Review Novel | Teman Roh by Muhammad Fatrim

Friday, April 27, 2018

Review Novel | Teman Roh by Muhammad Fatrim  |  Hola!! Lama gile rasanya tinggal zaman kegemilangan review novel.. Sekarang semakin tak cukup masa nak membaca.. Bila dapat membaca, tak de masa pulak nak buat entry review novel.. Haduii.. Tapi kali ni aku gagahkan diri juga untuk review novel Teman Roh by Muhammad Fatrim ni.. Kalau tak, memang terperam aje dalam draf.. Huhu..

Teman Roh by Muhammad Fatrim
Teman Roh by Muhammad Fatrim

Eceli novel Teman Roh ni aku dah beli agak lama.. Novel ni aku peram sejak Mei 2017 lagi.. Gile lama!! Nak baca masa baru beli tu, aku tengah mengandung.. Rasa macam tak sesuai pulak nak baca novel macam ni.. Jadi, aku peram dulu sampai aku bersalin.. Dah bersalin, keberanian pula hilang entah kemana.. Rasa memang tak berani langsung nak baca novel seram.. Peram lagi!! Bila anak dah besar sikit ni, barulah keberanian tu datang kembali.. Alhamdulillah, aku dah habiskan novel Teman Roh ni beberapa minggu yang lepas.. 

Sinopsis Teman Roh
Tanggapan Pertama Teman Roh

Firstime baca tajuk novel ni, hati aku dah berkata-kata yang cerita ni seram dan kisah dia tentang roh jahat... Sebab tanggapan tu jugalah aku takut nak baca novel ni awal-awal dulu... Memang dah baca review kengkawan tetapi sekadar baca review dari mereka, memang tak boleh nak membayangkan kisah sebenar novel ni.. Bila baca sendiri barulah tahu jalan cerita yang bagaimana ingin disampaikan oleh penulis....

Secara jujurnya, apa yang aku bayangkan memang tak sama dengan jalan cerita novel ni.. Mungkin aku terlebih bayangan.. Haha!! Walaupun begitu, novel ni tetap ada kekuatan sendiri dan jalan ceritanya juga menarik meskipun, teman roh itu bukanlah teman roh yang sangat sangat sangat menakutkan.. Kehkehkeh!!

Cerita Sebenar Di Sebalik Teman Roh

Novel ini mengisahkan tentang seorang penyampai berita bernama Suraya yang diberi kelebihan olehNYA dimana dia boleh melihat roh.. Roh yang sentiasa menghantuinya dan sentiasa mengekorinya adalah roh seorang pelakon terkenal tanah air yang bernama Ryzal.. Ryzal datang kepadanya untuk meminta bantuan agar mencari badannya yang hilang.. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia masih hidup atau telah mati.. 

Perghh kalau aku ditempat suraya, memang tak tenang hidup.. Sentiasa diekori dan diperhatikan oleh roh.. Haha!! Sejak dari itu, Suraya sering menerima nota dari figura rama-rama.. Misteri figura rama-rama ni agak dasyat sebab ianya sangat mengelirukan sampaikan aku sendiri tak dapat agak siapa figura rama-rama yang sebenarnya.. Dari satu pembunuhan ke satu pembunuhan berlaku.. Setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan ianya berpunca dari sebuah kisah lama.. 

Apakah kisahnya? Nak tahu, kenalah baca sendiri kan.. Eh! tapi nak juga cerita sikit.. Kisahnya bermula dari sebuah kemalangan jalan raya yang melibatkan ayah Ryzal... Dari situlah, terbenihnya sebuah dendam yang memerlukan pembalasan.. Sehinggakan yang tak bersalah pun menjadi mangsa keadaan.. Diakhir cerita, figura rama-rama muncul dengan sendiri tanpa bukti yang boleh mensabitkan kesalahan keatasnya.. Huhuhu..

Konklusi Teman Roh

Untuk novel yang entah keberapa dari penulis Muhammad Fatrim ni aku bagi 4/5 bintang.. Aku suka jalan ceritanya.. Walaupun apa yang aku bayangkan tidak tergambar dalam novel ni.. Hehe.. Masa baca novel ni, aku masih boleh lagi relax tanpa ada rasa nak pengsan dek kerana ketakutan.. Jadi, bagi aku jalan ceritanya nice dan seram suam-suam gitu.. Ada rasa seram tetapi masih boleh dikawal oleh perasaan takut.. Ahak!!

Teman Roh pun baik gile dalam novel ni.. Siap boleh jatuh cinta lagik dengan manusia (suraya)... Comel gile cerita dia.. Haha!! Jangan suka sangat sebab cerita ni sangat banyak twisnya.. Silap hari bulan boleh mereng jika tak hayati betul-betul sebab kaitan antara satu sama lain membuatkan jalan ceritanya agak berliku tetapi menarik.. 

Macam biasa, penulis Muhammad Fatrim tak pernah mengecewakan aku dengan novelnya... Ada kelainan dalam penulisannya.. Jadi, lepas ni boleh borong lagi novel karya beliau.. Haha!!

Tinta keramat dari Muhammad Fatrim Teman Roh
Macam mana review aku kali ni? Korang puas hati tak? Kehkehkeh!! Kalau tak puashati, korang kenalah beli sendiri novel ni... Baca sendiri baru syok.. Jomlah jadi 'ulat buku' macam aku.. Hiks..!



4 comments:

  1. macam best tapi xda masa nak baca pula. btw akan masuk list bacaan ^^

    ReplyDelete
  2. ooo. .ni macam cerita sixth sense la kan.. best2

    ReplyDelete
  3. Dah baca dah.. Memang twist dia banyak gile.. Welcome back Lea.. Kikiki..

    ReplyDelete
  4. tengok tajuk dia rasa seram, baca review kak lea macam boleh imagine jalan cerita dia. boleh masuk dalam list :)

    ReplyDelete