Top Social

Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran

Sunday, June 10, 2018
Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran  |  Sejak dua menjak ni ramai yang dok bersembang di laman sosial tentang Drama Nur yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang ni.. Paling latest, isu sup bunjut yang dikaitkan dengan sihir.. Hehe.. Tergelak aku baca.. Tetapi dari situ jugaklah yang membuatkan aku terjebak sama untuk menonton Drama Nur ini.. Nak tonton terus di TV3 memang tak dapat la sebab di Qhaliff dah konker tv.. Jadi, aku tontonlah thru smartphone aku.. Lagi pun dah banyak episod terlepas.. Sekarang aku baru sampai ke episod 6.. Huhu..

Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran

Sebenarnya Drama Nur lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ni dah lama ditayangkan sejak 14 Mei lagi.. Aku jerk yang tertinggal train.. hehe.. Drama ini bersiaran sebanyak 19 episod di Slot Samarinda ofkos di TV3... Antara pelakon yang menjayakan drama ini seperti :-
  • Syafiq Kyle
  • Amyra Rosli
  • Riena Diana
  • Datuk Jalaluddin Hassa
  • Fatimah Abu Bakar
  • Nurkhiriah
  • Azhan Rani
  • Raja Atiq
  • Zaidi Omar
  • Laila Nasir
  • Elmy Moin
  • Kuna Muzani


Sinopsis Drama Nur 


Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia.   

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid.   

Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT.   

Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?


Starting drama ni pun aku dah suka dengan jalan ceritanya.. Drama yang sarat dengan pengajaran.. Drama yang berunsurkan islamik dan bukan cerita cinta cinton yang melerek-lerek dan mengada-ngada... Banyak sangat pengajaran yang boleh diambil dari Drama Nur ini.. Kalau korang belum tengok lagi, bolehlah maraton tengok dari episod pertama hingga episod yang sedang ditayangkan sekarang ni.. Dah tak lama nak habis ni.. Tinggal 3 episod jerk lagi..

Kalau nak tengok, bolehlah klik link kat bawah ni.. Tempat aku lepak tengok Drama Nur.. Hehe..



Kredit : Kepala Bergetar

12 comments on "Drama Nur Di TV3 Sarat Dengan Pengajaran"
  1. Memang trending habis drama ini.. Skrip dan storyline dia mantap..

    ReplyDelete
  2. memang viral betul kan sup bunjut tu hahaha. btw cantiknya lahai amyra rosli hehee

    ReplyDelete
  3. sambil moreh leh tengok drama Nur..

    ReplyDelete
  4. dh nk abis cite ni..tgk aritu pn dh pertengahan episod....nk plak sejak viral sup bunjut sihir ..makin meletop la daram ni

    ReplyDelete
  5. betul tu, dengan drama ni barulah bukak sikit mata masyarakat huhu. kadang kadang orang yang mendalami agama ni selalu sangat rasa dia paling bagus mcm pakcik yang taksuka adam tu huhu

    ReplyDelete
  6. Terjebak juga tengok cerita ni.
    Jalan cerita tak cliche macam cerita lain. :)

    ReplyDelete
  7. ramai update pasal ni..tapi tak marathon lagi nak tengok cerita ni

    ReplyDelete
  8. Tjebat juga tgk tho ada yg dah termiss. Suka cerita n soundtrack

    ReplyDelete
  9. tergerak hati nak tengok dekat youtube pastu jatuh cinta. Sekarang dah nak habis dah :(

    ReplyDelete
  10. Tak dan nak tengok bulan puasa ni

    ReplyDelete
  11. terjebak juga tengok drama ni. Geram dengan watak kak ecah tu!

    ReplyDelete
  12. seriously aida x tgk pun citer ni.
    tapi, otomatik tahu jalan citer nyer.
    ada 3-4 org member, memang update tiap kali episod nyer berakhir, di fb.
    dari citer diorang, tau dah jalan citer nyer.
    but, bab sup bunjut tu very the top ha ha ha ha... like it!

    ReplyDelete