15 Khasiat Susu Kambing Nufael Yang Perlu Anda Tahu!

Monday, October 1, 2018

15 Khasiat Susu Kambing Nufael Yang Perlu Anda Tahu!  |  Susu yang paling aku tak suka minum adalah susu kambing.. Pewww!! Rasanya memang tak best dan hamis..!! Serius aku memang tak suka susu kambing sebelum ni tetapi sekarang lain tau.. Selepas aku diperkenalkan dengan Susu Kambing Nufael dari Feedmilk, aku terus jatuh suka sebabnya rasa susunya sangatlah best dan tak hamis langsung!! Memang berbeza dari yang pernah aku minum sebelum ni.. Alhamdulillah lepas ni bolehlah aku nikmati Susu Kambing yang sedap.. Korang pernah dengar tak tentang Susu Kambing Nufael ni? Haa bagi yang belum pernah dengar tentangnya, meh aku story sikit kat korang semua..


Susu Nufael merupakan produk terbaru keluaran jenama popular baju menyusu iaitu Feedmilk.. Ia diimport dari negara holland yang dirumuskan khas daripada 100% Susu Kambing Asli dan Organik serta 7 bahan sebenar yang penuh nutrisi iaitu Susu Kambing, Delima, Madu, Kurma, Kismis, Arabic Gum dan Minyak Zaitun.. Apa yang bagusnya Susu Kambing Nufael ni ia tiada gula, perasa dan perisa tambahan.. Sebab itulah susu ini sangat sesuai diminum seisi keluarga..

Ehh sebut pasal sesuai untuk seisi keluarga ni nak jugak tahu siapa yang boleh minum susu ni kan.. Ok, Susu Kambing Nafael ni sangat sesuai untuk :-
  • Ibu hamil, menyusu badan dan berpantang
  • Kanak-kanak berusia 2 tahun dan keatas
  • Pelajar
  • Golongan dewasa lelaki dan wanita
  • Warga emas lelaki dan wanita

15 Khasiat/Kelebihan Susu Kambing Nufael

Sepertimana yang aku nyatakan tadi, Susu Kambing Nufael ini adalah susu pertama "Familymilk" dengan 7 gabungan makanan sunnah tanpa pewarna, perisa dan gula tambahan serta bahan susunya tiada campuran susu lembu dan sumber tenusu luar.. Apa yang wow tentang Susu Kambing Nufael ni? Haaa dah tentulah 15 khasiat/kelebihan yang ada padanya.. Nak tahu? Jom sama-sama semak!!

  1. Mambantu ibu hamil untuk mudah bersalin
  2. Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan
  3. Membantu untuk menambahkan susu badan
  4. Menstabilkan HB semasa hamil
  5. Menstabilkan hormon
  6. Membantu mengelakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang
  7. Memberi tenaga luar biasa
  8. Membantu kanak-kanak cepat bercakap, fokus dalam pembelajaran dan mudah mengafal
  9. Menambahkan selera makan
  10. Mengelakkan sembelit dan kembung perut
  11. Membantu mencantikkan kulit
  12. Mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam)
  13. Mengurangkan gastrik, angin dan ketidakhadaman perut
  14. Melancarkan darah dan memberikan kesihatan dalam tubuh badan
  15. Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis atau kolestrol kerana susu ni tiada gula, perisa dan perasa tambahan.

Susu Kambing Nufael Berbeza Dari Susu Kambing Yang Lain

Apa yang specialnya Susu Kambing Nufael ni? Haaa kalau korang nak tahu, Susu Kambing Nufael ini mudah dihadam kerana molekul lemak dan proteinnya sangat halus berbanding susu lembu dimana ia dapat mengelakkan anak dari sembelit, cirit birit dan kembung perut. Susu Kambing Nufael ini juga bertindak meneutralkan asid dalam badan kerana ianya bersifat alkali.. 


Perbezaan lain yang korang kena tahu ialah susu tepung dipasaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti susu skim, susu UHT, susu Low fat, susu recombined, pasteur, sejat dan pelbagai lagi dimana kepelbagaian ini adalah untuk memenuhi kehendak pelbagai golongan pengguna yang melalui pelbagai proses sebelum ianya di bungkus dan diminum. Sedangkan susu kambing Nufael ini lengkap daripada semua jenis proses susu itu dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. 

Jom tengok video INI untuk tahu lebih banyak perbezaan Susu Kambing Nufael berbanding yang lain..

Cara Pengambilan Susu Kambing Nufael


Cara bancuhnya mudah saje.. Campurkan 3 skop Susu Kambing Nufael dengan 170ml air suam.. Air suam ye bukan air panas!! Kalau guna air panas, hilang semua khasiatnya.. Kemudian kacau mengikut arah lawan jam sehingga larut untuk keberkesanan dari bahan sebenar. Minuman ini juga boleh dicampur dengan coffee, coklat atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.. Atau korang nak jadikan sebagai krimer pun boleh hokeh.. Ini krimer versi sihat tau.. 

Nufael sesuai diminum pada waktu pagi atau sebelum tidur.. Atau boleh juga dijadikan minuman petang sebagai pengganti minuman bergula yang lain.. Sekotak boleh tahan hampir 1 bulan sekiranya diamalkan 1 hari sekali.. Kiranya bergantung kepada penggunaan juga la kan..


Ehh siapa pulak budak kecik yang comel ni? Haaa inilah duta Susu Kambing Nufael ni.. Adik Fattah Anas.. Ada yang  tak kenal ke? Agak-agak la tak kenal awak-awak semua.. Adik ni tengah viral sekarang tau.. Hehe.. Kalau korang nak tahu, adik Fattah Anas pun dah bertukar kepada Susu Kambing Nafael untuk minumannya setiap hari.. Disebabkan itu jugalah, Adik Fattah Anas dan papanya dilantik sebagai Duta produk ini.. Susu anak korang tak nak tukar ke? Hiks..

Qhaliff Suka Susu Kambing Nufael


Qhaliff dah cuba Susu Kambing Nufael ni.. Sedap katanya.. Sebelum tidur mesti dia akan mintak untuk minum Nufael ni.. Tapi kalau ikutkan dia, pagi, petang dan malam pun dia nak  minum.. Haha!! Aku sendiri pun dah cuba dan aku pun suka akan rasanya yang sedap, tak manis dan paling penting tak hamis..

Serius aku cakap, kebanyakan susu kambing di pasaran yang pernah aku cuba sememangnya hamis terutamanya yang asli.. Tetapi dengan adanya teknologi terkini yang bersih dan selamat, susu Nufael ni memang tak hamis sehinggakan aku tak perasan langsung ianya adalah Susu Kambing.. Haaa ni berita baik untuk korang.. Kalau korang beli susu kambing Nufael ni dan korang rasa hamis, pihak Nufael akan refund duit korang 100%..

Orite, jom kita lihat apa kata pengguna Susu Kambing Nufael ini,,

Testimoni Pengguna Susu Kambing Nufael






Sertai Feedmilk Mompreneur Circle Sebagai Ejen Nufael

Kepada korang yang berminat untuk menjadi pengedar Susu Kambing Nufael ni, bolehlah sertai Feedmilk Mompreneur Circle kerana mereka sedang mencari ejen bagi mengembangkan lagi jualan Susu Kambing Nufael ini.. Manakala bagi mereka yang ingin mencari side income dengan modal dropship tetapi keuntungan stokis, bolehlah berdaftar dengan pihak Nufael sekarang kerana pengambilan dropship adalah terhad..

Untuk mendaftar, boleh ke link ini.. http://www.nufael.com/pengedar-susu-nufael/

Jom Dapatkan Susu Kambing Nufael Sekarang Juga!!


Bagi korang yang nak cuba Susu Kambing Nufael ni ataupun ada yang nak tukarkan susu anak kepada susu Nufael ni, bolehlah dapatkannya sekarang ye.. Jangan risau, susu Kambing Nufael ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan mempunyai kilang pemprosesan yang dipantau oleh MESTI serta telah mendapat kelulusan dari KKM dan diklasifikasikan sebagai makanan tambahan bukan ubat-ubatan.

Harga untuk sekotak Susu Kambing Nufael ini adalah RM39.00 (500gm).. 


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Alamat
NUFAEL SUSU KAMBING HQ
No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Contact No
016-840 4932


4 comments:

  1. Kalau tak hamis memang bestlah minum..

    ReplyDelete
  2. Tak hamis tu yang seronok..banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
  3. kami sekeluarga minum nufael.. alhamdulillah anak-anak liez suka susu kambing

    ReplyDelete
  4. Ramai dah consume susu Nufael ni. Bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete