Marathon Movie Hantu Kak Limah Dan Munafik 2

Saturday, September 15, 2018

Marathon Movie Hantu Kak Limah Dan Munafik 2  |  Khamis minggu lepas aku berkesempatan menonton movie bersama-sama BFF aku Yatt.. Macam biasalah kalau keluar pergi tengok wayang, mesti dengan dia dan haruslah pergi hari bekerja.. Bila dah pergi hari bekerja ofkoslah aku dan dia awal-awal mohon cuti rehat.. Hehe.. Biasalah, sekali sekala kenalah ada masa untuk diri sendiri jugak kan.. Bak kata orang 'me time'.. Hiks.. Movie apa yang kami tengok? Yeahh tentulah movie yang paling hot diperkatakan iaitu Hantu Kak Limah dan Munafik 2.. Marathon kite kali ni wak!!


Tu dia, dua movie sekali kami tengok.. Yang bestnye time kitorang pergi tu, kebetulan GSC ada buat promotion.. Tiket wayang murah weh.. RM10 jerk.. Dari jam 10 pagi hingga 1 petang... Nasib baiklah kami turun awal pagi.. Jadi sempatlah kami grab tiket murah untuk satu movie... Movie first kami tonton haruslah Hantu Kak Limah... Hiks..

Tiket dah murah itu memang best.. Tetapi apa yang tak best, kebetulan pulak time kami  tengok tu ada sekumpulan budak sekolah rendah bersama guru-guru mereka turut menonton sama.. Haduii.. Ramai gile kot.. Ada la dalam 40 orang atau lebih.. Memang kecoh panggung... Seat pun kami dapat yang agak depan..

Masuk awal tak kalut dengan bebudak sekolah..

Best ke filem Hantu Kak Limah?

Filem Hantu Kak Limah Buat Aku Gelak Tak Henti!

Hari pertama filem Hantu Kak Limah ni ditayangkan, dah bermacam-macam aku dengar dari mereka yang dah menonton filem ni.. Rata-rata dari mereka berikan pendapat dimana filem ni best dan kelakar gile.. Ini membuatkan aku lagi excited nak tengok cerita ni.. Hehe.. Aku biasalah kalau filem melayu ni excitednye lain macam sikit.. Mungkin orang lain lebih suka menonton filem omputeh, tetapi aku lebih gemar menonton filem melayu.. Bukan tak tengok filem omputeh, tetapi lebih utamakan filem melayu kite walaupun ada orang kata filem melayu tak best.. Haha.. Itu kata orang bukan aku yang kata... Ahakz..


Best ke filem Hantu Kak Limah ni?

Haaa sekali lagi soklan sama muncul.. Yeahh filem Hantu Kak Limah buat aku gelak tak henti.. Itu bermakna ceritanya best dan tak mengecewakan.. Sepanjang perjalanan cerita ada sahaja part yang lucu.. Starting cerita pun dah buat aku gelak terutamanya part awie bawak motor besar, rupa-rupanya atas sampan.. Haha!! Bagi aku setiap watak dalam filem ni memainkan peranannya yang tersendiri bagi menghidupkan lagi cerita ini..


Tak dinafikan watak Nayan yang dilakonkan oleh Ropie dalam filem ni sangat menonjol dengan lawak selambanya membuatkan penonton tak kering gusi.. Setiap kali kemunculan Ropie pasti gamat panggung dengan gelak berdekah-dekah.. Haha.. Satu lagi watak yang aku suka adalah watak Yeh Sekupang yang dilakonkan oleh Allahyarham Rab Khalib.. Dengan loghat kedahnya yang pekat melontarkan dialog yang seolah-olah spontan sahaja dari mulutnya membuatkan kami gelak tak henti-henti..  Aku suka dengan bakat lakonannya.. Kelakarnya semulajadi.. Tiada lagi lakonannya selepas ni.. Al-Fatihah untuk Allahyarham Rab Khalib..


Bukan itu sahaja, watak wani pun best jugak tau.. Kelakar!! Aku suka.. Haha.. Selain tu, Zul Ariffin pun boleh tahan lucunya.. Tak sangka abang sado ni boleh berlakon dalam genre komedi.. Paling kelakar time wani menyanyi dekat rumah Bomoh (Zul Ariffin).. Time tu aku gelak tak hengat tengok telatah sorang-sorang.. Haha!!


Watak Husin dan Hantu Kak Limah itu sendiri tak perlu dipertikaikan.. Sebabnya ia memang best dari dulu sampai sekarang.. Watak yang paling aku nak tengok sekali dalam filem Hantu Kak Limah kali ni adalah Watak yang dilakonkan oleh Mus May.. Mana pernah lagi aku tengok Mus May berlakon.. Inilah firstime.. Gile ko tak excited tengok penyanyi yang aku minat berlakon... Ternyata dengan kemunculannya sebagai orang bunian, membuatkan aku terhibur dengan dialognya yang kelakar.. Sampaikan aku tak boleh nak move on dengan 'per per' tu.. Haha!! Ditambah pulak dengan lawak awie, lagik la kelakoo.. Haduyai keras perut mak nak gelak!!


Kesimpulannya, filem Hantu Kak Limah kali ni memang best!! Watak best, jalan cerita best dan sinematografi pun menarik!!


Ada lagi tak agaknya lepas ni Hantu Kak Limah? Hehe.. Sama-samalah kita tunggu ye!!

Dah selesai tengok Hantu Kak Limah, menunggu pulak turn untuk menonton Munafik 2.. Huisss time tu rasa berdebar pun ada sebab feedback rata-rata dari mereka yang dah tengok, semua cakap seram dan menakutkan.. Ada masa lebih kurang setengah jam jugak nak tunggu tayangan Munafik 2.. Jadinya sempatlah aku window shopping dulu... Sempatlah rembat dua pasang kasut dari butik Vennz.. Ahakz..


Dah letih berjalan, perut pun mintak diisi.. Jadi kami belilah bekalan untuk perut kami yang dah berbunyi lagu dondang sayang.. Kami order finger fish aje.. Masalahnya, cakap kena tunggu 5 minit tetapi lebih 10 minit kami tunggu.. Ini membuatkan halkum kami bergetar-getar nak terkeluar.. Haha!! Bukan kami tapi kawan aku tu jerk.... Wahahaha.. Sorry der!! Wa gurau jerk!! Haha!!

Dah dapat makanan yang dipesan terus meluru masuk panggung.. Nasib baik cerita baru start.. Kalau tak, mau klim balik duit tiket.. Kehkehkeh!!

Macam mana filem Munafik2? Best ke?

Munafik 2 Seram Dan Banyak Pengajarannya

Starting cerita dah buat aku berdebar sampaikan tangan menutupi mata.. Haha.. Biasalah aku kalau tengok cite seram, harus tengok melalui celah-celah jari jemari.. Kehkehkeh!! Tak boleh la weh nak tengok terus, rasa tak de pelindung je.. Haha!!


Seperti filem Munafik, Munafik 2 ini juga merupakan filem Dakwah-Seram yang berjaya menarik para penonton ke pawagam.. Tak hairanlah aku juga turut tertarik untuk menonton sama.. Haha!! Kalau ditanya tentang lakonan mereka.. Ia tak perlu dipertikaikan lagi kerana filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon yang hebat yang membawa watak masing-masing dengan berkesan sekali..

Apa yang menarik, filem ini membawa mesej dan dakwah yang boleh memberi pengajaran kepada para penonton..


Ada yang cakap filem ni juga sedih sehinggakan mereke menitiskan air mata.. Betul ke? Haha betul weh!! Aku pun menangis part yang last sekali.. Haduii time Ustaz Adam diseksa oleh Abuja dan tiada siapa yang dapat membantu tetapi dia masih berpegang teguh dengan Islam.. Allahuakbar.. Sedih sangat time tu..


Apa-apapun filem Munafik 2 ni best.. Tak sabar nak tunggu Munafik 3!!

Lepas habis aje Munafik 2, kami isi perut dulu dekat restoran makanan korea.. Tak ambil gambar pun sebab nak cepat kejar masa nak balik.. Sampai rumah pun dah dekat jam 5.00 petang.. Seronok kalau keluar dengan member sekali sekala.. Dapat lupakan kehidupan hakiki sekejap sambil meluangkan masa untuk diri sendiri pula... Hiks..


2 comments:

  1. Kak limah memang best dan kelakar.. Sha paling suka masa adegan dia menyanyi kat rumah bomoh.. kelakar tak hingat.. Munafik tak tengok.. huhuhu.. tak berapa berani..

    ReplyDelete