g langkawi ni?? hahahah

    ReplyDelete
  2. xpernah lagi guna web ni nihhh...lama tak g langkawi...g hanimun dulu je..kih3

    ReplyDelete
  3. wahhh baru tahu boleh tempah tiket skycab online rupanya.. thanks for the info!

    ReplyDelete
  4. Menarik juga website tu, nanti nak cuba guna.. waa rindu langkawii

    ReplyDelete
  5. Last pergi langkawi tahun 2006... that time bwk group corporate company buat family trip.. mmg bestkan naik ni... bersiri dgn hanging brigde pun best

    ReplyDelete
  6. Bila dapat g langkawi ni tengok harga dah berpatutan sangat nak pergi tu xsempat lagi

    ReplyDelete
  7. Berbaloi tempah online.. Tapi kalau sha memang tak lah nak naik.. Seram..

    ReplyDelete