Top Social

Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout

Tuesday, October 30, 2018
Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout  |  Kadangkala, satu-satu penyakit tu kalau nak datang pada seseorang  tak kira siapa dan tak kira masa.. Datangnya tanpa diundang. Tetiba aje dah disahkan mengidap penyakit.. Tak kiralah penyakit berbahaya atau tidak.. Aku berdoa agar aku dan family dilindungi dan dihindari daripada sebarang penyakit.. Risau jugak sebenarnya.. Apa-apa pun aku selalu berpegang dengan kata-kata 'mencegah lebih baik dari merawat'.. Haaa kali ni aku nak kongsikan dengan korang apa yang aku amalkan untuk memastikan kesihatan aku sentiasa terjaga.. Nak tahu apa aku amalkan? Aku amalkan diet sihat dengan Genefood Broccoli Sprout..


Suka betul aku tengok kotak produk ni.. Cantik! Mula-mula dapat tu, rasa sayang pulak nak bukak.. Yelah, dah la warna warni, ada pulak kotak-kotak kecil kat dalam tu.. hehe.. Setiap kotak mengandungi 10 sachet Broccoli Sprout... Jadinya, untuk satu kotak besar ni, cukup untuk sebulan.. Tapi, apa itu Genefood Broccoli Sprout? Haa aku yakin korang mesti tertanya-tanya produk apakah ini kan?? Jom aku kongsi cerita tentang produk yang terbaik diamalkan untuk diet yang sihat ini.. Sebelum tu, aku nak cerita dulu tentang Sulforaphane.. Apa tu? Haa ini kerana Genefood Broccoli Sprout ni kaya dengan Sulforaphane.. Jadi, korang kena tahu dulu tentang Sulforaphane ni.. Uisss susah bebeno nak sebut dan taip perkataan ni.. haha..

Apa Itu Sulforaphane?

Sulforaphane (SFN) adalah isothiocyanate yang mengandungi sebatian sulfur organik. Ia berasal daripada glucoraphanin yang terdapat di dalam sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, kubis bunga, kubi brussels dan kale..


Kalau korang nak tahu, sayuran cruciferous yang berusia 3 hari mengandungi konsentrasi glucoraphanin yang lebih tinggi sebanyak 10 - 100 kali ganda daripada sayur-sayuran matang. Tahap glucoraphanin dan sulforaphane adalah yang paling tinggi dalam brokoli..

Sulforaphane dihasilkan semasa glucoraphanin berkontak  dengan enzim myrosinase, terkandung di dalam sel-sel yang sama tetapi dakan bahagian berbeza.. Sebagai contoh, memotong, mengunyah atau mengganggu sel brokoli memulakan proses penghasilan sulforaphane. Berbanding dengan glucoraphanin yang stabil, sulforaphane mula merendah setelah penghasilan.

Agak berbelit-belit lidah kalau nak sebut satu persatu istilah di atas ye.. Hehe.. Banyak sebenarnya kelebihan Brokoli ni kan yang kita tak tahu.. Ianya sangat bagus untuk kesihatan.. Sebab itulah aku jadikan brokoli sebagai sayur utama buat anak-anak aku sejak kecil lagi.. Ok, Sulforaphane ni juga sebenarnya mempunyai sifat-sifat antioksidan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-inflamasi, anti-penuaan, anti-diabetes dan juga melindungi saraf..

Ini bukan omongan kosong tau.. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa ia dapat menghalang sel kanser (SINI), membaiki kerosakan DNA (SINI), mengurangi risiko diabetes (SINI) dan penyakit jantung (SINI)..

Kelebihan Sulforaphane


1.  Melindungi Sel-Sel dan Gen-Gen

Sulforaphane menghapuskan oksida radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh manusia, melindungi sel-sel dan DNA serta meningkatkan sistem imun  tubuh badan kita..

2. Antioksidan (Penuaan dengan sihat)

Sulforaphane adalah berasaskan tubuhan dan antioksidan yang bertahan lama, boleh menghalang kulit dari penuaan, melambatkan penuaan secara semulajadi dan melindungi tubuh sepanjang 96 jam (vitamin C dan E hanya boleh bertahan selama 3 jam sahaja)

3. Detoksifikasi Hati

Sulforaphane membantu hati untuk metabolisme pelbagai toksin, logam berat, bahan kimia, racun serangga, pencemaran udara dan mempercepatkan proses mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam badan sekian lama. Detoksifikasi yang konsisten boleh memperbaiki gejala-gejala seperti keletihan, kekurangan tenaga, kulit kusam, jerawat, nafas berbau, mencegah masalah hati yang disebabkan alkohol, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain.

4. Anti-Inflamasi

Gula, produk tenusu, minyak masak, lemak trans, daging yang diproses, alkohol, bijirin halus, bahan tambahan tiruan dan MSG boleh menyebabkan inflamasi. Sulforaphane mengurangkan inflamasi, membantu untuk melawan kegemukan dan mencegah inflamasi kronik.

5. Melindungi daripada E.Coli dan H.Pylori

Sulforaphane berkesan untuk antibakteria dan menghapuskan E.Coli (bakteria yang menyebabkan cirit birit) dan H.Pylori (bakteria yang menyebabkan ulser perut)

6. Perlindungan Kulit dan UV

Sulforaphane melindungi kulit terhadap penuaan, menghalang keradangan kulit, sunburn dan kerosakan kulit disebabkan UV.


Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout


Untuk mendapatkan segala manfaat Sulforaphane tadi, aku sangat recommend korang amalkan Genefood Broccoli Sprout ni kerana produk ini merupakan minuman kesihatan yang berfungsi secara natural yang diformulasikan di Australia untuk kita mendapatkan manfaat kesihatan sulforaphane dengan mudah setiap hari.. Jadi, lepas ni yang mana tak suka makan sayur tu korang dah tak perlu risau sebabnya korang hanya perlukan Genefood Broccoli Sprout ni aje untuk memastikan bekalan sulforaphane ni dapat korang perolehi sepenuhnya.. Bolehlah amalkan diet sihat dengan Genefood Broccoli Sprout lepas ni kan..

Jom tengok video ni dulu..


Tentang Genefood

Ehh korang tau tak siapa founder produk terbaik ni? Masih muda dan cantik tau.. Mari aku kenalkan kepada korang..

Genefood ini ditubuhkan oleh seorang warganegara Malaysia yang masih muda dan cantik, Yew Wan Ting.. Her quest for answers began when her mother passed away after a long illness.. Beliau menjalankan penyelidikan dan mendapati bahawa kebanyakan ahli keluarganya mewarisi gen bermutasi yang memungkinkan mereka untuk berisiko kepada pelbagai penyakit..

Yew Wan Ting - Founder Genefood

Ini menjadi inspirsi baginya untuk meneroka diet sihat dan manfaat kesihatan sulforaphane yang membawa kepada pelancaran Genefood siri produk minuman kesihatan yang berfungsi untuk mengoptimumkan ekspresi gen dan membantu semua orang dapat makan dengan baik untuk gen mereka..

Bahan Utama Genefood Broccoli Sprout


1. Brokoli

Kaya dengan sumber sulforaphane dan telah terbukti secara klinikal sebagai antioksidan semulajadi yang dapat menghentikan tindakan radikal bebas yang berbahaya, anti-radang dan menghilangkan toksin berbahaya dalam badan.

2. Blueberry, Raspberry, Strawberry, Cranberry dan Anggur

Berry kaya dengan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan daya ingatan. Berry juga mengandungi serat yang tinggi yang merupakan nutrien penting untuk sistem pencernaan yang sihat

3. Red Beet

Terbukti secara saintifik Red Beet ini mengandungi vitamin C yang tinggi, serat, kalium (untuk saraf dan otot yang sihat) dan mangan (manfaat untuk tulang, hati, ginjal dan pankreas)

4. Vitamin C

Membantu pertumbuhan dan memperbaiki semula tisu badan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan pembentukan kolagen serta penyerapan zat besi.

5. Prebiotik

Mendorong pertumbuhan bakteria usus yang bermanfaat dan meningkatkan penyerapan kalsium, megnesium, zink dan zat besi dalam usus besar.


Semua bahan yang terkandung dalam Genefood Broccoli Sprout ni adalah bahan semulajadi.. Jadi korang tak berlu risau kerana produk ini selamat digunakan..  Untuk pengetahuan korang, produk ini dihasilkan melalui teknologi penghasilan tinggi sulforaphane untuk memastikan bioavailabiliti bahan-bahan aktif tiada pemanasan atau pendidihan yang terlibat. Kilang pengeluaran Genefood memenuhi atau mencapai piawaian Therapeutic Goods Administration (TGA) Autralia, GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard and Critical Control Point Plan, ISO 9001 (Sistem Kualiti, ISO 22000 (Sistem Keselamatan Makanan dan ujian mikrobiologi..

Siapa Yang Patut Mengamalkan Genefood Broccoli Sprout?

Panjang lebar aku bercerita kali ni kan.. Hehe.. Almaklumlah terlalu excited dengan produk ni.. Serius weh aku suka Genefood Broccoli Sprout ni.. Aku ni kan jenis yang tak suka makan sayur... Hiks.. Jadi, untuk mendapatkan khasiat sayur itu sendiri aku terpaksa mencari produk yang lebih mudah diterima oleh tekak aku ni untuk diamalkan setiap hari.. Sebab itulah aku memilih Genefood Broccoli Sprout ni untuk diet sihat aku.. Lagi pun produk ini sangat bagus untuk kesihatan dan mencegah dari sebarang penyakit.. Insyaallah.. Dengan izin Allah juga kan.. Janji, kita berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik..


Ok, siapa yang patut mengamalkan Genefood Broccoli Sprout ni? Takan bagi mereka yang tak makan sayur sahaja macam aku ni.. Ehh sabar dulu... Ramai golongan yang patut mengamalkan produk ni.. Antaranya :-
  • Mereka yang makan kurang daripada lima hidangan sayuran dan buahan setiap hari
  • Mengalami sembelit
  • Fungsi hati yang teruk
  • Dewasa yang sibuk dengan gaya hidup yang tidak sihat, tekanan dan kurang tidur
  • Perokok dan peminum yang kronik
  • Mereka yang tergolong dalam kumpulan 3T (high cholesterol, blood sugar and blood pressure)
  • Kulit kusam dan penuaan
  • Pelajar yang memerlukan konsentrasi yang tinggi
  • Wanita hamil yang memerlukan kesihatan keturunan

Sebenarnya, selain tak makan sayur aku juga mengalami masalah pencernaan, stress dan kurang tidur.. Biasalah kalau dah nama pun Blogger, memang akan sentiasa kurang tidur kerana nak menyiapkan blogpost-blogpost urgent... Bila kurang tidur, mulalah badan jadi letih dan lesu kurang bertenaga.. Sebab itu jugalah aku consume Genefood Broccoli Sprout ni supaya aku kembali bertenaga, fokus dan paling penting sistem pencernaan aku kembali berfungsi dengan baik.. hehe..

Cara Pengambilan Genefood Broccoli Sprout


Kebiasaannya kalau minuman macam ni aku lebih suka bancuh dengan air sejuk dalam peti.. hehe.. Tetapi untuk Genefood Broccoli Sprout ni, cara bancuhannya adalah dengan mencampurkan satu sachet Genefood Broccoli Sprout dengan secawan air (200ml) bersuhu bilik, kacau hingga betul-betul larut dan minum dengan segera untuk mengelakkan oksidasi.. Korang yang dewasa, cadangan pengambilan 1-2 sachet sehari.. Manakala kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun boleh mengambil 1 sachet sehari.. Haaa kanak-kanak seawal 3 tahun boleh consume minuman kesihatan ni tau..


Ok, masa terbaik untuk pengambilan minuman ini adalah sebelum tidur kerana ia dapat membersihkan toksin daripada usus dan menghilangkan toksin yang terkumpul dalam saluran darah dan hati.. Detoksifikasi akan lebih menyeluruh dan berkesan pada hari keesokannya..


Kalau korang nak tahu, 1 sachet Genefood Broccoli Sprout ini bersamaan 1 cawan brokoli dan 1 cawan brokoli bersamaan dengan 7kg brokoli.. Perghhh sekali minum, dah dapat khasiat 7kg brokoli.. Memang terbaik!! Ni nak bagi jadual pemakanan dan manfaat yang korang dapat hasil dari consume produk ini..

  • Pengambilan selama 1 bulan - Detoksifikasi 3 kali seminggu
  • Pengambilan selama 2 bulan - Memperbaiki kulit, berasa segar dan bertenaga
  • Pengambilan selama 3 bulan - Meningkatkan imun dan kulit jadi berseri-seri
  • Pengambilan dalam tempoh yang lama secara konsisten - Melindungi sel-sel dan gen-gen serta melambatkan proses penuaan

Genefood Broccoli Sprout In Media






Dapatkan Genefood Broccoli Sprout Untuk Diet Sihat Anda

Jangan bertangguh-tangguh untuk menjaga kesihatan.. Pastikan diet seharian kita sihat.. Mungkin ada dikalangan kita pada hari ini tak sempat nak mengambil makanan yang sihat seperti sayuran dan buahan dek kerana sibuk dengan tugasan seharian.. Jadi, apa yang korang perlukan untuk memastikan korang dapat khasiat dari buahan dan juga sayuran itu adalah dengan consume Genefood Broccoli Sprout ni.. Tak payah susah-susah nak masak ke bagai.. Cuma perlu bancuh dan mudah dibawa kemana-mana.. Selit aje dalam beg 1 atau 2 sachet untuk pengambilan sehari.. Hah gitu!!


Genefood Broccoli Sprout ini juga boleh didapati di farmasi, kedai makanan organi atau melalui website store Genefood sendiri iaitu di www.genefood.store...


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari :-

Instagram

Facebook

Email
hello@genefood.asia

Contact No.
+6011-1661 3333


2 comments on "Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout"
  1. Bagus produk ni. Kalau kita nak makan brokoli tiap-tiap hari memang tak la kan. Bila dah ada produk macam ni, makin senang nak tingkatkan kesihatan kita...

    ReplyDelete
  2. Ni kalau orang xsuka makan sayur boleh bagi ni hihihi

    ReplyDelete