5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta

Sunday, June 24, 2018

16 comments
5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta |  Bulan Jun adalah bulan yang selalu aku tunggu-tunggu setiap tahun kerana bulan Jun adalah bulan kelahiran aku dimana menjadi penanda bagi usia aku yang semakin meningkat setiap tahun.. Pada Tahun ini juga, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun iaitu 15 Jun 2018.. Sedang kami semua bergembira menyambut hari raya, Syawal yang ke-5 kami dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang kami sayangi perginya mengadap Sang Pencipta.. 19 Jun 2018 (Selasa) adalah hari yang tak mungkin kami sekeluarga lupakan..


Di usia 43 tahun, dia telah kembali kepada Penciptanya.. Dari DIA kita datang kepada DIA jugalah kita akan kembali.. 5 hari telah berlalu tetapi aku masih lagi belum mampu untuk move on sepenuhnya.. Ada masa aku teringat akan kenangan lalu bersamanya, pasti mengalir air mata.. Kadang kala teringat betapa seksa kehidupannya di dunia, menempuhi liku-liku kehidupan yang tak mampu untuk aku bayangkan, pasti mengalir air mata ini.. Pergilah wahai abang.. Tenanglah disana.. Aku akan sentiasa doakan dirimu mendapat kebahagiaan yang tak pernah dirimu dapat di dunia ini..

Dia mengidap penyakit Lelah.. Lelah yang dihidapinya sudah ditahap yang kronik.. Dia pernah melalui saat-saat getir dimana jantungnya terhenti seketika yang boleh menyebabkan nyawanya terputus dari badan.. Tetapi kekuasaan Yang Maha Esa itu melebihi segalanya, bila jantungnya kembali berfungsi.. Allahuakbar.. Alhamdulillah..

Dia juga pernah menghuni bilik ICU di HTAA beberapa kali dek kerana gagal bernafas dengan baik akibat dari penyakit lelahnya.. Itulah rumah keduanya semasa di dunia.. Berulang alik antara rumah dan hospital.. Lebih menyedihkan dan aku tak dapat maafkan diri aku sendiri, dia hidup sendiri semasa di dunia.. Aku tak mampu untuk membela nasibnya.. Aku tak mampu untuk membantu dia semasa di dunia dek kerana keadaan yang tak mengizinkan.. Tak perlulah rasanya aku bercerita disini sebab-sebabnya.. Cukuplah kami sekeluarga tahu keadaannya.. Yang aku mampu, setiap kali solat pasti aku panjatkan doa buatnya agar dirinya dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH dan dapat keluar dari kesengsaraan yang dia alami..

Namun, tuhan lebih menyayanginya.. Dia pergi jua.. Pergi kembali kepada Sang Pencipta pada 5 syawal yang lalu.. Alhamdulillah dia pergi dalam keadaan yang baik dan terlalu mudah.. Wajahnya tenang setenang air yang mengalir dan seolah-olah dia sedang tidur.. Wajahnya seolah-olah menggambarkan segala beban dan seksa yang ditanggung selama ini telah terlepas semuanya.. Sangat tenang.. Subhanallah..

Ku titipkan doa ini buatmu wahai abang di setiap solat ku.. Insyaallah..

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa abangku Muhammad Azli bin Embong sama ada dosa besar atau kecil yang pernah dilakukannya dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja.. Kasihanilah dia, lindungilah dia, rahmatilah dia dan maafkanlah dia Ya Allah.

Ya Allah..
Muliakanlah keadaannya dan tempat kembalinya, lapangkanlah dan terangilah kuburnya.. Mandikanlah dia dengan air, salju dan air yang dingin.. Bersihkanlah dia dari segala kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari segala kekotorannya.

Ya Allah..
Gantikanlah kepadanya rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya di dunia ketika disana kelak.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMU Ya Allah dan peliharalah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.

Amiin YRA..




Read More

Comeback Giveaway by Byzura Halifah

Thursday, June 14, 2018

10 comments
Comeback Giveaway by Byzura Halifah  |  Gile semangat hari ni join giveaway.. Inilah penangannya orang yang dah lama tak join giveaway atau segmen.. Lagi pun sementara ada masa  dan tengah rajin ni boleh la pulun join.. Jadinya, kali ni aku nak join giveaway anjuran Blogger Byzura Halifah ni. Hadiah menarik menanti pemenang tau.. Rugi tak join..

Klik banner kalau nak join ye!

Antara hadiah untuk dimenangi :-


~ Shawl / Bawal (You can choose either shawl or bawal and the color)  
~ Butang Baju Melayu  
~ Cash RM10.00 
~ Prepaid Reload RM5.00 (Any telco)

Menarikkan hadiahnya.. Jadi, jom join beramai-ramai meriahkan lagi giveaway kawan kita ni.. Ada rezeki, boleh sarung shawl cantik di kepala nanti.. Hehe.. 

Aku nak tag siapa ye? Hurrmmm..

Tarikh Akhir
07 Julai 2018


Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

4 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin  |  14 Jun 2018, hari terakhir Ramadhan bagi tahun ini.. Sayunya hati nak  melepaskan Ramadhan kali ini.. Adakah masih bertemu Ramadhan seterusnya? Moga kita semua masih diberi kesempatan olehNYA untuk terus menikmati Ramadhan ditahun-tahun akan datang.. Insyaallah.. 


Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan.. Ini bermakna dah sebulan kita berpuasa.. Rasa macam baru semalam berpuasa.. Semakin hari semakin cepat masa berlalu.. Ini bermakna, kita semakin hampir dengan 'hari perhimpunan'.. Moga persiapan untuk kesana nanti dapat kita persiapkan dengan sempurna.. Allahuakbar..

Oklah, dah habis puasa kita beraya pula.. Hehe.. Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di dunia yang menyambutnya.. Aku juga ingin hulurkan 10 jari ini memohon maaf kepada semua yang mengenali seorang Lea Azleeya andai kata diri ini ada terbuat salah dan silap, terkasar bahasa dan 'terrrrbawang besar dan kecik' sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.. Diharapkan korang semua sudi memaafkan diriku yang kerdil ini.. cewahh.. Hehe.. 

Kita manusia tak lepas dari berbuat salah.. Begitu jugalah aku... Untuk korang semua, aku dah maafkan korang diatas setiap kesalahan yang korang buat pada aku.. Insyaallah.. Tu pun kalau ada la korang buat salah ngan aku.. Haha.. Kalau tak de alhamdulillah tapi aku tetap nak hulurkan kemaafkan buat semua.. 

Dah habis sesi bermaafan.. Eh, korang balik raya kat mana tahun ni? Aku di kuantan ni jugak.. Inilah kampung halaman aku.. Hehe.. Mungkin ada yang dah berada dikampung sekarang ni kan.. Ada jugak yang baru nak bertolak pulang ke kampung.. Tak kurang juga yang masih bekerja disaat-saat akhir ni.. Macam aku ni, masih bekerja untuk hari terkahir sebelum beraya... Almaklumlah kampung dekat jerk.. 

Walau kemana sahaja destinasi korang nanti untuk pulang ke kampung, aku titipkan pesanan berhati-hati dijalan raya dan doa aku untuk korang yang pulang beraya, moga perjalanan korang dilindungi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.. Amiin YRA..

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.. 

Read More

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

8 comments
Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom  |  Lama gile dah rasanya tak join segmen bloglist ni.. Kali ni terpanggil untuk join segmen bloglist anjuran Blogger Sayidah Napisah ni atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya 'Kak Cik'... Sebenarnya aku ni malas sikit nak join segmen atau giveaway yang syaratnya agak cerewet sebab masa tu adalah emas bagi aku.. Haha!! Nasiblah segmen kak cik ni tak cerewet dia punya syarat.. Jadi, teruja jugaklah nak join.. Mana tau terpilih nantikan, boleh tumpang 'glamor' kat blog kak cik ni.. Hehe..

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Tentang Blog SayidahNapisahDotCom

Kalau aku ada masa untuk blogwalking, memang blog kak cik ni salah satu blog yang aku akan kunjungi sebab kat situ banyak info yang aku dapat.. Apa yang aku suka tentang  blog Kak Cik ni, blognya tak berat.. Tak de la aku menunggu lama untuk loading masuk ke blognya.. Klik aje terus masuk.. Ini adalah salah satu ciri-ciri blog yang baik.. Bila blog ringan, barulah pengunjung senang hati nak berkunjung.. Satu lagi, tiada gangguan iklan time nak blogwalking dari satu page ke satu page.. Hehe..

Apa yang aku tak suka, rasanya tiada kot.. Semuanya ok-ok aje.. Template pun ok.. Tulisan pun ok kot.. Selagi aku boleh baca tu, kira oklah kan.. Kalau dah tak boleh baca, tu baru tak ok.. Haha... Pendek kata, blog kak cik ni oklah bagi aku.. Pada orang lain, aku tak pasti la.. Kehkehkeh..

Orite, kalau korang nak join segmen bloglist ni, bolehlah klik banner kat atas nun ye.. Selain pemilihan bloglist, kak cik juga akan memilih 3 orang pemenang untuk memenangi cash RM10... Jom join ramai-ramai yek.. 


Tarikh Akhir
05 Julai 2018


Read More