Lazada Merdeka Blogger Contest Winners Announcement

Thursday, September 28, 2017

10 comments
Lazada Merdeka Blogger Contest Winners Announcement  |  2 hari lepas aku dapat emel dari pihak lazada tentang keputusan pemenang Lazada Merdeka Blogger Contest.. Macam biasalah, keputusan ni akan dihantar kepada semua peserta yang join contest tersebut.. Lama jugak rasanya tunggu keputusan ni keluar.. 26 Sept 2017 barulah diumumkan pemenangnya.. Tak seperti selalu, kali ni aku tak berapa nak excited tengok nama pemenang sebab dah banyak kali jugak join lazada contest  ni tapi tak de rezeki lagi untuk menang.. Dalam pada tak berapa nak excited tu, tetiba ternampak satu nama ni yang cukup aku kenali.. Hoh!! Siapakah??


Nama aku wehhh!! Dok dalam senarai pemenang 2nd Prize.. Allahuakbar... Ada rezeki aku kali ni rupanya.. Betullah kan, rezeki ni datangnya tanpa disangka-sangka.. Bila kite terlalu mengharap, boleh jadi ianya bukan untuk kita.. Bila kita tak mengharap langsung, tetiba ia datang bergolek pada kita.. Alhamdulillah... TQ ALLAH.. TQ Lazada...

Tahniah jugak aku ucapkan pada semua pemenang yang tersenarai... Lain kali kita pakat join lagik yek Lazada Contest ni.. Mane tau ada rezeki korang pulak untuk menangkan.. Insyaallah.. Tak sabar nak tunggu vouchernye.. Bolehlah aku shopping barang anak-anak juga nanti.. Banyak yang nak dibeli ni.. Inilah dinamakan rezeki anak yek.. 😉


Read More

Belaian Menawan Sepanjang Hari Dengan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion

Wednesday, September 27, 2017

12 comments
Belaian Menawan Sepanjang Hari Dengan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion  |  Wahh kemain panjang lagik tajuk entry kali ni yekk.. Mane tak nya terlebih teruja dengan surprise dari Enchanteur Malaysia.. Baru-baru ni aku ada terima sebuah kotak menawan dari Enchanteur Malaysia.. Siap berikat reben lagik.. Tak sabar-sabar rasanya nak tahu isi dalamnya.. Bila dah buka, nahhhh bau harum menerjah deria bau aku.. Kalau sebut aje Enchanteur, tak sah kalau tak dikaitkan dengan keharuman produknya.. Jenama yang diyakini sejak dulu lagi dengan keharumannya yang semerbak.. Betul tak? Kali ni Enchanteur muncul dengan produk baru yang akan memberi belaian menawan sepanjang hari dengan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion...


Sebelum korang berkenalan dengan rangkaian produk ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion, aku nak tunjuk dulu kotak indah yang aku terima tu.. Inilah kotaknya.. Comel jerk siap ber-reben lagik.. Kotaknya pun cantik, berbunga-bunga... Jom tengok isi dalamnya pula..

enchanteur, body lotion, lotion. losyen, perfumed body lotion, ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion
Dalam box indah ini terdapat 3 item iaitu 2 wangian losyen dan memo bottle bersaiz A5... Kenapa disertakan sekali botol air tu? Haaa kalau korang nak tahu, ini jawapannya.. Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan. 

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.   


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda! 

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit. ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda. 

ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion menawarkan 3 variasi iaitu Romantic, Alluring dan Charming yang akan memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari. 


ENCHANTEUR Romantic 
(dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)  

Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.  


ENCHANTEUR Alluring 
(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)  

Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.    


ENCHANTEUR Charming 
(direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated) 

Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari :- 

Website

Facebook 


Read More

Giveaway FM From Canada

Tuesday, September 26, 2017

5 comments
Giveaway FM From Canada  |  Aku pantang kalau ada giveaway hadiahnya FM.. Memang akan usaha jugak untuk join.. Pulak tu FM dari luar negara.. Memang harus join.. Menang kalah tu belakang kira.. Sekurang-kurangnya kita mencuba nasibkan.. Kalau menang, bertambahlah FM kat peti ais aku tu.. Hiks... Giveaway FM From Canada ni dianjurkan oleh rakan blogger kita Eldarwena... Kite up banner giveaway dulu..

Klik banner untuk join

Nampaknya ada 4 ketoi FM dalam gambar kat atas ni.. Jadinya 4 orang pemenanglah yang dicari oleh penganjur... Syarat yang ditetapkan pun mudah saja.. Just follow link yang diberikan.. Dah aku bereskan pun semua.. Oleh itu, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ni.. 

Tarikh Tamat
30 September 2017



Read More

Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda

Monday, September 25, 2017

15 comments
Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda |  Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masalah besar. Kulit kita di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna mempunyai kulit kering di wajah mereka. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit. Kulit yang sihat adalah satu sebab kita akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

murad, dr. murad, hydro glow aqua peel, mask

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit lebih sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar.  Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan serpihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila berlakunya dehidrasi kulit dan kulit kusam, Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembalikan dan menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan kusam tidak akan berlaku lagi.


Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:-

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarutkan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask – Topeng lembaran membekalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan kelihatan lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA 

Gunakannya sekali seminggu.

Langkah 1 - Retexturizing Swab
Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.

Langkah 2 - Moisture Infusion Mask
Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia, Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia. Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September.  Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman web dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, sila layari www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.

Read More

Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !

Sunday, September 24, 2017

7 comments
Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !  |  Cermin kereta tersekat?  Pintu bunyi berkeriut? Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC  lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras. Untuk mengatasi masalah ini, kita  memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.  


Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun atau tersekat di kesesakan jalan raya. Dapatkan setin  WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant,  yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil. 


Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat-sekat, hanya semburkan sedikit  ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan.

Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing di mana ada habuk dan minyak terperangkap, hanya  semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.  Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut, hanya sempurkan dan biarkan beberapa minit, dan nahhh tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. 

Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.  Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar iaitu dari -73°C sehingga +260°C. Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.   


Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi. 


Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu.        

Ingin tahu lebih lanjut? Layari  laman web WD-40® Silicone di https://goo.gl/e5yJz2 atau  di  http://wd40.asia  hari ini  Paling penting adalah usah panik sekiranya anda berada di dalam situasi yang sukar.  Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu.


Read More