Top Social

Kekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White

Wednesday, July 11, 2018
Kekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White  |  Kalau korang perasan, sebelum ni aku pernah bercerita tentang produk BioXcellent Cupplus White ni yang mampu menegangkan payudara dan menjadikan kulit anjal, putih dan gebu.. Boleh baca di SINI... Eceli aku memang salah seorang pengguna produk ini...Yelah, bila umur dah meningkat ni kulit pun semakin hilang kualitinya kalau tak terjaga.. Bukan setakat kulit sahaja kualiti merosot tetapi tenaga pun semakin menyusut dari hari ke hari.. Sebab itulah aku perlukan alternatif yang mampu mengembalikan keanjalan dan kecergasan diri aku.. Jadi untuk kekal cantik, cergas dan bertenaga, aku mengambil BioXcellent Cupplus White ini setiap hari dengan konsisten... 


Nampak tak dekat mana aku photoshoot produk ni.. Hehe.. Tepi kolam uolls.. Sebenarnya baru-baru ni aku terlibat dengan Family Trip Team Blogger Pantai Timur ke Bukit Gambang Resort City.. Walaupun aku travel tetapi aku tetap tak lupa untuk bawa BioXcellent Cupplus White ni bersama.. Cakap nak kekal cantik, kenalah bawa walau kemana sahaja aku pergi.. Hiks.. Barulah tak terskip aku punye jadual pengambilannya.. Konsistenlah katakan.. 

Kalau dulu masa mula-mula aku consume produk ini aku minum pada waktu pagi.. Waktu tu masih boleh konsisten.. Bila masuk bulan puasa, jadual pengambilan BioXcellent Cupplus White aku dah lari sebab banyak terskip time sahur dek kerana terlupa dan kadang-kadang terlepas bangun sahur.. Haha!! Buruk perangai... Jadi, di pertengahan bulan puasa aku cuba ubah waktu pengambilan dengan mengambilnya sebelum tidur.. Selepas aku tukar waktu pengambilan barulah aku kembali konsisten.. Tetapi time period aku tak consume sebab time tu ia tak memberi apa-apa kesan dan hanya pembaziran sahaja.. hehe..

Kekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White


Semasa di Bukit Gambang Resort City, pelbagai aktiviti lasak aku lakukan seperti ATV, Sky Trail, Paint Ball, Memanah dan Flying Fox... Semua aktiviti ini memerlukan tenaga yang banyak.. Tambahan lagi ianya dilakukan di tengah terik mentari (sastera gila ayat)... Serius, untuk melakukan aktiviti lasak ni aku memerlukan tenaga yang banyak untuk kekal cergas.. Nasib baiklah aku consume BioXcellent Cupplus White ni, tak perlulah nak risau sangat tentang sunburn ke bagai sebab BioXcellent Cupplus White ni mampu mengekalkan kecerahan kulit.. 

Bukan itu sahaja tau, aku perasan juga yang aku sentiasa kekal cergas dan bertenaga walaupun seharian beraktiviti.. Korang bayangkan, seawal jam 8.00 pagi jadual aktiviti kami bermula sehinggalah jam 9.00 malam.. Jadual memang padat tetapi aku masih bertenaga setelah pulang dari beraktiviti.. Boleh lagi aku iron baju dan selamba tengok tv.. Encik suami dan anak-anak dah terbungkam tidur dah.. Alhamdulillah BioXcellent Cupplus White ni betul-betul membantu aku sepanjang aku disana..

BioXcellent Cupplus White Menjadi Pilihan


Nak beli sesuatu produk ni kenalah ambil tahu juga sama ada produk tersebut telah mendapat kelulusan KKM atau sebaliknya.. Jangan main sembarangan beli sahaja risau nanti memudaratkan diri pula sebabnya sekarang ni terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan yang ada dijual di pasaran.. Jadi, harus berhati-hati.. Sebelum beli tu, pastikan terlebih dahulu sama ada produk tersebut selamat atau tidak untuk digunakan.. Begitulah juga dengan produk BioXcellent Cupplus White ni.. Masa mula-mula aku nak beli dulu, aku check terlebih dahulu sama ada produk ni selamat atau tidak.. Alhamdulillah BioXcellent Cupplus White ini telah diiktiraf oleh Asia Pasifik Super Health Brand Excellence, 100% Natural dan mempunyai GMP Certified..


Bila dah yakin selamat barulah aku yakin untuk consume produk ini.. Selain itu, produk ini juga mudah didapati kerana ada dijual di Watsons.. Rasanya Watsons outlet ni dimana-mana pun ada kan.. Jadi tiada masalah untuk dapatkan stok BioXcellent ni.. Kecualilah stoknya terputus di HQ.. Itu tak dapatla nak nolong ehhh!! Haha..

Kebaikan BioXcellent Cupplus White

Sepertimana yang aku maklumkan sebelum ini, BioXcellent Cupplus White ni bukan hanya mampu menganjalkan kulit dan payudara sahaja malah boleh menambah tenaga dan kecergasan juga.. Ternyata ianya baik untuk dalaman dan juga luaran.. Kalau dulu aku consume BioXcellent Cupplus White ni untuk keanjalan kulit dan payudara, tetapi kini ianya memberi lebih banyak kebaikan kepada aku iaitu aku kekal cergas dan bertenaga.. Apa lagi ye kebaikan produk ini? Mesti korang tertanya-tanya kan.. Jom kite selongkar misteri disebalik BioXcellent Cupplus White ini.. Hehe..


Bertekstur serbuk bewarna pink, produk ini mempunyai banyak kebaikan lain.. Antara kebaikan lain yang akan diperolehi dari mengamalkan produk ini adalah :-
  • Dapat menambahkan saiz payudara menjadikan ia lebih pejal, tegang dan terangka
  • Memadatkan punggung yang mengendur dan jatuh 
  • Mencerah serta menggebukan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara 
  • Menganjalkan kulit yang melendut dan kedutan halus pada payudara 
  • Mengetatkan vagina, mencegahkan keputihan dan senggugut 
  • Menghangatkan hubungan suami isteri 
  • Menambahkan tenaga dan kecergasan 
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut 
  • Membentuk payudara lebih padat dan berisi 
  • Menghaluskan dan menegangkan kulit payudara 
  • Menaikkan payudara yang kendur dan jatuh 
  • Mencantikkan payudara yang leper 
  • Memontokkan payudara

Bahan-Bahan Utama BioXCellent Cupplus White


BioXcellent Cupplus White ni sebenarnya bukan hanya untuk mak-mak budak sahaja tetapi yang belum kawin pun boleh consume jugak.. Kalau korang ada masalah keputihan ataupun senggugut, sangat recommend consume produk ni.. Tetapi harus diingat ye, kesan kepada setiap individu adalah berbeza-beza.. Tubuh manusiakan tak sama.. Mungkin berkesan pada aku, tetapi tak berkesan pada korang.. Itulah maksud aku.. Yang penting kena cuba dulu dan konsisten baru boleh tengok hasilnya macam mana.. 

BioXcellent Cupplus White ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang  telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan kecerahan kulit, keanjalan payudara dan menjadikan kulit cerah bersinar.. Seperti yang aku maklumkan tadi, produk ini selamat digunakan dan mengikut standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam produk ini adalah :-
  • Maltodextrin 
  • Fructose 
  • Gum Acacia 
  • Tricalcium Phosphate 
  • Serbuk Jus Strawberry 
  • Serbuk Jus Betik 
  • Pueraria Lobata 
  • Serbuk Red Beet 
  • Citric Acid 
  • Serbuk Fenugreek

Cara Bancuh dan Pengambilan BioXcellent Cupplus White


Cara bancuh  pun kenalah betul ye.. Barulah khasiat minuman ini dapat diserap dengan sempurna.. Jom aku ajarkan cara bancuh BioXcellent Cupplus White yang betul.. Ikut step kat bawah ni..
  • Campur 1 skop (20 gram) ke dalam 200ml/250ml air suam atau air sejuk 
  • Kacau atau goncang sehingga larut 
  • Minum serta merta selepas bancuhan benar-benar larut 
  • Amalkan selepas sarapan atau sebelum tidur
Satu sahaja yang aku nak ingatkan.. Kalau korang ambil sebarang supplement, korang perlu minum air putih/masak secukupnya supaya kesannya lebih maksimum.. Selain itu juga, pengambilan air yang mencukupi setiap hari membolehkan segala toksin dalam badan dikeluarkan sama ada melalui peluh mahupun air kencing..  Bila toksin tiada dalam badan, barulah cepat kesan supplement yang diambil.. Kalau tak berkesan tu, jangan pula korang salahkan supplement ye.. Itu tandanya korang malas minum air putih secukupnya.. Hehe.. Ok, kat sini aku nak beri juga tips dan pantang larang sepanjang consume BioXcellent Cupplus White ni..

Tips/Pantang Sepanjang Consume BioXcellent Cupplus White


  • Untuk masalah jerawat sila berpantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya 
  • Elakkan pengambilan kafein kerana boleh mempercepatkan proses penuaan 
  • Masa period tidak digalakkan untuk mengambil BioXcellent Cupplus White kerana ketika itu sistem penyerapan badan masih lemah dan rugi jika ambil semasa period. 
  • Jarakkan 5 jam pengambilan jika mengambil ubat dari hospital/klinik 
  • Jarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu dan lain-lain 
  • Untuk ibu mengandung, boleh diambil selepas kandungan berusia 4 bulan keatas manakala untuk ibu menyusu pula boleh diambil selepas baby berusia 4 bulan keatas. 
  • Produk slimming/detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau ibu mengandung 
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari untuk kesan terbaik 
  • Jika mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk 
  • Produk yang mempunyai kolagen tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut, masalah kulit sensitif atau masalah resdung

Dapatkan Segera BioXcellent Cupplus White Kekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga


Bagi kaum wanita, memiliki kulit yang cantik adalah seperti satu kemestian kerana bagi mereka putih itu cantik dan payudara besar serta anjal itu menarik! Tetapi tenaga dan kecergasan juga penting bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.. Jadi, untuk mendapatkan semua kebaikan ini, BioXcellent Cupplus White adalah jawapannya.. Dapatkan sekarang BioXcellent Cupplus White untuk kekal cantik, cergas dan bertenaga..

BioXcellent Cupplus White ini boleh didapati di cawangan-cawangan Watsons yang berhampiran ataupun korang juga boleh terus dapatkan secara online melalui website BioXcellent..

HARGA

BioXcellent Cupplus White - 700g (30 hari) 
RM66 
(Termasuk postage jika beli terus dari HQ)   



Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-  

Website 

Facebook 

Instagram 


Baca Juga :



4 comments on "Kekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White"
  1. Betul Lea..sebelum membeli satu-satu produk..pastikan ada kelulusan daripada KKM..nampak sedap pulak..

    ReplyDelete
  2. tu diaa. ni rupanya buat jadi bertenaga. good !

    ReplyDelete
  3. Wah.. Makin bertenagalah Lea ye..

    ReplyDelete