Top Social

6 Sebab Kenapa Wajib Singgah Di McDonald's Jalan Gambang (McDonald's Sg. Isap, Kuantan)

Saturday, July 14, 2018
6 Sebab Kenapa Wajib Singgah Di McDonald's Jalan Gambang (McDonald's Sg. Isap, Kuantan)  |  Bila lapar mesti ingat McDonald's... Itulah aku... Bukanlah bermakna setiap kali lapar aku akan ke McDonald's tetapi rasanya tak sah kalau dalam sebulan tu tak makan McDonald's terutamanya time gaji.. Bak kata orang tak lengkap hidup kalau tak pekena McDonald's ni.. Hehe.. McDonald's yang paling aku suka dan paling kerap aku kunjungi adalah McDonald's Jalan Gambang, Kuantan atau lebih dikenali dengan McDonald's Sg. Isap, Kuantan.. 

6 Sebab Kenapa Wajib Singgah Di McDonald's Jalan Gambang (McDonald's Sg. Isap, Kuantan)

McDonald's Jalan Gambang ini merupakan McDonald's yang paling hampir dengan tempat tinggal aku malah ketika lunch hour juga aku kerap kesini untuk makan tengahari bersama rakan sekerja aku.. Kalau korang nak tahu, McDonald's Jalan Gambang, Kuantan ini mula dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City..

Haaa sebut pasal Bukit Gambang Resort City, pada 04hb hingga 06hb Julai 2018 yang lalu, Team Blogger Pantai Timur ada buat Trip bercuti 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City... Sebelum pulang ke destinasi masing-masing pada 06hb tu, kami singgah dulu di McDonalds Jalan Gambang ni untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan pulang.. Ada sebab kenapa kami pilih Restoran McDonalds Jalan Gambang ini sebagai lokasi persinggahan kami kali ni.. Korang nak tahu tak kenapa? Hehe.. Ok, jom aku cerita 6 sebab kenapa wajib singgah di McDonalds Jalan Gambang di Sungai Isap, Kuantan ini..


6 Sebab Kenapa Wajib Singgah Di McDonald's Jalan Gambang (McDonald's Sg. Isap, Kuantan)

Kalau kita makan dimana-mana sekali pun pasti kita akan kembali kesana sekiranya tempat makan tu memberikan keselesaan kepada kita.. Tidak kiralah dari segi apa sekalipun, walaupun hanya dengan sebuah senyuman  manis.. Apa yang menariknya di McDonalds's Jalan Gambang ni sehinggakan kami memilih lokasi ini untuk singgah mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan pulang? Jom kita selongkar 6 sebab yang menjadikan tempat ini begitu istimewa...

1.  Lokasi Yang Strategik


McDonald's Jalan Gambang ini terletak di tengah-tengah antara Pusat Bandar Kuantan dan Gambang.. Jadi, tidak hairanlah jika ianya menjadi tumpuan persinggahan apabila ada pengunjung yang dalam perjalanan pulang atau pergi ke Bukit Gambang Resort City... Macam aku sendiri yang bekerja di lokasi berhampiran dengan gambang, menjadikan McDonald's Jalan Gambang sebagai tempat untuk makan tengahari apabila aku dan rakan-rakan craving nak makan makanan yang ada di McDonald's... Tak perlu lagi kami ke pusat bandar, semata-mata untuk menikmati makanan di McDonald's yang memakan masa hampir 1 jam untuk sampai... Jauh tu weh!!

Disebabkan lokasinya yang strategik dan paling hampir dengan Bukit Gambang Water Park jugalah kami memilih untuk singgah disini.. Jika dari Bukit Gambang Water Park, untuk sampai ke McDonald's Jalan Gambang ini memakan masa lebih kurang 50 minit sahaja manakala jika aku dari tempat kerja aku, hanya 30 minit sahaja aku dah boleh sampai ke sana.. Kebiasaannya aku akan lunch di sana pada hari Jumaat kerana waktu rehat lebih panjang.. hehe..


2.  Kemudahan Tempat Letak Kereta Yang Luas


Paling best bila pergi makan di McDonald's Jalan Gambang ni, tak pernah tak dapat parking sebabnya kat sini memang banyak tempat yang boleh kita park kereta kite.. Dalam kawasan McDonald's itu sendiri memang telah disediakan lot parking untuk pelanggannya.. Jangan risau, sekiranya di bahagian dalamnya penuh, korang masih boleh park kereta korang di luar kawasan McDonald's tersebut sama ada di bahagian belakang, tepi atau hadapannya dan pastikan korang tak mengganggu laluan kereta orang lain ye.. hehe.. 


Oh ya, di hadapan pintu masuk McDonald's Jalan Gambang ini ada disediakan lot parking khas buat Orang Kurang Upaya (OKU) untuk kemudahan mereka.. Aku ulangi ye, KHAS UNTUK OKU!!.. Haaaaa kalau korang rasa bukan dari golongan tersebut, silalah parking ditempat yang sepatutnya.. Janganlah kita menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab.. Jadilah seorang yang prihatin seperti McDonald's prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.. Sekian pesanan dari penaja.. Hehe..!!

3.  Lengkap Dengan Kemudahan Dalaman


Satu lagi yang aku suka di McDonald's Jalan Gambang ni adalah kemudahan dalaman yang ada di sini lengkap.. Kemudahan dalaman yang aku maksudkan adalah seperti pandu-lalu (Drive Thru), bilik bayi, tandas, kemudahan Orang Kurang Upaya dan juga ruangan permainan untuk kanak-kanak.. Selain itu, ruang makan disini juga selesa dan bertingkat iaitu ada diruang bawah dan juga di tingkat atas.. Bagi aku, Restoran McDonalds Jalan Gambang ini sangat sesuai dihadiri oleh seisi keluarga dan mereka sangat mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira sama ada muda atau golongan tua...

Play Ground

Ruang Khas untuk majlis sambutan hari jadi

Apa yang menariknya lagi disini adalah korang boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama keluarga mahupun kawan-kawan kerana mereka menyediakan ruangan khas untuk tujuan tersebut dan sudah tentu ianya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir.

4.  McCafe Dibuka 24 Jam


McDonald's Jalan Gambang ini juga lengkap dengan McCafe.. Bagi peminat coffee, bolehlah singgah McDonald's Jalan Gambang ini untuk mencuba keenakan coffee di McCafe disini.. Yang bestnya, McCafe disini dibuka 24 Jam bagi memudahkan pelanggannya datang pada bila-bila masa sahaja.. Manalah tahukan ditengah malam korang teringin nak minum latte ke, bolehlah terus ke McCafe McDonald's Jalan Gambang ini.. Mereka sentiasa menanti kunjungan korang..

Apa yang bestnye dengan coffee McCafe ni? Kalau korang nak tahu, coffee di McCafe ini adalah diperbuat daripada 100% Kopi Arabica yang berkualiti tinggi.. Haa sebab itulah coffee di sini sangatlah sedap.. Lagi membuatkan ianya enak, bila pelanggan order baru mereka bancuh.. Fresh gituu.. Satu lagi, walaupun diperbuat daripada kopi yang berkualiti tinggi tetapi harganya lebih murah berbanding ditempat lain... Jadi, kita boleh nikmati coffee kegemaran kita dengan harga yang berbaloi-baloi..

Dulu aku hanya lihat kawan-kawan aku jerk dok minum coffee McCafe ni sebabnya aku memang tak minum minuman berkafien.. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku try McCafe yang encik suami order.. Sedap rupanya.. Lepas tu, aku pulak craving minuman McCafe ni.. Haha!!


5.  Staff Yang Sangat Friendly


Pergilah makan dimana-mana restoran atau kedai makan sekalipun, perkara pertama yang kita harapkan adalah layanan mesra dari para pekerjanya.. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman manis sahaja daripada mereka, ianya sudah  cukup membuatkan hati kite senang.. Betul tak?

Disebabkan itu jugalah aku suka singgah makan di McDonald's Jalan Gambang ini dek kerana layanan yang diberikan oleh mereka sangatlah bagus dan friendly... Staff mereka tidak pernah kedekut dengan senyuman.. Bermula dari pintu masuk sehinggalah di kaunter, senyuman sentiasa menghiasi bibir para pekerja disini.. Perut yang lapar pun boleh jadi kenyang tau.. Haha..


Bukan aku seorang sahaja yang berpuas hati dengan layanan dari pekerja McDonald's Jalan Gambang ni, tapi semua Team Blogger Pantai Timur yang singgah makan disana tempoh hari pun sangat berpuashati.. Mereka sangat friendly seolah-olah dah lama kenal kami.. Serius wehh!! Selepas ini, McDonald's Jalan Gambang ini pasti menjadi tempat persinggahan bagi kami jika melalui jalan ini untuk travel kemana-mana..

Dalam ramai-ramai staff mereka, aku sangat tertarik dengan keperibadian seorang staff disana.. Senyuman sentiasa meniti di bibirnya tanpa pernah lekang.. Layanannya juga seperti seorang ibu melayani seorang anak yang dikasihinya.. Sifat keibuan jelas terpancar diwajahnya.. Siapakah beliau? Jom aku cerita..

6. Guest Experience Leader (GEL) Yang Peramah Dan Sentiasa Tersenyum

'Beliau' yang aku maksudkan tadi adalah Puan Nik Anisah binti Mohd Ibrahim, seorang Guest Experience Leader (GEL) di McDonald's Jalan Gambang yang sentiasa tersenyum dan peramah terhadap semua pelanggan yang datang ke sini.. Tak hairanlah ramai yang senang dengan keperibadiannya.. Jom aku ceritakan serba sedikit tentang beliau..

Puan Nik Anisah binti Mohd Ibrahim, GEL McDonald's Jalan Gambang
Nik Anisah binti Mohd Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mama' di McDonald's Jalan gambang ini merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak.. Beliau kini berusia 50 tahun.. Sungguhpun begitu, faktor usia bukanlah menjadi halangan baginya untuk bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di Restoran McDonald's Jalan Gambang ini.. Beliau adalah contoh terbaik kepada wanita yang telah berusia di Malaysia yang sentiasa memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seseorang wanita itu untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Sebagai GEL, beliau berperanan untuk berkhidmat sebagai Duta Khidmat Pelanggan di sini dan fokusnya adalah untuk memberi pengalaman hebat kepada pelanggan McDonald's itu sendiri.. Bukan itu sahaja, malah beliau juga berperanan untuk memastikan pelanggan diberi layanan terbaik dan pulang dalam keadaan yang gembira dan berpuashati dengan layanan yang diberikan sepanjang mereka berada disana..


Kalau korang nak tahu, Mama Anisah ini mula bekerja di McDonald's Jalan Gambang pada 06 April 2015 dan tahun 2018 ini merupakan tahun ketiga beliau berkhidmat di sini.. Walau bagaimanapun, dedikasinya sebagai pekerja menarik perhatian pihak pengurusan sehingga pada 01 Oktober 2015, beliau dinaikan pangkat sebagai GEL... Wahhh hebatkan mama kita ni..

Korang nak tahu tak cerita disebalik bermulanya Puan Nik Anisah bekerja di McDonald's Jalan Gambang ini? Begini ceritanya..

Pada permulaannya, beliau ingin bekerja di McDonald's hanyalah kerana ingin membantu menambah pendapatan keluarga sahaja.. Sebelum berkhidmat di McDonald's Jalan Gambang, beliau menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal dan pernah menjalankan projek kerajaan dan swasta bernilai hampir RM1 Juta... Dengan penutupan syarikat perniagaannya sendiri memaksa beliau menjadi suri rumah sepenuh masa.. Punca penutupan syarikat tersebut disebabkan masalah ekonomi dan ketiadaan projek.. Selepas itu, beliau bertemu rezeki sebagai pekerja di McDonald's Jalan Gambang.. Benarlah, rezeki itu ada dimana-mana..

Bermula dari situ, beliau selesa bekerja di McDonalds dan suka akan persekitarannya malah beliau sentiasa berasa muda dan ceria sepanjang bekerja disini kerana beliau berpeluang bertemu dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang singgah makan disitu.. Tidak kira peringkat umur, lapisan masyarakat atau status, semua pelanggan memberi kegembiraan dan pengalaman baru kepada beliau.. Hubungan sesama pekerja juga tidak ubah seperti hubungan keluarga dan mereka sentiasa saling membantu antara satu sama lain.


Pengalaman Manis Sepanjang Bekerja Di McDonald's Jalan Gambang

Antara pengalaman manis Puan Nik Anisah sepanjang bekerja di McDonald's Jalan Gambang ini adalah apabila beliau berkesempatan meraikan Sambutan Hari Jadi dan Hari Kanak-Kanak di sini.. Beliau sangat teruja dapat melayani anak-anak yang riang gembira. Selain itu, kenaikan pangkatnya dari seorang kru yang bertugas dilobi kepada GEL juga merupakan satu pengalaman manis buat beliau meskipun beliau sudah berusia..

Salah satu skop tugasnya adalah melayani pelanggan yang datang.. Sepanjang beliau berurusan dengan pelanggan, beliau menganggap pelanggan sebagai tetamu yang penting. Disebabkan itu juga beliau mengambil inisiatif untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. Setiap hari bekerja, Puan Nik Anisah sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasannya. Hobinye yang suka bersembang dan bercerita dengan orang  ramai sangat membantu beliau di tempat kerja. Beliau beranggapan, dengan bercakap dengan ramai orang, banyak manfaat dan maklumat baru yang diperolehi.. Antara golongan yang teramai singgah di McDonald's Jalan Gambang adalah golongan muda dan masih bersekolah dimana mereka lebih mesra memanggil Puan Nik Anisah dengan panggilan 'Mama'..


Menurut Puan Nik Anisah, sebelum bekerja di McDonald's, beliau tidak pernah tahu bahawa pentingnya elemen 'hospitaliti' kepada tetamu di dalam sesebuah perniagaan.. Beliau juga banyak belajar melayan pelanggan yang datang dari pelbagai bangsa dan umur.. Beliau juga menanam azam untuk meluaskan lagi kerjayanya di McDonald's ini..

Aku doakan semoga impian dan cita-cita Puan Nik Anisah dapat dicapai kerana bagi aku beliau mempunyai potensi yang tinggi untuk terus berjaya dalam kerjayanya dengan keperibadiannya yang sangat menyenangkan ramai orang.. Insyaallah..

McDonald's Prihatin


Kalau korang nak tahu, McDonald's merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun mereka sudah berusia. McDonald's juga sentiasa menjaga kebajikan pekerjannya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri.. McDonald's juga merupakan sebuah tempat makan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberikan layanan yang baik.. Begitu jugalah dengan GEL McDonald's Jalan Gambang ini, yang beranggapan sebagai seorang pekerja, beliau sentiasa menganggap pelanggan adalah VIP dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke restoran tersebut..

Team Blogger Pantai Timur Beramah Mesra Di McDonald's Jalan Gambang

Begitulah kisahnya seorang mama di McDonald's Jalan Gambang yang murah dengan senyuman... Sambil kami mengisi perut disana, sambil kami beramah mesra dengan beliau.. Seperti yang kami katakan  tadi, kami sangat menyenangi keperibadian beliau yang sangat friendly.. Apa yang kami makan disana? Jom layan gambar kat bawah ni.. hehe

Rio Burger Beef Pedas Meletop.. Sedap!!

Nice Burger!!

Happy Meals.. Siap dapat mainan transformer tu..

Nugget for my kids

With my happy family

Team Blogger Pantai Timur menjamu selera

Family Kak Sheila

Team BPT bergambar kenangan dengan Staff McD Jalan Gambang

Jom Ke McDonald's Jalan Gambang Sekarang!!

Nak makan pun kena pilih tempat juga kan? Bila dah tahu McDonald's Jalan Gambang menyediakan pelbagai kemudahan dan memberikan layanan yang superb mesra, hati tak mungkin berbelah bagi lagi untuk kesana bagi mengisi perut yang sedang lapar.. Kalau ada yang lalu jalan kuantan-gambang, jangan lupa tau singgah makan di McDonald's Jalan Gambang  ini atau lebih dikenali dengan McDonald's Sungai Isap.. Nak sambut hari jadi pun boleh.. Jom ke McDonald's Jalan Gambang sekarang!!



Alamat

McDonald's McCafe Jalan Gambang, Kuantan
No. A29(Gf), Pusat Komersial
Batu 3, Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang.

No. Telefon
09-536 2746


10 comments on "6 Sebab Kenapa Wajib Singgah Di McDonald's Jalan Gambang (McDonald's Sg. Isap, Kuantan)"
  1. bestnya kalau restoran tu ada fasiliti dan staff yang mesra pelanggan macamni. Dekat Kota Damansara is the worst McD I've been to.

    ReplyDelete
  2. mekdi paling dekat dengan rumah dekat 40min baru sampai. hehehe..

    ReplyDelete
  3. MN nak ke sini 5 minit dah sampai.. tapi tulah walaupun dekat memang jarang ke sana..setahu MN hanya 2x je MN pergi

    ReplyDelete
  4. Suka semua fakta yang dikongsikan Lea ni.. Ada rezeki, bolehlah singgah nanti..

    ReplyDelete
  5. Laaaa lea orang gambang ke? Ice latte mcd sedap. Hihi

    ReplyDelete
  6. harap mcdonalds dapat melahirkan lebih ramai MAMA. hehe

    ReplyDelete
  7. bagus cara mcdonals yg perihatin ni... ala... hehe... suka tgk gamar lea sbb ai ada terselit gak... ekkekeke

    ReplyDelete
  8. Patut lah nampak dekat instagram akak and the geng selalu lunch treat mcd rupanyaaaaaa hehe

    ReplyDelete
  9. Suka servis yang hebat gini, semua pekerja customer service kena ikut contoh begini. Tak kira mana mana restoran pun.. Haih rindu kenangan indah ni.. Meriah betul suasana di lokasi terakhir di MCD jalan Gambang ni😍

    ReplyDelete