Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Monday, October 30, 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS  |  Dalam era teknologi yang serba canggih ini dan zaman maklumat di hujung jari, pencarian dan penyampaian maklumat secara cepat dan tepat adalah penting.. Ia dapat menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan semua pihak di samping memberikan kemudahan untuk mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memudahkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secara online dengan memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

saps ibu bapa, sistem analisis peperiksaan sekolah, kementerian pendidikan malaysia, saps, semak keputusan peperiksaan, keputusan peperiksaan online
Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS 

Apa itu SAPS Ibu Bapa?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online.. Sistem SAPS ini juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD..

Aku yakin ini adalah satu berita baik buat ibu bapa diluar sana terutamanya bagi mereka yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya masa untuk melihat atau mengambil keputusan anak-anak di sekolah.. Betul tak? Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan anak-anak secara online sahaja.. Tak perlu lagi ke sekolah.. Hanya perlu berada di depan PC mahupun smartphone dah boleh mengetahui dan memantau perkembangan prestasi pelajaran anak-anak... Sangat mudah kan.. Segalanya hanya di hujung jari sahaja.. Jimat masa dan tenaga.. Dah tahu cara semak? Haa kalau belum tahu, jom lihat cara semaknya..

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa

Ok, sebelum aku ajarkan cara semakan aku nak maklumkan terlebih dahulu bahawa semakan keputusan peperiksaan secara online ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6 dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 sahaja.. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.. Keputusan bagi ketiga-tiga peperiksaan awam ini hanya boleh diambil di sekolah sahaja ok!.. Jom belajar cara semak..

Langkah-langkah Menyemak Keputusan Peperiksaan Pelajar 

Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

1Layari laman web SAPS Ibu bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/



2.  Masukkan No. Kad Pengenalan/Sijil Lahir pelajar dan klik 'Cari'..


3. Pilih negeri dan klik 'Cari Di Sini' untuk cari nama sekolah.. Dah jumpa nama sekolah, klik 'Semak'..


4. Pilih tahun peperiksaan..


5. Pilih jenis peperiksaan... Seterusnya klik 'Papar Slip Keputusan' untuk lihat keputusan peperiksaan dan klik 'Papar Markah Peperiksaan' untuk lihat semua markah bagi setiap peperiksaan yang telah diduduki pada tahun tersebut..


Contoh paparan Slip Keputusan dan Analisa Markah Peperiksaan


Mudahkan.. Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ni, rasanya tiada alasan lagi untuk ibu bapa beralasan tidak ada masa mengikuti perkembangan prestasi akademik anak-anak kerana sistem ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada... Janji ada talian internet.. Hehe.. 

Selain SAPS, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menubuhkan satu lagi laman web iaitu sistemkpm.com.. Mesti korang tertanya-tanya kan apa tujuan laman web tersebut ditubuhkan... Jadi, di sini aku ceritakan serba sedikit berkenaan laman web tersebut..



Sistemkpm.com merupakan sebuah forum yang baru ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membekalkan informasi berkenaan sistem-sistem KPM... Sebelum ini, kakitangan kerajaan seperti guru-guru terpaksa menghantar email untuk pertanyaan dan menunggu agak lama untuk mendapatkan jawapan.. Jadi, dengan adanya forum ini, segala pertanyaan yang sering diajukan tidak perlu lagi ditujukan kepada pegawai melalui email..

Nampaknya segalanya akan menjadi lebih mudah selepas ini dengan adanya forum seperti ini.. Kenapa lebih mudah? Yelah, hanya melalui forum ini segala pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan ada jawapannya.. Betul tak? Tapi apa kaitannya sistemkpm.com ini dengan SAPS Ibu Bapa? Ada kaitannya... Melalui sistemkpm.com ini juga, korang boleh dapatkan maklumat terperinci tentang SAPS Ibu Bapa... Lihat anak panah dalam gambar diatas... Itulah kaitannya.. Hehe.. Jadi, dengan hanya melayari laman web sistemkpm.com ini, korang dapat pelbagai maklumat.. Mudahkan...

Oklah, aku harap artikel ini dapat membantu dalam menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda.. Semoga dengan adanya sistem ini, ianya akan menjadi titik tolak kepada ibu bapa dalam memantau perkembangan prestasi akademik anak-anak dan lebih mengambil berat tentang pelajaran mereka.. Sekaligus dapat mengatur jadual pembelajaran anak dengan lebih baik mengikut prestasi mereka.. 


13 comments:

  1. betul tu lea...saps ni memudahkan ibu bapa....tapi berdebar je setiap kali nak bukak hehehe

    ReplyDelete
  2. Mudah dah sekarang, zaman makin maju , sistem pendidikan pun dah kena bergerak ke depan, ,,

    ReplyDelete
  3. Senang dah ya nak check keputusan exam anak2 lepas ni. Ingat lagi dulu2 ada yang takut nak tunjuk parents keputusan tak baik, pandai plak edit2. Ain pernah sign report card sendiri sebab terlupa nak tunjuk kat parents. Hihihi

    ReplyDelete
  4. memang mudah guna saps ni, senang terus dpat taw result.

    ReplyDelete
  5. Akak memang check result anak melalui saps ni Lea..
    Mula-mula anak pelik, kenapa akak boleh tahu keputusan peperiksaan dia..
    Hehehehe so sekarang ada system ni tak boleh sorok keputusan exam dari parents lagi ;-)

    ReplyDelete
  6. rabia check keputusan peperiksaan melalui saps

    ReplyDelete
  7. Memang mudah sangat.. Boleh bandingkan terus keputusan pertengahan dan akhir tahun..

    ReplyDelete
  8. lea pernah tulis info ni tahun lepas. tq tambah info ni pulak tahun ni

    ReplyDelete
  9. baru tahu pasal ni, thnks perkongsian

    ReplyDelete
  10. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often. saps ibubapa

    ReplyDelete
  11. Senang saje boleh semakan saps ibu bapa kat online sekarang

    ReplyDelete