Handbag William Inghem Dari Mizzue Malaysia Pelengkap Gaya

Friday, August 18, 2017

28 comments
Handbag William Inghem Dari Mizzue Malaysia Pelengkap Gaya  |  Kalau bercerita pasal handbag ni, memang kaum wanita la paling excited kan.... Handbag dengan wanita tak dapat dipisahkan.. Hah gituuu!!.. Yelah, bila nak bergaya, kalau tak de handbag memang rasa tak lengkap aje gaya kita sebagai seorang wanita kan.. Aku yakin setiap wanita mesti ada paling sikit pun satu atau dua handbag untuk digayakan kemana-mana sahaja.. Macam aku sendiri, memang mempunyai banyak koleksi handbag.. Tak puas kalau ada satu atau dua sahaja.. Mesti nak ada lebih baru boleh tukar-tukar pakai.. Haha!! Tamak kan.. Hehe.. Ok, untuk menambahkan lagi koleksi handbag aku, kali ni aku pilih pula handbag William Inghem dari Mizzue Malaysia sebagai pelengkap gaya aku... Tu dia, tambah lagi koleksi hokeh!! Jangan jeles... Haha!!


Nampak tak dimuka itu terpancar sinar bahagia bila dapat tukar handbag baru... hehe.. Korang pernah dengar tak jenama Mizzue ni? Sebelum aku tunjukkan kat korang design handbag Mizzue aku ni, aku nak cerita sikit kat korang tentang Mizzue Malaysia.. Apa itu Mizzue Malaysia?

MIZZUE MALAYSIA



Mizzue Malaysia adalah satu jenama online shopping dimana kita boleh membeli pelbagai jenis beg seperti clutches, wallet and purse, handbag, shoulder bag, across body bag, backpack, leather bag dan sebagainya... Design beg dari Mizzue Malaysia ni semuanya up to date tau mengikut trend sekarang... Simple tetapi tetap elegant... Sesuai untuk semua golongan.. Kalau nak diikutkan memang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana kalau jelajah di website Mizzue Malaysia tu.. Dengan adanya online shopping sebegini, tak perlu dah bersusah payah nak ke shopping mall untuk beli handbag.. Hanya perlu pilih beg yang berkenan dihati, buat bayaran dan tunggu saja barang sampai depan muka pintu rumah.. Mudahkan.. Lagi pun korang tak perlu risau, setiap beg akan disertakan detail lengkap beserta gambar yang membolehkan korang tahu spesifikasi beg tersebut dengan lebih jelas.. Ada juga sesetengahnya disertakan video.. Jadi bolehlah korang lihat dengan lebih jelas kualiti beg yang korang pilih tu kan.. 

Ok, jom tengok design beg pilihan aku...

mizzue malaysia, handbag mizzue, mizzue william inghem
Handbag William Inghem Dari Mizzue Pelengkap Gaya
Inilah handbag dari Mizzue yang menjadi pilihan aku tu.. William Inghem Brown colour... Banyak lagi sebenarnya yang cantik-cantik tapi aku lebih meminati design ini kerana designnya agak menarik dimata aku.. Bahagian depan dan belakang handbag ni bercorak anyaman.... Menarik!! Saiz handbag ni tak terlalu kecil dan tak terlalu besar... Sedang-sedang aje saiznya.. Kalau diukur, handbag ini sebesar saiz A4... Menepati citarasa aku.. Walaupun bersaiz A4, tapi masih mampu mengisi banyak barang tau.. Haaa itu yang aku suka.. Biasa kalau aku pilih handbag, mesti nak yang banyak compartment supaya aku boleh bahagi-bahagikan tempat untuk simpan handphone, make up, buku bank dan pelbagai lagi... Tak de la berlonggok satu tempat aje kan.. Nanti nak mencari mula la kelam kabut dan agak susah..

Eceli handbag ni diperbuat daripada premium PU leather yang mempunyai 3 compartment dengan dilengkapi button magnetic dan 2 button popper... Di bahagian luar handbag ini dihiasi dengan 4 poket berzip.. Manakala dibahagian dalam ruang utama beg ini dilengkapi dengan zip dan slip poket di dinding dalamannya.. Ciri-ciri yang menarik dan lengkap bagi sebuah handbag yang aku suka.. Oh ye, satu lagi aku lebih suka pakai handbag yang bertali panjang dan handbag dari Mizzue Malaysia ni disertakan sekali dengan tali panjang untuk penggayaan lebih santai... Jom tengok ciri-ciri yang ada pada handbag Willian Inghem ni dengan lebih detail melalui gambar dibawah ni..

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi spesifikasi beg ini, korang boleh klik link Video Mizzue William Inghem ini.. Handbag William Inghem ni didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik sebenarnya.. Bukanlah hanya satu warna ini sahaja.. Antara warna-warna lain yang ada seperti black, almond, purple, grey dan turquiose...


Dengan pilihan warna yang menarik


Detail William Inghem
  • Bag Category : Cross body bags, Handbags, Shoulder bags, Woven bag
  • Colours : Brown
  • Specifications : Hidden bag, Mobile bag, Passport bag
  • Materials : Halal, PU
  • Size (W x L x H) : 13.5 x 28 x 26 cm
  • Shoulder Strap : 40 - 46 cm
  • Cross body Strap : 75 - 87 cm
  • Weight : 0.97 kg
Mizzue Malaysia


 3 compartment bagi keselesaan muatan barangan

 Bahagian dalam bag

Poket berzip di ruang utama bag

Mungkin dilihat pada gambar yang aku up ni tak berapa nak jelas kan keadaan beg ni.. So, mari kita lihat video pendek yang dah aku sediakan untuk korang lihat keseluruhan beg ni.. Video tanpa suara ye.. Ahakz.. Atau korang boleh klik SINI untuk lihat video kedua.. Wahh banyak betul video aku buat untuk Mizzue Malaysia ni yek.. Hehe...


Orite, tentang Mizzue Malaysia pun aku dah story... Tentang handbag William Inghem ni pun aku dah cerita kat korang.. Kesimpulannya, aku sangat suka dan berpuashati dengan handbag dari Mizzue Malaysia ni.. Walaupun memilihnya secara online, bila sampai ke tangan kualitinya seperti di dalam gambar dan sangat trendy.. Paling best banyak compartment... Itulah salah satu ciri-ciri beg yang aku minati.. So, bolehlah aku ber-OOTD time Raya Haji nanti kan walaupun dah terrrrrguna untuk pergi kerja.. Haha..!!

Untuk pemilihan warna pula, aku memilih warna Brown sebabnya kebanyakan koleksi beg aku adalah berwarna hitam.. Kali ni nakkan sedikit kelainan dengan mengenakan handbag berwarna Brown dan dengan warna ini masih senang dimatchkan dengan pelbagai warna pakaian... So, tak perlu risau untuk bergaya dengan handbag ni nanti... Hiks..

A post shared by L E A A Z L E E Y A 👻 (@lea_azleeya) on

Oklah, bagi korang-korang diluar sana yang ingin bergaya dan melaram dengan beg Mizzue dihari raya aidiladha nanti ataupun untuk melengkapkan outfit seharian korang dengan handbag ini, bolehlah terjah link kat bawah ni ye.. Aku yakin korang akan berpuashati dengan design dan kualiti yang ada pada handbag Mizzue Malaysia ni.. Harga pun berpatutan uolls.. Setandingan dengan kualiti yang ada pada begnya..


Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Email
customer@mizzue.com.my


Read More

Kembara Jom Jimat Elektrik

Thursday, August 17, 2017

7 comments
Kembara Jom Jimat Elektrik  |  Pada 27 Julai 2017 yang lalu seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.    

 jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
 Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan  

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik 

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.   

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.    

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik 

Puan Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."   

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan 

"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami.
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 


Read More

Atiehilmi.com First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah

Wednesday, August 16, 2017

9 comments
Atiehilmi.com First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah  |  Dengan tajuknya sahaja dah membuatkan ramai yang nak join.. Termasuklah aku.... Jengjarang ada giveaway bertajuk seperti ini.. Atiehilmi.com First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah... Memang terbaik.. Moga ukhwah yang terjalan akan terus terjalin sampai bila-bila yek.. InsyaALLAH..  

Klik banner untuk join

Orite, aku suka dengan banner giveaway ni.. Comel!! hehe.. Syarat-syarat yang ditetapkan pun sangatlah mudah.. Cuma perlu follow social media penganjur sahaja... Alhamdulillah... Hehe.. Almaklumlah line tengah nazak sekarang.. Sekurang-kurangnya tak banyak sangat masalah timbul time nak lunaskan segala syarat yang ditetapkan.. Tak gitu.. Hiks..

Dengan ini aku menjoinkan diri dalam giveaway ini.. Korang tak nak join ke? Hadiah best tau disediakan.. Rugi tak join... Jomlah pakat join ramai-ramai yek.. Sesambil tu bolehlah menjalinkan serta merapatkan ukhwah sesama kita.. Bertepatan dengan tajuk giveaway ni..

Antara hadiah untuk dimenangi


Tarikh Tamat
22 Ogos 2017

Read More

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

7 comments
Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com  |  Waduhhhh.. Bikin ribut ni... Line tenetnya teramat slow.. Arghhh tensen aku join giveaway time line tenet tengah slow sesangat... Nak selesaikan syarat-syarat yang ditetapkan pun memakan masa yang agak lama.. Tapi aku hadap jugak jem yang tersangat sesak ni untuk menjoinkan diri dalam Giveaway Merdeka By Kidahsidairy.com ni... Hehe.. Syarat seterusnya yang kene buat adalah copy paste coding yang disediakan.. Moh leee kite kasi copy paste itu coding.. Hiks..


*******
****************

Assalamualaikum

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

***************
******


Orite, coding pun telah selamat disematkan dalam HTML... Oleh itu, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ni.. Yeahh!! Kalau korang nak join jugak giveaway ni, korang klik aje banner kat atas nun ye.. Jomlah pakat-pakat join.. Hadiah menarik menanti korang tau.. Nak tau tak hadiah ape? Meh tengok senarai kat bawah ni...


SENARAI HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

1. Voucher  Printcious RM60 untuk seorang pemenang 
2. Wang Tunai Rm50 x 2 Pemenang 
3. Wang Tunai Rm20 x 1 Pemenang 
4. Wang Tunai Rm10 x  9 Pemenang 
5. Customized phone Casing by Tanoshi Phone Casing 
6. Produk Navou bernilai Rm25 x 1 pemenang 
7. Topup bernilai RM40 x 4 Pemenang

Menarikkan hadiahnya... Jadi ape tunggu lagik, jom la beramai-ramai join giveaway ni.. 


Tarikh Tamat
29 Ogos 2017


Read More