Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta

Thursday, January 18, 2018

17 comments
Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta  |  Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!! 

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta, pageview, total pageviews, blog lea azleeya

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi.. 


Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang.. 

Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..

Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..

Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..

TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni.. 

Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat


Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..

Senang Ke Jadi Blogger Ni?



Best la ko jadi blogger... Dapat barang free.. 

Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job... 

Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..

Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah.. 

Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..


Read More

Jom Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax

Wednesday, January 17, 2018

8 comments
Jom Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax  |  Minggu lepas seminggu aku bercuti bersama family menyebabkan berat badan aku naik.. OMG!! Mana tak naiknya diknon, hakak makan tak hingat dunia.. Sepanjang bercuti asyik dok mencari makan aje.. Dah macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan aje gayanya... Makan pulak yang sedap-sedap belaka.. Fast food pun aku rembat.. Kek coklat pun aku tibai.. Memang memberatlah badan aku ni.. Haha.. Macam mana nak kurus balik ni oiiii??? Nak tahu apa aku ambil untuk kembali kurus.. Aku ambil produk kurus C-TriMax yang super sedap dan paling best aku tak perlu berlapar... Yeahh!!

c-trimax, ctrimax, c-trimax malaysia, produk kurus, ubat kurus, Cara Untuk Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax, tips kurus cepat

Firstday minum C-TriMax ni dah buatkan aku jatuh cinta.. Rasanya masam manis buah.. Sedap.. Aku suka rasanya.. Macam nak minum berpeket-peket aje dalam masa sehari.. Hehe.. Tapi perlu diingat ye, ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan untuk mengambil C-TriMax ini.. Nasib baik anak aku dah mula menyusu susu formula.. Hiks.. Korang mesti nak tahu lebih lanjutkan tentang produk kurus ni kan.. Meh aku story sikit kat korang tentang C-TriMax ni..

Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax


C-TriMax ini merupakan agen pembakar lemak yang dapat membantu mengatasi masalah kegemukan dan lemak berlebihan.. Produk ini dirumuskan dengan campuran serbuk buah markisa bersama ekstrak guarana.. Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan yang digunakan dalam C-TriMax ini iaitu Serbuk Campuran Buah-Buahan, Serbuk Roselle, Ekstrak Buah Anggur, Citric Acid dan juga Fructose..

Eceli hari ni dah hari ke-10 aku ambil C-TriMax ni.. Aku ambil 30 minit sebelum sarapan pagi.. Setiap pagi mesti teruja nak minum C-TriMax ni.. Haha.. Dah macam seronok pulak meminumnya.. Selama 10 hari pengambilan ni, aku rasa selera makan aku sedikit berkurangan.. Rasa kenyang tu lebih lama...  Tak macam sebelum ni, asyik nak makan aje kerjanye... 

Lagi bestkan, lepas aku amalkan C-TriMax ni, aku dah kurang rasa nak makan dan minum bende manis.. Kalau tak sebelum ni, aku suka sangat makan dan minum benda-benda manis.. Korang pun tahukan, benda manis ni boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.. Lebih parah kalau mencecah kepada obesiti.. OMG!! Aku tak nak wehh!! Selain tu kan, badan aku lebih bertenaga dan ringan.. Siap boleh berjaga malam lagik tu siapkan blogpost urgent.. Hebat gile... Haha..

Ok, kalau korang nak tahu, produk ini boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu pada semua anggota badan... Kalau korang nak kurus dengan lebih cepat korang kena sertakan sekali dengan senaman.. Efek dia lagi ohsem.. Macam aku ni malas sikit nak senaman.. Cara lain, aku banyakkan minum air masak setiap hari sebabnya dengan pengambilan C-TriMax ni, aku kerap terasa haus dan perlu minum air dalam kuantiti yan banyak.. Paling penting C-TriMax ni lulus KKM hokeh!!

Kebaikan C-TriMax


Sebelum mengambil apa-apa produk, mesti nak tahu jugak apa kebaikan dan kelebihannya kan.. C-TriMax ni juga banyak kebaikannya... Antara kebaikan C-TriMax yang perlu korang  tahu adalah :-
  • Menghalang pembentukan lemak
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Menambah tenaga
  • Melancarkan dan membaikpulih peredaran darah
  • Membuang toksin dalam badan
Perbezaan C-TriMax Berbanding Produk Kurus Yang Lain

Sekarang ni kat pasaran memang banyak gile kot produk kurus.. Macam-macam jenama ada dijual.. Tetapi apa bezanya C-TriMax berbanding produk kurus yang lain? Ada beza ke? Haaa ini yang perlu korang tahu.. Perbezaan C-TriMax berbanding produk kurus yang lain adalah :-
  • Mampu menghilangkan selulit
  • Mampu mencairkan lemak tepu
  • Tiada cirit-birit
  • Tak perlu kurangkan nasi
  • Membuang sisa lama dalam usus perut
  • Agen pembakaran lemak paling utama
  • 100% daripada buah-buahan
  • Selamat dan lulus KKM

Cara Pengambilan C-TriMax


Sekotak C-TriMax ni mengandungi 15 sachet.. Aku cukup suka kalau sesuatu produk tu dikeluarkan dalam bentuk sachet sebab senang dibawa kemana-mana.. Tak payahlah nak angkut botol atau bekas yang besar kehulu kehilir kan.. Mudahkan.. Ok, cara pengambilan C-TriMax ni tidak la susah mana.. Mudah saje.. Bak kata orang semudah ABC gitu.. Hehe.. Jom ikut cara yang disyorkan ini..
  • Minum C-TriMax sebelum sarapan dan sebelum dinner atau ambil sebelum sarapan dan 15-30 minit sebelum bersenam (petang)
  • Bancuh C-TriMax bersama-sama 1/2 gelas air sejuk. Kacau sehingga sebati dan minum serta merta.!
  • Pastikan minum air masak 6 liter sehari sepanjang hari untuk memaksimumkan proses pembakaran lemak
  • Bagi berat 100kg ke atas boleh minum 3 sachet sehari sebelum sarapan, sebelum lunch dan sebelum dinner.
  • Bagi berat 70 kg ke atas boleh minum 2 sachet sehari...
Memandangkan berat badan aku belum mencecah 70, jadi aku hanya mengambil 1 sachet sehari sahaja.. Aku ambil belah pagi 30 minit sebelum sarapan.. Dengan hanya 1 sachet sahaja sehari aku sentiasa rasa kenyang sebab produk ni mampu mengawal selera makan aku yang maha dasyat ini.. Hehe..


Setakat 10 hari pengambilan C-TriMax ni, berat badan aku dah turun sikit sebanyak lebih kurang 2kg.. Kemain seronok lagi aku bila tengok berat badan turun.. hehe.. Memang la slow sikit turun sebab aku ni malas nak bersenam.. Kalau korang  nak cepat turun berat badan, jangan jadi malas macam aku ye.. Korang kena ambil C-TriMax ni dan buat senaman sekali.. Lagi cepat berat badan korang turun.. Paling penting, minum air banyak-banyak ye.. Bagus minum air banyak ni tau, boleh buang segala toksin dalam badan.. 

Satu lagi tips nak bagi kat korang untuk cepat kurus.. Tolong kurangkan minum minuman berkafein ye seperti teh, kopi dan coca cola bagi mendapatkan kesan yang optimum.. Korang makanlah supplement apa pun, kalau dok minum jugak minuman berkafein, memang tak kuruslah korang.. huhu.. 

Kenapa Aku Nak Kurus?


Ini sebagai motivasi diri aku sendirilah untuk cepat kurus.. Kenapa aku nak kurus? Yesss ada beberapa sebab.. Ini sebabnya..
  • Senang nak pilih saiz baju dan ofkos supaya dapat pakai baju lama aku balik
  • Untuk jimatkan duit makan.. Hehe
  • Supaya konfiden level aku lebih tinggi
  • Tak malu nak bergambar.. Haha... 
  • Untuk kepuasan diri sendiri
  • Supaya kesihatan aku berapa pada tahap yang lebih baik
Aku perlu kurangkan 6kg lagi berat badan aku ni.. Harapan aku agar aku berjaya turunkan berat badan aku dengan pengambilan C-TriMax ni.. Kira macam azam aku tahun ni la nak turunkan berat badan sebanyak 6kg.. Jadinya, lepas ni kene lebih konsisten dan kena banyak minum air masak.. Senaman? Hurmm bab senaman tu kena fikir dulu.. Haha.. Ok, jom tengok testimoni pengguna C-TriMax yang dah berjaya turunkan berat badan mereka..

Testimoni Pengguna C-TriMax







Dapatkan C-TriMax Sekarang Untuk Cepat Kurus Tanpa Perlu Berlapar

Aku dah cuba C-TriMax ni dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Testimoni pengguna juga menunjukkan produk ini benar-benar berkesan untuk menurunkan berat badan dan kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar.. Jadi, bagi korang yang ingin kuruskan badan bolehlah try C-TriMax ni.. Aku yakin korang akan suka dengan hasilnya.. Jom dapatkan sekarang C-TriMax untuk cepat kurus tanpa perlu berlapar..

Harga C-TriMax

1 kotak mengandungi 15 sachet (10gm per sachet)

RM 120.00 (SM)
RM 130.00 (SS)

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Contact No.
010-330 0886



Read More

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

Tuesday, January 16, 2018

7 comments
Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan  |    Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. 


Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak baunya. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. 

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak dan si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.  



Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan, sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.  

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.   

Belle Amour & Mon Amie dan Mon Amie & Adore

Set Hadiah EDT Mini ENCHANTEUR Paris (Belle Amour & Mon Amie)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar. Manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impian. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri, seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. 

Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara. 

Set Hadiah EDT Mini ENCHANTEUR Paris (Mon Amie & Adore)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml. Set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idaman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. 

Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.   

Set Hadiah ENCHANTEUR Paris Mon Amie


Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. 

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan si gadis bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. 

Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.  

Set Hadiah Mini ENCHANTEUR Paris (Belle Amour & Romantic)


Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu dan di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian seperti LAZADA.   

Set Hadiah Mini ENCHANTEUR (Mon Amie & Charming)


Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. 

Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie iaitu individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian seperti LAZADA. 

Mon Amie & Charming

EDT Mon Amie

EDT Charming

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS ini dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Manakala ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET pula berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


Read More

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®!

Monday, January 15, 2018

3 comments
Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®!  |  Sesuatu yang merah dan mengujakan akan tiba tidak lama lagi… Bolehkah anda cuba menekanya? Ya, ia Tahun Baru Cina 2018! Sudahkah anda membuat sebarang persiapan? Adakah anda serius untuk memastikan kediaman anda cukup bersedia menyambut kedatangan tahun baru dengan lebih sejahtera? Sebelum anda memulakannya, pastikan anda mempunyai 'cleaning supplier' dan pembantu yang berguna berada di tangan anda bagi membantu anda mengatasi kerja pembersihan yang berat! Siapakah pembantu berguna itu?    


Baiklah, antara asas-asas yang perlu ada di dalam senarai semak anda adalah seperti WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna), 3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin), dan WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser  (Pembersih Gris) serta Kain Pembersih/ kain.  

Berikut adalah cara terpantas yang boleh dilakukan untuk anda mengemas rumah anda   

WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna)


Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat. Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan produk ini, anda hanya perlu sembur di atasnya, gosok sedikit dan ia akan hilang! Terdapat kesan krayon di dinding? Hanya sembur  dan lap dengan kain yang bersih. Dan jangan biarkan pintu yang lama hilang seri, hanya sembur dan ia akan lebih baik.  

3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin)


Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus. Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungi dalam keadaan yang terbaik ketika Tahun Baru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa. Oleh itu, alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis, dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. Biarkan sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!        

WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser  (Pembersih Gris)


Ini adalah satu  penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan, minyak, lemak, kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan SEBARANG kesan! Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air. Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat!  

Kain Pembersih/ kain

Benar, hanya padankan dengan mana-mana produk di atas. Air dan sabun adalah pilihan.   

Adakah anda benar-benar memerlukan pakar apabila anda mempunyai Produk Pelbagai Guna WD-40®? Sudah tentu. WD-40® Specialist ™ dirumuskan untuk tugas-tugas tertentu, manakala Produk Pelbagai Guna WD-40® membantu anda menyelesaikan pelbagai pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan kedua-duanya, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja.  

Jadi, adakah anda bersedia untuk merapikan rumah? Pasangkan muzik dan nikmatinya semasa anda berada di dalamnya! WD-40® mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga diberi kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua!  

Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk WD-40® yang boleh memenuhi keperluan anda, sila layari, http://wd40.asia.


Read More