WD-40® BIKE | Bagaimana Untuk Memastikan Basikal Anda Dalam Keadaan Baik?

Tuesday, February 13, 2018

7 comments
WD-40® | Bagaimana Untuk Memastikan Basikal Anda Dalam Keadaan Baik?  |  Membelanjakan wang beribu-ribu untuk sebuah basikal yang cantik bagi memperolehi perasaan yang begitu mengujakan dalam pengalaman menunggang basikal?  Dalam anda menikmati saat menunggang basikal dengan lancar, jangan dilupakan tiga perkara yang penting ini untuk menjaga dan memastikannya dalam keadaan terbaik.


Kali ini kita bercerita tentang KEBERSIHAN, PELINCIR dan PERLINDUNGAN. Setiap langkah adalah sangat penting, dan bagi setiap kaedah dan langkah yang digunakan membawa ke arah mengekalkan basikal anda sebagai mesin yang paling berkuasa, sama seperti saat pertama kali anda membelinya.


Oleh sebab itu, saya ingin perkenalkan kepada anda semua produk WD-40® yang telah dicipta secara komprehensif, yang merupakan produk untuk penjagaan basikal secara menyeluruh serta telah diuji dengan teliti untuk menyediakan pembersihan, pelinciran dan perlindungan yang terunggul bagi basikal kesayangan anda. 

Terdapat lima produk yang direka khas di bawah barisan penjagaan basikal ini, bagi memenuhi keperluan berbasikal dan penyelenggaraan yang berbeza.  Antaranya ialah :-

WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash



Dengan kesan surfaktan yang kuat, sama ada kotoran dan minyak mampu dihilangkan, menjadikannya berkilau bersih semula. Ia selamat untuk semua permukaan basikal, termasuk serat karbon, titanium, krom, aluminium keluli, getah, dan plastik.  


WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser


Dalam beberapa saat saja buih yang digunakan bertindak pantas membersihkan kotoran yang menempel pada permukaan dan menghilangkan minyak dan kotoran yang degil. Selamat untuk kemasan dan komponen basikal, tanpa perlu menggunakan pelarut sitrus atau asid.  



WD-40® BIKE Dry Chain Lube


Pelincir ini mengandungi formula polimer eksklusif yang mencipta filem kering untuk membuang habuk dan kotoran.. Sesuai untuk keadaan kering dan berdebu yang melampau.  

WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube


Pelincir berprestasi tinggi dan tahan lama untuk sebarang keadaan kering, basah atau berbeza-beza. Ia bagus untuk mengelakkan kerosakan geseran dan memanjangkan hayat rantai basikal.


WD-40® BIKE Wet Chain Lube


Sesuai bagi keadaan basah melampau dan bersalji, ini juga dicipta dengan formula eksklusif yang menghasilkan salutan tahan lama untuk menangkis air dan lumpur. 

Di sini juga saya sediakan beberapa tips untuk anda ikuti bagi mengekalkan basikal anda berada dalam keadaan baik.. Antaranya :- 

  • Jika anda hendak membersihkan rantai basikal anda, pastikan anda berbuat demikian dengan kedudukan basikal anda berada dalam keadaan statik, kerana menggerakkan rantai berulang kali akan melemahkan pautan dan dari masa ke masa boleh menyebabkan kegagalan.
  • Untuk menghilangkan minyak secara berkesan di rantai basikal, letakkan basikal anda di atas tempat kerja anda dan beralih kepada gelang rantai terbesar dan di tengah gigi gear. Sembur dengan WD-40® BIKE.
  • Penghapus dan Pembersih Rantai dalam rantai dan gelang rantai basikal. Gosok kotoran dengan berus yang agak keras. Bilas atau lap kering.
  • Apabila anda ingin melincirkan rantai basikal anda, titiskan pelincir ke setiap roller bukan hanya meletakkannya di sepanjang rantai basikal. Bagaimanapun, pelincir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap rantai luar kerana ia hanya berfungsi untuk mengurangkan geseran dan memastikan kotoran luar tidak masuk ke dalam roller. Jadi pastikan rantai digosok dengan kain selepas pelincir dibiarkan seketika, kerana sebarang pelincir yang tertinggal di luar rantai akan menjadi magnet untuk kotoran.
  • Apabila membasuh basikal anda, jangan lupa bahagian rangka bawah dan sepit udang, di mana bahagian berkenaan paling mudah tersangkut. Sembur basikal anda dengan WD-40® BIKE, kemudian guna berus lembut dan sembur ke semua sudut dan celah untuk mengeluarkan kotoran.
Seperti mana-mana peralatan, permainan atau harta benda yang lain, penyelenggaraan adalah kunci untuk memastikan semuanya berfungsi bagi tempoh masa yang lama.

Untuk mendapatkan lebih banyak tips atau langkah terbaik bagaimana untuk menjaga basikal anda, boleh melayari laman web, www.wd40.asia atau emel ke wakil WD-40’s Bike Series representative di sales@2escape.bike atau menghubungi talian 03-2724 3808.



Read More

Giveaway Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

12 comments
Giveaway Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh  |  Selepas menyiapkan beberapa draft penting yang tertangguh, aku selitkan juga entry giveaway dari rakan blogger untuk aku join.. Hehe.. Hajat nak buat giveaway sendiri masih dalam perancangan mengumpul hadiah.. Jadi, sebelum giveaway sendiri dilancarkan, kita join dulu Giveaway Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh ni..

Klik banner untuk join

Ok, giveaway ni sebenarnya terbuka kepada blogger, instagrammers dan twitterians yang menetap di Malaysia.. Jadi, korang diseruuuu beramai-ramai untuk join giveaway ini bagi memenangi 2 buah buku yang menarik.. Syaratnya sangat simple tak menyusahkan korang.. Jadi, jom la join reramai yek..

Tarikh Tamat
17 Februari 2018

Read More

Juice Works | Penghilang Dahaga Terbaik Di Musim Panas

Monday, February 12, 2018

7 comments
Juice Works | Penghilang Dahaga Terbaik Di Musim Panas  |  Bunyi letupan mercun di waktu larut malam... Pelbagai jenis makanan yang enak dan Lou Sang... Tidak lupa juga ang pow berwarna merah.. Menandakan Perayaan Tahun Baru Cina akan kembali lagi... Kemeriahan bakal dirasai.. Selain daripada bunyi bising letupan mercun disana sini, makanan yang enak dan berkumpul bersama rakan-rakan serta orang yang disayangi, ada satu perkara lagi yang selalu dinikmati bersama pada musim panas. Ya, musim ini cuacanya memang benar-benar panas sepanjang tahun dan setiap tahun..


Bagaimana untuk menghilangkan dahaga di musim panas ini.. ? Haaaa daripada anda mengambil minuman soda yang mengandungi bahan kimia dan tiada kalori untuk mengatasi kehausan tekak, kenapa tidak memilih minuman yang kaya dengan nutrien yang SUPER DELICIOUS?  

Apa yang saya maksudkan adalah jus buah dan smoothies dari Juice Works.. Juice Works mempunyai pelbagai pilihan jus buah dan smoothies yang sangat sedap... 


Pernahkah anda mencuba Water Works? Diperbuat daripada campuran tembikai yang menyegarkan, nenas dan jus tropika.. Ia adalah cawan yang penuh dengan serat dan tenaga yang baik.  


Lychee Cooler pula mengabungkan lychee, tembikai dan sorbet juga merupakan pilihan yang sangat popular dan menyegarkan dketika cuaca yang panas.  


Bagi mereka yang lebih suka minuman yang lebih masam, Zesty Melon adalah pilihan yang tepat kerana ia merupakan gabungan dari buah oren, tembikai, limau dan sorbet menjadikan minuman ini yang terbaik untuk anda.  


Akan tetapi, minuman yang paling menjadi pilihan dan kegemaran ramai pada musim panas di Juice Works tidak lain tidak bukan adalah Prosperity Juice, yang diperbuat dari campuran jus iaitu oren mandarin, jambu batu yang sihat untuk jantung, strawberry dan jus laici... Dengan gabungan sorbet lazat, wangi dan menyegarkan ini membuatkannya lebih popular dan tinggi permintaannya pada musim ini sehebat dengan namanya yang akan memberikan anda semua yang terbaik pada tahun baru nanti..

Oleh itu, jadikan ini sebagai pilihan terbaik buat anda di musim panas ini.. Jangan lepaskan peluang ini, pilihlah jus yang terbaik untuk penghilang dahaga dimusim panas yang ditawarkan di Juice Works sekarang!

Mereka di Juice Works mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua pelanggan mereka..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website



Read More

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Sunday, February 11, 2018

27 comments
Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana  |  Assalamualaikum readers... Aku harap semuanya baik-baik belaka.. Setelah beberapa hari Blog Lea Azleeya ni dilanda Sepi Sekuntum Mawar Merah, baru hari ini ada masa untuk update.. Ada beberapa entry review lagi dalam draf yang masih belum disiapkan.. Dek kerana anak-anak tak berapa nak sihat, aku tangguhkan dulu untuk siapkan sepenuhnya.. Untuk tidak menyepikan lagi blog ni, aku mulakan dengan join Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana ni..

Klik banner untuk join

Banner pun dah comel membuatkan aku lagi bersemangat untuk join giveaway ni.. Hehe.. Orite, kalau korang nak tahu giveaway anjuran Ana Suhana kali ni mencari 5 orang pemenang untuk memenangi sebuah totebag bertemakan travel dan juga sebatang pen perfume.. Wahh menarikkan hadiahnya... Jadi, korang diseruuu untuk join secara beramai-ramai giveaway ni bagi merebut hadiah menarik yang disediakan.. Syaratnya superb simple dan mudah.. Jom join ramai-ramai ye..

Dengan lafaz bismillah aku join giveaway ini.. Yeyyyy!!


Tarikh Tamat
28 Februari 2018


Read More

Jam Tangan Cantik Dari Blogger Roxalynne

Tuesday, February 6, 2018

18 comments
Jam Tangan Cantik Dari Blogger Roxalynne  |  Dah kenapa sehari dua ni asyik bercerita tentang jam tangan jerk.. Baru-baru ni up entry Tip Memilih Jam Tangan Sesuai... Kali ni Jam Tangan Cantik dari Blogger Roxalynne pulak.. Hehe.. Ok, sabar dulu.. Sebenarnya kali ni aku nak cerita tentang hadiah kemenangan aku berkat join Giveaway Yes 2017 By Roxalynne akhir tahun lepas.. Hadiahnya dah selamat aku terima awal bulan ni.. Cuma aku aje tak sempat nak up entry.. 

sumber : cantikmenawan.com

Ehhh jangan salah sangka.. Bukan jam tangan ni yang aku dapat.. hehe.. Jap lagi aku tunjuk ye.. Masa mula-mula join giveaway tu, aku tak rasa pun aku boleh menang sebab agak ramai juga peserta yang join.. Jadi, aku tak letak harapan langsung untuk menang.. Tetapi, bila dah tertulis rezeki tu untuk kita kan, memang akan dapat jugak.. Alhamdulillah.. TQ ALLAH.. TQ Cik CT.. 


Yeahhh inilah rupa hadiah jam tangan yang aku menangi itu.. Cantik tak? Hehe.. Kalau korang nak tahu, Blogger Roxalynne atau aku panggil dengan panggilan manjanya Cik CT ada membuka bisness online menjual jam tangan.. Banyak gila kot jam tangan yang dijual.. Pelbagai bentuk, pelbagai design dan perlbagai warna.. Cantik-cantik baq hang!!

Kalau korang tengah mencari jam tangan yang sesuai untuk korang ataupun korang nak carikan hadiah buat seseorang, boleh lah terjah IG Cik CT.. Banyak pilihan jam tangan yang boleh korang pilih.. Insyaallah, harga memang murah dan berpatutan.. Layanan memang tiptop, sangat friendly.. Hiks.. Dan, kalau ada yang masih konfius untuk mencari jam tangan yang sesuai, boleh tengok tips memilih jam tangan sesuai di SINI ye.. Mungkin dapat membantu korang dalam memilih jam yang sesuai.. 

Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, sila layari :-

Instagram

Facebook


Read More