DASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif

Friday, April 27, 2018

DASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif  |  Setiap bulan encik suami mesti kena spend duit untuk keperluan diri.. Dia masih tak boleh nak 'move on' dengan jenama penjagaan diri yang lain dan masih setia dengan jenama DASHING.. Setiap keluaran terbaru DASHING, mesti dia akan cuba dan bandingkan dengan yang sebelumnya.. Paling latest, dia cuba pula DASHING Sport kerana DASHING Sport penuhi kehendak lelaki aktif... Bersesuaianlah dengan kerjanya yang sentiasa kena aktifkan diri.. Hiks..

DASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif

Bukan tak cuba jenama lain, tetapi masih tak boleh menandingi kehebatan jenama DASHING ni.. Baunya memang best.. Itu memang tak boleh dinafikan.. Setiap keluarannya, mesti ada yang tersangkut dihati.. Bila sebut pasal sport ni, mesti terus teringatkan bola sepak kan.. Haaa musim-musim bola sepak ni, korang yang mane nak pergi stadium tengok bola tu, bolehla sembur DASHING Sport ni dulu supaya orang sebelah tak pengsan bau badan korang tu.. Haha!! Orite, jom aku kenalkan pada korang rangkaian produk DASHING Sport ini..


DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.   

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING Sport mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.  

DASHING Sport Deodoran Hitman
DASHING Sport Deodoran Golden Boot
Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.     

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING Sport ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.       

Semburan Deodoran DASHING Sport  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.   

DASHING Sport Eau De Toilette Hitman


DASHING Sport Eau De Toilette Golden Boot


DASHING Sport Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.  

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi iaitu  Hitman dan Golden Boot.   


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.  


Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.


Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



3 comments:

  1. mana yg best lea.. hijau ke kuning? kita nak beli untuk en abg kita ni. .

    ReplyDelete
  2. Bauan baru.. Bolehlah bagi kat encik suami nanti..

    ReplyDelete
  3. dashing memang bau lelaki pastu memang bau dia mek suka. walaupun kategori strong tp masih boleh diterima.

    ReplyDelete