Ovule Rose Dapat Mengembalikan Keremajaan Kulit

Ovule Rose Mengembalikan Keremajaan Kulit  |  Sejak dua menjak ni kecoh berita tentang skincare mengandungi bahan beracun.... Sampaikan naik takut nak pakai sembarangan skincare sekarang ni.. Sebelum-sebelum ni aku pun pernah terjebak dengan skincare yang merbahaya ni tau.. Tapi lepas dapat tahu, serta merta la berhenti.. Ada la beberapa kali jugak terjebak.. Sekarang aku lebih berhati-hati dalam pemilihan skincare.. Bila nak beli tu mesti check dulu ada kelulusan KKM ke tak.. Aku akan check sendiri kat laman web NPRA... Bila dah pasti ada kelulusan KKM baru aku berani nak pakai.. Baru-baru ni, kawan aku ada perkenalkan satu produk skincare ni.. Katanya ada kelulusan KKM dan aku sendiri pun dah check memang ada kelulusan KKM.. Aku pun dah guna produk ni seminggu.. Aku suka produk ni... Nak tahu produk ape? Ovule Rose namanya.. Bukan sahaja ada kelulusan KKM tapi produk Ovule Rose dapat mengembalikan keremajaan kulit uolls... 

Jom ikut aku.. Aku nak kenalkan korang dengan produk Ovule Rose ni.. Baca tau jangan nak malas-malas.. Kang rugi.. hehe..

Ovule Rose Dapat Mengembalikan Keremajaan Kulit
Ovule Rose Dapat Mengembalikan Keremajaan Kulit
Ok, inilah rupanya produk skincare Ovule Rose tu.. Produk ni didatangkan dalam set kembara... Sangat mudah dibawa kemana-mana dan amat sesuai bagi korang yang suka travel.. Boleh simpan dalam handbag je.. Dalam set ni terdapat 5 item produk iaitu Cleansing Gel, Mist, Serum, Moisture Cream dan BB Cream SPF35.. Produk ini diperbuat daripada Stem Cell placenta bunga rose tau dan menggunakan teknologi dari jepun yang diformulasikan daripada Swiss.. Produk ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit... Bukan wanita aje yang boleh guna, tetapi lelaki pun boleh guna ye Ovule Rose ni.. 

Rose Placenta Stem Cell Teknologi

Sekarang korang pun dah tahu produk ni berasaskan apa kan dan ianya ternyata selamat untuk digunakan tiada bahan kimia.. Paling penting ada KELULUSAN KKM... Ni result yang aku check sendiri di laman web NPRA... Hiks..


Oklah, produk ni diperbuat daripada apa, korang pun dah tahu.. Kelulusan KKM pown korang dah tahu.. Apa lagi yang aku tak cite tentang produk ni ye?? Oh ya, aku belum cerita tentang item yang ada dalam set skincare ni kan.. Nak tahu ke?? Moh le aku terangkan kat korang tentang setiap item yang ada dari kesesuaian jenis kulit, kelebihan dan cara penggunaannya.. 


OVULE Rose Cleansing Gel


Ini pencuci muka ye.. Nama lagik Cleansing Gel ye dak?? Hehe.. Saje je nak nyakat korang.. Botol pencuci muka ni chomel sangat,.. Kecik molek.. Set kembara kan.. Mestilah semua comel-comel jerk packagingnya.. Senang dibawa kemana-mana.. Tak de la berat beg korang tu..

Kelebihan/Manfaat
  • Dengan penggunaan yang konsisten, ia dapat menambahkan keanjalan kulit wajah untuk tampak bersih berseri bak bunga mawar...
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
Cara Penggunaan
  • Basahkan kulit muka dan sapukan gel pembersih keatas kulit muka dalam pergerakan bentuk bulatan..
  • Bilas dengan air yang banyak..
  • Lap sehingga kering sebelum menggunakan krim pelembap muka
Aku dah menggunakan Rose Cleansing Gel ni seminggu dan aku sukakannya.. Pencuci muka ni tak sama dengan sesetengah pencuci muka tu, yang terlalu banyak buih membuatkan kulit jadi kering.. Yang aku suka, lepas cuci muka kulit terasa lembut dan tak tegang.. Memang terbaik..



OVULE Rose Placenta Mist


Rose Placenta Mist ni aku guna lepas cuci muka.. Yang ni pun botolnya agak comel.. Panjang dan kurus.. hehe.. Dah macam botol minyak wangi jerk kan.. Memang comel.. Aku suka.. Senang pegang dan senang buat semburan.. Hiks.. Ok, nak cite sikit tentang Rose Placenta ni.. 

Rose Placenta Stem Cell Ekstrak adalah satu-satunya ekstrak yang diambil secara saintifik dari tumbuhan bunga rose. Rose Placenta diekstrak secara eksklusif dari Damask Rose yang terdapat hanya di negara Bulgaria..

Kelebihan/Manfaat
  • Membantu memperbaharui sel kulit untuk mencapai kesan anti-penuaan
  • Membantu memutihkan, menegangkan dan melembapkan kulit wajah
  • Kulit akan lebih kelihatan muda dan cerah sentiasa
Cara Penggunaan
  • Semburkan ke muka sebelum menggunakan pelembap muka
  • Boleh juga digunakan pada waktu yang bersesuaian bagi mendapatkan kesan kesegaran dan kesempurnaan dengan segera
Aku suka bau Rose Placenta Mist ni.. Bau mawar.. Rasa segar je muka bila kene sembur dengan mist ni.. Bukan muka jerk segar, bijik mata pown turut bersama-sama segar bugar.. Haha!! Serius aku suka bau mist ni... Harumm.. Dah menjadi aroma terapi buat aku... Hiks..



OVULE Rose Placenta Serum


Haaa yang ni serum.. Dikeluarkan dalam bentuk tiub... Senang sikit nak picit bila dalam bentuk tiub ni.. Sekali picit dah keluar isi dalam tiub tu.. Ekeke.. Serum ni jernih warnanya.. Banyak manfaat serum ni tau.. Jom tengok apa manfaatnya..

Kelebihan/Manfaat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki struktur kulit dengan cepat
  • Membantu dalam merangsangkan pertumbuhan semula sel kulit tisu penghubung dengan meningkatkan dan membaiki keanjalan sel kulit itu serta memberikannya kelembutan..
  • Memberikan imbangan kelembapan kulit dan menenangkan kulit.
Cara Penggunaan
  • Sapu dan ratakan keatas kulit muka..
  • Urut perlahan-lahan sehingga ianya meresap jauh ke dalam kulit..
  • Untuk keputusan yang maksimum, gunakan ia pada sebelah pagi dan malam.
Aku suka serum ni sebab tak melekit... Paling win, serum ni senang serap dalam kulit.. Kalau nak kesan cepat, leh la pakai belah pagi dan malam.. Tapi aku ni jenis nak jimat... So, pakai belah pagi jerk la.. Hahaha.. Kedekut betul kan.. Hiks.. 


OVULE Rose Placenta Moisture Cream


Haaa ni krim pelembap.. Warna dia pink cair.. Terpesona tengok warna dia.. Rasa nak makan jerk.. Hahaha.. 

Kelebihan/Manfaat
  • Membantu membaiki dan memberi nafas baru kepada kulit dari segala masalah luaran
  • Melicinkan wajah serta menghaluskan tekstur kulit
  • Mengurangkan masalah kulit mengelupas
  • Mengembalikan wajah tampak muda, tegang dan jelas sekata
  • Sel kulit diberikan tenaga agar garis halus dan kedutan berkurangan
  • Membaiki keseluruhan struktur kulit dan keanjalannya.
  • Krim pelembap ini memberikan rasa kulit yang segar dan lembap sentiasa
Cara Penggunaan
  • Gunakan dalam jumlah yang mencukupi bagi melembapkan kawasan muka dan leher..
  • Sapukan dengan pergerakan bentuk bulatan sehingga ianya meresap jauh ke dalam kulit
Bila aku apply krim ni kat muka, memang lembap jerk kulit muka dan ringan tak rasa tebal.. Sesetangah krim pelembap yang aku pernah guna, bila apply akan rasa tebal jerk muka dan melekit-lekit.. Tapi krim ni tak.. Kulit soft jerk.. Lagi best lepas tu pakai pulak OVULE UV BB Cream SPF 35.. Lagi mantop feeling dia uolls..!!



OVULE UV BB Cream SPF35


Ini rupa dan warna UV BB Cream.. Warna skin... BB Cream adalah singkatan bagi Krim Blemish Balm yang dikatakan menyediakan liputan yang sangat baik sebagai asas dan juga untuk menjana semula kulit.. BB Cream ni bertindak sebagai foundation jugak tau.. 

Kelebihan/Manfaat
  • Melindungi dan menjauhi kulit dari jeragat, garis-garis halus atau bintik-bintik hitam
  • Memberikan kesan kulit yang segar dan semulajadi
  • Ia berupaya membetulkan tona-tona kulit yang tidak sekata dan suram secara semulajadi
  • Ianya mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan dalam pemutihan, menghalusi kedutan dan menambahkan kecerahan dalaman dan keanjalan kulit.
  • Memberi perlindungan dari sinaran UV serta membantu kulit daripada pendedahan matahari
  • Mengandungi serbuk keliangan yang sangat baik untuk kawalan sebum, melindungi kulit dari sinaran UV selama berjam-jam
Cara Penggunaan
  • Sapukan pada permukaan kulit muka selepas menggunakan pelembap wajah.
Yeahh aku dah jatuh cinta dengan UV BB Cream ni sebab bila sapu kat muka, muka jadi glowing dan tak bercapuk.. Paling best tak yah pakai bedak dah uolls.. Cukup sekadar pakai BB Cream ni jerk dah cukup... Boleh cover jerawat yang ada dekat muka aku ni dengan sempurna...  Memang terbaik..!! Satu lagik yang best, muka ringan jerk bila pakai cream ni.. Muka pun nampak natural jerk.. 

Sebenarnya, bukan aku aje yang dah guna Ovule Rose Skin Care ni.. Rupanya dah ramai yang menggunakannya dan berpuashati dengannya.. Jom tengok apa kata pengguna Ovule Rose skincare ni..

Testimoni Pengguna

Pn. Dah dari Putrajaya

Cikgu Rozi



Pn. Nor

Pn. Ha


Testimoni Aku Sendiri (Seminggu Penggunaan)

Tayang gambar sendiri pulak.. Hehe.. (Bibir terlebih kering lorr!)
Pakai Ovule Rose Set Kembara sebelum keluar.. BB Creamnya sangat best!

Dalam seminggu penggunaan skincare ni, aku berpuashati dengan Ovule Rose ni kerana kulit aku menjadi lembap dan tidak kering.. Produk ni memang tak melekit dan tiada pengelupasan yang berlaku ye.. Itu aku suka.. Paling penting produk ni tak memberi kesan pencerahan atau lebih tepat kesan pemutihan kulit muka terlalu cepat macam sesetengah produk dipasaran yang pernah aku gunakan sebelum ni.. Ada produk yang aku gunakan kesannya seawal 3 hari sahaja tau.. Tu bermakna memang ada bahan beracun...

Itu je la testimoni aku takat ni sebab baru pakai seminggukan.. Bagi la peluang kat aku pakai lebih lama.. hehe.. Baru la boleh aku bagi testimoni secara menyeluruh.. Tak gitu??

Oklah, semua pun dah aku bongkarkan kat sini tentang produk apa yang aku pakai dan apa kelebihan produk ni.. Kalau korang rasa berminat nak cuba jugak korang bolehlah try set kembara ni yang super cute ni.. Kesannya secara semula jadi, kulit tak rosak dan berbaloi-baloi... Nak tahu tak harga set kembara ni berapa?? Ada promosi tau sekarang ni.. Rugi tak grab cepat-cepat.. Jom tengok harganya berapa..

HARGA OVULE ROSE PLACENTA
SET KEMBARA

Harga Asal  :  RM 180.00

HARGA PROMOSI
RM 79.90 sahaja
( termasuk postage )

Untuk keterangan lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Email
ovulerose@gmail.com

Contact No.
013-357 2616

9 comments on "Ovule Rose Dapat Mengembalikan Keremajaan Kulit"
  1. Macam best je tengok produk ni. Teruja tengok krim pelembap tu, memang cantik sangat warna dia. Mist tu pun menarik sangat~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Ana Fatihah. Salam perkenalan. Saya Rohayah Vee owner produk Ovule Rose. Terima kasih Ana Fatihah di atas komen yang diberi. :)

      Delete
  2. Kan memang takut skrg ni yg takda keluusan kkm tu. heh btw menarik tengok review produk ni :)

    ReplyDelete
  3. Mula2 akak baca terus terdetik jat hati...ada pengelupasan tak....bila Lea kata tak ok..alhamdulillah...menarik..

    ReplyDelete
  4. Alahai, kenapa dia punya BB cream tak buat dalam tiub jugak.. 😅

    ReplyDelete
  5. Mek tk prnh dgr lg product ni 😱Tapi result dia cam awesome giler !

    Hrga promo memang buat org jd laju je nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ayunie ramli. Salam perkenalan. Saya Rohayah Vee, owner produk Ovule Rose. Produk ni masih baru lagi di pasaran. Terima kasih di atas komen yang diberi.

      Delete