Morning Sickness Dah Menghampiri Aku

Monday, January 16, 2017

Assalamualaikum wbt..


Morning Sickness Dah Menghampiri Aku  |  Allahuakbar.. Loya-loya makin terasa.. Mujur belum sampai tahap muntah lagik.. Kalau dah sampai tahap muntah-muntah nanti, mesti aku akan kerap bercuti... Keadaan diri makin tak selesa... Tidur malam dah tak lena seperti selalu... Itu belum sampai tahap kejang kaki lagi.. Kalau sampai tahap tu, memang tak boleh tidur terus.. Keadaan yang terpaksa dihadapi oleh ibu mengandung... 

Kalau ikut alahan yang dulu-dulu, alahan aku agak teruk sampai tahap aku tak boleh bangun... Huhu.. Moga kali ini diberi kekuatan untuk aku melalui hari-hari yang penuh  mencabar... . Saat-saat begini, aku perlukan sokongan seorang suami.. Alhamdulillah, takat ni encik suami banyak membantu dalam menguruskan anak aku Qhaliff... Buat masa ni, keadaan aku masih ok.. Cuma terasa loya sahaja.. Untuk hari-hari akan datang belum pasti lagi bagaimana keadaan alahan aku... Seramnya nak lalui.. Hehe.. Sampai blog aku pown terabai.. 

Mungkin aku akan stop mengambil job review... Risau tak dapat melaksanakannya nanti.. Tengok kepada keadaan nanti.. Hiks.... Korang yang baik hati semua, doakan aku tak alami alahan teruk yeeeee... Wohaaa!! 



2 comments:

  1. Sha doakan semoga Lea akan melalui pengalaman mengandung yang manis..
    semoga Allah permudahkan semuanya untuk Lea..
    You can do it girl..

    ReplyDelete
  2. tahniah Lea dan semoga dipermudahkan sepanjang tempoh mengandung dan hingga melahirkan..teruja pulak..be strong dan tawakkal..

    ReplyDelete