Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan  |  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Dah bersediakah korang untuk menghadapi Ramadhan tahun ni? Atau ada yang dah terbayang-bayang suasana beraya di kampung sekarang ni? Hiks.. Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba nanti, Lazada Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama meraikannya dengan mengadakan jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei 2017 sehinggalah 30 Jun 2017 dengan tawaran diskaun sehingga 90%... Banyak tu uolls.. Rugi kalau tak guna kesempatan yang ada ni untuk borong apa yang patut untuk persediaan Ramadhan dan Hari Raya nanti..


Kemahennn teruja aku bila Lazada Malaysia buat sale sempena Ramadhan ni.. Aku dah usha-usha barang yang best-best untuk dibeli.. Siap buat wishlist lagik.. Haha!!

Bukan setakat jualan Ramadhan, Lazada Malaysia juga meraikan para blogger dengan menganjurkan Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini dengan tema yang berbeza setiap minggu.. Wahhh memang teruja sangat aku nak  join contest ni... Kalau boleh setiap minggu nak join hokeh!!

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Contest kali ni akan berlangsung selama 4 minggu dengan topik yang berbeza setiap minggu.... Setiap blogger boleh sertai lebih dari 1 penyertaan.. Ini bermakna peluang untuk menang memang cerah.. Hehe.. Semakin ramai blogger yang menyertainya, semakin banyaklah hadiah yang akan disediakan nanti... So, korang-korang semua yang bergelar blogger, moh le kite pakat join ramai-ramai ye.. Hadiah mingguan pun disediakan tau untuk 3 orang blogger bertuah bagi setiap minggu.. Memang terbaikk!!

Orite, jom ikut aku join untuk minggu pertama ni.. Apakah tema untuk minggu ni??

Minggu Pertama
Tema : DELICIOUS RAMADHAN
Tarikh : 19 Mei 2017 - 01 Jun 2017

Biasa kalau bulan Ramadhan, juadah yang agak istimewa yang biasa aku buat setiap tahun adalah Roti Jala dan Kari Ayam.. Kalau nak buat Roti Jala dan Kari Ayam ni haruss kena tunggu hari cuti.. Kalau hari bekerja memang akan kelam kabut... So, lebih baik tunggu hari cuti baru buat sesuatu yang istimewa untuk juadah berbuka.. Ok, tak yah nak bebel panjang sangat, jom tengok resepi Roti Jala Lembut & Sedap beserta Kari Ayam yang biasa aku gunakan...

Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan


Roti Jala Lembut & Sedap

Bahan-bahan :-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air (dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan :-
  • Blend semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dengan menggunakan Tefal Blender Blendforce Triplax.. Kalau nak tahu adunan sudah boleh dijala atau tidak, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan... Jika aduanan tersebut keluarnya tidak putus-putus, maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick Tefal Super Cook Frypan.. Kalau pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala...
  • Selepas dijala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.. Kalau dah masak tak perlu dibalik, terus aje diangkat dan digulung..
  • Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam.. 



Kari Ayam

Bahan-bahan :-
350gm bahagian isi ayam (potong kecil)
1 sudu kecil cili giling
2 biji kentang (potong dadu)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 inci asam gelugur
1 sudu kerisik
1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-
5 ulas bawang merah
1/2 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Penyediaan :-

  • Tumis bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga... Masukkan bancuhan serbuk kari + cili giling. Tumis hingga pecah minyak..
  • Selepas dah pecah minyak, masukkan kentang dan ayam.. Kacau rata.
  • Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk..
  • Kemudian, masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam Knorr, kerisik, garam dan gula.. Renehkan lagi..
  • Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan roti jala.. 


Ni lah resepi yang selalu aku guna untuk buat roti jala dan kari ayam.... Setiap tahun pasti aku akan buat roti jala... Dulu-dulu biasa buat roti jala, guna kuali biasa aje.. Bila buat asyik dok lekat aje kat kuali, terus aje beli kuali non stick... Aku lebih suka guna jenama Tefal.. Sebab tu la blender dan kuali non stick aku dari brand Tefal.. Proses penyediaan Roti Jala pun jadi lebih mudah bila aku menggunakan barangan seperti Tefal Blender Blendforce Triplax dan Tefal Super Cook Fryfan ni.. Aku beli barangan Tefal ni dulu kat Lazada Malaysia.. Sekarang ada diskaun tau untuk 2 barang ni... Jom kita terjah..





Kalau korang nak dapatkan barangan kat atas ni, boleh klik aje link bawah gambar tu ye.. Dah alang-alang beli barangan Tefal tu, beli la terus bahan-bahan untuk buat kari ayam tu kan.. Korang juga boleh dapatkan Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi dan juga Kiub Pati Ayam Knorr di Lazada Malaysia tau.. 



Kat Lazada Malaysia apa yang tak de kan.. Sekecil-kecil barang pun ada dijual.. Tu yang bestnya Lazada Malaysia ni.. Kalau korang rasa nak shopping sakan sempena Ramadhan ni, bolehlah terjah laman web Lazada Malaysia sekarang untuk menikmati diskaun hebat sehingga 90% bermula dari tarikh 19 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ini... Jangan lepaskan peluang ni tau.. 

Jadi apa tunggu lagi tu?? Jom pakat serbu LAZADA MALAYSIA sekarang!!!


13 comments:

  1. Menarik... Hehehe, belum puasa dah terliur dah ni... ^_^
    Nak cuba buatlah nanti ^^

    ReplyDelete
  2. Sedapnya roti jala dgn kari. Fav ana juga ni.

    ReplyDelete
  3. woww...bestnya...all the best lea

    ReplyDelete
  4. menu favorite masa berbuka, suka cicah kari kuah banyak..

    ReplyDelete
  5. Sedappnya​ Roti Jala dgn kuah kari ayam. Nyum nyum 😍

    ReplyDelete
  6. Perutku berbunyi kring kring kringgg 😭

    ReplyDelete
  7. Tak kira bulan Ramadhan atau bulan2 lain, roti jala memang tetap menjadi hidangan kegemaran.. Kita serupalah Lea, suka dengan jenama Tefal, sip sikit.. ;-)

    ReplyDelete
  8. goodluck kak lea! makanan wajib laa kalau dekat bazaar tu hahaha

    ReplyDelete
  9. Roti jala mmg liez suka sbb suka sgt nak membuat jala tu... Seronok nak buat

    ReplyDelete
  10. Alaaa nampak ni terus rasa nk pergi cari roti jala petang ni kat pasar malam.

    Good luck lea.

    ReplyDelete
  11. suka juga menu ni bila tiba bulan posa..tapi penat menjala
    JanjiKita

    ReplyDelete