Design Sendiri Hadiah Hari Jadi Buat Yang Tersayang Di Printcious

Friday, August 4, 2017

10 comments
Design Sendiri Hadiah Hari Jadi Buat Yang Tersayang Di Printcious  |  Kalau sentuh bab nak bagi hadiah hari jadi buat seseorang ni memanglah sangat buntu... Kadang-kadang tu sampai berhari-hari dok fikir nak bagi apa.. Paling kronik bila dah sampai tahap bertanya pendapat kengkawan sekeliling... Cadangan yang ada pun semuanya hadiah yang dah biasa diberikan.. Memang membosankan.. Yelah, bila nak hadiahkan seseorang dengan hadiah yang bermakna dan dari hati ni, haruslah nak kan kelainan.. Tapi tak tahu dimana hendak mencarinya dan membelinya.. Haaa, kalau korang berada dalam situasi yang macam ni, korang dah tak payah risau.. Sekarang korang dah boleh design sendiri hadiah harijadi buat yang tersayang di Printcious... Printcious?? Apa tu?? Meh aku kenalkan korang dengan laman web yang menyediakan pelbagai jenis hadiah yang boleh korang design sendiri dari hati... Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart..

DIY hadiah hari jadi, printcious
Design Sendiri Hadiah Hari Jadi Buat Yang Tersayang Di Printcious

Apa itu Printcious?
Printcious is a play on word “Printing” and “Precious” which is where our catch phrase “Print Your Precious Gifts”. We hope that our customers are happy no matter they are giving our customised gifts to someone or receiving customised gifts from someone, as we always believe that "Giving with Art is Giving with Heart”!
Printcious.com adalah salah satu laman web yang menyediakan pelbagai jenis hadiah dalam pelbagai material seperti Mug, Cushion, Canvas, Keychain, Mousepad, Ceramic Tiles dan banyak lagi yang boleh korang design sendiri mengikut kreativiti dan idea masing-masing.. Bestkan? Dimana lagi korang nak luahkan kreativiti korang tu kalau bukan di Printcious.. Hadiah yang korang create tu pun sudah pastinya sangat bermakna buat yang tersayang kerana ianya datang dari hati korang sendiri... Jom tengok contoh hadiah hari jadi yang boleh korang pilih di Printcious.com..







Boleh klik SINI untuk lihat lebih banyak hadiah untuk hari jadi..

Wahhh banyakkan pilihan di Printcious.com... Jangan nanti korang jadi rambang mata sudah ye.. Hehe.. Aku agak teruja dengan hadiah berbentuk Cushion tu.. Rasa macam nak buat jerk la satu untuk diri sendiri.. Haha.. Boleh tak?? hiks.. Ok, macam mana nak create hadiah di Printcious.com ni? Jom aku ajarkan step by step... Supaya mudah nanti korang nak create hadiah hari jadi buat yang tersayang... Cewahhh!!


Create Your Own Personalized Gift To Impress Everyone

Sebelum korang create hadiah korang tu, korang kene register akaun dulu ye seperti step kat bawah ni..

01. Register Akaun / Login Akaun


Seperti yang aku tunjuk dalam gambar di atas, korang perlu register akaun by Member terlebih dahulu.. Kemudian terus klik 'Join Us' dan masukkan detail yang diperlukan.. Ataupun kalau nak mudah lagi, klik terus 'Login via Facebook' untuk login melalui akaun facebook korang.. Lagi cepat dan mudah!!


02. Pilih Produk


Ok, di bahagian 'SHOP' tu korang boleh pilih produk yang korang suka.. Aku suka Cushion, so aku nak create design cushion aku sendiri.. Aku akan ajar korang step untuk create cushion ye.. Stepnya sama jerk untuk create hadiah yang lain..


03. Create Design



Ada 4 bentuk cushion yang boleh korang pilih.. Aku pilih Throw Pillows sebab gambar yang boleh diletak pada cushion adalah gambar penuh.. Jom tengok cara nak create cushion ni.. 

Step 1


Klik 'Customize it' untuk create design cushion...


Step 2

1. Klik 'Background' untuk pilih warna background cushion korang
2. Klik 'Image' untuk pilih gambar yang korang suka dan sesuai dengan size cushion
3. Klik 'Text' dan masukkan kata-kata atau ayat yang sesuai
4. Klik 'Back Side' untuk create design sebelah belakang cushion pula..
5. Dah siap semua, klik 'DONE'..


Step 3

Design belah depan cushion

Design belah belakang cushion


Dah selesai mendesign dan klik 'DONE' tadi, inilah hasil design cushion aku... 
Mudah sangat kan stepnya..


04.  Buat Tempahan


Seterusnya, klik 'Add to Cart' untuk membuat tempahan.. Dan tempahan korang akan dimasukkan ke dalam CART... hehe..



1. Dibahagian Order Summary tu, terdapat bahagian 'Promo Code'.. Kebiasaannya, di Printcious.com ada menawarkan promo code bersempena hari-hari tertentu.. Contohnya sekarang tengah berlangsungnya promosi sempena Friendship Day... Korang boleh menggunakan promo code : WEAREBFF untuk mendapatkan diskaun sebanyak 30% bagi setiap pembelian di Printcious.com... Memasukkan promo code dan klik 'Apply'..

2. Selepas itu, klik 'Checkout' untuk membuat pembayaran.. 

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana bank yang tersenarai dibawah ini :-


Setelah bayaran dibuat, korang bolehlah tunggu barang korang sampai.. Mudahkan.. Tak perlu lagi korang nak bersusah payah pergi ke pasaraya atau kedai-kedai yang menjual hadiah untuk mendapatkan hadiah hari jadi buat yang tersayang lagi.. Hanya di Printcious.com korang dah boleh merealisasikan impian korang untuk hadiahkan sesuatu yang bermakna dan istimewa dari idea dan kreativiti korang sendiri untuk yang tersayang.. Hadiah jadi lebih bermakna kerana ianya datang dari hati.. Menepati tagline Printcious.com - "Precious Gift From Your Heart"...


Untuk maklumat lanjut mengenai Printcious.com atau untuk sebarang tempahan, bolehlah layari :-

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Youtube


Read More

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my

Thursday, August 3, 2017

4 comments
Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my  |  Sebelum aku sambung baca novel, aku nak join dulu Giveaway Tudung Preloved Halfmoon By Hajra anjuran Cikla ni.. Halfmoonnya cantik sangat ohh!! Tak tertahan melihatnya.. hehe.. Warna pun cantik.. 

Klik banner untuk join

Tudung ada 2 helai, ini bermakna Cikla mencari 2 orang pemenang sahaja untuk memenangi Halfmoon Hajra ni.. Pemenang akan dipilih dengan menggunakan khidmat Encik Random yang handsome lagik bergaya.. Haha!! Orite, kata Cikla, kalau ramai yang join beliau akan tambah hadiah.. So, mai le beramai-ramai wahai para blogger kita pakat join giveaway Cikla ni.. InsyaALLAH, kalau ada rezeki kita tak kan kemana.. Ahakz..


Tarikh Tamat
16 Ogos 2017


Read More

Instant Shawl Giveaway By MamaPipie

7 comments
Instant Shawl Giveaway By MamaPipie  |  Rasa macam dah lama jerk tak join giveaway.. Betul ke? hehe.. Mungkin kerana terlalu bizi, sampai terlupa bila last aku join giveaway.. Malam ni mood nak bergiveaway kembali, setelah berjaya aku selesaikan segala job penting dari client.. Alhamdulillah.. Bila hati tenang, baru syiokkk nak bergiveaway.. Hiks.. Malam ni aku nak join Instant Shawl Giveaway by MamaPipie.. Dah lama rasanya aku tengok entry giveaway ni berlegar-legar di newsfeed blog aku ni.. Baru hari ni boleh join.. Jom up banner dulu...

Klik banner untuk join

Wahh comel bangat bannernye.. Sebiji belon.. hehe.. Kretip betul mamapipie ni.. Orite, hadiah untuk giveaway ni adalah instant shawl seperti mana tertera di tajuk giveaway... Kot la ada rezeki untuk menang instant shawl kan.. Mane nak tahu.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Hiks.. Jom pakat join giveaway ni.. 


Tarikh Tamat
20 Ogos 2017

**Tarikh tutup tak dinyatakan tapi aku amek tarikh yang dinyatakan pada sticky post giveaway ni.. hehehe..




Read More

Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa

12 comments
Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa  |  Semakin hampir due date, semakinlah rasa risau dan berdebar-debar.. Pengalaman bersalin yang lalu masih segar diingatan.. Melalui detik-detik cemas dan menyakitkan semasa hendak melahirkan.. Moga kali ini aku diberi kekuatan dan dipermudahkan olehNya.. Amiin YRA... Bila sebut saje pasal bersalin ni, mestilah teringatkan keperluan baby dan ibunya kan.. Alhamdulillah, segala keperluan untuk bersalin dan keperluan untuk baby baru dah lengkap semuanya termasuklah segala bagai jenis minyak untuk baby nanti.. Minyak telon, minyak baby johnson dan juga balm.. Ehh balm pun ada?? Balm penting hokeh terutamanya bila baby mengalami masalah kembung perut, selesema, batuk dan sukar tidur.. Balm sangat membantu.. Kalau sebelum ni, aku menggunakan Children's Vapor Balm 21st Century tapi tidak untuk kali ni.. Untuk baby baru nanti aku akan menggunakan produk keluaran bumiputera iaitu Balm Tasneem Naturel diyakini lebih selamat untuk digunakan..

Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa
Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa
Alahai, terlebih cute pulak packaging balm ni kan.. Rasa sayang pulak nak guna.. Haha!! Ok, kepada mommy-mommy diluar sana yang belum tahu tentang Balm Tasneem Naturel ni, bolehlah terus membaca entry ni ye sebabnya aku akan kongsikan serba sedikit tentang produk Tasneem Naturel ni.. Orite, kalau korang nak tahu, Tasneem Naturel adalah sebuah syarikat bumiputera yang menghasilkan produk balm bayi yang berasaskan pati minyak (essential oil)... Balm Tasneem Naturel ni adalah 100% berasaskan bahan semulajadi, tiada paraben, tiada SLS dan tiada bahan kimia.. Bahan yang digunakan dalam menghasilkan balm ini adalah 100% minyak pati dan carrier oil seperti beeswax, shea butter, dan sweet almond oil.. Memang selamat untuk digunakan pada kulit bayi dan anak-anak kecil.. Aroma dari balm ini juga sangat lembut dan menenangkan... Tak hairanlah, si manja akan lebih selesa selepas menggunakannya..

Balm Tasneem Naturel ni didatangkan dalam 4 variasi mengikut keperluan dan masalah yang berbeza-beza iaitu :-
  • Coughflu Time 
  • Tummy Time
  • Calm Time
  • Sleep Time

COUGHFLU TIME
Soothe Cough and Flu
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Coughflu Time ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema.. Paling aku risau bila anak terkena batuk dan selesema.. Untuk pulih sepenuhnya memang mengambil masa yang lama.. Itu pentingnya balm ni, sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses penyembuhan disamping memberi keselesaan pada anak kita.. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni Qhaliff terkena selesema dan agak susah nak bernafas disebabkan hidung tersumbat.. Dah alang-alang ada balm ni, aku gunakanlah dulu pada Qhaliff.. Lepas aku sapu balm ni kat hidung dan dada dia, barulah boleh bernafas dan nampak dia lebih selesa.. Time tidur pun, dia lebih lena.. Alhamdulillah.. Okeh, jom tengok apa kelebihan Tasneem Naturel Coughflu Time ni..

Kelebihan Tasneem Naturel Coughflu Time 
  • Membantu kurangkan selesema
  • Membantu mencarikan kahak
  • Membantu melegakan athma
  • Membantu mengurangkan suhu ketika demam
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence
Cara Guna
  • Sapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada..


TUMMY TIME
Ease Tummy Discomfort
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Tummy Time ni pula dapat membantu menangani masalah anak kembung perut, sakit perut, dan cirit birit.. Kalau bab kembung perut ni sangat menakutkan dikalangan mak-mak.. Bila baby yang tak pandai bercakap dan tak tahu apa-apa tu mengalami kembung perut, si ibu ni mulalah gelabah unta tak tahu nak buat apa bila mana minyak atau balm tiada dalam simpanan.. Sebab itu lah, perlunya 'sediakan payung sebelum hujan'.. Dengan adanya Tasneem Naturel Tummy Time ni, masalah kembung perut dapat diatasi.. Insyaallah..

Kelebihan Tasneem Naturel Tummy Time
  • Bertindak seperti minyak telon
  • Dapat membuang angin dalam perut
  • Membantu melegakan perut sebu
  • Membantu melegakan kembung perut
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender
Cara Guna
  • Hanya perlu sapu di perut dan tapak kaki


CALM TIME
Promote Whole Body Relaxation
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Calm Time mampu memberikan ketenangan kepada anak semasa mereka berada dalam keadaan meragam atau tantrum..

Kelebihan Tasneem Naturel Calm Time
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Membantu anak lebih tenang
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile
Cara Guna
  • Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.


SLEEP TIME
Support Restful Sleep
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Sleep Time ini pula dapat membantu anak yang susah tidur.. Essential oil yang terkandung didalamnya dapat menyeimbangkan hormon tidur dan hormon sedar anak.. Malahan dapat memberikan tidur yang nyenyak dan berkualiti kepada anak-anak..

Kelebihan Tasneem Naturel Sleep Time
  • Membantu anak tidur lena
  • Membantu anak supaya mudah tidur
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberikan tidur yang berkualiti
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang Ylang
Cara Guna
  • Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.

Ternyata keempat-empat variasi Balm Tasneem Naturel ini mempunyai kelebihannya tersendiri.. Bagi aku, setiap rumah perlu ada balm keluaran Tasneem Naturel ini kerana ia dapat membantu menangani pelbagai masalah yang sering dihadapi anak kecil kita... Paling penting, produk ini tiada bahan kimia dan telah mendapat kelulusan daripada KKM.. Sebagai seorang mommy, aku percaya dan yakin dengan produk Tasneem Naturel yang berasaskan essential oil ini, selamat dan dapat membuatkan si manja lebih selesa.. Sebenarnya produk ni bukanlah hanya boleh digunapakai oleh baby aje, orang dewasa pun boleh.. Hehe.. Ramai dah yang mencubanya dan sangat berpuashati dengannya.. Jom tengok testimoni dari pengguna produk Tasneem Naturel ni..

Testimoni Pengguna





Untuk lihat testimoni lain boleh klik di SINI

Oklah.. Bagi korang yang ada anak kecil, aku sangatlah recommended produk Tasneem Naturel ni kerana ianya dapat membantu dalam menyelesaikan masalah demam, batuk, selesema, sakit perut, tantrum dan masalah tidur anak kita... Bila anak tak menghadapi masalah, ibu pun gembira.. Tak gitu?? Hiks.. Keselesaan anak itu sangat penting.. 



Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan serta pembelian, bolehlah layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
011-2096 4665



Read More