Kembara Jom Jimat Elektrik

Thursday, August 17, 2017

7 comments
Kembara Jom Jimat Elektrik  |  Pada 27 Julai 2017 yang lalu seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.    

 jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
 Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan  

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik 

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.   

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.    

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik 

Puan Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."   

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan 

"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami.
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 


Read More

Atiehilmi.com First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah

Wednesday, August 16, 2017

9 comments
Atiehilmi.com First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah  |  Dengan tajuknya sahaja dah membuatkan ramai yang nak join.. Termasuklah aku.... Jengjarang ada giveaway bertajuk seperti ini.. Atiehilmi.com First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah... Memang terbaik.. Moga ukhwah yang terjalan akan terus terjalin sampai bila-bila yek.. InsyaALLAH..  

Klik banner untuk join

Orite, aku suka dengan banner giveaway ni.. Comel!! hehe.. Syarat-syarat yang ditetapkan pun sangatlah mudah.. Cuma perlu follow social media penganjur sahaja... Alhamdulillah... Hehe.. Almaklumlah line tengah nazak sekarang.. Sekurang-kurangnya tak banyak sangat masalah timbul time nak lunaskan segala syarat yang ditetapkan.. Tak gitu.. Hiks..

Dengan ini aku menjoinkan diri dalam giveaway ini.. Korang tak nak join ke? Hadiah best tau disediakan.. Rugi tak join... Jomlah pakat join ramai-ramai yek.. Sesambil tu bolehlah menjalinkan serta merapatkan ukhwah sesama kita.. Bertepatan dengan tajuk giveaway ni..

Antara hadiah untuk dimenangi


Tarikh Tamat
22 Ogos 2017

Read More

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

7 comments
Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com  |  Waduhhhh.. Bikin ribut ni... Line tenetnya teramat slow.. Arghhh tensen aku join giveaway time line tenet tengah slow sesangat... Nak selesaikan syarat-syarat yang ditetapkan pun memakan masa yang agak lama.. Tapi aku hadap jugak jem yang tersangat sesak ni untuk menjoinkan diri dalam Giveaway Merdeka By Kidahsidairy.com ni... Hehe.. Syarat seterusnya yang kene buat adalah copy paste coding yang disediakan.. Moh leee kite kasi copy paste itu coding.. Hiks..


*******
****************

Assalamualaikum

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

***************
******


Orite, coding pun telah selamat disematkan dalam HTML... Oleh itu, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ni.. Yeahh!! Kalau korang nak join jugak giveaway ni, korang klik aje banner kat atas nun ye.. Jomlah pakat-pakat join.. Hadiah menarik menanti korang tau.. Nak tau tak hadiah ape? Meh tengok senarai kat bawah ni...


SENARAI HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

1. Voucher  Printcious RM60 untuk seorang pemenang 
2. Wang Tunai Rm50 x 2 Pemenang 
3. Wang Tunai Rm20 x 1 Pemenang 
4. Wang Tunai Rm10 x  9 Pemenang 
5. Customized phone Casing by Tanoshi Phone Casing 
6. Produk Navou bernilai Rm25 x 1 pemenang 
7. Topup bernilai RM40 x 4 Pemenang

Menarikkan hadiahnya... Jadi ape tunggu lagik, jom la beramai-ramai join giveaway ni.. 


Tarikh Tamat
29 Ogos 2017


Read More

Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40®

Tuesday, August 15, 2017

7 comments
Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40®  |   Tidak kira usia, jenis atau rupa, kenderaan yang bersih dan dijaga rapi akan sentiasa nampak lebih cantik. Ia juga umpama cermin kepada personaliti pemiliknya, dan disebabkan itu ramai peminat kereta/motor akan menghabiskan ribuan ringgit dan ratusan jam untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa bersih dan kemas. Namun begitu, ramai yang terlupa bahawa Produk Pelbagai-Guna WD-40®  yang ada dirumah itu bukan sahaja boleh digunakan sebagai pelincir, penghalang kelembapan dan bahan anti-karat tetapi ia juga sebenarnya adalah pembersih pelbagai-guna untuk kenderaan anda.  Membersih kenderaan jadi lebih mudah dengan WD-40®...


Ramai pengguna WD-40®  yang mengakui sendiri bahawa ia sangat berkesan bagi membersihkan kekotoran-kekotoran degil seperti tar, lumpur dan kesan melekit pada permukaan krom atau bercat tanpa merosakan permukaan tersebut.  


Produk Pelbagai-Guna WD-40® juga sangat efektif untuk digunakan pada gril hadapan kenderaan kerana ia mampu membuang kekotoran degil seperti kesan serangga dan sebagainya. Malah, ia juga menghalang kekotoran dari melekat di situ.  

Kadang-kadang ada pelekat-pelekat lama pada kenderaan kita yang sudah lusuh dan perlu dibuang tetapi kesan gam pada pelekat itu adalah antara yang paling sukar untuk dihilangkan. Sebenarnya, ia mampu dibuang dengan lebih mudah bila ia disembur dengan Produk Pelbagai-Guna WD-40®. 


Satu lagi contoh terbaik ialah kesan gam dari pelekat cukai jalan. Ia mengotorkan cermin hadapan kenderaan dan sukar untuk dihilangkan. Cara paling mudah sebenarnya ialah dengan semburkan WD-40®, gosok dengan kain dan kesan melekit itu akan hilang!  

Terpaksa meletakan kenderaan di bawah pokok? Pastinya najis burung dan getah pokok akan mula hinggap di atas bumbung kenderaan dan  memang diketahui ramai kedua elemen itu mampu merosakkan cat kenderaan. Cara termudah untuk menghilangkannya ialah dengan semburkan WD-40®  dan bilas dengan air sabun. Mudah bukan? 

WD-40® bukanlah produk yang hanya boleh digunakan untuk bahagian luaran kenderaan. Ia juga berguna untuk bahagian kabin kereta anda. Bagi mereka yang berkeluarga, fabrik tempat duduk atau karpet lantai kenderaan yang diconteng dengan krayon anak-anak atau yang dikotori dengan bekas jari dan tangan berminyak mampu dibersihkan dengan WD-40®.   


Cuma sembur dan sental beberapa kali dengan kain untuk menghilangkan kekotoran tersebut.  Satu lagi masalah yang memeningkan kepala ialah apabila ada gula-gula getah (chewing gum) yang melekat di karpet kenderaan. Ia melekit dan sukar dihilangkan. Sebenarnya, Produk Pelbagai-Guna WD-40® boleh menghilangkan kesan gula-gula getah juga. Caranya, semburkan WD-40® dan sental menggunakan kain sebelum dibilas dengan air sabun.  

Produk WD-40®  yang sinonim dengan tin biru itu memang praktikal dan anda tidak perlu membazir wang ringgit dengan membeli barangan pembersihan kenderaan yang mahal itu. Cuma pastikan ada satu tin biru Produk Pelbagai-Guna WD-40® di rumah kerana selain dari membersihkan kenderaan, ia juga mempunyai pelbagai lagi penggunaan lain seperti melincirkan engsel, menghentikan bunyi berkriuk malah ia juga mampu melepaskan nat dan bolt yang melekat kuat!  


Untuk mengetahui lagi kenapa peminat kenderaan sangat meminati WD-40® dan kenapa mereka akan pastikan akan ada setin biru produk itu di garaj mereka, layari laman web www.wd40.asia sekarang!


Read More