Novel Preloved Tapi Macam Baru

Thursday, July 13, 2017

Novel Preloved Tapi Macam Baru  |  Alhamdulillah, isnin lepas novel preloved yang aku beli dari Blogger Sha selamat sampai ke tangan dalam keadaan yang baik dengan menggunakan Flexipack Pos Malaysia walaupun keadaan kotaknya terkoyak sedikit dibahagian hujungnya.. Nama aje novel preloved tapi macam baru tau.. Dengan ini, bertambahlah lagi koleksi novel yang belum dibaca aku... 

Novel Preloved Tapi Macam Baru
Novel Preloved Tapi Macam Baru
Seperti yang aku sendiri sedia maklum, Sha memang seorang yang sayangkan buku.. Kalau dia beli buku, sebelum baca harussss dia balut dulu buku-buku tersebut.. Kalau beli novel preloved dengan dia memang tak risau sebab buku-bukunya berada dalam keadaan yang baik dan macam baru.. Aku pun patut mencontohi sikap beliau ni.. Hiks.. 


Orite, inilah antara novel-novel yang aku beli dengan beliau... Yang atas sekali tu #Seramshit, aku dapat gift daripada Sha.. Alhamdulillah.. Thankz sha.. Yang paling aku nak adalah Penanda Kubur Anira tu.. Nasib baik aku tak beli lagik yang baru.. Kalau tak terasa kerugian kat situ ye.. Inilah dinamakan rezeki kan.. Dapat beli dengan harga murah dan novelnya juga seperti novel baru siap berbalut.. Memang terbaiklah..


Bertambah lagi novel seram aku.. Bila nak baca ni.. Haruss la waktu siang ye tak.. Haha.. 2 novel ni aku kemain google dulu sebelum beli.. Gigitan dan Kerana Kau Aku Kembali... Tengok feedback dari pembaca lain di goodreads.. Ramai yang memberi feedback yang baik untuk 2 novel ni.. Tu sebab aku beli... Nak jugak tengok kehebatan penulis dalam menghasilkan novel ni kan..


Untuk novel Penanda Kubur Anira ni pula, aku tertarik dengan jalan ceritanya.. Bila tengok sinopsisnya, teringin sangat nak baca.. Sha pun cakap buku ni best jalan ceritanya.. Lagik la teruja nak baca.. Dah dapat ni, boleh lah baca lepas ni.. Tapi kene habiskan dulu novel yang tengah baca sekarang ni.. #Seramshit pula aku dapat hadiah dari Sha.. Juga rasa tak sabar nak baca.. Bukunya nipis aje.. Maybe 1 hari dah boleh habis baca... 

Banyak lagik novel target yang aku nak beli.. Antaranya koleksi karya Anna Lee dan Novel Seram karya Phakinai.. 2 penulis yang aku rasa korang pun tahu kot hasil karya dorang memang best... Aku tahu tentang penulis ni pun dari Sha jugak.. hehe... Pape pun, kita cari yang preloved dulu.. Lepas tu baru pulun yang baru kalau tak de kan.. Hiks..


12 comments:

  1. Mrs pip pun beli juga dari Sha..
    Buku yg diterima, serius masih baru ...
    Happy reading.

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak jual preloved novel-novel yang berlambak kat rumah tu.. tapi sayang pulak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jual, jangan lupa tag ye.. Kot ada yang berkenan.. 😊

      Delete
    2. Assalamualaikum. Maaf saya bertanya. Awak ke blogger bernama Sha yg jual preloved novel?

      Delete
    3. Wsalam.. bukan saya.. tu Shahida Dzulkafli owner kasihkuamani@blogspot.com

      Delete
  3. Pandai than dia Jaga mmg nampak baru

    ReplyDelete
  4. yes sha memang master of novel :-)

    ReplyDelete
  5. novel preloved ni kadang murah tapi kualitinya macam baru dibeli

    ReplyDelete
  6. lama dah tinggalkan preloved novel ni...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Lega buku sampai dalam keadaan baik.. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Syoknya tengok blogger2 ulat buku macam kak Lea, Kak Sha, Kak Siqah, Fatina.. Haishhh serap semangat sikit, malas bebenor saya skrg.

    ReplyDelete