Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum

Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum  | Assalamualaikum wbt... Hi korang! Macam mana persiapan raya korang? Dah settle semuanya ke... Raya dah dekat ni.. Bagi diri aku sendiri, alhamdulillah semua dah settle termasuklah alat-alat make up.. Haha.. Over mak kan... !! Tak padan dengan mak buyong tu... Dah alang-alang bercerita pasal make up ni, hari ini aku nak share dengan korang tentang kehebatan compact powder yang aku tengah pakai sekarang... Meletop uolls!! Mek View International Two Way Cake With Full Coverage dan Soothing Ivy Serum... Pernah dengar tak jenama ni? Kalau ada yang belum pernah tahu dan kenal, meh sini aku nak perkenalkan kat korang.. Jangan  malas-malas baca sampai habis ye..!! Hiks..

Mek View International, Two Way Cake With Full Coverage, Soothing Ivy Serum, compact powder, foundation, serum
Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum
Rasanya dah lama aku tak pakai compact powder yang jenis two way cake ni... Nak tahu sebab apa? Aku tak suka!! Sebabnya kebanyakan two way cake yang pernah aku guna akan membuatkan muka aku bercapuk bila aku start berpeluh.. Kulit muka aku ni jenis kombinasi.. Akan berminyak di zon 'T'... Agak susah nak cari two way cake yang berjaya bertahan sepanjang hari dan tidak bercapuk.. Huhu.. Tapi tidak dengan Mek View International ni.. Two way cake nya best tau... Boleh bertahan lebih dari 8 jam.. Pastu muka nampak flawless aje.. Memang terbaik.. 


Semalam aku dah cuba uji kehebatan Mek View Two Way Cake With Full Coverage ni.. Aku pakai dari pagi sampai ke petang semasa aku ke pejabat.. Hari semalam sepanjang hari aku kehulu kehilir tengah panas untuk persiapan program berbuka puasa di tempat aku dan ternyata muka aku tak bercapuk.. Menten aje... Aku sangat berpuas hati dengan compact powder Mek View International ni.. Rasa sayang pulak nak pakai selalu.. Takut habis.. Haha..!! Satu lagi yang bestnya pasal bedak ni, tak melekat kat tudung hokeh macam sesetengah bedak tu... Aku kalau bedak yang melekat kat tudung memang paling tak suka.. Tapi Mek View ni memang best, tak melekat kat tudung.. Terbaikk!!! Orite, jom kite tengok apa lagi keistimewaannya Mek View Two Way Cake With Full Coverage ni..

Keistimewaan Mek View Two Way Cake With Full Coverage
  • Mesra wudhuk dan solat
  • Tidak mudah luntur atau bercapuk walaupun ketika waktu panas dan bertahan lebih dari 8 jam tanpa touch up berulang kali.
  • Teksturnya lebih halus dan 7 kali lebih ringan. Bila sapu dekat muka, seolah-olah tak pakai bedak.. Memang  best..
  • UV Protection SPF 50
  • Mempunyai kelulusan KKM - NOT 160905156K dan selamat digunakan
  • Sesuai untuk kulit sensitif
Kod Warna yang lebih jelas

Ok, bedak ni didatangkan dengan 2 pilihan warna ye.. Light Beige dan Natural Beige... Aku menggunakan kod warna no. 2 Natural Beige.. Mungkin gambar yang aku ambil agak berbeza warnanya.. Biasa la, disebabkan pencahayaan.. Gambar kat atas ni lebih jelas warnanya.. Mengikut warna yang sebenar...


Dari segi pemakaian bedak ni, korang jangan bimbang kalau bab span sebabnya Two Way Cake ni didatangkan sekali dengan span.. Spannya pun lembut.. Sapuan lebih senang dan rata.. Paling aku tertarik dengan Mek View Two Way Cake With Full Coverage ni adalah pakagingnya.. Tampak exclusive bertemakan gold and black... Rasa sangat yakin dan teruja untuk menggunakannya.. Ok, tadi aku cerita tentang keistimewaannya kan.. Sekarang korang kena tahu tentang manfaat yang ada padanya pula..

Manfaat Mek View Two Way Cake With Full Coverage
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Tidak melekit
  • Anti hitam bawah mata
  • Melembapkan kulit
  • Merawat kulit yang rosak dan mengecilkan liang pori
  • 5 kali kesan memutih (booth up whitening)
  • Menghilangkan jerawat, parut jerawat, jeragat, kulit kusam dan bintik hitam
  • Menghilangkan kedutan pada wajah
Banyakkan manfaatnya pada kulit kita... Untuk tampak lebih sempurna, bolehlah guna sekali dengan Mek View Soothing Ivy Serum.. Muka akan nampak lebih segar dan berseri-seri...

Soothing Ivy Serum
Mek View Soothing Ivy Serum
Orite, ini produk kedua dari Mek View International yang aku gunakan sebelum aku mengenakan Mek View Two Way Cake With Full Coverage... Kalau sebelum ni aku pakai pelembab sebelum make up, sekarang aku bertukar kepada Soothing Ivy Serum ni kerana kesannya lebih ohsemm!! Nak tahu apa kelebihannya? Jom semak satu persatu kat bawah ni..

Kelebihan Mek View Soothing Ivy Serum
  • Memberikan kesan kelembapan 
  • Menyejukkan muka
  • Menyegarkan kulit muka
  • Membantu foundation tahan lebih lama
  • Mengecutkan pori muka
  • Mengurangkan rasa kulit tidak selesa..
  • Sesuai digunakan pada kulit normal dan sensitif


Serum ni best tau.. Serapan pada kulit cepat dan tidak melekit.. Kalau bab memilih serum ataupun pelembap, aku memang menitik beratkan teksturnya.. Kalau melekit memang aku tak pakai.. Tak selesa pada kulit... Kalau korang nak tahu, serum ni mengandungi PITERA... Apa itu Pitera? 
PITERA is full of vitamins, amino acids, minerals and organic acids that work together to allow the skin's natural surface rejuvenation process to function at its prime.
Pitera juga boleh mengurangkan kedutan dan mencerahkan bintik-bintik hitam yang ada pada kulit muka kita... Hebatkan serum ni.. Setaraf produk antarabangsa... Sebenarnya ramai dah yang mencuba dan menggunakan produk Mek View International ni mestipun ia masih baru dipasaran.. Ramai yang berpuashati dengan hasilnya dan paling menarik, dah ada yang setia dengannya tau.. Termasuklah aku.. Hiks.. Jom kite tengok apa kata pengguna tentang produk Mek View International ini..

Testimoni Pengguna Mek View International










Ok, kalau korang rasa ingin mencuba dan mendapatkan produk Mek View International ni bolehlah berbuat segera.. Raya dah dekat ni tau.. Time raya la nak melaram pun kan.. Hehe.. Aku yakin korang akan berpuashati dengan hasilnya nanti... Oh ya, korang boleh dapatkan produk Mek View ini dengan harga seperti dibawah :-


HARGA

MEK VIEW TWO WAY CAKE WITH FULL COVERAGE

RM 79.00 (SM)
RM 85.00 (SS)


MEK VIEW SOOTHING IVY SERUM

RM 35.00 (SM)
RM 40.00 (SS)


HARGA SET COMBO

Two Way Cake With Full Coverage + Soothing Ivy Serum

RM 100.00 (SM)
RM 105.00 (SS)


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh layari :-

Facebook

Instagram


Atau hubungi/Whatsapp :-

017 - 351 1510




18 comments on "Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum"
  1. kemain makyong.. raya sakan naa tahun nie.. hihi

    ReplyDelete
  2. Menarik.

    Saya belum siap apa2 pun. Minggu depan kot. Tapi saya sorang senang je.

    ReplyDelete
  3. wah bestnya kak leaaa. nak cikitt serum tuuu.. hehe. comel cute miutttt

    ReplyDelete
  4. Waaaa boleh tutup semua cela ni.. Menarik..

    ReplyDelete
  5. bagusnya bedak ni sebab boleh merawat kulit.

    ReplyDelete
  6. berseri lah raya nanti pakai Mek View ni kan hihi

    ReplyDelete
  7. Saya pun tengah pakai jugak sekarang ni. So far memang satisfied dengan two way cake dia :D Saya paling suke sebab senang nak cuci. biasa kalau keluar nak solat tu, senang sikit

    ReplyDelete
  8. wahh..kemain mak yong ni..bersewi2 la di pagi raya nanti..hehe

    ReplyDelete