Peringatan Aidilfitri | Siapa Yang Kita Tak Boleh Salam Dihari Raya Nanti

Monday, July 4, 2016

Assalamualaikum wbt..

Peringatan Aidilfitri | Siapa Yang Kita Tak Boleh Salam Dihari Raya Nanti | Mesti dah ramai yang berada di kampung halamankan sempena menyambut Aidilfitri yang tak berapa hari lagi ni.. Mungkin ada yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung.. Bagi yang masih dalam perjalanan pulang tu, aku nak berpesan agar korang drive safe ye.. Jangan lelaju.. Ingatlah orang yang tersayang.. hehe..

Sempena raya yang bakal tiba nanti juga aku nak ingatkan juga tentang salam menyalam ni.. Siapa yang boleh kita salam dan siapa yang  tak boleh kita salam dihari raya nanti.. Bukan saja dihari raya sahaja.. Malah sampai bebila pown cenggitu la hukumnya ye.. Tapi aku up entry ni sebagai ingatan kita dihari raya.. Mungkin keterujaan yang lebih dihari raya sampai lupa batas-batas yang sepatutnya kita patuhi..

Nak dekat Raya ni marilah kita saling mengingati...

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH kita salam :-

Jika kita seorang Lelaki :-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
11. Kawan perempuan

Jika kita seorang Perempuan :-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak
11. Kawan lelaki

Ada yang tak tahu dan kadangkala kita terlupa.... Nampak macam boleh tetapi sebenarnya tak boleh... Haa..dah tahu kan?? Jangan buat-buat lupa pula yaaa.. hehe..



Adegan yang selalu berlaku ketika di hari raya... Bila kita ziarah ke rumah rakan-rakan, habis semua kita nak salam.. Tak kira lelaki perempuan..  Kalau boleh elak.. Elak la ye kawan-kawan.. Hiks..


sumber : google

Moga menjadi peringatan buat aku dan korang juga di hari raya nanti.. :)

6 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih Lea perkongsian ini...in sya Allah kita salung ingat mengingatkan satu sama lain ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak PC.. untuk peringatan lea n kita bersama kak.. hiks.. :)

      Delete
  2. Haiii.. farah datang bw. Jemput join segmen bloglist farah ye ^0^

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete
  3. tq share psl ni :)

    ReplyDelete