Drama Dia Bidadariku Pengubat Rindu

Assalamualaikum wbt..


Drama Dia Bidadariku Pengubat Rindu  |  Korang layan tak drama ni haritu.. Drama Dia Bidadariku ni disiarkan bermula 06 Mac 2017 yang lalu sebanyak 13 episod di Astro Ria... Teraju utama drama ni ofkos la pelakon kesayangan aku, Erra Fazira dan heronya pula Hisyam Hamid.. Drama ni sebenarnya dah habis disiarkan.. Aku je lambat update tentang drama ni.. 

Eceli, aku merindui lakonan Erra Fazira.. Rasanya dah lama dia tak beraksi di layar perak.. Alhamdulillah, bila drama ni disiarkan terubat rindu aku nak tengok dia berlakon.. Hehe... Lagi pun jalan cerita drama ni menarik.. Aku suka.. Drama ini juga adalah adaptasi sebuah novel.. Cumanya aku frust jugak la dengan endingnya yang seolah-olah tergantung dan tiada kesudahan.. Huhu..

Tapikan aku rasa macam akan ada sambungan aje drama ni.. Mungkin macam drama Dia semanis Honey lakonan hebat Siti Nordiana dan Alif Satar.. Atau pown akan menyusul filem, sambungan daripada drama ni.. Siapa tahukan.. Hiks.. Teruja jugak aku.. Dan harapan aku agar ada sambungan drama ni.. Nak tahu jugak la kesudahan hidup Suri lakonan Erra Fazira dalam drama ni kan.. Oh ya, aku suka jugak tengok watak Khaliff, lakonan Wan Raja dalam drama ni.. Mencuit hati.. hehe..

Kalau yang dah tengok mesti tau jalan ceritanya kan.. Bagi yang belom tengok boleh la tengok dekat link yang aku bagi kat bawah ni nanti..  Sebelum tu, korang boleh baca sinopsis cerita ni dulu ye..

Para Pelakon
Erra Fazira sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim Sebagai Ridzal
Tisha Shamsir sebagai Qaseh
Wan Raja sebagai Khaliff
Dian P.Ramlee sebagai Ummi 


SINOPSIS DRAMA DIA BIDADARIKU

Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira seorang andartu yang hatinya telah tertutup untuk bercinta lagi setelah dia putus tunang 15 tahun yang lalu.. Setelah 15 tahun berlalu, tiba-tiba bekas tunangnya Ridzal, lakonan Norman Hakim yang agak psiko telah kembali untuk merebut cintanya.. Disamping itu juga, muncul seorang jejaka bernama Ammar, lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri dan mendapatkan cintanya.. Berjayakah Ammar untuk mandapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu?.. 


Haaaa sinopsis pown tergantungkan.. Kalau nak tahu apa yang akan terjadi, korang boleh klik link bawah ni untuk menonton kisah selanjutnya.. Best cerita ni...


Jom tonton


6 comments on "Drama Dia Bidadariku Pengubat Rindu"
  1. Macam best je cerita ni, kena tengok lah!

    ReplyDelete
  2. ya...memang gantung lah episod last cerita ni...tak tahu si Suri tu lari pi mana...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya erra.. Nampak masih remaja.. Mungkin kena tengok drama ni

    ReplyDelete
  4. hmm.. Nasib la tv kat rumah sewa ni rosak... Tak dapat nak tengok.. :/

    ReplyDelete
  5. Ada tertengok sikit.. Walaupun Erra dah berusia tapi gandingan dengan Hisyam tu nampak serasi..

    ReplyDelete