Review Novel | Undercover Wife by Zura Rahman

Wednesday, November 21, 2018

Undercover Wife by Zura Rahman  |  Hi korang! Dah lama sangat aku tak review buku.. Dah lama jugak aku tinggalkan minat aku nan satu ni iaitu membaca buku dek kerana kekangan masa yang aku hadapi kini.. Berbelas-belas buah buku lagi dalam rak buku aku tu yang masih belum dibaca.. Bilalah agaknya aku punyai masa itu lagi untuk bersenang lenang dengan buku.. Ahakz.. Sungguhpun begitu, dikesibukan yang hakiki sempat juga aku menghabiskan sebuah novel karya Zura Rahman, Undercover Wife.. 


Kenapa dalam banyak-banyak novel dalam simpanan aku, Undercover Wife ini juga menjadi pilihan aku untuk dihabiskan walaupun kesibukan melanda? Haaa, sebabnya aku teruja dengan tajuk novel ni.. Undercover Wife... Menarik!! Itu first impression aku.. Bagaimana jalan ceritanya pula? Menarik atau tidak?

Undercover Wife adalah sebuah buku hasil karya seorang novelis yang berasal dari Kelantan, Zura Rahman.. Ini adalah buku pertama tulisan beliau yang aku baca.. Sebelum ni, beliau telah menghasilkan 4 buah novel iaitu Jatuh Hati Di Paris, Jangan Goda Aku, #Ghost dan Half Girlfriend.. Undercover Wife merupakan karyanya yang terbaru.. Aku tahu tentang kewujudan novel ni ofkoslah melalui instagram beliau.. Sebelum dikeluarkan lagi aku dah teruja dengan tajuk novel ni dan tak sabar-sabar nak baca... Disebabkan itu juga, aku memilih Undercover Wife ini untuk dihadam terlebih dahulu berbanding buku yang lain bagi menghilangkan kerinduan aku terhadap dunia pembacaan aku..

Tajuk : Undercover Wife
Penulis : Zura Rahman
Muka Surat : 620
Penerbit : Zura Rahman Publishing
Tahun Dikeluarkan : 2018


Sinopsis Undercover Wife



Apabila detektif berdedikasi berubah menjadi penjenayah berbahaya;
Apabila orang yang dikatakan telah mati muncul kembali; dan
Apabila teman sejiwa kini menjadi teman lelaki wanita lain..
Devastated. Despaired. Desperate.

Elena ke Itali dengan niat untuk melupakan kisah lalu namun ia membawanya kepada sesuatu yang tidak dijangka. Kepercayaan tentang kematian suaminya goyah apabila dia terlihat seseorang yang menyerupai Roman di Rom. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Elena nekad untuk menyiasat. Lelaki itu diekori.

Roman Iskandar, mengapa dia langsung tidak mengenalinya? Dan siapa pula si cantik jelita berambut kuning emas di sisi Roman?

Pertemuan seterusnya membuahkan lebih banyak persoalan. Pencariannya telah membawa Elena ke daerah lain yang tidak pernah terlintas olehnya, walaupun di dalam mimpi.

"You are the women in Rome.. What are you doing here?" ~ Wolfe

Wolfe, lelaki bertatu serigala yang menyerupai Roman. Jika benar lelaki itu adalah suaminya, mengapa Elena umpama orang asing di matanya? Kata hati Elena, itu lelaki yang dinikahinya empat tahun yang lalu. Satu tanda lain yang tersorok, akan membuktikan bahawa dia adalah Roman, cinta hatinya. Elena nekad untuk membuktikannya.

"Sepatutnya aku yang berada di sisi Roman, bukan Si Blondie itu. Dan Roman yang sepatutnya memburu, bukan diburu!" ~ Elena

Tapi benarkah Roman sudah mati? Jika benar, dimana mayatnya? Siapakah Wolfe, lelaki bertatu serigala yang punya pendangan menyorot itu?

Pencarian Elena telah mencungkil satu konspirasi. Satu persatu rahsia mula terdedah sehingga tiada siapa lagi yang selamat!

"You looked as if you bare just killed someone."


Review Undercover Wife


Alhamdulillah tak sia-sia aku menghabiskan masa aku membaca Undercover Wife ni.. Ternyata pilihan aku tepat.. 

Plot cerita menarik dan meninggalkan tanda tanye sepanjang pembacaan.. Sambil aku baca sambil aku terfikir apa yang terjadi dan bakal terjadi.. Sehinggakan aku tak sabar-sabar untuk sampai ke puncaknya..

Bermula pertemuan kembali Elena dengan Roman di Rome.. Bagaimana Elena boleh merasakan itu suaminya.. Bagaimana pula dia terjebak dalam dunia penyiasatan sehingga 'menjawat jawatan' undercover wife?

Plot cerita menjadi semakin menarik apabila Elana bertemu Roman atau wolfe kali kedua di tanahair sendiri, Malaysia.. Jalan cerita menjadi sedikit laju dan lebih mengujakan.. Aku baca pun semakin bersemangat.. Haha!!

Dengan terjadinya pertemuan kali kedua yang tidak dirancang itu, bermulalah undercover wife.. Elena mula menyiasat sehingga mereka berdua jatuh cinta untuk kali kedua.. Uiss, sweet sangat weh.. Tapinya dalam keadaan yang berbeza, dimana Roman bukan lagi seorang polis tetapi seorang penjenayah yang dikehendaki dan dikenali sebagai Wolfe..

Dengan keberanian Elena menyiasat, satu persatu terbongkar.. Sehinggalah kebenaran terbukti.. 

Ending novel ni best gile!! Berbunga-bunga hati aku.. Haha.. Sweet sangat.. Sampaikan aku tersenyum wehh baca ending dia.. Diakhir cerita, ada juga diselitkan kisah romantik mereka.. 

"There is only one happiness in this life, to love and be loved." ~ George Sand

"I love you," ~ Elena
"I love you too. I will keep on loving you till my last breath." ~ Roman

Bagaimana pengakhiran cerita ni? Bagaimana roman menjadi Wolfe dan Wolfe menjadi Roman kembali? Haaa kalau korang nak tahu apa yang berlaku, kenalah baca sendiri novel ni.. Barulah syiok! Korang tak akan menyesal baca novel ni tau! Gerenti best punye..

Alhamdulillah, aku akhiri pembacaan novel ni dengan hati yang sangattttt puas dan senyuman mekar di bibirrrrr.. Haha!! Itu tandanya aku sangat puas hati la toh!.. Hiks.. Memang tak rugi aku menghabiskan masa emas aku dengan membaca novel ni.. Korang pun patut baca tau!


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Bagi pencinta buku a.k.a ulat buku terutamanya yang sangat meminati novel dan inginkan sesuatu yang mendebarkan, aku syorkan korang baca novel ni.. Ceritanya tersusun rapi dengan plot yang menarik.. Tidak meleret-leret dan tidak membosankan..

Thumb up buat penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang sangat menarik ini dan jalan ceritanya juga tidak seperti kebanyakan novel-novel yang lain dengan penceritaan yang agak cliche.. 

Buat Sis Zura Rahman, teruskan usaha untuk menghasilkan novel yang terbaik dan good luck for your next novel.. 


2 comments:

  1. Lama sangat tak baca novel..last baca buku motivasi ja..😊

    ReplyDelete
  2. Memang best novel ini.. Kisah seorang isteri yang mencari suaminya .. ada romantik dan juga aksi..

    ReplyDelete