Cirit-Birit Punca Awal Radang Usus

Tuesday, November 22, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Cirit Birit Gejala Awal Radang Usus  |  Perghhhh azab gile kowt kalau terkena cirit-birit.. Dok berulang ke tandas sampai nak pitam sebab dah tiada apa dah dalam perut.. Tapi perut masih memulas-mulas.. Korang mesti pernah alami jugakkan.. Kebiasaannya kalau mengalami cirit-birit ni mesti dikaitkan dengan keracunan makanan... Yelah, kengkadang kita tak tahu makanan dekat luar tu bersih ke tak kan.. Kita main bedal aje.. 

Contohnya makan makanan yang tak dibasuh dengan bersih.... Bukan saja boleh menyebabkan keracunan makanan tetapi boleh juga mendedahkan kepada komplikasi serius termasuk kegagalan buah pinggang..

pinjam komik Ankel Jonni


Gejala Keracunan Makanan

 Loya
 Muntah
 Cirit-birit berair
 Buang air besar berdarah
 Sakit pada abdomen dan kejang
 Letih dan lesu

Bagaimana Cirit-Birit Terjadi

 Usus besar tidak dapat menyerap air garam kerana terdapat jangkitan atau luka pada dinding
 Usus besar terpaksa menolak air dan garam keluar dalam bentuk pembuangan air besar


Rawatan

 Masuk air untuk merehatkan usus tanpa makan dan minum
 Pengambilan najis untuk menentukan jenis kuman
 Pengambilan antibiotik


Langkah bagi mencegah daripada berlakunya keracunan makanan adalah :-

ELAK SIMPAN MAKANAN TERLALU LAMA !!!
  • Penyediaan makanan dan minuman hendaklah dilakukan dengan rapi mengikut standard kebersihan
  • Jangan simpan makanan terlalu lama dan tidak melebihi daripada 24 Jam dan sebaiknya elakkan menyimpan makanan di dalam peti sejuk sehingga berhari-hari kerana menggalakkan pembiakan kuman.

Perlu Tahu :-
➽ Peti sejuk adalah tempat sempurna untuk kuman membiak kerana terdapat kuman yang menggemari suhu serendah empat darjah celsius.

➽ Peti sejuk juga adalah kawasan yang paling banyak terdapat kuman..

➽ Makanan yang disimpan sehari dua didalam peti sejuk walaupun dipanaskan tetap tidak dapat membunuh keseluruhan kuman kerana kuman telah membiak dengan banyak..


NIKMATI SAJIAN SEGAR SELEPAS MASAK

sumber foto : google

Sebaiknya, makanlah makanan yang segar selepas di masak berbanding makanan yang disimpan berhari-hari di dalam peti sejuk...



Info Radang Usus :-

➽ Cirit-birit yang berterusan juga menandakan seseorang itu berkemungkinan mengalami radang usus yang turut menunjukkan gejala yang salam seperti keracunan makanan..

➽ Radang usus boleh dirawat tetapi kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana menjangkakan hanya mengalami cirit-birit atau keracunan makanan..

➽ Cirit-birit yang melebihi daripada 4 - 6 minggu kebanyakannya bukanlah keracunan makanan kerana keracunan makanan biasanya berlaku kurang daripada tempoh tersebut...

➽ Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah Endoskopi iaitu dengan memasukkan kamera melalui dubur bagi melihat keadaan Usus Besar..


Tip Penjagaan Usus

 Makan makanan sihat dan seimbang
 Lebihkan makanan yang berserat tinggi
 Kurangkan pengambilan lemak
 Kurangkan pengambilan gula
 Minum air kosong secukupnya

 Lakukan aktivit fizikal 3-4 kali seminggu
 Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, minuman beralkohol dan minuman bergas


Bahaya juga ye cirit-birit yang terlalu lama.. Boleh mengakibatkan radang usus.. So, lepas ni kena berjaga-jaga lah.. Kalau mengalami cirit-birit yang terlalu lama, kenalah mendapatkan rawatan doktor lebih awal.. Jangan bertangguh-tangguh.. Nanti lain pulak yang jadi... Huhu..


Read More

Wordless Tuesday #3 - Paras Rupa

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Paras rupa bukan ukuran

sumber : Rusydee Artz




-SMiLe-

sumber : google



Read More

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Monday, November 21, 2016

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Kik banner untuk join..

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah  |  Jom korang join giveaway ni.. Hadiahnya Kek Lapis Sarawak.. sodap wooo.. Lama dah tak makan kek lapis sarawak ni.. Kalau ada rezeki menang, bolehlah merasa lagik.. Hiks..

Tarikh Tamat
01 Januari 2017


Read More

Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-6

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-6  | Wohaaa!! Konsert Gegar Vaganza yang berlangsung semalam sangat mendebarkan aku.. Mane taknye, aku dok risau Ameng lupa lirik lagik.. Adesss.. Alhamdulillah, Ameng buat persembahan semalam sangat ohsemmnessss!! Terbaikkkk... Semalam persembahan para peserta semuanya mantap-mantap belaka.. Aku rasa juri pown pening kepala nak menilai para peserta.. Huhu..

Untuk konsert semalam, aku suka dengan persembahan Intan Sarafina.. Sungguhpun aku bukan team dia, tapi semalam persembahan dia memang mantap.. Aku ingat dia yang akan memenangi Anugerah Rockdut Paling Menyerlah semalam sebabnya dia perform memang best..

Persembahan Ameng semalam kiut gile kowt.. Haha.. Aku boleh gelak tengok persembahan dia semalam.. Comel-comel aje.. Kikiki.. Alhamdulillah dia tak lupa lirik dan persembahan memang mantap gile.. Ahakz.. Aku sebenarnya team Ameng, G-Mie dan Zarul.. Hahaha..~!!

Okeh2.. Tamo cakap banyak, jom kite tengok sape yang tersingkir di Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu ke-6

PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-6


2 orang Peserta sepatutnya yang disingkir semalam .. Tetapi dengan kuasa imuniti Dato' Seri Vida, seorang peserta telah diselamatkan iaitu G-Mie Screen.. Oh My!! G-Mie Screen disingkirkan?? Terkejut beruk aku time dia diumumkan salah seorang peserta tersingkir.. Nasib baik Dato' Seri Vida ada kuasa imuniti dan telah memilih untuk menyelamatkan G-Mie dari tersingkir.. Alhamdulillah.. Hiks..

Dan peserta yang tersingkir semalam adalah ZUR EDA...


Untuk anugerah khas GV ROCKDUT PALING MENYERLAH dimenangi oleh Nora.. Nora telah menyampaikan sebuah lagu dendangan Evanescence - Bring Me To Life.. Lagu asal yang Nora kena nyanyikan adalah Rindu - Amelina.. Aku pown pelik mula tu, kenapa Nora bawak lagu lain.. Rupanya lagu beliau dah ditukar rupanya.. Kenapa?? Boleh ke camtu?? Aci ke?? Hurmm aku pown tak pasti.. hehe.. 

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-7

Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-7
Tema  :  -
Tarikh : 27 November 2016 (Ahad)

SOLO

  AMENG - Keasingan Dalam Duka (Jay Jay)
  AZHARINA - I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)
  GMIE - Andai Dapat Ku Undur Masa (AXL's)
  INTAN SARAFINA - Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim)
  NORA - Sandiwara (Nora)
  SITI SARAH - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
  ZARUL - Hanya Kau Yang Mampu (Aizat Hamdan)


DUET

  AMENG & Aris Ariwatan - Kepadamu Kekasih (Jamal Abdillah)
  AZHARINA & Black - Fantasia Bulan Madu (Search)
  GMIE & ? - Akan diumumkan kemudian
  INTAN SARAFINA & Ezad Lazim - Pulangkan (Misha Omar)
  NORA & Aizat Amdan - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
  SITI SARAH & Misha Omar - Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)
  ZARUL & Marsha - Salahkah (Rossa & Hafiz)


Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-7

JIHAN & NABIL - Itik Gembo-Gembo (A to Z)

Kalau korang belum tengok lagi konsert semalam yang mantap meletop tu, korang bolehlah klik link yang aku sertakan kat bawah ni ye.. Aku pown nak tonton balik.. Haha..!!


Jom Tonton

Credit : Kepala Bergetar


Read More

Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa  |  Wohooo!! Aku tengah berusaha untuk menghabiskan membaca novel ni.. Hadoii tebal engkooo tahu takkk!! Terkejooo kejoo hakak nak habiskannya....

Hakak nak kongsi sinopsis novel hebat ni.. Korang baca ekk... Hehe


SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

"Kasih Maisarah!!!"

Kemarahan papanya tidak diendahkan.. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri.. Ditambah pula dia menyalahkan papanya di atas kematian arwah mamanya..

Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya.. Maisarah bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

"Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa.. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!!"

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

"Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya.. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemu, Nazril pergi begitu sahaja...

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan dihatinya!

"Mulai hari ini, awak tutup pintu awak serapat-rapatnya untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"

Ya Allah! Begitu bisa stiap patah katanya.

"Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat kali terakhir kali imamkan jenazah saya.. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!" Jelas kelukaannya. 

Kini, Kasih Maisara telah pergi.. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

"Maafkan abang sayang, maafkan abang... Hati abang tak pernah mati buat sayang.. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang."

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan..

"Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata...



Sob sob sob.. sedihnya.. Baca sinopsis pown dah sedih.. Tu belum baca sampai habis novel ni.. Kena cepat-cepat habiskan ni.. Harap punya masa yang terluang yang banyakkkk gitu supaya dapat baca habis dengan cepatnya.. Haha..

Korang dah baca ke novel ni?? Sedih takkkkk?? Hehe




Read More

Wordless Monday #4 - Aurat Wanita

5 comments
Assalamualaikum wbt..





sumber : google


Read More