Fridge Magnet dari Anis Khalilah Dah Sampai

Wednesday, August 31, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt.


Fridge Magnet dari Anis Khalilah Dah Sampai  |  Yey...!! Pelekat peti dah selamat sampai ke tangan.. Sebenarnya pelekat peti ni hadiah aku menang GIVEAWAY anjuran blogger Anis Khalilah... Kebetulan aku memang tengah gile mengumpul pelekat peti sekarang ni.. Mungkin korang dah berjaman dulu dah hobi kumpul pelekat peti.. Yang aku ni baru ajer nk start kumpul.. hehe.. Bila banyak-banyak pelekat peti yang dok melekat kat peti tu dengan pelbagai pulak design, seronok pulak tengok.. 


Nampak tu nama makcik no. 2 tu.. hehe.. Alhamdulillah ada rezeki untuk menang... Thankz too Anis sebab sudi pilih Lea sebagai pemenang.. Hiks...


Acecece dah melekat kat peti nampaknye tu.. Siap dengan kad ucapan sekali tu melekat.. Sebagai kenang-kenangan hehe.. Paling jauh pown yang ada dekat peti aku tu adalah dari Korea.. Tu pown kawan yang kasi.. Nak sampai sana memang tataw le bila yekk.. Huhu... 


Read More

Menang Perencah Ikan Bakar Azatiesayang

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Menang Perencah Ikan Bakar Azatiesayang  |  20 Mei 2016 yang lalu aku ada join Giveaway anjuran blogger Azatiesayang... [SINI] dannn pada 10 Ogos 2016 yang lalu, nama pemenang telah diumumkan dan aku adalah salah seorang pemenang bagi GA tersebut.. Alhamdulillah.. hehe.. 

Aku peserta no. 6 ye.. hehe.. Nampak tuuu nombor 6 terpilih.. Thankz Kak Atie.. Aku memenangi sebotol perencah Ikan Bakar Tengku Tie.. Masa parcel sampai tu, tak sabar nak buka.. Time buka tu, wahh bau dia kemain laaaa sedap ohh!! Sangat menyelerakan bau dia.. Tu belum agik makan tu... 

Tak sabar jugak sebenarnya nak masak ikan bakar guna perencah ni.. Tapi keadaan tak mengizinkan lagik.. Memandangkan aku baru balik bercuti, tak punya masa lagi nak pergi beli barang dapur.. So, sabar aje lah dulu nak merasa perencah ikan bakar yang ohsem ni..


Haa dekat botol perencah ikan bakar ni ada tersedia cara-cara memasak ye.. Kalau yang macam aku yang jenis tak berapa nak pandai memasak ni, sangatlah berguna cara-cara memasak tersebut untuk aku bila nak masak nanti.. Haha.. Tak perlu susah-susah nak mengoogle.. Terus aje ikut cara dekat botol tu... Terbaik la kak Atie.. Memahami diri ini.. Hiks..

Kalau korang berminat untuk membeli dan mencuba perencah ikan bakar ni, korang boleh la terjah blog Kak Atie ni ye.. Meh aku kasi detail kat korang untuk korang dapatkan Perencah Ikan Bakar ni..


Untuk pembelian boleh berhubung dengan Kak Atie di :-

Facebook

Blog


Read More

Rahsia Disebalik Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Dengan Formulasi Baru Dipertingkat & Berwajah Baru!

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Rahsia Disebalik Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Dengan Formulasi Baru Dipertingkat & Berwajah Baru! | Woohaaaa!! Panjang berjela ohhh tajuk!!  Haaa mari rapat-rapat aku nak stori mori tentang Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni dengan korang... Tentang kebaikannya.. Tentang kehebatannya.. dan tentang keOHSEMannya.. Hiks..!! Kaum hawa sila beri perhatian ye.. Haha dah cam cikgu sekolah aje aku ni.. 

Okeh, perkara pertama yang aku nak habaq kat korang adalah berkenaan penukaran packaging Sumber Ayu ni.. Untuk makluman pengguna-pengguna Pembersih Sumber Ayu termasuklah aku, korang jangan pulak pergi kedai nak beli Pembersih Sumber Ayu tetapi tak jumpa pulak mencarinya.. Sebab apa tak jumpa, sebabnya Pembersih Sumber Ayu dah bertukar wajah yeee.. Dah ditukar packaging nya menjadi lebih ohsem dan menarik.. Meh aku tunjuk packaging baru dan lama..

Packaging baru


Packaging lama

Nampak tak perbezaannya.. Bagi aku packaging baru ni lebih menarik.. Rasa nak minum jerk.. Haha.. Aku memang pengguna setia Pembersih Sumber Ayu ni... Sejak dulu lagik aku dah guna produk ni.. Aku suka bauan rose.. Sangatlah wangi baq hang..!! Penggunaan pembersih Sumber Ayu ni, memberi keselesaan pada aku sepanjang hari... Tu sebabla aku masih setia dengan produk ni... Tambahan pulak harganya adalah harga mampu milik membuatkan aku terus setia dengan Sumber Ayu.. Paling penting ianya HALAL ye..

Jom aku ceritakan kat korang tentang rahsia disebalik Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu dengan formulasi dipertingkat dan berwajah baru ni..

Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih dan Sihat


Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Tahukah anda??

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan menggangu keseimbangan semulajadi, lantas mendedahkan kepada risiko jangkitan.

Wangian Rose untuk aku!!

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, yang diformulasi dengan bahan semulajadi agar kawasan intim anda sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Daun sirih bahan utama SUMBER AYU

Bahan utama ekstrak daun sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebatkan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah...

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita disetiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian 6 wangian yang menarik dan pelbagai...

Jom kite terjah wangian apa yang ada??!! Kita selongkar satu persatu..!!


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - ROSE

Wangian kegemaran aku ni.. 

Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantik..

** Romantik ke aku??? Haha!!




Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - FLORAL

Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang hari. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja..


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - GAMBIR

Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - ORCHID

Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - MUSK

Aroma semulajadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - FRUITY

Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.



Dah tahukan wangian apa yang ada... Lepas ni boleh la korang pilih yang mane satu sesuai dengan korang antara variasi wangian yang ada tu... hehe.. Dah tahu wangian yang ada, mesti nak tahu jugak harganya kan.. ?? Meh aku kasitau kat korang harga Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni..

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - 90ML
Harga : RM 3.60

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - 200ML
Harga : RM 5.80

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.. Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan juga farmasi..


Read More

Lagu, Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia

1 comment
Assalamualaikum wbt


Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia  |  Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!! Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 buat semua rakyat Malaysia.. Semoga penghayatan kemerdekaan pada tahun ini lebih mendalam lagi bagi semua rakyat yang hidup di bumi yang aman lagi makmur ini, Malaysia.. 

Jom tengok apakah tema dan logo hari kemerdekaan malaysia bagi tahun 2016...

#sehatisejiwa

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada...

Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun...

LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2016




KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2016



LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2016


Sumber : Mysumber.com



Read More

Senarai Peserta Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt


Senarai Peserta Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016  |  Berikut aku senaraikan peserta-peserta yang dah join segmen bloglist ni.. Bolehlah korang blogwalking antara satu sama lain.. Aku juga akan BW ke blog-blog para peserta nanti.. Insyaallah... Kebizian melanda sampai tak sempat nak jengok antara satu sama lain.. Ahakz.. Kalau ada yang tak tersenarai ke.. Salah eja ke.. Kasi tau balik yee.. 

1.  Mas
5.  Emma Ashri
6.  Yang Baik
8.  Ade Arif
10.  Cik Ash
11.  Misya
15.  Farhanah Afiqah
16.  




Read More