Aku Ingin Berubah

Thursday, December 24, 2015


Assalamualaikum wbt

Mood apdet blog tetiba datang.. firstime apdet blog guna hp ni.. teruja beb.. HAha.. tapi yang tak bestnye line sangat-sangat la slow... cam siput sedang bersiar-siar.. huhu.. 

oKeh..!! Bukan sal siput yang LA nak ceritakan tetapi tentang sebuah buku yang hampir selesai LA baca.. sebelum tu nk tunjuk dulu cover depan buku ni.. baru syiok nk buat review kan..

.
.
.

**Aku Ingin Berubah by Qamarul Nazrin**

.
.
.

(Susah jugak guna hp yek apdet blog.. - x suke!!) Okey kite terus ke topik utama ye puan2 sekalian.. hehe.. Buku ni LA dah baca sampai last capter.. Bab 6 - Syurga Untuk Semua.. LA tertarik dengan artikel untuk tajuk yang ke-2 dalam bab ini.. Jom LA review sikit ape yang ada dalam tajuk NO.2 itew...!!


02. PIMPIN DENGAN HIKMAH

Teguran kita kepada orang secara umum seperti ceramah, facebook dan lain-lain sangat berbeza. Bila kita berhadapan secara face to face, pendekatan perlulah berbeza, bukan semata-mata menghukum, lantas mengabaikannya.

"Weh kau tau tak couple tu haram?"

"Weh tutup la aurat! Tau tak dedahkan aurat tu berdosa?"

"Apa ni pakai baju ketat? Tak takut ke orang pandang?"

"Aku tengok kau ni macam tak pernah solat je, agama apa ni?"

Dan pelbagai lagi teguran-teguran yang sama waktu dengannya. Niat hendak mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan tu dah bagus. Tapi cara tu kene betulkan sedikit. Bila cara tak kene, akhirnya bergaduh. Tak bertegur sapa, merajuk dan sebagainya. Jadi, macam mana nak buat?

Kalau nak ajak orang lain melakukan kebaikan, tak semestinya kena ajak melalui perkataan. Boleh je menegur tanpa mengeluarkan sepatah kata. Saya pernah ada seorang junior bilik di kolej dulu yang tak solat. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut,

1. Perkara pertama sekali yang saya lakukan ialah 'menawan hatinya'. Saya akan sentiada lepak dengan dia, study sekali dengan dia, bagi nota-nota pelajaran, ajak jogging sekali dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa tsiqah atau rasa percaya dalam dirinya terhadap saya. Bila dia dah percaya pada saya, senang la untuk saya mendidik dirinya untuk solat! Tandanya adalah apabila dia mula bercerita tentang rahsia-rahsia peribadinya pada saya.

2. Suatu hari, junior saya mula menceritakan masalah-masalah peribadi yang dialaminya. Maksudnya dia sudah percayakan saya! Saya terus kepada langkah kedua iaitu merancang suatu tindakan yang dapat mendidik dia untuk menunaikan solat. Apa yang saya lakukan ialah saya akan ajak dia pergi jogging pada setiap petang, diakhiri dengan makan di cafe yang berdekatan dengan masjid. Sengaja saya jadualkan hidup kami untuk makan pada waktu senja yang berdekatan dengan masjid. Setelah selesai makan, azan pun berkumandang. Di situ peluang untuk mendidiknya. Saya terus ajak pergi solat berjemaah di masjid. Dah alang-alang dekat dengan masjid kan. Atas dasar hormat dan percaya, akan jadi lebih mudah. Saya lakukan setiap hari hingga jadi kebiasaan.

3. Apabila sudah menjadi rutin, saya selitkan dengan kisah-kisah teladan berkenaan kelebihan orang yang bersolat jemaah dan ancaman bagi orang yang tak solat.

Sehinggalah pada suatu hari, junior datang kepada saya. Kelihatan dia baru lepas menangis. Dia meluahkan yang dia teringin nak solat tapi tak tahu nak solat. Maka saya ajarkan dia untuk bersolat agar lebih sempurna. 

Tak perlu tegur direct. Nak ajak orang sekeliling melakukan perubahan ada kala boleh dilakukan dengan hikmah (bijaksana) dan qudwah.

Kalau roommate korang kaki drama korea sampai tinggal solat, korang boleh ingatkan mereka dengan mengajak untuk solat berjemaah sekali. Kalau roommate korang jenis orang selekeh, campak baju merata, korang boleh ajak diorang untuk gotong-royong bersihkan rumah sama-sama. Kalau kawan korang free hair dan tak tutup aurat dengan sempurna, ajak dorang temankan korang shopping tudung dan baju-baju labuh. Kemudian belanja dorang tudung dan baju.

Puji dorang sampai kembang.

Dan perkara yang terpenting dalam mengajak melakukan kebaikan adalah sabar dan doa. Sabar dengan kerenah mereka dan sentiasa doakan mereka. Mungkin korang tak tahu betapa strugglenya dalam hati dorang nak berubah!! Bukankah korang juga pernah lalui kesusahan yang sama dulu?? Jadi, bersabarlah. Pandanglah mereka dengan kaca mata dakwah, jangan sesekali menghukum mereka. Santuni mereka dengan lemah lembut hingga akhirnya mereka juga mampu berubah seperti korang!!




Okeh dah setel LA taip tajuk NO.2 tersebut.. panjang gak ohh!! Lenguh jari jemari.. tapi tak pe.. LA nk soh satu donea baca.. haha.. hasil penulisan yang sangat bagus daripada saudara Qamarul Nazrin untuk kite semua.. Nak tegur orang pown biarlah kene dengan caranya ye dak?? Jangan men hentam kromo je.. niat ati dah baik nak tegur tapi kalau dengan cara yang tak betul silap-silap kite lak yang menambah dosa yang sedia ada.. So, berhati-hatilah ye ketika menegur tu.. jangan sampai menghina orang..


Kalau korang baca 1 buku ni lagik best.. lagi banyak la pengetahuan dan pengajaran yang korang akan dapat dalam buku ni.. LA review tajuk diatas sebab LA rasa isinya menarik untuk dikongsikan.. bukan tajuk ni je menarik tau tapi semua tajuk dalm buku ni best.. cumanya, bagi LA tajuk ni istimewa sikit.. haha.. Moga dengan pengkongsian ni kita sama-sama dapat manfaat daripadanya. 

Buat korang.. beli la buku ni.. sangat bagus tau.. hehe... OKey la nak chow dulu nak sambung baca sampai abeh.. Assalamualaikum........~!!


3 comments: